Showing posts with label Billa. Show all posts

KISAH BILLA ANAK AUTISME YANG TERPAKSA DI KURUNG

KISAH BILLA ANAK AUTISME YANG TERPAKSA DI KURUNG. Autisme.. Di Malaysia masih ramai kurang kesedaran. Autisme ni takkan nampak dari fizikal kerana fizikal anak anak autisme tiada beza dengan anak anak normal. Yang membezakan anak autisme & anak normal adalah tingkahlaku (behavior).


Autisme ni sangat unik sebab tak semua anak anak autisme tu mempunyai ciri ciri yang sama dengan anak anak autisme lain. Autisme ni pulak ada level dia.. Jadi tahap seriusnya Autisme tu bergantung pada level seseorang anak autisme tu. Ada yang several, Moderate & Mild. Dalam setiap kategori tu pun ada lagi level.. level 1, level 2 & level 3. Ada yang high functioning. Susah untuk di jelaskan.. Kalau yang ingin tahu & anak anak autisme je mungkin berminat untuk mencari pengetahuan tentang Autisme. Sebab tu Autisme sangat unik sebab mereka walau dalam 1 Nama Autisme tapi berbeza beza.

Terbaca satu kisah di group Autisme Malaysia kisah seorang anak Autisme yang di kongsikan oleh parents dia sendiri.. Memang sedih. Mungkin Billa antara anak autisme yang agak agresif jadi terpaksa ibu bapa dia mengambil keputusan yang macam tu.. Yelah bila dia tantrum memang susah untuk di kawal... Aku malas nak mengedit kisah Billa ni.. Sebab tak nak tersalah sampai fakta so korang boleh baca jer cerita yang aku copy paste dia bawah ni..


Ini (dalam gambar) anak aku bernama Fara Nabila yang kami panggil Billa, lahir pada tahun 1990. Billa menghadapi masalah Autisme. Autisme satu penyakit yang tidak pernah aku dengar dan ketahui sehinggalah Billa berumur 2 tahun. Kebetulan aku terbaca artikel yang berkaitan Autisme dan aku dapati semua yang diceritakan tentang Autisme dalam artikel itu betul-betul menyerupai apa yang terdapat pada diri Billa. Tidak seperti kanak-kanak Down Syndrome yang mudah dikenali dan biasa kita jumpa, kanak-kanak Autisme susah kita nak jumpa, apatah lagi fizikalnya sama seperti kanak-kanak normal, yang berbeza hanya tingkahlakunya sahaja.

Satu dari sifat kanak-kanak Autisme tidak suka kepada perubahan. Kalau kali pertama kita bawa Billa pergi ke shopping complex Angsana di JB bermula dengan kedai di aras lima dan selepas itu baru turun ke aras bawah, di lain kali bila datang ke Angsana, jangan pula mulakan dari kedai aras bawah, di situ juga dia akan mengamuk, menjerit seperti kena hysteria, dan terpaksa mengambil masa setengah jam untuk menenangkannya kembali. Perkara yang kita anggap kecil, tetapi sangat besar kepada Billa.

Kalau sekali kita singgah kedai Sedap Koner untuk makan makan tengahari, di lain kali kalau lalu depan kedai Sedap Koner jangan pula kita tak singgah, sekali pun kita tidak berniat untuk makan di kedai Sedap Koner ketika itu. Untuk menghadap dia menjerit hysteria untuk selama setengah jam tentulah tidak berbaloi, lebih baik singgah saja ikut kemahuannya.

Itulah masalah yang sangat kami takuti bila membawa Billa berjalan ke luar. Bila Billa menjerit hysteria, sudah tentu dia akan jadi perhatian mata orang ramai yang ingin menonton benda pelik ini.

Billa bukan sahaja menimbulkan masalah di luar rumah, tetapi juga di dalam rumah. Walaupun terlalu berat rasa hati, Billa terpaksa dikurung dengan pintu grill besi berkunci, di sebuah bilik khas untuk dia di dalam rumah kami.

Berat mata memandang, berat lagi bahu kami yang memikul. Sebab itu aku tidak melulu menghentam dan menyalahkan ibubapa yang kadangkala mengabaikan anak-anak OKU mereka, sehingga membawa tragedy yang menyedihkan. Kita tidak pernah mendengar dan menjenguk apa masalah sebenar yang mereka tanggung.

Bila berlaku tragedy yang menyayat hati yang melibatkan anak-anak OKU, maka gemparlah masyarakat di seluruh negara, secepat itu juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat mempamirkan mukanya di kaca TV sambil bercurahan air mata tanda kesal atas tragedy yang tidak patut dilakukan oleh ibubapa.

Kalau hanya sekadar untuk mencurahkan air mata untuk ditonton oleh rakyat, aku rasa Maya Karin dapat melakukannya dengan lebih baik dan lebih sesuai untuk jadi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Harap faham maksud aku yang tersirat itu.

Sebab tu aku bila nampak ada anak orang menjerit, menangis atau mengamuk kat public kalau boleh tak nak pandang sebab bila anak aku buat perangai kat public orang pandang2 nak2 lagi buat muka sinis.. Memang macam macam rasa akan timbul. Sebab tu aku lebih banyak ignore pandangan mata orang. Itu pilihan kita untuk tidak menyakiti hati sendiri.

Moral of the story.. Menuntut orang memahami adalah sesuatu perkara yang sangat susah, jadi untuk mencari bahagia kita perlu membuat pilihan sendiri. Lebih2 lagi ibu bapa yang mempunyai anak autisme yang nampak normal tapi tidak tipikal ni.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com