Kau kerja apa sekarang? Kau buat apa sekarang? Apa cerita sekarang? Tu soalan2 yang biasa orang tanya bila dah lama tak jumpa. tak kerja.Takde apa buat pun. Dok umah jer. Jaga anak. Jaga suami. Jadi surirumahtangga jer. Hangin tak tetiba keluar statement.. Oo.. kerja mengangkang je la.
Tapi kalau jawapan.. aku surirumah tapi ada la buat2 sikit2 kerja cari sideincome. Buat2 tambah duit poket sendiri. Takde la mengangkang tunggu laki bagi duit jer.. pun tak sedap juga dengar kan?? Yelah.. kita surirumah yang takde sideincome mesti terasa jugak kan?? Mengangkang je ke aku kat umah. Ke orang yang cipta istilah mengangkang pada surirumah yang takde buat kerja yang mendatangkan pendapatan sampingan ni sebagai mengangkang.. mungkin dia sebenarnya wanita yang bekerjaya pernah satu ketika dulu depa jadi surirumah memang kerja depa mengangkang je tak buat apa2. Jangankan nak masak, kemas, membasuh bagai.. makan pun tunggu laki balik hidang depan hidung je. Tu bolehlah ko cakap mengangkang je kerjanya, ok!
Tapi bagi kita2 warga surirumah yang tak berapa sempat nak mengangkang ni memang rasa biadap sangat la kalau terima statement macam tu. Mentang2 ko ada buat kerja yang mendatangkan duit, kita2 yang harap duit laki ni sepenuhnya kau anggap bini yang macam kita ni kerja mengangkang jer.
Kalau kita2 ni mengangkang je kerjanya.. adakah kau yang cakap macam tu hari2 datang rumah kita2 ni tolong masak, tolong cuci basuh segala bagai, tolong jaga anak & tolong semua kerja surirumahtangga kat rumah kita2 ni?? Kalau tak.. tolong la jangan cakap kita dok umah mengangkang jer di sebabkan kau ada buat kerja yang mendatangkan duit jadi ko rasa golongan macam ko je tak mengangkang kat rumah. Kau je yang best.. kau je yang rajin.. kau je yang pandai cari duit.. kau je yang tak harap duit laki 100% maka kau rasa kau la paling perfect wife @ housewife. Kalau kau rasa macam tu.. silap tutup satu kepala especially muka kau dengan mangkuk jamban bila kau nak keluar sebab takut ada mana2 housewife jumpa kau kat luar terludah pulak muka kau.
Setiap isteri tak kira bekerja, tak bekerja & bekerja dari rumah sekalipun tak lepas dari tanggungjawab. Walau dia hanya tahu buat kerja rumahtangga yang pada mata kasar memang tak mendatangkan duit tapi kan tu lebih baik dari ada bini yang dok kat umah tapi kena pakai orang gaji jugak sebab bini memang jenis sayang tangan takut kasar nak buat kerja rumah. Atau senang cakap walau dia tak mampu bagi duit tapi dia mampu jimatkan duit. Bersyukur pada bini2 yang ada kelebihan dalam melakukan kerja sampingan dirumah. Dalam pada masa yang sama rumahtangga pun tak terabai.. itu kelebihan yang bukan semua orang ada. Jangan kau rasa kau boleh buat, orang lain yang tak buat sebab pemalas. Jangan rasa diri hebat sangat.. sedarlah, sesetengah part tu maybe ko nombor last berbanding surirumah yang lain. Sebab tu orang cakap setiap manusia ada kelebihan & kekurangannya.
Ingatlah.. bergurau lain nada, menyindir lain melodinya.. merendahkan orang juga bunyinya lain. Istilah mengangkang ni.. kalau di tutur dalam nada gurauan senyuman dia lain, kalau di cakap dengan sindiran, ayatnya pun lain & kalau dalam niat memperkecilkan kemampuan orang juga dengarnya tak sama. Kalau kau rasa diri kau paling best.. kau kena ingat sebenarnya ko la manusia paling worst sebab kau tak nampak buruk sendiri bila kau rasa kau terlalu perfect.
Mana sempat nak mengangkang kalau hari2 terkangkang kat dapur memasak, membasuh, memcuci bagai kan?? (Gambar sekadar hiasan ehsan google)