KISAH PENUNGGU MISTERI BILIK AIR DI KEM PLKN
KISAH PENUNGGU MISTERI BILIK AIR DI KEM PLKN. Walaupun banyak kisah seram yang aku pernah baca pasal Kem PLKN ni tapi tak tau la kenapa selama ni aku tak pernah pulak tulis kat blog ni kan.. Bila belum sampai seru tu memang la tak terdetik di jari nak menaip. Nampaknya malam ni seruan dah sampai maka segmen seram serik lekat lekit malam ni akan berkongsi sebuah kisah benar yang berlaku di sebuah Kem PLKN.Sumber Sharafie.net |
Alkisahnya di sebuah kem PLKN yang tak di beritahu kat mana. Katanya ada sebuah bilik air yang berpenunggu. Peserta PLKN tidak di benarkan guna bilik air tu menjelang pukul 12 tengah malam ke atas. Lampu bilik air tu pun tak boleh tutup tapi lampu bilik air yang lain2 wajib kena tutup time tengah malam. Tiada siapa di benarkan guna bilik air tu sebab menurut Jurulatih bilik tu ada yang akan guna menjelang tengah malam. Senang paham bilik air tu ada penunggu la...
Nak di jadikan satu kisah seram penuh misteri lagi menakutkan... Pada satu malam yang sepi.. Time tu minta maaf takde babak babak pak mat jual topi ok! Semua peserta PLKN dah nyenyak tidur. Setiap malam akan bergilir peserta PLKN di arahkan meronda kawasan kem. 6 orang peserta di tugaskan meronda. 3 lelaki & 3 perempuan. Masing2 meronda di blok asrama masing2 la. Yang lelaki jaga blok lelaki, perempuan jaga blok perempuan.
Kisah seram selalunya berlaku sekitar pukul 2 - 4 pagi. Semasa peserta PLKN yang di tugaskan membuat rondaan time tu tetiba salah seorang tersuluh satu bayang yang mengadap betul2 depan mereka. Masa tu jantung dah siap irama lagu haiza la.. Dag Dig Dug. Yelah.. dah sedia maklum kem depa tu ada something, bila ternampak benda2 macam tu memang kecut habis segala urat saraf katanya. Yang nampak cuba bagi signal suruh kawan2 dia yang lain baca ayat kursi tapi budak2 lain mula pelik dok tanya jugak kenapa. Kalau tengah2 malam orang suruh baca ayat kursi mustahil la nampak sebuah hidangan lazat kan.. Sebab masing2 bendul tak paham kiasan, sipolan yang nampak bayang tadi cuba suluh kearah bayang hitam yang di nampak tadi untuk tunjuk sesuatu tapi dah takde la pulak. Hampeh sungguh! main aucak pulak. Maka dia buat kesimpulan mungkin mainan perasaan dia je tadi sebab di hantui cerita2 seram sebelum ni. Mereka pun teruskan rondaan.
Setibanya di kawasan bilik air berpenunggu yang penuh dengan seribu satu kisah seram tu.. Tetiba masing2 terbau harum semerbak sabun mandi padahal masa mula dorang masuk ke situ takde apa2 bau pun. Dalam celah2 masing2 rasa pelik dengan bau wangi ada pulak sang gedembai pergi tegur bau tu.. Padahal jurulatih dah pesan nampak atau bau apapun jangan tegur. Lepas di tegur pasal bau tu.. makin menjadi jadi pulak wanginya. Bukan tu jer siap ada bunyi orang mandi lagi. Amboi pantang kena puji.. lagi nak menunjuk nampak. Hantu pun jenis suka kena bodek jugak rupanya. hahaha
Sebab bau semakin wangi masing2 tekad nak masuk ke bilik air tersebut. Bila sampai area bilik air merangkap tandas kat situ semakin jelas dengar bunyi macam orang cedok air dalam kolah kemudian jirus. Dalam antara berani & takut depa masuk jugak ke dalam. Yang mula2 tegur pasal bau wangi tadi, buat hal lagi. Bila masuk ke perkarangan bilik air tu dia dengan selamba say "hello" pulak.. Dengan tak semena mena bunyi orang mandi tadi terus hilang cuma yang ada bau wangi jer. Mungkin dia tau orang tengah nak skodeng dia kot.. Apa ingat hantu tak tau malu ke orang tengok dia mandi. Depa pun check la satu persatu bilik air kat situ.. Ternyata tak jumpa sapa2 pun mandi yang ada cuma kesan basah macam orang lepas mandi & bau wangi.
Sebab keberanian masing2 pun dah turun ke level buku lali maka depa decide nak blah je dari situ tapi ada jugak yang level keberanian dia masih tinggi pergi tutup suis lampu bilik air yang di katakan berpenunggu tu. Lepas dia keluar tup tup lampu terbuka balik. Dia pergi tutup lagi.. buka balik sampai la sampai kali ke tiga dia pergi tutup suis lampu tu & tunggu sekejab tapi tak pulak terpasang balik. Bila dia melangkah keluar tup tup lampu nyala. Kali ketiga dah takde sapa ada level keberanian tahap extreme semua dah kecut macam pokok semalu kena sentuh. Maka seperti lirik lagu shida dangdut.. Segera angkat kaki la. Lagi mau tunggu ke?
Bukan kumpulan dorang je kena kacau tapi ramai lagi kumpulan lain yang di tugaskan meronda jugak melalui pengalaman seram yang sama. Tu la.. Bila orang kata jangan yang tu jugak depa nak buat. Sekali kena momok.. tau takut.
Tapi rasanya kena kacau macam tu tak takut lagi berbanding kalau tengok benda benda kat tandas awam mungkin pengalaman paling pahit & ngeri. Aku sendiri pun harap tiap kali nak guna tandas awam aku tak terserempak dengan benda2 tu.
Moral of the story.. Tandas ni tempat kotor. Bersih macam mana pun dia tetap kategori tempat kotor. Memang jin & syaitan suka. So, nak masuk tandas pastikan baca doa dulu. hehehe