BERTUAH & BERSYUKUR

8/07/2011 03:52:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Maaflah kalau sang lekit tak sempat nak jenguk blog2 korang yang berkunjung & berkomen kat blog melekit ni. Sejak semalam memang kurang sihat. Perut meragam.. Ingat keracunan makanan lagi sebabnya sahur 2 hari lepas pepagi hari belasah tomyam en hubby beli. Ni gara2 dia balik lewat.. So dia beli la sahur sekali. Nasib baik takde muntah2 @ cirit birit semalam cuma hari ni je pagi tadi muntah - muntah sikit. Perut masih rasa sakit. Mungkin sakit perut semalam bersambung hari ni & di tambah pagi tadi memang tak sahur sebab tak larat sangat nak bangun & takde selera langsung nak makan. Maaf la.. Den tak puasa hari ni akibat muntah & terpaksa ambil ubat tahan muntah. Al-Maklum la tengah mengandung, muntah2 tak elok nak2 lagi kandungan belum cukup matang. Ada lagi 1 bulan.. Untuk mengelakkan sebarang kejadian tak di ingini berlaku terpaksa la ponteng puasa hari ni.

Berbalik pada tajuk entri sang lekit tu.. Apa yang bertuah? Kita ni kadang - kadang terlalu banyak merungut sampai tak nampak kelebihan yang kita dapat di samping kekurangan yang kita ada. Alkisahnya.. Setiap kali pergi buat pemeriksaan kat klinik, sang lekit selalu nampak seorang ibu mengandung ni. Dapat teka dia juga mengandung anak sulung. Tak pernah sang lekit tengok suaminya temankan. Bukan la dia sorang yang datang secara solo.. tapi memandangkan dia selalu sangat solo berbanding yang lain kadang2 ada anak temankan, or adik beradik atau mak ayah. Rasa bersyukur sangat sang lekit selama membawa kandungan sehingga ke 8 bulan ni.. setiap kali check up mesti ada en hubby temankan. Tak pernah sekali pun sang lekit pergi sendirian.


Bukan takat temankan ke klinik siap tunggu sampai selesai semua urusan kat klinik hari tu. Walau En hubby jarang ada masa kat rumah, buat kadang - kadang sang lekit rasa macam.. alahai syahdunya sorang2. Yelah.. asyik mengadap bini jer sapa nak cari makan, kan?? Walaupun kat rumah sang lekit banyak berdikari, semuanya sang lekit uruskan sendiri walau sampai dah sarat macam ni tapi tak bermakna sang lekit mampu buat semua sendirian. Macam pergi klinik or memana.. Kalau tanpa en hubby memang susah sikit sang lekit nak keluar. Nak - nak lagi keboyotan perut ni dah tak dapat di cover lagi. Sang lekit jenis tak suka di perhatikan. Kadang - kadang bila orang pandang kita macam pelik, rasa rendah diri pun ada. Al-maklum la ibu kementot yang bersize tak menepati piawaian umur sepatutnya ni memang la mudah jadi perhatian, lebih2 tengah mengandung. Mesti orang cakap anak sapa la kecik2 lagi dah gatal nak kawen. kekekekekeke

Dengan adanya En hubby disisi, rasa berkeyakinan sikit la. At Least bila orang pandang boleh ngadu dengan en hubby. Macam sipolan yang selalu pergi klinik sorang2 tu.. Sang lekit patut bersyukur sang lekit lebih bertuah sentiasa di temani en hubby. En hubby kata dia pernah nampak sipolan tu pergi klinik guna transport awam jer. Sang lekit kagum jugak dengan dia.. Selama sang lekit berhijrah kesini jauh dari keluarga, boleh kira sebelah jari berapa kali sang lekit guna transport awam ni. Kalau nak suruh keluar sorang2 naik bas, lrt, monorel apa bagai confirm macam rusa masuk kampung jugak. Jadi, belajar bersyukur kurangkan merungut. Kalau kita rasa susah, ada orang yang lebih susah. Kan??

15 comments:

  1. kalau org nk kate tu kak x kire size dah...

    *mulut org bukan kite boleh cover ye dok??

    *harap2 la dpt bini yg boleh berdikari mcm akak... hehehe

    latest entry Andai dia Jodohku & Bila Perempuan KENCING BERDIRI

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh..rajin abby berpuasa time dah sarat2 ni..jaga kesihatan tau..

    ReplyDelete
  3. mungkin suami dia kerja atau mungkin suami dia buat tidak peduli...biasa tu...

    ReplyDelete
  4. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya..setuju sgt!..tapi ayat "ibu kementot yang bersize tak menepati piawaian umur" tu..mcm lucu, jgn rendahkan diri yer ...hehe!

    ReplyDelete
  5. masa myra praktikal kat klinik desa...
    slalu nampak suami teman isteri pegi checkup..rasa sweet sgt...
    ada juga yang pegi sorang2...rasa kesian...
    harap2 myra nanti mcm kak abby...
    ada peneman kan rasa selesa sangat...=)

    jaga kesihatan oke =)

    ReplyDelete
  6. harap nanti mak gi mdical chekap... hubby mak sentiasa menemani mak sampai hujung nyawa....


    UuuUUuUUUuu~~~~ hahahahah

    ReplyDelete
  7. saya rasa saya bakal jadik macam ibu yang kesorangan tu,huhuuuuuuuuu.tapi taktaulah kan,who knows.

    ReplyDelete
  8. btul ~ eh2., akak kte pon pergi klinik sorang2 even dye beranak sulung, tapi kdg2 kalau free kte temankan, kesian dye :')

    ReplyDelete
  9. jaga diri akak!
    semoga baby yang bakal lahir menjadi seorang muslimin soleh/solehah

    :)

    ReplyDelete
  10. hope akak kuat ye sampai baby keluar.

    mintk2 dah kahwin nanti hubby teman,kehkeh

    ReplyDelete
  11. sbulan lg..sabar2~ ekekeke..lekit jgn la bgtau kt public pasal ponteng puasa tu..x baik .. nnt boleh mendatangkan dengki kpd sy yg berpuasa penuh ni.. ;p

    ReplyDelete
  12. Yer betul lekit.. Ayah aqil selalu ckp 'bukan mudah utk rasa bersyukur' itu kelemahan kita kdang.. ;) ibu dulu masa ngandungkn aqil lg le duduk asing2 dgn ayah sbb ayah keje jauh..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. minta minta jodoh kamu berpanjangan hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  14. nice r..mesti best kn nk dapat baby..?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com