COURTS BAGI TIPS BERJIMAT KE TIPS BERHUTANG NI?
COURTS BAGI TIPS BERJIMAT KE TIPS BERHUTANG NI?. Zaman semua barang keperluan naik harga ni masing2 cuba mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat. Mula2 GST di laksanakan banyak peniaga mula pasang banner & promosi harga barang tanpa GST kononnya padahal kadang2 tu dia dah serap harga GST tu dalam harga barang. Ni harga tol pulak naik tak mustahil nanti tiba2 peniaga yang jual barang yang memerlukan penghantaran pasang banner & promo harga tol kami tanggung pulak. Semua nak mengaburi mata pembeli. Padahal harga yang depa caj tu sebelum ke selepas GST @ Tol naik sebenarnya dah tinggi & tak rugi pun bila kos naik. Cuma untung tu mungkin kurang sikit je jadi boleh la depa ambil kesempatan trick pengguna yang lurus bendul katanya..Almaklum kita ni dah tak ada pilihan kadang2 ada perkara terpaksa jugak kita beli walau kemampuan tu terbatas. Jadi kita cari la yang jual & promosi harga paling jimat. Kadang2 ada jenis manusia malas survey.. apa dia nampak dulu itu dia serbu. Senang terpedaya dengan janji manisnya. Senang tertipu dengan ayat ayat power. Nak2 ayat promosi. Sale besar besaran dengan jualan gudang padahal.. Kadang harga tu bukan harga gudang sangat pun. Tapi rakyat Malaysia ko cakap sales jer serbu macam ayam di tabur dedak. Sale la katakan.. dia punya mindset.. sale je mesti murah. Walhal kadang2 sale pada banner bukan pada harga. Harga kat tag je dia letak sebelum & selepas.. padahal harga sebelum tu dia dah markup & harga selepas tu harga jualan biasa je.
Bila terbaca artikel tips berjimat dari courts ni.. Ok la. Ada tips yang boleh pakai tapi masalahnya ada tips tu aku nampak bukan nak ajar orang berjimat macam nak ajar orang tambah beban hutang je. memula dia bagi tips macam mana nak saving dengan gaji yang sikit kemudian lepas dah saving dia bagi tips macam mana nak berhutang beli perabot pulak. hahahaha...Almaklum la courts kan.. Dia lebih prefer orang beli barang dengan dia secara hutang. Korang boleh baca sendiri kat sini tips penjimatan dari courts >> Ikuti 6 Tips Menyimpan Setiap Bulan & Masih Boleh Beli Perabot Baru Dengan Gaji RM3K <<
Kita tak boleh salahkan depa.. Masing2 ada hak untuk promosikan barang depa. Kita sebagai pengguna kena bijak. Tak semua tips tu membantu kadang2 ada tips yang membuntukan balik di akhir cerita.
Moral of the story.. Jadi manusia jangan cepat terpedaya. ada akal buatlah penilaian dengan baik. Jangan ikut nafsu memang lesu.
* Nak Menang Wang Tunai & Banyak lagi hadiah menarik Jom Join GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY *
* Nak Menang Wang Tunai & Banyak lagi hadiah menarik Jom Join GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY *