Showing posts with label lambat. Show all posts

TAK SANGKA EZBUY DAH BERUBAH TAHUN 2017

TAK SANGKA EZBUY DAH BERUBAH TAHUN 2017. Lama jugak aku merajuk dari membeli belah kat ezbuy tapi lama tu tak sampai bertahun pun. Selepas beberapa bulan kemudian aku kembali menjebakkan diri dengan membeli belah di ezbuy.. Pertama sebab dalam account prepay ezbuy ada baki.. Sebab ada pembelian yang aku buat ada masalah & pihak ezbuy refund balik dalam account prepay. Bila duduk dalam account prepay nak tak nak.. Kalau nak habiskan kau tetap kena membeli belah kat ezbuy jugak. Takkan nak sedekah kat ezbuy je kat duit kita..


Sebelum ni pembelian aku hadapi macam macam masalah.. Lepas dah proceed payment tetiba barang out of stock.. dua tiga kali juga jadi macam tu. Ada yang item aku order hilang kat warehouse bila sampai Malaysia.. Barang lambat sampai bla.. bla. macam - macam masalah la. Aku pernah tulis entri mengecam perkhidmatan ezbuy sebelum ni sebab bukan aku je hadapi masalah bila buat pembelian dengan ezbuy malah ramai lagi. Ada antara dapat barang tak cukup.. Lebih sebulan barang tak sampai - sampai..

So untuk parcel yang ke 11 aku buat order minggu lepas. Memang la niat tu nak habiskan balance dalam account prepay tapi biasa la.. aku cuma manusia biasa yang iman senipis kulit bawang. Apa yang aku beli memang lebih dari jumlah duit yang ada dalam prepay accout jadi kena la topup lagi hahaha...

Lepas aku proceed tu memang aku printscreen semua.. Barang aku sepatutnya sampai 18 febuari selepas pembayaran di buat.. So aku tunggu samada kali ni barang aku dapat pada masa yang di janjikan atau tidak. Atau service ezbuy masih macam dulu...

Salah satu sebab aku suka membeli belah kat ezbuy sebab murah. Memang aku dah compare dengan website lain harga Ezbuy memang lebih murah ok!

Alhamdulillah 17 Febuari aku check status order aku dah out of delivery & pada petang tu jugak pintu rumah ku di ketuk oleh despatch dari ezbuy sambil membawa bungkusan yang aku nanti nantikan katanya. Apa lagi.. berbunga bunga hati ini menyambut bungkusan di iringi dengan ucapan terima kasih. Tu dia punya seronok keluar habis ayat2 madah berhelah katanya.. Untuk pengetahuan korang aku ambil shipping economy air (shipping kedua paling mahal. Ada yang murah boleh guna pengangkutan air tapi aku tak berapa sabar nak tunggu lebih dari 2 minggu. hahaha) selepas seminggu aku dah dapat barang. Untuk pembelian aku ni kos shipping lebih kurang RM13++

Status 15 Febuari 2017

Status 17 Febuari 2017

Barang2 yang sampai pun Alhamdulillah.. sama macam yang order.  Tak ada cacat cela kat mana - mana. Paling aku puas hati Jogger Jeans tu.. lawa ok walau harga cuma RM27++... normally jeans kalau beli kat pasaraya paling murah RM60 - RM70. Beli kat ezbuy boleh dapat yang cantik2 dengan harga bawah RM30. nak2 jogger.. kat luar susah sikit nak cari.

Tip nak membeli belah kat ezbuy kalau beli satu atau 2 item yang ringan2 & kecik2 ni bagi aku tak berbaloi. Kalau nak membeli belah macam pakaian better beli banyak. Jimat kos shipping & delivery... Sebab tu aku susah nak beli kurang dari 5 item. hahahahaha. Satu lagi T-shirt.. kadang2 even kau size S pun T-shirt china ni mungkin lebih kecil dari standard size. Better rajin2 baca ukuran yang di beri untuk lebih kepastian.

Kadang2 beli online banyak kelebihan dari cash & carry. Nak2 lagi kalau membeli belah kat pasaraya tu yang guna cash money ni. Banyak sangat keburukkan dia.. Antaranya >> 17 Perkara Buruk Bila Membeli Belah dengan membayar Guna Wang Tunai << Berbanding online shopping just transfer dari online banking settle. Tu antara kebaikkan online shopping la.. Kalau cash & carry pun aku jarang bayar guna cash tapi banyak guna debit card. Cash zaman sekarang ni agak berisiko bawa banyak2. Almaklum la zaman jenayah berleluasa ni kan

Moral of the story.. Hidup kadang2 kita kena beri peluang kepada pesalah. Mungkin dia dah berubah kearah yang lebih baik & mungkin perubahan tu lebih baik dari apa yang kita sangkakan. ehehehe

GDEX SUNGAI BULOH PERAM BARANG DARI TAHUN LEPAS MASIH TAK HANTAR

GDEX SUNGAI BULOH PERAM BARANG DARI TAHUN LEPAS MASIH TAK HANTAR. Alkisahnya bulan lepas aku ada membuat beberapa pembelian melalui website lazada.. Salah satu barang tu dari Seller L'Oreal.. Untuk sejenis foundation jenama Maybeline. Yer... yer.. aku gigih beli online padahal aku boleh je beli kat guardian tapi sebab murah. Kat guardian aku tengok RM39.90... Kat website lazada harga RM29.90.. so sebagai pengguna bijak bistari katanya of course la aku beli kat website lazada.


Penghantaran sepatutnya di buat dalam masa 27 - 30 december lepas lagi tapi sampai sekarang barang tu aku masih tak terima. So jadinya dari tahun lepas la kan sebab sekarang dah 2017. Dari tahun lepas ok bukan tunggu barang setahun tak sampai ok! So jangan ada yang mempertikai tajuk entri tu yer.. hehehehehe.

Tunggu penuh kesabaran ok.. Tapi hari ni sebab dah 14 Januari 2017 rasa nak bertukar jadi boboiboy angin & api jugak la kan.. Sebab depa guna courier GDEX so ada la tracking number yang lazada bagi untuk customer buat semakankan. Bila aku check status dia... rujuk gambar kat bawah

Tak tau apa masalah masih tersangkut kat situ..

Kalau kata dia datang hantar tapi aku tak ada kat rumah status dia selalunya Undelivered due to Sorry Card ni memang dia belum hantar. Sebab kalau hantar ada la sorry card kat tergantung depan pintu rumah.

Ni lagi satu courier yang agak bermasalah walau sebelum ni tak ada masalah. Dah la peram barang aku dari 27 Dec 2016 & sampai sekarang check status tak delivery lagi. Kalau call tak pernah berjawab.. Dah mati kena santau ke hapa semua orang kat opis GDEX cawangan sg buloh tu pun tak tau la.. Kalau rasa tak ada staff untuk jawab call kau jangan nak letak no tel untuk di hubungi sangat la..Hangin tau.. Call tak pernah langsung ada yang pickup. Busy tahap neraka jahanam sangat ke semua orang kat GDEX sg buloh tu??

Takkan la bayar delivery kita nak pi collect sendiri. Lemak berkrim di sukai ramai la macam tu.. Dah la sekarang memang ada kekangan masa sikit.. Bertambah angin taufan timur barat utara selatan la jugak. Dah email.. dah mesej kat page facebook & dah try call tapi tak berjawab.. Tunggu je la. Kalau tak hantar kena merangkak jugak la pi ambil lepas tu bagi Takzirah dua tiga patah perkataan baru masing2 dapat taufik & hidayah sikit supaya bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Menatang ni yang aku beli terperam kat GDEX sg buloh sampai hari ni

Hope next week sampai la barang aku. Tak tau nak merujuk kemana dah.. Sebab tak ada masa nak menapak ke GDEX lagi.

Moral of the story.. Yang bekerja dengan syarikat penghantaran macam ni sangat penting untuk jujur, amanah & bertanggungjawab. Kalau tak ada sikap tu.. yang berlaku barang lambat sampai, barang hilang bila sampai kat customer.. barang tak cukup bagai. Ingat.. mencuri tak membuatkan anda hidup senang di dunia & akhirat termasuklah mencuri idea orang..op's walaupun anda mungkin kaya raya tapi mungkin Allah tarik nikmat kesenangan hati tu.

PENGHANTARAN LAMBAT,BARANG HILANG, BARANG TIDAK SAMPAI ITU RISIKO ANDA MEMBELI DI EZBUY

PENGHANTARAN LAMBAT,BARANG HILANG, BARANG TIDAK SAMPAI ITU RISIKO ANDA MEMBELI DI EZBUY. Geram tau aku dengan ezbuy. Dalam 1 order aku setakat ni dah 2 barang canceled sebab out of stock. Yang sebelum ni dah pernah berlaku.. Sebab ada balance dalam account prepay ezbuy tu nak habiskan aku membeli lagi. Alang2 membeli nak jimat kos delivery tu aku beli la lebih dari satu barang.. tetiba 2 daripada barang yang aku beli di batalkan oleh pihak ezbuy atas sebab barang tiada stok. Aku rugi dah macam banyak ni..  Sampai aku email je minta refund dalam account bank aku sebab rasa macam tak berminat dah nak membeli. Asyik rugi kos delivery je.. Kalau order lagi kang takde stok aku rugi lagi.


Bila aku masuk ke Facebook page ezbuy malaysia ni.. bukan aku je hadapi macam2 masalah dengan ezbuy ni malah ada yang komplen.. dah sebulan tak dapat barang, barang hilang dalam parcel, penghantaran lambat.. Kalau penghantaran makin lambat memang pun. Dah masuk minggu kedua barang yang aku order tak ada apa2 progress selain prepare shipment dari minggu lepas lagi. Yang dok dapat email.. setakat ni sebab barang out of stock.

Antara komen2 yang aku dapat di page ezbuy malaysia

Yang pelik ezbuy langsung tak ada rasa bersalah atas berlaku. Kalau dah sampai 3 kali barang di order out of stock tapi kat website masih menjual.. sepatutnya ezbuy ambil langkah membayar ganti rugi pada pelanggan. Kot2 nak bagi voucher ke hapa.. Takde langsung ok! Customer service pun kau email memang tak membantu. Jawab pun susah.

Bukan kali pertama kot aku membeli online malah di zalora pun aku pernah terbeli satu barang yang tak sama seperti gambar di paparkan kat website. Siap pihak zalora call lagi aku tu untuk settle kan masalah tu. Ezbuy.. kau jangan harap dia nak call kau.. paling2 dia call masa nak hantar barang nak tanya ada kat rumah ke tidak je.

Sebab sikap tak bertanggungjawab dari pihak ezbuy ni memang aku rak rekemen sangat la membeli kat situ. Biar bayar lebih sikit asalkan terjamin apa yang kita beli. Nak selamat beli je dengan zalora atau lazada..  Kalau ada blogger review service di ezbuy terbaik, percayalah itu penipuan semata mata.. Terbaik kalau tak ada apa2 masalah tapi bila jadi masalah memang kau rasa nak terbalikkan agent ezbuy kat malaysia ni tau. Depa buat rilex jer macam tak ada usaha nak sejukkan hati pelanggan. Ikut hati memang nak carut sampai ke usus kecil tapi sebab masih ada sabar.. so kita sabar je dulu.

Moral of the story.. Jangan membeli di ezbuy! Aku pun rasa nak habiskan duit dalam account prepay tu jer.. senang2 nak sedekah kat depa. Bukan bapak dia ada share dengan aku.

RISIKO MEMBELI BELAH DI EZBUY YANG MESTI ANDA TAHU

RISIKO MEMBELI BELAH DI EZBUY YANG MESTI ANDA TAHU. Memandangkan aku dah banyak membuat pembelian secara online di website ezbuy malaysia ni.. Rasa aku dah layak menulis kekurangan & kelebihan bila membeli belah di ezbuy. Tak di nafikan harga di ezbuy memang buat kita rambang mata.. Dah la murah design2 dia memang la cantik2 terutama pakaian,aksesori, kasut.. Sebab tu je setakat ni aku membeli kat situ. Ditambah lagi memang banyak pilihan.


Tapi ada beberapa perkara yang korang mesti tahu yang tak best bila membeli belah di ezbuy. Pengalaman pertama membeli belah kat ezbuy aku pernah tulis harga yang di paparkan bertukar bila kita pilih & nak add to cart (boleh baca kat sini entri berkenaan perkara tu >> Pengalaman Membeli Belah Di Ezbuy, Murah Tapi Meragukan <<)..  Walaupun harga tetiba jadi lebih dari harga di paparkan tapi masih murah. Yang tu maybe kita anggap perkara kecil sebab kita baru select belum buat payment.

Ni bukti aku dah banyak membeli di ezbuy. 6 tu dah selamat terima.. lagi 2 yang dalam status prepare shippment tu memang tak bergerak progress dia lagi. Maybe tengah cari pembalut parcel bunga2 tak jumpa kot

Tapi risiko yang anda mungkin hadapi selepas dah buat pembayaran untuk pembelian dia ezbuy adalah.. Tetiba barang yang korang order out of stock so pihak ezbuy akan cancel & refund balik duit korang ke account prepay ezbuy. Bukan account bank ok! Account prepay ezbuy.. sebab nak membeli di ezbuy kena register dulu.. Lepas tu nak bayar kena topup duit dalam account prepay ezbuy baru boleh membeli belah. Yang tak best sebab pihak ezbuy hanya refund harga barang yang di beli & duit shipping yang kita bayar je. Tahukah anda.. bila berlaku perkara macam tu kita dah rugi kos delivery. Sebab delivery di caj RM8 tak kira korang beli 1 item atau banyak. Bila berlaku ezbuy tak update dengan seller barang apa yang ada & tak ada stock kita dah ter order & terbayar.. tetiba barang tak ada. Duit tu refund masuk ke account  prepay ezbuy. Nak tak nak kau kena beli barang lain la kalau kau tak nak duit tu lebur kat situ. Bila membeli kau terpaksa bayar lagi kos delivery yang RM8 tu. Kau beli banyak sebab nak jimat tetiba salah satu barang kau order tak ada kau jadi rugi balik.

Mula2 beli ada item out stock so dia refund balik ke account ezbuy. Ada balance aku pun membeli lagi.. Pun ada item out of stock. Nampak ezbuy ni macam nak suruh aku tak berhenti membeli je. Asyik dok refund dalam account ezbuy.. Tak beli rugi la duit aku tak dapat balik.

Yang paling sadis dua kali beb aku order barang yang dah out of stock.. Bila ada balance dalam account aku terpaksa membeli lagi sebab tak nak duit aku burn macam tu. Aku kena bayar lagi kos delivery.. nak beli 1 item rasa macam rugi kos delivery.. alang2 nak beli aku suka beli banyak sikit. Kalau barang asyik out of stock, rugi la aku. Lain la ezbuy refund masuk account bank so aku ada piliha.n.. nak beli atau tak sebab duit tu dah masuk account bank. Ni masuk account prepay ezbuy memang takde pilihan la selain kau membeli dengan ezbuy jugak.

Ni contoh order summary dia. Dulu mula2 beli memang ada agent fee.. sekarang dah takde pulak. Tapi bukan nak highlight agent fee tu.. nak highlight kat delivery fee tu je. Kau beli 1 tetap delivery dia RM8 & kalau beli 5 atau banyak pun tetap sama. So, pilihan nak jimat & untung mesti la kau pilih beli lebih dari satu item kan? Tapi bila berlaku barang out of stock kau dah rugi kat delivery kos tu sebab depa tak refund balik. Depa kira banyak mana pun kau beli tetap kau kena bayar RM8. Nak jimat tapi jadi rugi atas kelalaian pihak mereka sendiri & mereka tak bertanggungjawab atas kerugian anda itu.

Please la ezbuy.. kali pertama warna seluar anak aku beli out of stock ok boleh tukar dengan warna & corak yang available, kali kedua barang out of stock sebab aku sayang nak burn duit macam tu aku beli lagi tapi kali ketiga selepas seminggu aku order kau email lagi barang out of stock lagi. Watdehek kau!!!. Tolong la alert & update dengan seller2 supaya delete barang2 yang dah out of stock. Benda ni merugikan pembeli & aku rasa macam teraniaya tau!! Atau guna konsep macam lazada & zalora refund terus ke account bank customer. Dah sampai 2 3 kali macam ni pun kau takde rasa bersalah.. kot2 nak sejukkan hati pembeli bagi voucher ke hapa. Ni kalau aku email pun jawab macam minta kaki. Ezbuy punya customer service memang hancuss ok! Pernah aku tanya barang aku yang lambat sampai.. dia jawab kalau tak sampai dalam tempoh yang sepatutnya suruh aku check dengan family atau jiran samada mereka ada terima tak parcel aku. Family tu ok la.. Jiran tu aku tak boleh nak hadam. Aku rasa kalau aku tak ada kat rumah sesenang je la dia bagi kat jiran untuk tolong accept barang aku walau tanpa keizinan aku.

Dulu masa mula2 beli memang aku wah.. cepatnya ezbuy delivery. 7 hari macam tu dah dapat barang yang order dari china walau aku ambil shipping economy air je. Selepas tu jadi 2 minggu.. yang terbaru ni tak tau la berapa minggu dia nak ambil masa. lepas seminggu pun nampak tak ada apa2 progress kat system. Dulu lepas 3 hari tu ada juga la progress dah naik kapal terbang bagai.. ni rasa dok melepak kat china lagi kot. Sebab masih ada balance yang ezbuy refund tu kena jugak membeli lagi. Tak tau lepas ni apa pulak nak jadi.

Bila jadi masalah macam ni aku rasa ezbuy kena selalu update dengan seller supaya customer tak terbayar barang yang dah out of stock. Kalau dah sampai 2 3 kali asyik terbeli barang yang dah tak ada pun masalah jugak. Kedua ezbuy kena sekalikan shipping & delivery kos tu supaya bila berlaku benda macam ni customer tak rugi. So boleh refund balik semua. Kenapa perlu shipping & delivery di kira sebagai 2 harga. Nak senang buat macam lazada free shipping walau kita tahu semua kos dah include dalam harga barang. Bila nak refund.. kita dapat semua harga yang kita bayar. Dan aku harap lepas ni ezbuy boleh ubah sistem, refund terus ke account customer supaya kalau customer rasa tak puas hati dia ada pilihan samada nak membeli atau tidak dengan ezbuy. Yang last tolong reply complaint customer dengan lebih bijak. Jangan la bagi jawapan yang minta kena pijak. Sakit hati kita ni, wak..!!!

Apapun.. dari segi berjimat memang ezbuy menawarkan harga yang murah tapi sayangnya dari segi service nampaknya ke laut juga walau aku selalu ambil shipping economy air. Rasanya ezbuy kena upgrade balik kekurangan service mereka baru mantap & customer puas hati, anda untuk berganda ganda.

Entri lain berkaitan tentang service ezbuy boleh baca kat sini
Kali Ketiga shopping di ezbuy makin lambat service penghantaraan
Barang yang sampai tak sama seperti di website, ezbuy hanya bayar pampasan RM1.96

KALI KETIGA SHOPPING DI EZBUY, MAKIN LAMBAT SERVIS PENGHANTARAN

KALI KETIGA SHOPPING DI EZBUY, MAKIN LAMBAT SERVIS PENGHANTARAN. Nampaknya Ezbuy ni macam saja je bagi gambaran indah masa aku baru2 berkenalan & baru2 nak jatuh cinta dengan dia. Kali pertama shopping kat ezbuy.. Memang tip top servis penghantaran dia. Aku ambil economy air.. Lebih kurang seminggu tu dapat la barang yang aku order.


Kali kedua pun sama.. Tempoh penghantaran tu lebih sama je macam kali pertama. Tapi kali ketiga ni aku order 10 item. Aku buat bayaran pada 29.09.2016.. sepatutnya dalam minggu ni dah dapat la order aku tu tapi.. check status barang yang aku order tu depa dah separate jadi 3 parcel. Dua parcel tu baru je berstatus "Arrive In Malaysia". Maybe dalam next week kalau tak ada aral melintang pukang sampai la kot tapi yang satu lagi tu status apapun tak ada. Dok je kat 'Prepare Shipment' sejak 9 hari lalu. Tak terbang2 lagi dari china ke Malaysia. Dah hantar ticket tanya apa kes yang parcel yang satu tu diam tanpa khabar. Kenapa tak terbang2 lagi. Kapal terbang habis minyak ke camna? Atau ghaib dari radar ke? Manalah tau.. kapal terbang tengah terbang tetiba di culik alien ke kan?

Kalau nak kena tunggu sampai 2 - 3 minggu baik aku bayar shipping guna kapal air je murah. Kalau ikut ETA date dia memang 16 oct 2016.. Memang kat situ pun nampak dia letak date lebih lama dari pembelian aku sebelum ni. Sebelum ni ETA date dia letak dalam 11 hari tapi dalam masa 7 hari tu dah dapat barang. Kali ni dia letak tempoh penghantaran dalam 17 hari maka tunggu je la. Yang dua dah sampai Malaysia katanya... maybe sampai minggu depan.. satu masih sangkut kat china tu tak tau la bila nak dapat.

Kronologi membeli belah di ezbuy katanya. Kena tunjuk bukti aku tak tipu. Bukan tuduh ezbuy tipu tapi aku detect pembelian kali ketiga ni semakin panjang pula masa untuk penghantaraan berbanding masa kali pertama & kedua bershopping di ezbuy walau aku guna shipping yang sama (economy air).

Alah.. tak best tau macam ni Ezbuy.. Memula kemain cepat kau hantar barang. Baru je kali ke 3 kot membeli belah dengan ezbuy dah tunjuk service delivery kau yang macam siput. At least kekalkan la service kau yang tip top baru la orang rasa sentiasa puas hati dengan service kau yang maintain bagus tu so next month mesti la aku bershopping lagi hahaha

Macam ni la orang meniaga kan.. Dah ramai pelanggan sikit mula la jadi hilang arah. Dah makin lembab buat kerja. Aku shopping kat ezbuy salah satu faktor dia selain murah, delivery dia bagi aku cepat. Tapi kalau delivery dah kategori siput babi, no point sangat la nak rasa best shopping kat situ lagi kan. Depa tak tau ke menunggu barang yang di beli secara online debaran umpama menunggu di ijabkabul tau. Hahahaha

Apapun bila berlaku perkara macam ni kita kena cool & pandai handle emosi agar tak keluar perkataan perkataan tak sepatutnya di media sosial sebab tak puas hati kepada sesuatu perkara contoh macam perkara ni la. Bukan senang tau nak control amarah ni.. Tapi sebab belajar dari mamat ni macam mana dia hadapi situasi yang kalau kita hadap pun kita rasa panas membara tapi dia boleh hadap dengan cool jer >> VIDEO] Pernah tak jumpa orang yang poyo macam 4 budak ni? << Jadi kesimpulannya kat sini walau rasa macam 'geremmm' je tapi aku tetap menggunakan perkataan berhemah menyatakan ketidak puasan hati kepada service ezbuy. hahahaha

Moral of the story.. Rasanya aku nak kembali melukut kat Mall je bershopping. Aku jenis tak berapa penyabar tunggu saat2 bertemu jodoh dengan barang yang aku order. Jenis aku hanya layak cash & carry je baru tak komplen banyak hahahaha

FIZO OMAR SENTAP DENGAN BLOGGER KISAH EMAS PUTIH

FIZO OMAR SENTAP DENGAN BLOGGER KISAH EMAS PUTIH. Salah seorang artis kaki sentap bagi aku adalah Fizo Omar.. Mungkin dia jenis manja & hati tisu.. Tak boleh kritik sikit terus sentap sampai ke uraf saraf paling halus. Biasa la blogger memang akan review pengalaman dia kat blog.. Nak2 makan kat restoran artis ni. Kau nak dapat pujian kau bayar blogger untuk review confirm takde kena kritik sebab dah kena bayar hahahaha..  tapi kalau depa pergi makan & bayar sendiri memang review depa ikhlas dari hati la. Nak harap depa kipas2 restoran kau walau service tak tip top minta maaf la..


Sepatutnya Fizo Omar tak cepat melatah nak hentam balik Blogger tu sebab kritik service dia yang lambat. Suka hati la dia nak tulis apa.. Dah memang betul pun lambat kau nak suruh dia review macam mana. Service kau macam lipas kudung. Order tak sampai seminit terus dapat makanan. Kritik tak bermakna untuk menjatuhkan. tak payah pertikai kenapa dia tak email buat komplen secara private. Kadang2 kalau buat komplen secara email ni bukan semua orang layan sangat. Nak2 lagi komplen pasal service lambat. Kot2 komplen jumpa lipas ke, cicak ke dalam makanan.. maybe yang tu owner dia alert.. Lagipun dunia blog memang macam tu. Pengalaman mereka menjadi rujukan pada orang lain. Kalau dah tahu restoran kau memang hadapi masalah agak lembab just buat sesuatu memperbaikinya.

artikel penuh baca kat SINI

Sangat tak bijak Fizo Omar membuat statement menghentam blogger yang mengkritik service restoran dia walaupun dia sendiri akui masalah tu memang ada. Nak pelanggan faham kau tak cukup kakitangan?? Itu bukan masalah pelanggan kot. Dah tau kau retis.. Memang la apa kau buat semua orang bagi perhatian. Kau buka restoran memang orang akan serbu nak rasa menu kat situ.. Tu la kelebihan seorang artis. Di sebalik kelebihan tetap ada kekurangannya.. Kekurangannya kalau ada yang best yang berlaku pun cepat jugak orang perkatakan. Kau nak yang best2 je memang tak dapat la.

Sebenarnya isu ni kalau Fizo Omar tak sentap tak jadi isu besar sangat tapi sebab dia dah sentap sampai beatifulnara pun dah up story ni.. Mungkin jadi satu publisiti buat restoran dia tapi make sure service tak lambat lagi la. Kalau lambat confirm orang pun akan akui kritikan yang blogger tu buat memang betul.

Moral of the story.. Retis macam ni tak payah nak support sangat. Kritik sikit sentap macam satu keturunan kena maki. Nak makan best2 banyak je restoran lain. Tak pun masak sendiri kat rumah. Boleh try resepi2 baru yang rare macam ni >> 9 Resepi menggunakan Laici yang akan mengejutkan anda << Tak sedap kita kritik masakan sendiri pun takpe.. Takde sapa nak sentap. hahaha

ANAK TAK NAK MAKAN BUKAN SEBAB MAK PEMALAS

ANAK TAK NAK MAKAN BUKAN SEBAB MAK PEMALAS. Ada anak yang sentiasa berselera dengan makanan best jer kan.. Anak aku ni makan & minum memang memilih. Dalam hidup dia sekarang ni makan roti jer.. Yang lain2 tu ada jugak dia makan tapi bukan makan sampai kenyang. Kadang2 sekadar rasa je. Minum pulak susu & milo.. Semalam baru aku nampak dia try nak minum sirap. Tu pun selepas dia mula gosok gigi dengan ubat gigi. Sebelum ni gosok gigi dengan air jer. Sejak dua menjak ni je aku biasakan dia gosok gigi dengan ubat gigi walau mula2 dia rasa pelik & nak mengelak. Sebenarnya ramai tak tahu gosok gigi salah satu cara meransang deria & sensory kanak kanak nak2 macam anak aku yang ada masalah speech delay. Lepas dia tak melalak lagi kena gosok gigi memang nampak berkembang banyak la speech & deria rasa dia tu. Selera pun improve sikit berbanding dulu. Jadi yang ada anak masalah lambat cakap ke.. picky eater ke.. rajin2 gosok gigi depa.


Aku memang semua makanan yang aku makan kecuali yang super pedas je.. lain lain aku akan pelawa anak aku rasa. Kadang2 dia datang tengok je kemudian blah macam tu. Kadang2 dia cuba jugak rasa jugak. Tapi sekarang dia macam minat dah nak rasa macam2 makanan. Aku tak nak paksa dia makan.. sebab dulu masa umur dia melepasi 6 bulan.. Memang kadang2 aku paksa dia makan. Mungkin sebab tu dia jadi trauma dengan makanan. Semua ni terlampau dok ikut cakap pakar yang tak bertauliah la.. Tak ajar konon dia memang takkan makan. Padahal dah ajar makan semua.. Cuma kadang2 dia tak nak makan makanan yang kita rasa berkhasiat tapi kita paksa lama2 dia jadi trauma langsung tak nak makan. Jangan paksa.. tapi pujuk perlahan lahan. Aku sekarang guna cara pujuk perlahan lahan tanpa mendesak. Yang pakar tak bertauliah konon anak dia senang je bagi makan bagai.. Memang aku takkan dengar. Keluar dari perut berbeza jadi perangai pun berbeza. nak compare2 hang pi join geng2 makcik tak bertauliah bagi tips. Cheq meluat nak dengaq perbandingan hangpa dengan anak hangpa yang tak ada masalah tu. Sebab statement hangpa kadang2 memang menyakitkan hati sampai ada yang kias kias mengata kita ni mak mak pemalas.

Kena faham bukan semua anak di lahirkan dengan kelebihan & kekurangan yang sama.. Tak payah dok rasa mak bapak orang malas nak bagi anak makan bagai la kalau hangpa tak ada anak yang susah nak makan ni. Kadang2 menangis bawah tudung saji mak mak yang ada anak yang susah nak makan ni hangpa bukan tau! Mentang2 anak hangpa suka makan sampai obesiti.. Hangpa rasa pandai dah la ajaq anak.

Kadang2 ada jugak anak ni bukan dia tak suka makan tapi dia makan apa dia suka jer yang kebanyakkan tak berapa berkhasiat. Sedangkan mak dia kat rumah dah cuba bagi makanan berkhasiat tapi bila di luar pandangan mata mak bapak dia tetap apa yang di makan tak sama macam mak bapak dia ajar dia makan kat rumah. Ada jugak tau.. macam budak budak ni. Bila di beri kebebasan pilih apa yang mereka nak makan, mak bapak pun terkejut dengan pilihan makanan anak depa ni sebab mungkin apa yang depa makan selama ni tak sama apa yang depa suka makan di belakang pandangan mak ayah depa. Tak caya boleh tengok kat sini >> Bila Anak Memilih Apa Yang Mereka Nak Makan, Ini reaksi ibu bapa mereka <<

Moral of the story.. setiap kekurangan anak bukan sebab mak bapak tak pandai ajar atau malas nak ajar. Jadi kalau rasa tak tahu banyak perkara tak payah berlagak macam mak bapak paling terbaik di muka bumi dok compare dengan anak orang & cara orang ajar anak. Bersyukur la kau tak di uji dengan anak anak yang ada kekurangan.. Kadang2 kekurangan tu orang tak nampak dengan mata kasar, macam anak aku. Nampak normal je tapi dia ada delay. Jadi persepsi orang yang tak tahu tentang budak2 macam anak aku anggap mak bapak la yang tak reti ajar & malas ajar bila tengok anak aku mungkin tak makan banyak benda & memilih apa dia nak makan. Kalau depa doktor pediatric mungkin depa paham..

JODOH TU SAMA JE MACAM MATI

JODOH TU SAMA JE MACAM MATI. Tak payah kerut2 dahi sangat la bila aku cakap jodoh tu sama je macam mati. kang ada pulak kata.. Jodoh untuk orang hidup.. mati untuk orang mati la.  Tak ada apa kita boleh pertikaikan. Jodoh benda yang bukan boleh kita tulis bila kita nak & bila kita tak nak. Macam mati la jugak.. Benda yang kita sememangnya tak ada pilihan.. Sampai masa akan terjadi sebab tu semua dah tertulis sejak azali. Bukan kerja atau kuasa kita. Walaupun tak ada orang nak mati dalam usia muda tapi ramai pun manusia yang mati dalam  usia muda.

Sumber Google


Sama la macam jodoh.. Ada orang yang memang nak kahwin awal tapi jodoh datang lewat. Bukan dia yang merancang jodoh tu tapi Allah dah tulis bila jodohnya akan sampai. Ada orang tak pernah plan pun nak kahwin dalam usia muda tapi bila dah Allah tulis jodoh dia dalam usia muda maka terjadilah perkahwinan tu. Kita ni merancang jer.. Kadang2 perancangan kita tak sama macam perancangan Allah & kadang2 perancangan kita kebetulan sama seperti yang Allah rancangkan untuk kita. Kita cuma berusaha kearah tu.. Tapi bukan kuasa kita untuk tentukan bila jodoh kita.


Rasanya semua orang bila jatuh cinta je mesti dia ada niat & perasaan nak kahwin.Aku dulu start pandai ber boipren pun dah ada niat nak kawen. Kalaulah niat tu terus jadi dah lama aku kawen dengan orang yang bukan jadi suami aku sekarang. Tak tunggu dah masuk 20an baru nak kawen. Kalaulah jodoh tu memang kita yang tentukan la.. tentulah orang pertama yang kita suka tu la jadi jodoh kita tapi sebab jodoh tu bukan kita yang tulis maka apa yang kita rancang tu kadang2 berlaku sebaliknya. Bayangkan kalau kita boleh tentukan jodoh kita haru dunia ni. Kita harap orang tu jadi jodoh kita tapi mungkin orang yang harap jadi jodoh kita sebenarnya harap orang lain adalah jodoh dia. See.. betapa Maha hebatnya Allah. sebab tu dia tulis siap2 dengan sapa kita akan kahwin. Kalau jodoh ikut nafsu manusia.. memang terbalik bumi ni. Apa yang aku nak cakap kat sini.. Jodoh! Memang kena usaha cari tapi tak bermakna yang tak kawen2 sampai ketua tu tak berusaha mencari. Mungkin Allah tak tulis jodoh untuk dia kat dunia..

Memang kahwin awal banyak hikmahnya.. Cuma bukan semua orang jodohnya awal atau ada jodoh dalam hidupnya. Kesian la orang2 yang tengah tunggu jodoh tak sampai sampai tu.. Mungkin depa akan terasa macam terlepas moment2 yang indah sebab jodoh tak sampai dalam usia muda. Jangan risau.. lambat atau cepat, mohon jodoh dari Allah. Insya Allah.. Allah akan bagi yang terbaik untuk kita.

Tapi tak guna la jugak la kahwin awal tapi persediaan untuk hadapi alam perkahwinan tu tak ada.. tak kemana jugak. Ingat tak pengantin budak 12 tahun haritu.. Sebab terlampau muda, tak ada ilmu, tak matang, persediaan tak ada.. akhirnya bercerai. Kita nak kahwin biarlah orang tu boleh jadi orang yang mampu kita sayang walaupun perasaan sayang tu kita pupuk selepas perkahwinan. Bila sayang kita akan jaga dengan baik. Tapi sejauh mana sayang kita tu perlulah di zahirkan dengan perbuatan tak boleh hanya dengan rasa je. 


Moral of the story.. Alhamdulillah pada mereka yang jodoh sampai awal tapi tak payah la nak menunjuk sangat pada orang yang masih tak datang2 jodohnya atau jodoh terlepas flight so sampai lambat sikit. Sebab lambat atau jodoh tu sampai tak menjamin anda lebih bahagia dari orang lain. Ia bergantung pada bagaimana kita mengemudi perkahwinan kita tak kira kawen cepat atau lambat. Ini cuma pandangan peribody aku yang lepasan tadika kemas. peace yo!

TIPS MELATIH ANAK UNTUK KENCING BERAK DI TANDAS (FREE DIAPERS)

Hari ni aku jadi parenting blogger sekejab yer. Almaklum la blog rojak ni macam2 boleh tulis. Suka hati siku hitam aku la nak taip pasal apapun katanya. hahahahaha. Sampai masa anak perlu jugak di ajar untuk kencing berak di toilet. Jadi bagi yang tak tahu macam mana nak mulakan latihan kencing berak kat toilet ni meh la bertapa kat entri ni sekejab. Manalah tau boleh membantu para mak bapak di luar sana.

Sumber google

Semalam ada nampak blogger Melastik Bintang buat entri pasal masalah toilet training anak dia yang dah nak masuk 4 tahun. Walau dah pesan nak kencing bagitau tetap dah terkuncil baru la budak tu bagitau. Yelah sebelum ni... depa selesa nak kencing, kencing jer kat memana sebab pakai pampers kan. Sementara nak biasa kencing kat toilet ni memang ambil masa sikit.

Anak aku mula2 buat toilet training pun aku rasa nak menangis. Bawak pergi toilet tunggu dekat setengah jam tak kencing, alih2 keluar toilet tak sampai 5 minit dia kencing. Kadang2 baru jer kencing tak sampai 10 minit lepas tu kencing lagi. Sebab depa masih belum pandai control kencing. Sebab anak aku ada masuk terapi, so therapist dia ada ajar aku cara buat toilet training. Maka boleh la aku share dengan semua.

Mula2 memang susah sikit. Setengah jam sekali kena bawak pergi toilet untuk biasakan mereka kencing atau berak kat toilet. Buat satu jadual toilet dorang. Contoh macam ni..

 Sebenarnya therapist anak aku ada bagi satu form macam jadual untuk di tanda pukul berapa dia kencing atau berak tapi aku ni careless entah mana aku letak so aku buat jadual sendiri la kat tab guna memo.macam ni la rupanya. Janji aku ada catat bila anak aku kencing & berak, kan? next week jumpa therapist aku tunjuk je la kat tab aku. U tu untuk kencing (Urine). BM tu untuk berak. Kalau dia kencing dalam seluar tandakan u/pants. Kalau kencing kat toilet tandakan u/toilet. Macam tu jugak berak yer. Ni kira jadual toilet training aku di pertengahan dah sebab tu tak banyak terkuncil. Sekali jer ter cret skit dalam seluar sempat lagi di bawak ke toilet sebab tu aku tandakan u/pants/toilet. Boleh try buat jadual kencing macam ni yer bagi memulakan toilet training anak hangpa. Ps : yang last sekali 10.30 bukan 1.30

Tujuan untuk tengok timing kencing anak. Bila kita dah dapat agak time kencing anak, dah senang kita nak bawak pergi toilet. Macam aku memula aku tengok timing kencing dia lepas minum susu. Aku dapat detect anak aku akan kencing lepas setengah jam minum susu. Lepas tu sejam sekali. So, setengah jam lepas minum susu aku bawak ke toilet. Lepas tu aku jarakkan sejam sekali. Tapi tak bermakna anak tu tak terbabas kencing dalam seluar dah. Still terbabas lagi tapi semakin kurang la. Lepas bangun tidur terus bawa anak pergi toilet sebab time tu selalunya depa akan kencing. Macam tu jugak sebelum tidur, Bawak pergi kencing dulu. sebelum free diapers malam hari pastikan anak dah boleh control kencing. Selagi dia tak boleh control kencing memang di nasihatkan terus pakaikan pampers bila nak tidur. Kang jenuh nak jemur tilam hari hari. Terus ingatkan anak kalau nak kencing bagitau. Ajar cara dia nak bagitau kalau nak kencing. Tak kisah cara pelat budak2 yang penting yang paling senang dia nak bagitau. Tak payah formal sangat macam kat sekolah ajar anak bagitau nak ke toilet.. "Please teacher may i go out.." cukup la sekadar nak cing.. nak syi syi.. bagai. Tu pakar terapi anak aku yang ajar.

Seminggu pertama tu memang perlu tahap kesabaran yang tinggi untuk toilet training ni.. Tapi masuk minggu kedua, Insya Allah dah tak terkuncil dalam seluar & anak dah boleh control kencing sehingga ke toilet. sebab anak aku 2 minggu train, dah tak payah pakai pampers. Kira free diapers la kalau kat rumah ni. Tidur malam pun dia sekarang memang tak terkencing ke hapa. Memang tak pakai pampers dah. Jimat la pampers.

Kejayaan adalah milik orang yang sabar sebab takde orang keluar dari perut mak terus dapat degree terus jadi Perdana Menteri. Semua kena di ajar & belajar. Macam tu jugak dengan toilet training ni. Aku yang hari2 dok buru hantu ni pun tabah bawak anak aku setengah jam sekali ke toilet. Kadang2 sampai setengah jam aku tunggu dia kencing, tak kencing2. Tapi aku tetap sabar.. 2 minggu lebih aku buat benda yang sama sampai dia dah biasa dengan rutin kencing kat toilet. Nak kencing bukan dalam seluar tapi kat toilet.. Dah boleh control kencing, sekarang aku rilex sikit la. Sebab anak aku dah berjaya melepasi toilet training. Bila benda tu jadi kebiasaan, Insya Allah akan jadi rutin. Aku selalu pysko anak aku, kencing dalam seluar adalah satu kesalahan. So, bila dia terkencing dia akan tunjuk rasa bersalah. hahaha.. tang tu macam kejam. Tapi berjaya buat dia control kencing. Tapi jangan sampai anak trauma pulak. Asal terkuncil dalam seluar jer menggigil takut macam bunuh orang. Tu tak elok untuk perkembangan anak yer. Just pysko sikit2 sudah.

anak aku seorang kanak kanak speech delay, so dia ada masalah pertuturan. Macam budak baru belajar cakap sekarang ni. Memang la benda2 macam ni lambat sikit dia pickup kan sebab dia susah nak berinteraksi. Tapi kalau anak2 hangpa yang cakap macam bertih jagung dah.. Rasanya boleh berjaya tak sampai 2 minggu kot. Yang penting consistent training & jangan cepat putus asa. Paling penting masa train dia jangan pakaikan pampers. Kena biasakan dia tanpa pampers. Jangan bagi dia rasa selesa bila kencing. Biar dia rasa basah bila terkencing dalam seluar. Benda tu akan buat dia rasa tak selesa & merangsang kebolehan dia untuk cari keselesaan jugak. Bila dia rasa bila terkencing tak selesa secara automatik dia lama2 akan rasa tahan kencing sampai ke tempat sepatutnya dia kencing. Tu teori aku ler... hehehehe

Moral of the story.. Pada umur berapa hangpa nak latih anak hangpa ke toilet bergantung pada kemampuan dia la. Macam anak aku lambat sikit aku train. 3 tahun setengah baru aku start buat toilet training sebab masalah speech delay dia aku mula2 macam tak confident dia boleh berjaya tapi therapist yang sangat2 membantu buat aku rasa positif. Ternyata masalah speech dia bukan satu masalah untuk buat toilet training. Tak perlu tunggu petah bercakap, cukup dia boleh faham arahan, Insya Allah dia mampu.


ANTARA SEBAB SKYNET DAH LAYAK GULUNG TIKAR

Setelah 2 minggu (10sept - 24 sept ) barang yang di nanti sampai jugak ke tangan pada malam 24 sept 2014. Jauh perjalanan dia tu.. Dari Taiping ke sg buloh mengambil masa lebih kurang 14 hari nak sampai. Sesat gamaknya...


Memang yang tak tahan sabar ni tak di nasihatkan guna servis skynet untuk sebarang penghantaran la. Kau gila.. 2 hari selepas barang di post.. alasan. Takde staff nak hantar. Pelik sangat alasan tu. Perlu ke customer tahu masalah depa tak cukup kakitangan.

Lepas tu alasan biasa.. konon penerima takde kat umah masa dorang hantar sedangkan tarikh yang di katakan depa datang hantar 24 jam aku kat dalam umah.. setapak pun aku tak melangkah keluar pintu rumah.


Lepas tu bila call.. nak check barang even sebelum dah kata barang ada kat centre. Janji manis nak hantar esok harinya... Dan paling terakhir alasan dorang tak tau barang tu kat mana kena check dulu. Siap call aku tanya barang apa yang di hantar kat aku. Bernanah la telinga kena lahar gunung berapi. Kau sibuk nak tanya barang apa tu dah apahal? Tugas kau hantar.. bukan menyibuk.


Bila aku up isu ni kat FB ramai yang turut berpengalaman buruk guna skynet ni. Bila aku baca review kat FB skynet ni memang tak jumpa yang memuji service dorang bagus. Majoriti memang komplen servis dorang teruk. Jadi.. sebelum terkena kat korang pilihlah servis penghantaran yang lain. Tak payah la nak amik risiko dengan skynet. Pengalaman aku sendiri 2 minggu baru dapat barang yang sepatutnya paling lewat pun 2 hari jer. Lemak la asal lambat customer pergi collect sendiri. Habis tu orang bayar kau untuk apa??

 Nak baca lebih banyak puja puji tentang perkhidmatan skynet ni boleh baca kat SINI

Skynet.. Sila la lakukan perubahan. Sampai bila perkhidmatan camni korang nak bagi pada pelanggan. Terlalu teruk bukan sikit2 dah. Memang totally kelaut takde sky2 sangat dah. Kalau rasa takde kemampuan nak gajikan staff secukupnya sila bungkus pergi buat bisnes kacang putih sudah.


DAHSYATNYA SERVICE SKYNET YANG KORANG TAK TAHU

Amboi tajuk bunyi macam dahsyat sangat servis skynet. Dahsyat macam mana tu? Di hantar barang/surat pakai roket ka? seminit ni pos, seminit kemudian sampai ke camna tu? Mesti korang tak sabar nak tahu apa kedahsyatan servis dari skynet ni kan?

Sumber google

Kena bermua dengan alkisah someone ni nak hantar barang untuk aku review. Dia pos barang tu dalam 10 sept 2014 sampai saat aku tulis entri ni 22 sept masih tak dapat dapat. Bila si pengirim tu call tanya pada 12 sept tu katanya nak hantar esok harinya 13 sept... pun tak hantar. Alasan yang memang menyampah jugak kita nak terima kan.. Memula cakap tak cukup kakitangan.. Perlu ke customer tahu masalah tu? lepas tu alasan standard despatch pemalas orang takde rumah padahal hari2 yang dia kata datang hantar barang tu aku 24jam dalam rumah. Aku tak tau la kalau orang yang hantar tu call kali ketiga nanti dia nak bagi alasan apa pulak.

Ok.. ni pengalaman paling ngeri bagi aku dengan servis skynet. Dulu pos laju.. tapi nampak service pos laju kat area umah aku ni dah semakin tip top. Cepat jer sampai. Ni skynet.. dekat 2 hari barang tak sampai. Ke dia nak bagi alasan rumah aku ghaib pulak bila dia datang nak hantar barang. Manalah tau kan... Tetiba sampai kat alamat umah aku tetiba rumah aku hilang dari pandangan mata dia.

Hello skynet Batu caves...  Kalau rasa ada masalah tak cukup kakitangan & dah tak mampu nak gajikan staff secukupnya baik ko hentikan je perkhidmatan kau tu. Bayar murah atau mahal.. Orang bayar untuk servis yang di janjikan bukan orang bayar untuk menanti macam buah durian yang tak gugur2. Tolonglah jangan tiap kali customer call dok bagi janji manis mu jer.

Dah dekat 2 minggu SKYNET sila jangan main banyak sangat. Tak berapa nak sky dah ni.. dah kelaut rasanya service korang.


NI SEBAB KENAPA DUIT 8SHARE TAK MASUK AKAUN TAPI EARNING DAH DI TOLAK

Mesti ramai 8sharer yang menggunakan account maybank untuk cashout earning 8share hadapi masalah ni sejak 2 hari lepas kan? Termasuk la aku. Pelik jugak mula2 bulan ni lambat sangat duit iklan 8share masuk account. Ok lagi.. Tapi yang jadi tak ok bila check account 8share earning dah kena tolak tapi duit still tak masuk account bank.


Itu sudah lebih la kan.. Maka dengan gagah beraninya aku pun apa lagi Mesej la kat Talk To Us tanya apsal kejadian tu berlaku. Hari ni baru dapat maklumbalas dari wakil 8share.. katanya..


Ok.. Yuna dah jawab maka lega la sikit kan. At least kita tahu duit kita tak burn camtu je kan?? Ingat senang ke nak kumpul earning dari iklan ni. 20sen pun bukan senang nak kena raih 1 clik yang berkualiti bukan fraud clik. Jadi pada 8sharer yang belum lagi dapat duit tu harap bersabar. Bukan selalu pun masalah ni berlaku.. Inilah kali pertama, ye dak?? selama ni elok je dorang buat kerja. Yelah.. yang buat kerja manusia, mesin pun kadang2 down apa lagi manusia.

P/S : dengan 8share aku memang suka Yuna menjawab pertanyaan atau kemusykilan 8sharer sebab lebih sedap di baca dari Aqilah.. aku rasa Aqilah ni kalau jawab macam emosi je. So, Aqilah hope masa nak taip jawapan tu sila buat dengan hati yang tenang & ikhlas juga dengan senyuman

P/s : ok duit pun dah masuk.. mari horeyy!!


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com