BERTUAH & BERSYUKUR
Maaflah kalau sang lekit tak sempat nak jenguk blog2 korang yang berkunjung & berkomen kat blog melekit ni. Sejak semalam memang kurang sihat. Perut meragam.. Ingat keracunan makanan lagi sebabnya sahur 2 hari lepas pepagi hari belasah tomyam en hubby beli. Ni gara2 dia balik lewat.. So dia beli la sahur sekali. Nasib baik takde muntah2 @ cirit birit semalam cuma hari ni je pagi tadi muntah - muntah sikit. Perut masih rasa sakit. Mungkin sakit perut semalam bersambung hari ni & di tambah pagi tadi memang tak sahur sebab tak larat sangat nak bangun & takde selera langsung nak makan. Maaf la.. Den tak puasa hari ni akibat muntah & terpaksa ambil ubat tahan muntah. Al-Maklum la tengah mengandung, muntah2 tak elok nak2 lagi kandungan belum cukup matang. Ada lagi 1 bulan.. Untuk mengelakkan sebarang kejadian tak di ingini berlaku terpaksa la ponteng puasa hari ni.Berbalik pada tajuk entri sang lekit tu.. Apa yang bertuah? Kita ni kadang - kadang terlalu banyak merungut sampai tak nampak kelebihan yang kita dapat di samping kekurangan yang kita ada. Alkisahnya.. Setiap kali pergi buat pemeriksaan kat klinik, sang lekit selalu nampak seorang ibu mengandung ni. Dapat teka dia juga mengandung anak sulung. Tak pernah sang lekit tengok suaminya temankan. Bukan la dia sorang yang datang secara solo.. tapi memandangkan dia selalu sangat solo berbanding yang lain kadang2 ada anak temankan, or adik beradik atau mak ayah. Rasa bersyukur sangat sang lekit selama membawa kandungan sehingga ke 8 bulan ni.. setiap kali check up mesti ada en hubby temankan. Tak pernah sekali pun sang lekit pergi sendirian.