Showing posts with label gabung. Show all posts

TAK MUSTAHIL KAT IKEA AKAN ADA MENU NI NANTI

TAK MUSTAHIL KAT IKEA AKAN ADA MENU NI NANTI. Ikea selain orang bershopping barang keperluan rumah macam perabot,sofa,peralatan dapur,pinggan mangkuk,aksesori untuk deco rumah bagai.. Salah satu tarikan di Ikea adalah meatball dia. Sesiapa je yang pergi makan meatball majoriti mesti tak lepaskan peluang ambil gambar meatball tu. Betapa popular Meatball kat Ikea yang ramai peminatnya. Kalau makan meatball wajib ambil gambar katanya.. Tak ambil gambar nanti takde bukti makan meatball. hahahaha


Macam biasa la aku ni kan selera kg.com kan.. So meatball2 ni memang tak pernah rasa. Nak2 lagi asben aku tak makan haiwan berkaki empat. Memang sedap macam mana pun dia takkan makan.. Bila dia tak makan dengan aku2 pun ikut tak makan. Lagipun dah lama aku sendiri tak makan daging. Bila makan sampai aku rasa pelik dah sekarang. Punya sehati sejiwa kami laki bini kan? hahahaha

Selalu ke Ikea kami just pandang & berlalu je kat foodcourt tu.. Memang berebut2 orang nak makan kat situ. So, dalam suasana berebut tu rasa tak enjoy pulak kalau nak makan. Takpe la.. makan karipap telur Ikea pun jadi la katanya. hahaha.. Almaklum la selera kg.com katanya.. Karipap je la kena dengan taste.

Sebab Ikea terkenal dengan menu Meatball dia.. Ni mungkin jadi sumber Inspirasi pada Ikea untuk jual menu baru pulak. Sapa tahu kan?? Sebab dia punya trademark Meatball mungkin lepas tengok video ni Ikea terus memperkenalkan menu baru gabungan Makanan Melayu & Barat macam ni >> Menu Ni Memang Nampak Gila Tapi Percayalah Sangat Kreatif <<

Tak salah pun kalau Ikea nak jadikan ia sebagai menu baru. Yelah.. Asyik makan meatball jer pun bosan so boleh upgrade meatball tu kepada menu yang lebih menarik macam tu, kan? Korang kalau ada idea untuk mengabungkan 2 makanan menjadi satu menu macam chef ni.. boleh sahut cabaran ni & peluang menang hadiah menarik. Nak tengok clik sini >> Cabaran Cipta gabungan memasak Dari 2 menu berbeza menjadi 1 menu <<

APA BARANG MAKAN DALAM PAMPERS,TRY MAKAN NI ADA BERANI

APA BARANG MAKAN DALAM PAMPERS,TRY MAKAN NI ADA BERANI. amboi tadi dah up entri pasal orang makan alas pampers @ diaper (lampin pakai buang).. Ni tak habis lagi ke cerita makan dalam pampers? Tak pasal2 ada pulak orang mati kena kafan dalam pampers pulak dok ulang2 cerita benda yang sama kat blog dalam satu hari.


Dok aiihh... Bukan cheq nak cerita makan dalam pampers tu.. Hat tu dah selesai. Ni nak cerita pasal makanan orang2 Urban & hispter katanya. Yelah.. Orang sekarang ni kan kejar trend. Bukan saja fesyen dia nak trendy.. Makanan pun dia nak yang up to date. Kalau dulu makan nasi lemak, sambal ikan bilis, telur & ulam timun.. Sekarang apa barang makan nasi lemak berlaukan classic macam tu. Tak hispter katanya..

Abis tu nasi lemak macam mana yang nama urban & hispter sangat tu cheq Ooi.. Habaq mai kat makcik ni. Almaklum la makcik membesar dengan nasi lemak bungkus daun pisang berlaukan sambal ikan bilis, telur & ulam timun ja. Ni yang nak cerita ni..  walaupun menu utama krismas tak pernah ada dalam senarai nasi lemak.. Sekarang dah ada katanya. Kau hado makan nasi lemak ala2 christmas macam ni >> Bila Masakan Melayu Di Upgrade menjadi Menu hari Christmas dengan gabungan 2 makanan ni.. Ada berani cuba? << Nak Urban sangat kan? Hambil kau!! Pi la try menu urban macam ni. Menu2 kampung katanya takde kelas. hahaha

Manusia pun boleh kahwin campur apalah sangat makanan pun di gabungkan macam tu kan. Biasa la.. Cuma kalau silap bercampur jadi songsang. Jadi gabungan rasa tu kena betul2 matching kata orang putih.. Kalau kata orang sawo matang ni kena sepadan macam pinang di belah dua. Jangan macam pinang di belah2.. tak terbelah.

Moral of the story... Dalam hidup memang kita perlu kreatif tapi bukan sampai macam orang gila yang buat perkara yang orang rasa macam tak masuk akal.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com