Sekarang ni kecoh pasal kes kelab taat suami selepas president kelab tersebut mengeluarkan pendapat supaya isteri melayan suami seperti `pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak. Perlu wujudkan kelab macam ni yang hanya menekankan isu layanan atas katil jer..?? Dah tu umpamakan seorang isteri seperti pelacur tak kira la apa kelas sekalipun kalau dah nama pelacur tetap la pelacur, kan?? Jangan merendahkan martabat seorang isteri dengan pendapat macam tu.
Hasil carian google. Sekadar hiasan
Tentang isu tu mungkin ramai yang dah tahu.. Tapi sekarang ni polis tengah menyiasat kelab tersebut yang di katakan mampu menjejaskan keselematan negara.Yang paling mengejutkan kelab tersebut di syaki ada kaitan dengan kumpulan al -Arqam. Kelab tersebut di dakwa di tubuhkan untuk mengembangkan kembali ajaran kumpulan terbabit kepada rakyat di negara ni. Kes ni sedang di siasat polis.. Jadi kalau benar la dakwaan tersebut akan terbukti nanti.
Sang Lekit bersetuju dengan pendapat Salih Yaakob dalam
berita harian, Isteri tidak memerlukan mana-mana kelab untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada suami kerana mentaati suami adalah perintah Allah semata-mata untuk mendapat keredaan-Nya.
Tubuhkan kelab lepas tu keluarkan pandangan yang mengundang kontroversi, samakan isteri dengan seorang pelacur apa motif kelab ni sebenarnya? Pada ahli persatuan kelab ni fikir - fikir la semula yer.. Apa kelebihan yang korang dapat dengan sertai kelab ni. Sekadar belajar macam mana nak bagi layanan atas katil dengan suami jer ke? Lebih baik korang belajar masak dengan Mat Gebu. Bak kata pantun lama.. Gendang Gendut tali kecapi, kenyang perut perut suka hati. Tak kenyang kalau 24 jam atas katil. Keharmonian & kebahagian rumah tangga merangkumi semua aspek bukan hanya layanan atas katil yang harus di beri keutamaan.
Rujukan :
Berita harian