JUAL LAUK KE JUAL BARANG KEMAS NI?
Dua hari lepas dapur tak berasap jadi sempat jenguk bazar ramadhan. Bukan selalu apatah lagi hari2 nak pergi bazar beli juadah tunjuk2 ni. Selalunya berirama senduk kuali kat dapur.. segala jenis silat akan keluar takhkala bertarung sediakan juadah berbuka di temani si kecik yang lasak tu. Sekali sekala tak masak.. apa salahnya, kan??Tak jauh pun pergi bazar area rumah jugak la. Macam biasa la kat bazar... macam macam ada. Bukan je makanan jenis manusia pun macam2 jugak. Ada yang terjerit2 promosikan jualan dorang. Ada satu gerai tu sang lekit terpandang bila jeritan dorang agak meriah.. Usya punya usya rupanya gerai tu milik seorang artis 90an tak silap. Azizul khamis nama dia. Ramah tamah abang azizul kita dengan pelanggan. ada jugak sang lekit nampak pelanggan yang datang bergambar dengan dia. Tu pasal gerai retis..
Ni pasal sorang makcik jual lauk pauk. Sang Lekit sempat singgah gerai makcik ni. Tak sempat nak tengok lauk.. tertengok dulu kilauan emas di badannya. Amboi makcik rantai jer dah besar rantai sauh kapal.. tambah gelang kiri kanan besar gedabak tu. Seram pulak sang lekit tengok. Seram bukan apa.. seram memikirkan jenayah sekarang. peragut sekarang sanggup membunuh demi nak dapatkan wallet yang dia sendiri tak tau berapa ringgit dalam tu apatah lagi kalau dia tengok makcik tu yang bersalut emas. Tak kira la dia pakai emas sadur ke emas tulen yang pasti kalau penjenayah tu nampak dia dah tak check dulu emas tu sadur ke tulen, kan??
Kau Mampu??? Sekadar hiasan (Carian Google)
P/S : Yang suka simpan dalam rumah pun kena rompak apatah lagi yang buat tayangan perdana kat badan sendiri.. Takut tinggal lengan je makcik Ooi.. tinggal lengan hidup lagi.. kalau tinggal leher kepala hilang.. huhuhu... serammmmmmmm