HUJAN WANG DI BULAN NOVEMBER? SAPA NAK CEPAT BACA! Tengah tengah memang perlukan duit & ada masalah kewangan ni dengar benda2 yang boleh mendatangkan sumber duit ni agak teruja juga la. Almaklum manusia memang perlukan duit untuk teruskan rutin harian. Tak payah membongak sangat.. Duit semua tak penting, yang penting cinta. Kau nak bercinta pun kena ada duit.. So, takde istilah hidup tak perlukan duit. Apa ingat nak hadap pasangan kau boleh kenyang telan air liur je ke?
Bukan apa Markonah tetiba cerita pasal duit ni tadi tertengok kat website Beauroque.. alah yang jual shampoo santan tu.. Takkan kau dah lupa konah. Shampoo yang tengah viral sekarang katanya. Tapi sekarang bukan la nak cerita pasal shampoo tapi ni ha nak cerita depa dok kelam kabut buat kempen membantu pelanggan berjimat semasa berbelanja di e-commerce depa, di website Beauroque.com tu mana lagi. Bukan kedai runcit minahci yer.. Kempen yang di beri nama #bnovemberrain.
Kenapa #bnovemberrain? Katanya sempena November yang hujan & bah sana sini.. Maka elok la depa ambil kesempatan untuk menurunkan hujan wang kepada para pelanggan depa melalui kempen Jimat cermat semasa membuat pembelian di website depa. Baguih budaknya depa ni.. merujuk kepada Beauroque.
Bukan takat hangpa boleh berjimat cermat amalan mulia & pasti syaiton menangis kerana tiada pembaziran.. Malah depa nak bagi hangpa peluang menang cabutan bertuah dengan nilai hadiah yang memang meleleh air liur.. RM1111.00 kau! Banyak satu tu.. Bukan singgit yer. Baca betul betul jumlah tu.. Tak mau ka? Takpa.. hangpa tak mau kami nak. Biaq kami ja nak sertai kempen ni & peluang cerah sikit nak menang. hahahahaha
Tapi yang mana rasa nak jadi pesaing saya join kempen ni.. Syaratnya sangat mudah. Lagi mudah dari masak air hehehehe tak caya baca la dulu
Cara untuk join kempen ni adalah..
〠 Para pelanggan hanya perlu membeli kupon kempen yang bernilai RM10.00 sahaja & kupon ini membolehkan para pelanggan mendapat diskaun pembelian bernilai 11% daripada harga barangan yang ditempah. Alah kupon spoloh hengget apa la sangat kan berbanding hadiah yang mungkin bakal menang tu.
〠 Para pelanggan boleh mula menggunakan kupon bermula daripada 11 November 2017 sehingga 30 November 2017 untuk membuat pembelian. Sempat la dapat gaji nak redeem kupon tu kan? hehehehe
〠 Bayangkan, dengan hanya melabur RM10.00, tuan-tuan & puan-puan layak untuk mendapat peluang memenangi wang tunai bernilai RM 1111.00 & juga berjimat semasa membeli. Bak kata mat salih ” Killing 2 birds with 1 stone“. Tapi nak killing bird dengan lastik peluru batu lagi susah dari dari join kempen ni. Tak payah nak lastik lastik.. Beli kupon spoloh hengget & berbelanja sikit di Beauroque..beli shampoo santan ke hapa yang patut, peluang terbuka nak menang hadiah bernilai RM1111.00 tu
〠 Kupon yang di jual terhad & setia pelanggan hanya boleh dapatkan 1 kupon untuk setiap orang. Dalam erti kata lain.. Peserta untuk kempen ni juga limited la. Sapa cepat dia dapat beli kupon & dapat peluang menang cabutan bertuah.
Untuk update terkini & info yang lebih pantas berkaitan kempen elok la hangpa like & follow Facebook Page : Beauroque .
Sila see first sekali untuk tidak terlepas pandang apa2 annoucement penting
Syarat-syarat penyertaan & Syarat untuk menang
➠Beli kupon bernilai RM10.00 sahaja daripada website Beauroque
➠Pemenang cabutan bertuah akan diumumkan pada 8 Disember 2017 melalui LIVE FB di page FB Beauroque.com
➠Hanya pemegang kupon #bnovemberrain yang memenuhi syarat no.1 & 2 di atas sahaja yang layak mendapat hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan.
➠Kempen akan tamat pada 30 November 2017.
➠Tertakluk kepada terma & syarat.
Dah faham macam mana nak join hujan wang di bulan november bagi kempen berjimat yang di anjurkan Beauroque. Dok melangut apa lama2 kat sini.. Pi la sertai cepat. hehehehe
Semoga berjaya & di limpahi hujan wang yang mencurah curah. Amin..
BERBALOI KE HADIAH KERETA DENGAN HANYA SURUH KIRA ANAK PATUNG. Sekarang ni tengah berlangsung Sukan SEA yang ke 29 maka banyak la penaja penaja mahupun syarikat syarikat besar mula mengadakan promosi. Macam macam la cara depa nak buat promosi.. ada buat sale, ada bagi diskaun tak masuk akal & ada juga buat contest & bagi hadiah gempak gempak.
Salah satu yang terlibat sebagai penaja Sukan SEA ke 29 ni adalah TM Unifi.. Kemain dia buat contest bagai. Tapi agak menarik jugak contest yang di anjurkan TM Unifi bersempena sukan SEA ni. Contest nampak simple jer.. Tapi hadiah dia memang tak menahan Lijah OOi.. Kalau dapat ni boleh menayang masa balik kampung raya tahun depan.. Sebab raya tahun ni kalau nak menayang pun dah tak sempat. Sebab raya haji tinggal tak berapa hari je lagi.. Lepas tu dah habis la raya. Kena tunggu tahun depan pulak.
Tak kisah la.. Konsep balik kampung ni bukan tunggu raya puasa & raya haji ja kan.. Segala raya yang di raikan di Malaysia ni asalkan ada cuti umum memang boleh la balik kampung ye dak.. Apa nak kesah raya tambi ka.. saya ah seng ka.. raya leman ka.. Kita satu malaysia katanya. Raikan semua raya dengan sebaik mungkin hehehehe...
Ops sorry terkonar baring pulak.. Tadi nak cerita pasal contest yang TM Unifi anjurkan sempena Sukan SEA.. Hangpa rasa berbaloi ka hadiah kereta dengan suruh kira menatang ni ja >> Korang rasa skill mengira korang hebat tak? Cuba kira ni, mana tau menang kereta baru! << Berbaloi tak berbaloi hangpa tengok dulu baru bagi jawapan. Mana yang berjaya meneka tu jangan lupa cepat cepat submit jawapan yer hehehehee
Apapun nak mengira menatang macam tu perlu fokus. Kena buat dalam keadaan tenang.. Jadi sila lakukan di waktu tengah malam yang sunyi... Hanya terdengar lolongan anjing sayup sayup di luar. Sesekali angin menerpa masuk, lalu terbuai langsir. Maka membangkitkan suasana seram sejuk.. Time tu baru boleh kira hahahaha.
TERBONGKAR CARA NAK DAPAT PETROL PERCUMA SELAMA SETAHUN. Isu minyak kat malaysia ni memang isu yang evergreen katanya.. Sentiasa jadi isu hangat.Nak2 lagi sekarang minyak kejab turun kejab naik... Yang pasti walau turun pun tetap minyak jadi semakin mahal dari sebelumnya.. Biasa la sebelum turun dia naik dulu. Tapi bila turun dia tak semurah sebelum naik dah hehehee
Bila harga minyak naik ni segala benda naik.. Tu yang sampai ada peniaga caj 30 sen untuk harga air yang ikat tepi katanya. Masing2 nak cari untung lebih nak cover balik harga barang yang dah naik. Semua harap dapat naik haji setiap tahun hehehehe.
Walaupun harga minyak mahal tapi kat jalan raya tetap la bersepah kenderaan terutama kereta. Sebab kereta sekarang dah menjadi satu keperluan untuk rakyat malaysia. Takde kereta pun susah juga zaman sekarang nak2 lagi yang dah berumahtangga.. Tak kisah la kereta buatan malaysia atau buatan luar negara. Janji ada kereta untuk bergerak kemana mana. jadi bila dah masing masing pakai kereta confirm la minyak kena isi sebab belum di ciptakan lagi kereta bergerak pakai air je. Kalau ada kereta boleh isi air je untuk bergerak tak mustahil harga air pulak naik macam harga petrol hehehehe
Tak salah pun kita cari alternatif lain untuk berjimat terutama petrol ni kan.. Mana tau rezeki dapat percuma minyak petrol setahun. Setahun ok! Bukan sebulan.. Tak nak ke? Yang tak pi dok tepi tepi bagi yang nak mai sini dekat sikit cheq nak bagitau macam mana hangpa boleh dapat percuma petrol setahun. Kalau nak mai tengok kat sini >> Korang Nak Tahu Tak Macam Mana Nak Dapatkan Minyak PERCUMA Selama Setahun? Ini Caranya! << Setahun ok.. Fikir balik kalau rasa tak nak. Mungkin kos minyak untuk setahun tu hangpa boleh simpan buat downpayment beli aset sapa tahu.. hehehehe
Apapun... Semua kena usaha juga. Pokok pangkal kena rajin untuk dapat sesuatu. Kalau malas terpaksa mereput la sampai liang lahat. Setakat menyalahkan pemimpin sekarang memang takkan mengubah apa apa.. Di samping menyalahkan pemimpin kita tetap kena cari jalan untuk meneruskan hidup di bumi Malaysia ni. Nak ubah kerajaan kena tunggu la PRU nanti.
Moral of the story... Rezeki di bumi Allah ni luas.. Maka berusahalah yer. Rezeki ni dalam berbagai bentuk bukan hanya duit semata mata. Dapat percuma petrol setahun tu pun rezeki jugak ok.. so jangan lupa cuba ok! hehehehe
SENARAI BLOG YANG MENANG LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST. Kalau ada blogger yang masih ingat.. Sepanjang bulan puasa hari tu Lazada ada menganjurkan ramadhan raya blogger contest. Aku pun ada join untuk task minggu pertama. Resepi Iftar yang di pertaruhkan adalah Resepi Kari Ikan Salmon. Ha.. kau kaya sangat mak jemah makan ikan salmon katanya. Actually setakat beli seketul dua mampu la.. Kalau nak beli sekor dua pitam jugak kat kaunter cashier tu nak membayar. Sebab family kami kecik. Yang makan cuma 2 mulut. Maka seketoi pun dah cukup. lagi sorang tu jangan harap nak makan ikan padahal masa kecik2 mak dia dah sumbar segala macam ajar dia makan.. Nak buat macam mana dia tetap jadi picky eater.
Alhamdulillah.. resepi yang di pertaruhkan untuk task minggu pertama ramadhan raya blogger contest tu terpilih sebagai salah satu pemenang. Sebenarnya join pun sekadar suka suka.. Tapi tetap la buat sehabis baik katanya. Kalau dah rezeki.. ye dak. Tetap la milik kita. Ada 3 segmen untuk contest ni. Blogger memang boleh join lebih dari satu. Tapi di sebabkan sepanjang bulan puasa aku memang sibuk ke hulu hilir.. Masa tu mood pun tengah up & down. Yelah.. susah hati kena saman. Sementara nak pulihkan semangat yang hilang tu ambil masa jugak la kan.. Sekarang Alhamdulillah. Emosi tu dah stabil. Dah boleh terima hakikat & kemungkinan cuma usaha masih di teruskan. Selagi ada daya untuk berusaha.. usaha je la. Manatau ada yang nak membantu kan. Tak usaha kita takkan dapat apa apa..
Dalam celah - celah dilanda musibah tu.. tup tup ada orang tag bagitau menang contest lazada tu. Time tu tak silap aku ada kat PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) nak jumpa ketua aktivis dia Dato Nadzim untuk kes saman sivil aku ni. Rasa terkejut juga la kan.. Aku ni bukan selalu sangat join apa2 contest.. Bila join dah menang tu, Allahu dia punya excited macam dapat ferari sebiji pulak hehehehe
Tu la Allah tu maha adil.. dalam tengah berduka di timpa musibah di hadirkan juga kegembiraan kecil untuk buat kita tersenyum. Tak kisah la.. senyuman tu sementara At least dalam celah2 dok berduka lara Alana tu ada juga datang berita gembira. Ye dak.. Kita kena muhasabah diri & selalu bersyukur. Jangan banyak merungut, Insya Allah orang bersyukur ni even di uji dengan musibah pun dia mampu ambil dari sudut yang positif. Ni semua aku belajar sepanjang aku hadap musibah kena saman ni la.. Kau ingat senang ke kena saman, takde duit & nak senyum.. Time tu memang rasa ketat mulut ok nak senyum tapi bila motivasikan diri balik, solat, doa, Isgtifar & baca Al Quran.. Insya Allah, Allah tu bagi jalan, bagi kekuatan & bagi ketenangan.. Seterusnya mulut yang ketat tadi seolah olah dapat minyak pelincir & mampu tersenyum kembali hehehehe.
Membebel dah macam cerpen senarai pemenang Ramadhan raya blogger contest tak jugak tunjuk tunjuk.. Sabaq na.. tunjuk awai2 satgi hangpa tak baca tak bebelan kami yang panjang lebar tu.. kena tunjuk hujung baru hangpa sabaq sikit untuk sampai ke destinasi hehehehe..
Sebelum tu... Drumm please!! Pemenangnya adalah... tengok sendiri senarai blog yang menang kat bawah ni yer hehehehe..
clik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas
Tahniah kepada semua blogger yang menang. Yang tak menang jangan sesedih.. Lazada ni banyak anjurkan contest untuk blogger. Next time boleh cuba lagi ok! Tak payah nangis bawah bantai sangat la.. berpeta pulak bantal hangpa tu nanti. Dah dah.. lap hingus. Kalau tak menang lazada contest tu try cabutan bertuah ni pulak manatau ada rezeki kan >> 4 Step Mudah Untuk Honda-Nators Menangi Ganjaran Bernilai Sehingga RM30,000 Raya Ni <<
BAGAIMANA SUSU FRISO GOLD MEMBANTU ANAK YANG TIDAK SUKA MAKAN MEMBINA KETAHANAN DIRI DARI DALAM. Walaupun dah berusia 5 tahun anak aku masih bergantung pada susu formula sebab dia sejenis budak yang sangat picky eater. Dia hanya makan makanan tertentu.. Normally makanan rutin dia biskut, roti, kentang goreng. Yang lain2 tu kadang2 dia makan jugak tapi sekadar rasa rasa je bukan sampai kenyang. Bergantung pada keinginan dia nak mencuba la.. Kalau makanan tu menarik perhatian dia.. Maka dia akan cuba jugak rasa. Kalau tak menepati citarasa dia.. dia takkan makan dah selepas rasa.
Walaupun anak aku seorang picky eater tapi dia tidak mempunyai masalah berat badan atau masalah kesihatan. Sebab salah satunya dengan memberi susu formula yang menepati keperluan dia untuk sentiasa aktif, cergas, sihat & menampung nutrisi yang dia tidak ambil dari makanan.
Contoh susu formula yang anak aku minum sekarang friso gold. Susu Friso Gold Nutrien dalam bentuk asalnya lebih mudah untuk dihadam. Friso Gold dengan teknologi LocNutri™ menggunakan haba yang sederhana semasa proses pengahasilan susu agar nutrien dipelihara sebab kepanasan melampau ketika penghasilan susu mungkin mengubah struktur asal .
Syarikat pengeluar Susu Friso Gold terkenal dengan kepakaran dalam tenusu dan menyediakan tenusu untuk kebaikan kepada berjuta-juta orang di lebih daripada 100 buah negara, setiap hari. Selama bertahun-tahun, para saintis mereka telah mencipta satu proses khas yang merawat susu dengan penjagaan rapi pada setiap langkah pemprosesan, dan memastikan banyak kebaikan dalam susu formula mereka. Ini tidak mustahil kerana mereka sendiri yang melakukan setiap langkah memproses, dari ladang ke kilang. susu yang berkualiti tinggi akan di hantar terus dari ladang ke kilang di mana kebaikan yang disimpan dengan baik bagi memastikan anak anda mendapat kebaikan dari susu yang mereka minum itu.
Pengeluaran dan Pembungkusan Friso Gold memenuhi standard kualiti yang diperlukan kerana ia adalah satu pelaburan jangkamasa panjang. Oleh itu mereka menjaga kualiti bermula dari sumber asal. Mereka menghasilkan sendiri susu di Belanda. Mempunyai lebih 14,000 ladang & petani yang berdedikasi bagi memantau kesihatan dan kesejahteraan setiap lembu. Dan seterusnya menyudahkan proses lengkap di Belanda. Kerana kawalan rantaian penuh ini, mereka dapat mengesan setiap pengeluaran keseluruhan bagi setiap tin susu tepung Friso Gold.
Kebanyakkan susu formula yang ada di pasaran tidak di membantu sistem penghadaman & menyebabkan sembelit. Anak aku dulu pun pernah mengalami sembelit yang setiap kali nak membuang air besar. Sistem penghadaman yang baik dapat mengelakkan sembelit. Jadi perkara utama yang perlu di titik berat dalam memilih susu formula anak anda adalah yang mudah di hadam supaya tidak berlaku masalah sembelit. Friso Gold membekalkan nutrisi yang membantu penghadaman kanak kanak. Jadi dapat mengatasi masalah sembelit tu. Selesai satu masalah anak aku selepas minum susu Friso gold ni.
Selain itu Friso Gold diimport 100% dari Belanda dan tidak mengandungi sukrosa. Sukrosa atau gula tambahan ni memang tidak elok untuk kanak kanak. Lagi kurang kandungan sukrosa adalah lebih bagus untuk kesihatan anak - anak kita. Kadang2 susu formula kanak kanak yang mempunyai kandungan gula tambahan yang banyak akan menyebabkan kanak kanak menjadi terlalu aktif & boleh menghadapi masalah obesiti. Ia juga boleh membuatkan kanak kanak susah untuk memberi tumpuan, menjadi cepat tantrum, penyebab ekzema & banyak lagi. Jadi elakkan memberi anak anda susu formula yang banyak gula tambahan.
Friso Gold jugak mempunyai Vitamin D Vitamin B5 dan C, Selenium, GOD, zat besi dan DHA bagi membekalkan nutrien penting yang membantu tumberasan kanak kanak dan menyokong daya ketahanan semula jadi mereka. Sangat penting daya ketahan diri seorang kanak kanak untuk memastikan mereka tidak cepat jatuh sakit bila melakukan aktiviti di luar atau bersosial dengan rakan sebaya di sekolah atau tempat - tempat permainan. Jika kanak kanak menghadapi masalah penghadam dan masalah kesihatan atau kerap jatuh sakit.. memang anak - anak itu tidak akan kelihatan ceria & tak ada mood nak bermain. ia jugak akan memberi kesan kepada kita sebagai ibu bapa. Bila anak kerap sakit.. Dah tentu ibu bapa pun turut rasa tak gembira kan. Sebab tu pentingnya membina ketahan diri dalam dalam seorang kanak kanak untuk memastikan mereka sentiasa bersemangat melakukan apa saja aktiviti.
Friso Gold dengan Protection Lid, lebih bersih dan mudah. Tonton video untuk mengetahui lebih lanjut.
Rasa susu Friso Gold ni juga jangan risau memang sedap.. Insya Allah anak anda tidak menolak untuk minum. Shahila anak aku pun tak pernah tak habiskan susu setiap kali masa dia minum susu. Dari hari pertama bagi Friso Gold 3 ni memang dia tak menolak walaupun shahila picky eater. Bukan semua susu dia suka.. Kalau dia tak suka memang dia tolak terus. Tapi kalau dia suka.. Dia akan minum sampai habis kadang2 tu minta extra lagi.
Anak aku shahila memang mempunyai antibodi yang kuat.. Jarang sangat nak jatuh sakit atau demam. Kalau demam pun memang sekejab.. kadang2 sehari.. kadang2 setengah hari. Jadi, tiada keterbatasan aktiviti yang kami nak buat bersama dia. Walau main hujan pun dia masih boleh bertahan & tidak demam. Kalau bawa pergi kolam renang walau dia berendam dalam jangkamasa lama juga tak menyebabkan dia terkena selsema atau demam ataupun terkena apa2 jangkitan kulit bila bercampur 1 kolam dengan kanak kanak lain. Kalau bawa pergi playground tu aku biar je dia main sampai comot.. Sebab dia tak ada masalah alergik atau ekzema jadi tak perlu risau dia main pasir ke pijak rumput ke.. Memang tak memberi kesan pada kulit dia. Salah satu sebab selepas dia putus susu badan (semasa berusia lebih kurang setahun lebih) aku pastikan memberi susu formula yang mempunyai khasiat yang membina antibodi yang kuat memandangkan dia seorang picky eater so terpaksa menampung nutrisi yang dia tak ambil dari makanan dari susu formula yang dia minum.
Bila ketahan badan kuat dari dalam tak perlu risau nak buat aktiviti apapun. Anak gembira, ibu ayah pun senang hati.
Yang ibu bapa perlu tahu.. Apabila kanak-kanak mempunyai kesihatan penghadaman yang baik, daya ketahanan badannya akan bertambah baik. Apabila anak anda kuat dari dalam, mereka lebih gembira dan sedia menikmati masa di luar bersama kita dengan ceria tanpa batasan. Jika anak kita tidak mudah jatuh sakit dia boleh melakukan apa sahaja aktiviti yang kanak kanak lain lakukan. Jadi anak anda boleh mencipta banyak kenangan terindah di zaman kanak kanaknya. Tidak la mereka rasa zaman kanak kanak mereka hanya cuma terbaring kerana sering jatuh sakit sebab antibodi yang tidak kuat.
CEPAT! LOGIN MAYBANK2U ANDA SEKARANG. ADA SESUATU YANG MENARIK. yang belum login maybank2u hari ni kena login cepat. Kalau lambat nanti takut terlepas peluang ni. Sebab peluang ni memang menarik sangat semudah login je. Nak tahu apa yang best? Meh baca entri ni sampai habis..
Sapa perasan contest yang di anjurkan maybank2u? Aku baru je perasan benda ni.. Almaklum la blogger nak check gaji dah masuk ke belum. Gaji blogger ni mana ada tarikh tetap kan.. kalau ada kerja ada gaji katanya. Jadi aku pun login la maybank2u nak check cashout 8share dah masuk ke belum..
secara tak sengaja ternampak maybank2u challenge yang best & menarik kat maybank2u. Dah la hadiah best.. syarat pun tak perlu buat task2 yang rumit cuma login sebanyak 5 kali je untuk menang hadiah2 menarik macam voucher diskaun membeli belah kat lazada, gadget2 elektronik macam smartphone samsung.
Syarat dia mudah.. Login sebanyak 5 kali selama contest masih berlangsung.. 1 login di kira untuk sekali login dalam 1 hari. Kiranya kalau hangpa login 10 kali sehari pun dia kira 1 point je. Bermakna kena login 5 hari la untuk dapat 5 point tu. Lepas tu tunggu je apa seterusnya...
Alah.. login je apa susah kan? Kalau tu pun susah pergi tidur je la layan mimpi indah dapat Huawei P9.. atau duduk atas sofa berangan sambil makan kuaci dah ler. hehehehe
Jadi mana2 yang ada account maybank2u tu jangan lepaskan peluang menarik. Mana tau rezeki korang kan..
GIVEAWAY KUTUK MENGUTUK BERSAMA LEKATLEKITDOTCOM. Aku sebenarnya tak pernah kot buat Giveaway ni. Tetiba rasa teringin nak buat sempena menghargai pembaca2 setia blog lekatlekit.com ni. Yang sentiasa menyokong jatuh bangunnya blogger Suria Lekatlekit. Nak bagi kat semua reader blog memang tak mampu la. Almaklum la tak berapa kaya raya katanya.
Jangan la terkejut Giveaway ni bukan nak ajak korang mengumpat orang lain sekadar ingin membaik pulih diri & blog ni so memerlukan pandangan, teguran & pendapat yang jujur dari semua. Sebab kalau suruh puji confirm la sampai ke langit tujuh korang puji nak menang kan.. Padahal aku tahu aku cuma manusia biasa yang penuh dengan kesilapan yang kadang2 antara sedar & tak sedar terbuat.
Dengan Lafaz bismillahirrahmanirrahim.. dengan ini Saya selaku admin blog ingin melancarkan Giveaway pertama di blog lekatlekit.com. Untuk yang ingin menyertai Giveaway ni cuma perlu buat 1 entri yang bertajuk KUTUK & MENANG HADIAH BERSAMA LEKATLEKIT.COM. ha kau!! terbeliak haters2 lekatlekit baca tajuk entri kau nanti. Kemudian buat je entri pendek, simple & menarik apa yang anda tak suka dengan blog lekatlekit.com ni. Tak kisah nak komen pasal entri korang tak suka ke, paparan di blog ni ke atau tak suka kat admin blog pun boleh. Bagitahu kenapa & mengapa. Pandangan mesti berhemah. Mencarut maki hamun adalah tidak di benarkan. Nak kutuk & kritik biarlah dalam bahasa mendidik bukan mengherdik. Tu dia pesanan penaja. Lepas tu sila bagitau hadiah apa yang anda teringin nak menang untuk Giveaway ni.
Selain kena buat entri kutuk & kritik lekatlekit.com korang jugak kena berlaku adil kepada penaja hadiah.. Iatu anda perlu like atau follow page/blog/instagram di bawah ni.
hadiah Dari Pihak Penganjur di taja oleh lekatlekit.com iatu satu botol Ronasutra Face wash 4 in 1 Untuk Peserta Pilihan Melekit katanya. Syarat sama ada follow blog lekatlekit.com atau letakkan link blog www.lekatlekit.com pada bloglist memudahkan anda untuk follow up pemenang nanti & sila like page ni
Hadiah pertama : Tudung Ariani Sila Like Page Penaja disini
Hadiah Kedua & ketiga : BB Cream Seqybeauty follow blog penaja http://mrspuex.blogspot.com/ & Follow Instagram @znooraini
hadiah keempat : Nurrasya Organic Body Wash. Sila like page penaja disini >>
hadiah kelapan : Wang Tunai RM20 Sila follow blog www.nurfuzie.com
Hadiah kesembilan : Satu Botol Air. Sila follow Instagram Penaja di sini airikaboutique
Kalau dah like & follow penaja penaja hadiah tersebut tinggalkan link entri anda di bawah kotak komen entri ni. Penyertaan yang tidak memenuhi syarat di kira tidak sah. Ingat jangan menipu nanti tak berkat hadiah yang korang menang. hehehee. Lagipun clik je semua button like & follow dah ada. satu dua je kena bukan tab baru follow blog & instagram tu. Alah.. tak susah kan?
Tarikh tutup penyertaan adalah 17 september 2016. Memandangkan sepanjang Giveaway ni berlangsung banyak cuti umum maka Giveaway di lanjutkan sehingga 30 September untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin join Giveaway ni.
Harap sudi sudikan war war Giveaway kecil kecilan lekatlekit.com ni. Kalau Penyertaan kurang dari 20 penyertaan automatik Giveaway ni di batalkan. Untuk berlaku adil pada penaja. Hope ada lebih dari 20 peserta la sebab baru cuba2 nak buat Giveaway jadi mohon support dari kawan2 blogger yang lain.
Semoga Allah permudahkan sepanjang Giveaway ini berlangsung.
UNTUK MEREKA YANG CONFIDENT SENYUM SAMPAI NAMPAK GIGI. Aku memang tak confident & segan nak senyum nampak gigi ni sebabnya aku adalah golongan OKU yang cacat pada gigi katanya. Hahahaha... Masa aku umur 8 tahun.. satu peristiwa hitam telah berlaku dalam hidup aku & mengubah sedikit kemanisan pada senyuman ku ni...
Alkisahnya.. pada suatu hari di rumah. Dalam keadaan happy tak tau nak habaq.. aku bermain main dengan adik aku. Aku berlari adik aku kejar.. aku masuk bilik aku tutup pintu & aku halang dengan badan aku. Bila aku penat dok halang pintu yang adik aku dok tolak dari luar aku pun cakap dah penat tak nak main. Jadi aku lepaskan badan dari halang pintu tapi tanpa sengaja adik aku tertolak pintu maka berlaku satu kemalangan separa ngeri dalam hidup aku. Pintu tu melanggar tepat pada gigi kapak aku yang kat depan. Maka sumbingla sikit. Tapi tak patah semua. Kalau patah semua senang je aku pakai gigi palsu. Ni dia patah sikit jer kat hujung. Pernah jugak la buat appointment dengan klinik nak sambung gigi yang patah sikit tu.. Tapi aku bab2 berurusan dengan doktor ni memang selalu je kena penyakit lemah tenaga batin. So aku tak pergi sampai la sekarang aku dah kahwin & laki aku elok je terima seadannya aku yang gigi sumbing.
Selama ni aku rasa macam ok je hidup dengan gigi sumbing ni so aku pun tak berniat lagi nak menyambung kembali gigi yang tersumbing. Biarlah kekal sebagai satu identiti aku. Tapi tu la kalau ambil gambar aku jadi segan nak senyum nampak gigi. walaupun rasa hati aku ni teringin jugak nak tengok betapa manisnya rupa aku dalam gambar dengan senyuman nampak gigi tu. Dan sebab tu aku jarang nak masuk apa2 contest melibatkan senyuman ni. hahahaha. Tapi kalau korang yang jenis memang confident suka senyum & selfie nampak gigi ni tak kira gigi tak cukup jemaah ke, atau gigi terlebih capasiti boleh la try ni >> Untuk Yang Berani Selfie Dengan Senyuman Nampak Gigi << Tak kisah la korang pakai braces ke,korang gigi ada bekas palam ke atau pakai gigi palsu sekalipun janji korang spesis confident senyum nampak gigi je. Kalau macam aku tak confident memang tak berani la. hahahaha
Moral of the story.. Walaupun senyum seindah suria (kata2 dalam lirik lagu) tapi aku tetap rasa kalau aku senyum nampak gigi tak berapa indah sangat la. hahahaha
CARA NAK DAPAT HUAWEI P9 BAGI MEREKA YANG SUKA AMBIL GAMBAR. Aku ni sebenarnya bukan rajin sangat nak join contest ke hapa tapi sebab hati aku ni macam terpaut dengan smartphone terbaru huawei P9 yang mempunyai dua camera kat belakang & boleh ambil gambar dengan kesan ala2 DSLR bagai tetiba rasa macam teruja dengan contest ni walaupun aku bukan pandai sangat pun ambil gambar. Peluang nak menang kalau aku join tu memang la percent dia mungkin kurang tapi kita kena cuba. Rezeki siapa tahu.
Cuma tu la.. Gambar je belum ada. Hari ni pun memula nak keluar tapi tak tau la sebab suami saya busy pulak dengan kerjayanya. Tapi tak semestinya kena keluar kan. Aku kan duduk kat Malaysia jadi kat mana2 pun boleh ambil gambar bertemakan Cantiknya Malaysia. Cuma perlu cari permandangan yang menarik & menampakkan ciri2 keMalaysiaan tu jer.
Dari dok selfie tak tentu hala kan.. Rasanya ada baiknya kita ramai2 try join contest ni. Menang ke tidak tu bergantung pada rezeki & usaha kita la yang penting cuba. Ni kalau aku ambil gambar bunga raya gamaknya ada ciri2 bertemakan Cantiknya Malaysia tak? Kan bunga raya ni di angkat sebagai Bunga kebangsaan Malaysia & bunga raya kan cantik. So, boleh la kan.. hahahahaha
RAMBANG MATA BILA CLIK RIANG RIA RAYA LAZADA MALAYSIA. Dah nak masuk minggu ketiga puasa maka time ni ramai dah mula buat persiapan rumah tak kira la dari segi pakaian, peralatan nak buat kuih muih, mahupun perabot & aksesori untuk rumah. Almaklum la raya kan.. Ramai dah mula wishlist kan barang2 yang mereka harap dapat untuk kegunaan menyambut raya nanti. Nak nak lagi time ni la banyak sale & diskaun. Inilah masa paling sesuai membeli belah barang keperluan.
Aku pun manusia katanya.. Ada impian & keinginan macam orang lain jugak. Aku pun antara tipikal manusia yang ada keinginan & suka membeli. Tapi wishlist seorang isteri, ibu & anak selalunya untuk di manafaatkan seluruh isi keluarga. Biar sama2 rasa. Sepanjang puasa ni aku selalu usya barang2 kat lazada.. Sebab harga di lazada ni lebih murah berbanding portal online shopping yang lain sebab tu la aku lebih suka windows shopping secara online di lazada.
Sebab diskaun dia tak ingat punya buat aku jadi rambang mata kasar & mata hati. Kalau boleh semua nak beli tapi bila budget tu terhad ni je la antara wishlist aku untuk orang2 yang tersayang.
Mak aku adalah tukang masak setiap kali raya. Macam mak mak orang lain jugak. Jadi aku rasa kalau ada Butterfly Electric Pressure Cooker ni pun elok jugak. Memudahkan kerja kerja memasak dia kat dapur & boleh masak macam macam juadah untuk raya nanti. So ini pun antara yang aku harap dapat bagi kat mak aku untuk dia memasak untuk juadah raya nanti.
Cantik kan Butterfly Electric Pressure Cooker. Nak tahu berapa harga dia meh tengok kat sini >> Butterfly Electric Pressure Cooker BPC-5068
Mak mertua aku pernah cakap dia nak satu almari baju lagi bagi menampung muatan baju2 dia yang semakin banyak. Almaklum la perempuan tak kira tua muda.. bab baju bajan memang juara membeli la. So kalau dapat mengembirakan hati mak mertua dengan bagi dia sebuah wardrobe 2 pintu yang under budget selepas diskaun ni pun rasanya mak mertua aku dah senyum sampai telinga. Boleh la dia simpan koleksi baju2 raya dia dengan selamat
Tentu korang tak percaya harga wardrobe ni semurah ni. Meh tengok kat sini >> T.A. TKW-OS 2 Door Wardrobe with Open Shelf (Modi Oak)
Untuk anak aku mesti ada jugak. Sebab dia lahir pada 20 ramadan.. aku rasa hadiah yang paling sesuai adalah Kids Kitchen Cooking Toy Set For Role Play sebab benda ni boleh mengurangkan dia layan video kat youtube atau main game kat gadget2 elektronik yang ada. Pretend play sebenarnya membantu dalam perkembangan kanak kanak. Benda tu salah satu cara merangsang kanak kanak untuk berfikir & bermain menggunakan imaginasi. Sebab anak aku dah nampak minat main masak2 sampai sikat pun jadikan senduk jadi sedang elok la aku beli set ni untuk dia. Harga pun tak mahal malah di riang ria raya lazada selepas diskaun harga tak sampai RM60 pun. Jadi hari jadi ke 5 tahun dia.. kalau dapat bagi dia hadiah ni aku rasa mungkin hari jadi & raya paling bermakna buat anak aku.
Memang korang takkan sangka harga dia semurah ni di lazada. tak caya tengok sendiri kat sini >> Kids Kitchen Cooking Toy Set For Role Play
Untuk suami jangan risau aku tak lupa. sekarang berpantang makan. Tak boleh terlampau berminyak, tak boleh pedas & dia jugak suka makan jenis grill & bakar ni. Jangan hangpa tak tau laki cheq ni pun rajin jugak ke dapur memasak sambil menyepah. Jadi aku rasa nak beli la untuk dia Takada Double Grill Pan sementara tengah murah sempena riang ria raya lazada. Bukan apa raya nanti boleh la masak menu sihat untuk dia nikmati.. Almaklum la maybe dia tak makan rendang tahun ni. hehehehe
Di Riang Ria raya Lazada je korang boleh dapat harga ni. Nak tau berapa harga dia meh tengok kat sini >> Takada Double Grill Pan TK-DGP01 Red 2
Wishlist aku ni tak budget besar mana pun. Dalam RM500 jer.. berbaloi rasanya sebab aku dapat gembirakan semua insan insan aku sayang. Sempena raya ni dengan membeli belah di lazada anda boleh jimat sehingga 92%, jadi pastikan lazada menjadi pilihan anda membeli belah secara online untuk persiapan raya nanti..
Kalau korang ada whishlist yang korang nak bagi kat orang2 tersayang apa kata korang sertai Riang Ria Raya Blogger Contest ni.
Manalah korang orang yang bertuah menang Fujifilm Instax Mini 8 camera ni. Cuma perlu senaraikan whishlist korang jer.. Nak tau macam mana nak join meh tengok kat sini >> Riang Ria Raya Blogger Contest <<
KERETA HONDA CITY UNTUK PENGGUNA SAMSUNG GALAXY. Aku ni pun pengguna samsung galaxy jugak. Ada 3 gadget jenama samsung aku ada walau old skool je. Almaklum la aku bukan jenis yang gila gadget. Asal keluar version baru je beli. Mana mampu beb! Aku lebih selesa guna sampai terlingkup baru la nak beli yang lain. Maybe sebab produk samsung tak ada jual kat guardian kot tu aku jadi tak gila gadget sangat. Cuba ada jual kat guardian tengok... Sebab aku lebih teruja membeli belah bila masuk guardian je hahahaha
Untung tau jadi pengguna samsung galaxy ni.. Macam macam boleh dapat. Contoh sekarang ada GA untuk menang Kereta Honda City... Di ulangi Honda City ok! Aku pun tak mampu pakai honda city lagi sekarang ni sebab tu aku nak try contest mudah ni >> Samsung Galaxy Nak bagi 30 Honda City kepada Rakyat Malaysia yang bertuah <<
Benda benda macam ni tak salah kita cuba. Sebab kita tak tahu rezeki siapa honda city tu kan? Kita nampak macam agak mustahil tapi sebenarnya tiada apa yang mustahil dalam hidup ni boleh berlaku dengan izin Allah. Jangan berputus asa sebelum mencuba.
Normally mentality kita.. Ingat senang ke nak dapat kereta sebiji macam tu. Buang masa je try. Belum try dah fikir negatif memang la susah nak dapat aura positif tu. Lagipun tak rugi pun kalau mencuba. Kita di tuntut berusaha bukan mengeluh. Kalau usaha sekecil tu pun kita malas nak buat memang susah la nak dapat ganjaran & hasil yang lumayan, ye dak.
So, kalau rasa nak mencuba nasib menang honda city boleh la try GA mudah tu. Alah tak susah pun.. Try la dulu. Apapun pada yang try aku ucapkan selamat berjaya. Kalau menang honda city jangan bawa melebihi had laju yer... hehehehr
KALI KEDUA PENGIKUT DATO VIDA KENA TIPU DENGAN ADMIN FB PAGE PALSU. Kali kedua para pengamal media sosial di tipu oleh oleh admin fb page palsu yang menggunakan nama DatoSeriVida dengan taktik yang sama tapi depa memanipulasikan post yang Dato Vida buat kat IG semalam tu yang mungkin buat orang terpedaya sekali lagi. Maka berpusu pusu la manusia share post tersebut dengan harapan manalah tau rezeki dapat beg mahal. Alih2.. account tu penipu jugak. Dua kali kena tipu beb! Tak tau la aku nak gelak ke nak menangis. hahahaha
Nasib baik la aku tak terpedaya dengan contest2 share & win macam tu. Maybe sebab pemalas jugak kot nak join jadi aku terhindar la dari kena tipu. Macam ni kalau korang teringin sangat nak menang beg berjenama mewah tu.. Memang Dato Vida ada niat nak bagi cuma masih dalam perancangan. Katanya dia ada plan nak bagi pada pengedar & pengikut dia kat IG & FB beg berjenama mewah tu tapi masih di peringkat perancangan. Dia belum decide lagi nak pilih siapa sebagai pemenang beg berjenama mewah. Lebih info korang baca la kat sini yer >>AKHIRNYA DATO VIDA BERMURAH HATI NAK BAGI BEG LV SETELAH PEMINATNYA DI TIPU
Yang best tu tadi aku terbaca kat post di IG dato vida katany FB page palsu yang guna nama dia & menipu pengikut FB page tu konon boleh menang beg berjenama mewah.. alih alih share pages lucah. Ambik kau! Entah2 kena hack ke hapa tak tau la.. Yelah keja menipu je sapa tak bengang kan? Kesian tau mereka2 yang berharap snagat menang beg mahal tu. Tak baik mempersendakan orang sampai macam tu sekali, hokay!
Moral of the story kalau dah dua kali kena tipu hope takde orang yang sama tertipu buat kali ketiga. Apa kejar sangat benda tak pasti tu sedangkan yang sahih anda boleh menang hadiah lebih best dari handbag dok ada tak nak try. Kalau rajin sangat meh try ni >> Kaki Travel Ini Masanya Dapatkan rewards RM10,000 untuk melancong ke bangkok<< yang ni confirm tak tipu. Aku berani bagi jaminan 100%.
PELUANG DAPAT DUIT MELALUI INSTAGRAM TANPA PERLU JUAL BARANG. Instagram sekarang dah upgrade. Dulu kalau kat news feed tu nampak gambar2 orang yang kita follow je sekarang tetiba tak pernah follow Ig Mc Donald pun keluar iklan Mc Donald. Tu contoh.. sebab yang tu je aku perasan muncul kat Ig aku. Hahaha...
Instagram pun dah berkonsepkan ala2 Fb ads. Dulu boleh like & komen je kat Ig sekarang dah boleh sent private mesej. Bila dah banyak fungsi yang memudahkan pengguna Instagram ni maka banyak la benda boleh buat melalui Ig. Kalau setakat orang jual barang kat ig tu dah tak rare. Memang trend meniaga kat Ig bukan sesuatu yang baru. tapi serius aku malas nak follow back Ig2 peniaga ni. Kadang2 kita dah follow back.. dia unfollow. Tu salah satu sebab. Kedua.. kadang2 penuh skrin dia upload gambar barang dia meniaga. Sekali upload berpuluh2.. Aku bukan nak beli sangat pun barang dia. Kadang2 nak tengok update gambar2 dari insan2 lain yang aku follow kat ig. Tu sebab kedua... Tahu la meniaga kan. Tapi jangan sekali upload sampai berpuluh2. Upload la sejam 5 6 keping gambar sudah. Lepas tu sambung balik jam yang seterusnya.
Tu la.. semua pulun cari duit sekarang ni. Memang tak cukup kalau setakat harap makan gaji. Kat Malaysia ni semua dah mahal. Kalau harap makan gaji jer.. memang tak sempat dapat gaji makan hati je la. kalau merungut pun tak selesaikan masalah maka terpaksa jugak kerah keringat kerja lebih sikit.
Zaman kita terpaksa mencari sumber pendapatan tambahan ni.. Jangan lepaskan peluang apa yang boleh buat duit. Dari hangpa dok merapu upload muka sendiri satu hari sampai 5 6 ploh keping gambar elok jugak hangpa try benda ni. Manatau ada rezeki >> Nak tahu macam mana nak dapat RM1000 dari Instagram, clik sini cepat <<
Benda senang je nak buat.. Nak dengan tak nak je cuba. So, selamat mencuba & semoga berjaya. Insya Allah kalau dah rezeki kita, dalam mulut naga pun tetap milik kita.
SET PRODUK BIO ESSENCE UNTUK BLOGGER. Hari ni kita mulakan kisah dengan cerita keterujaan seorang blogger yang pertama kali jadi penaja untuk GA yang di anjurkan sebuah group blogger. Yelah.. tahun ni gamaknya banyak dia dapat hidayah dalam berblog. Dari tukar ke template blog sampai la tukar ke dot com sekarang dah melangkah maju setapak jadi penaja untuk GA. Nak buat GA sendiri tak mampu lagi dari segi komitmen. Kalau setakat hadiah tu rasa macam takde hal sangat nak adakan.
Maka blogger ni yang memula blur jugak nak taja hadiah apa. Kalau pakej percutian ke luar negara memang tak mampu la. Tuan penaja pun tak nak taja untuk diri sendiri pun tak mampu katanya. Maka membawa diri dengan hati yang blur ke guardian mencari apa yang best untuk menjadi tajaan. Kalau masuk guardian, pantang tak membelek produk bio essence katanya. Kalau terbelek rasa macam berdosa tak terbeli. tetiba mentol menyala atas kepala... Maka itulah hadiah untuk di taja nanti.
Jadi mana2 blogger yang nak menang set bio essence hydra tri-action ni bersama hadiah2 dari penaja lain yang tak kurang best jom follow blog Kathy R'Bain. Bila2 masa sahaja Sis Kathy akan lancarkan GA tersebut. tak lama lagi dah.
Yelah zaman sekarang ni senang je nak dapat hadiah. Online & join contest boleh dapat hadiah. isi minyak kat petronas pun boleh dapat hadiah. Jadi tak rugi buat pelaburan kat petronas. Ni bukan contest dari petronas yer tapi hadiah untuk semua pelangan setia petronas yang ada kad mesra.hadiah pun boleh tahan gempak jugak. Tak caya tengok kat sini >> Ada tak dengar pasal hadiah edisi terhad PETRONAS ini?<< Hope tak ada yang mengamuk la kalau kehabisan stok. Jadi pelanggan setia petronas cepat2 la tengok tawaran hebat ni.
Moral of the story.. Orang yang rajin Insya Allah ada tuah tak kira la rajin join contest atau rajin isi minyak kat petronas. Jangan jadi macam aku yang rajin tulis blog jer yang lain2 tak berapa rajin hahahhaa
GAYA SELFIE YANG CONFIRM LELAKI TAK BERANI BUAT. selfie ni selalu sinonim dengan perempuan tapi sebab zaman sekarang lelaki & perempuan dah tak banyak beza selain alat sulit. Tu pun kalau yang tak tukar jantina la. Jadi budaya berselfie ni bukan lagi sinonim dengan perempuan. Kalau kat news feed aku bersepah lelaki dok upload gambar selfie dengan muka acah2 macho, manja,gedik bagai. hahahaha, Tapi takat tu je la keberanian seorang lelaki berselfie. Lebih dari tu tak ramai ada confident nak buat.
Lelaki kalau suruh selfie kat puncak menara KLCC memang takde hal la. Tapi cuba suruh selfie dengan gaya & solekkan macam ni?? Rasanya ramai fikir juta kali nak buat sebab tak ada confident. Rasa macam hilang habis kelakian dia. Tapi sebenarnya inilah selfie paling mencabar untuk seorang lelaki bukan selfie kat tempat2 berisiko jatuh boleh hancur berkecai tulang temulang.
Kalau betul anda lelaki yang pantang di cabar.. Meh tengok berani tak korang berselfie macam ni >> Adakah Anda Seorang Yang Yakin Berselfie? Jom tengok apa yang korang boleh dapat dengan selfie macam ni. << So, lelaki boleh ke tidak buat? Kalau boleh jangan sia siakan peluang yang terbuka luas tu. Rebut peluang dengan sahut cabaran selfie tu.
Apapun.. Selfie bukan perkara yang salah tapi jadi salah mungkin pada cara. Jadi berselfie la dengan perkara2 yang betul. Tak payah la nak selfie dengan mayat, jenazah bagai tak kira la milik ahli keluarga kita atau orang lain. Nampak sangat tak menghormati orang yang dah meninggal dunia. Aku tengok trend macam tu mula di pratikkan dah. Terbaru aku nampak selfie seorang perempuan dengan seorang kanak kanak meninggal dunia akibat jerebu. Tak faham aku.. time sedih pun still ada mood nak berselfie.
HANYA DENGAN 1 KOMEN DAPAT RM50 DARI DENAIHATI. Pembukaan september ni nampaknya membuka senyuman seluas luas angkasa. Mana tidaknya... Tengok nuffnang earning rancak membiak.. 8share pun macam biasa la earning dia sentiasa subur sebab aku kan rajin buat post, chrupchrup pun tak nak kalah nak tunjuk kesuburan dia.. tup tup... Denaihati Ilhamku pulak umumkan aku antara tersenarai 5 pengomen terawal di salah satu entri di blog beliau & berjaya merangkul hadiah berupa RM50. lepas jugak nak beli satu produk bio essence ni. hahahaha
Macam mana nak menang RM50. Pastikan anda letak link url blog denaihati kat bloglist baru senang nak baca entri terkini. Mana tau rezeki dapat jadi pengomen terawal dapat la RM50. RM50 bukan sikit.. Bukan senang orang nak bagi. Komen pun bukan di pilih berdasarkan komen kreatif ke terbaik ke hapa.. Cuma jadi 5 pengomen terawal je. Senang kan?? Tapi tak tau bila lagi tawaran macam ni akan ada tapi janji Denaihati banyak lagi hadiah menarik untuk pembaca blog Denaihati di hujung tahun ni.
Apapun terima kasih kepada pihak Denaihati atas pemberian hadiah RM50 ni. I pun dah lama tak merasa menang apa2 dari blog. Yelah.. spesis malas nak join contest atau GA bagai.. Almaklum la rumit sangat syarat2 GA & contest sekarang. Kontot jari I nak like & follow macam2 blog & fanpage. Dah la jari I secara semulajadi memang kontot2 macam tuan dia jugak. hahahahaha
Moral of the story... Yakin & percaya rezeki tu dari Allah.. terus berusaha, Insya Allah ada bahagian kita sebab rezeki ni Allah nak bagi dalam pelbagai cara & sumber. Kata kunci dia tetap kena cuba & usaha selebihnya doa & tawakal kepada Allah.
BOLEH DAPAT JAM TANGAN JENAMA APPLE SECARA PERCUMA KAT SINI. Sapa tak nak barang free ye dak? aku pun nak kalau orang nak bagi.. Yelah free. kat Malaysia ni dah susah nak dapat barang free... Mati pun tak free dah sekarang apatah lagi untuk hidup. Jadi bila ada tawaran dapat barang percuma nak2 lagi barang berjenama macam Apple rugi sangat kalau tak ambil peluang yang ada.
Barang berjenama macam jam tangan ni tahan lasak sikit. benda yang kita guna & pakai hari2 ni tak salah guna yang branded sikit. At least tak payah beli selalu.. Jimat kos katanya. Macam Jam tangan ni bukan benda yang kita tukar tiap2 bulan.. Selalunya orang pakai sampai rosak. Lagi lambat rosak lagi la jimat duit kita ye dak?? Selalunya barang berjenama, kualiti dia pun baik & bila kualiti tu baik maka tahan lama.
Jadi rasanya semua tahu jenama besar seperti Apple. Jenama2 macam ni produk dia bukan murah tapi Ni la namanya rezeki.. rezeki walau datang dalam percuma tapi dia tak datang bergolek2 macam pocong hokay! Kena la rajin sikit.. Alah sikit je kena rajin tu selebihnya doa & tawakal. Kalau korang teringin nak pakai jam tangan berjenama Apple ni tapi nak beli confirm mahal.. Boleh je. Jangan risau anda boleh cuba dapatkan kat sini >> Untuk rakyat Malaysia yang tak kisah Memiliki Jam Tangan Jenama Apple Dengan Percuma <<
Diam tak diam dah lama aku tak pakai jam tangan sejak declare jadi
housewife sepenuh masa. Hahahaha.. dulu kalau keluar jam tak melekat kat
tangan rasa macam ada benda terbogel je. Ok birthday minggu depan boleh
request jam tangan baru... Sambil2 tu nak try jugak la rembat jam
tangan free jenama Apple ni. hahahaha
So apa lagi cuba la buat langkah mudah yang di beri untuk berpeluang dapat Apple Watch ni secara percuma. Manalah tau.. ada rezeki. Mencuba tak perlu modal.. so cuba je la. Bukan rugi apa apa pun. Barang baik kita share share ye dak?? rezeki sapa dia dapat.. No hal lah!
BUKAN KEMBARA SAKURA LAVENDERMUMMY TAPI BERPELUANG KE TOKYO DENGAN PERCUMA. dengar khabar lavender mummy masih tak putus asa untuk mencari mangsa pakej percutian Kembara cinta sakura, Japan tu. Dan masih lagi ada bakal mangsa nasib baik terselamat.. Kalau tak kembara di tanah gersang la jawabnya.. Duit hangus.. sakura kemana.. kembara depan internet je nak jejak lavender mummy.
Yang ni memang confirm tipu semata mata
Kalau hangpa teringin sangat nak pergi Jepun.. Ni ha.. confirm tak menipu punya. Bukan je tak menipu malah korang berpeluang ke Tokyo jepun dengan percuma. Tak payah nak struggle dengan pakej murah ribu riban yang di tawarkan lavender mummy tu.
Macam mana korang nak menangi Trip percuma ke Tokyo ni.. Tak susah hanya perlu ikut 3 langkah mudah ni je. Nak tahu apa 3 langkah mudah tu meh tengok kat sini >> 3 Easy Steps To Win A FREE Trip To Tokyo, Japan <<
Hope lavender mummy tak dapat idea buat contest kembara cinta sakura jepun pulak lepas ni yer.. Manalah tau dia buat contest lepas tu cari penaja yang boleh salurkan dana. Lepas dapat dana.. contest kemana lavender kemana mummy jadi mumia.
YANG SUKA MAKAN MEE SEGERA BERJENAMA MAGGI SILA BACA. Awat pulak kalau suka makan mee segera berjenama Maggi?? Kontroversi apa pulak ni lekatlekit Ooi... Ada apa - apa tak kena dengan produk maggi ke? Sijil halal kena tarik ke? Kena boikot sebab produk yahudi ke? Atau maggi tu sedap sangat sampai ada yang makan sehingga pecah perut?? Story pleaseeeeeeeeee...
Ni nak story la... Alkisah ternampak iklan Maggi Royal tiba2 berzumba kat banner nuffnang di blog aku ni. Terus check nuffnang sebab tengok iklan tu statik dalam tempoh agak lama.. Selalunya iklan CPUV je statik camtu. Ternyatalah memang ada melekat seketoi lagi CPUV Maggi Royal of the day. Habis tu apa yang best sangat dengan CPUV tu??
CPUV Nuffnang ni yang best kalau tak mandul & subur... Beranak pinak bagaikan wanita yang makan jamu susuk dara katanya. Tapi kalau setakat muncul tapi tak membiak dengan jayanya apapun tak best. Setakat harapan indah yang kosong. Habis tu yang kau up entri pasal CPUV Maggi Royal of the day tu pehal??
Takde la bila aku tengok iklan maggi royal Teringat pulak baru2 ni aku ada try makan Maggi Royal Penang Curry yang rasanya not bad kalau tak letak krimer. Sedap jugak la. Rasa mewah gaya mee segera la. hehehe Tapi yang tu tak berapa best la. Yang ni yang best sebenarnya..
Rupanya Maggi Royal ada buat contest yang hadiahnya lumayan pak.. ibuk.. Hadiah percutian lagi tu.
Untuk maklumat lanjut sila clik >> MAGGI <<
So pada penggemar Maggi tu dari sesia dok mereput organ dalam korang asyik makan mee segera apa kata try join contest tu. Manalah tau menang tak sesia korang makan maggi selama ni ye dak??
Moral of the story.. Makanan berkhasiat pun kalau di ambil secara berlebihan & tak betul jadi racun apatah lagi makanan yang kurang khasiatnya..
Superhero ni selalu yang kita tengok dalam filem jer.. Tetiba ada superhero kat tengah bandar Kuala Lumpur ni apahal pulak? KL bakal di serang raksasa ke? Siapa pulak yang tetiba datang mengaku superhero ni? Mesti korang pun macam aku tertanya tanya apa kes tetiba kecoh pasal superhero ni. Maka setelah di siasat.. Ni info yang aku dapat pasal superhero yang menjadi bualan ramai..
Gambar pinjam kat blog ni : http://www.rafzantomomi.com/
Superhero ni di kenali sebagai EffortlessMan. Nama kemain mat saleh.. superhero oversea ke hapa ni. Dia akan muncul di KL bukan la sebab di serang Alien mahupun raksasa. Dan takde kena mengena jugak dengan isu rombakkan kabinet yang berlaku baru baru ni. Dia tak campur hal politik negara katanya... Dia muncul adalah kerana... untuk contest yang sedang berlangsung di Lazada Malaysia sekarang. La... sesusah je kan datang jejauh semata mata untuk contest lazada Malaysia. Makaseh bebanyak la EffortlessMan yer..
Contest ni bertujuan untuk mempromosikan The Big Effortless Shopping Sale yang sedang berlangsung di Lazada. Pelbagai barangan yang dijual dengan harga super sale!! Yang pantang dengar sale tu elok la korang tengok kat sini supaya tak langgar pantang korang yang pantang tak beli kalau ada sales katanya... hehehehe clik disini : http://www.lazada.com.my/effortlessshopping/
Tak payah sesusah karang ayat jiwang nak goda superhero tu.. Ni peluang untuk kaki selfie jugak yang suka berselfie tak kira tempat atau masa. Inilah masanya membuktikan hobi berselfie korang tak sia sia.. caranya mudah saja
Contest Pertama Hadiah RM100 untuk 2 pemenang setiap hari
Selfie bersama EffortlessMan (hint:beliau akan berada di sekitar KL atau ketahui update di Facebook Page/Instagram Lazada tentang lokasi EffortlessMan)
Upload gambar tersebut di Facebook berserta hashtag #EffortlessManHunt dan #LazadaMalaysia
Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti masingmasing
Contest KeduaHadiah
RM100 shopping voucher untuk 3 pemenang setiap hari
Tinggalkan komen di page ini : http://www.lazada.com.my/effortlessmanhunt/
Teka dimana tempat seterusnya EffortlessMan akan pergi.
Siapa dapat teka betul or paling hampir dengan lokasi sebenar berpeluang untuk menang.
Korang boleh tengok aksi superhero kat sini. Awas! Unsur lawak mungkin buat anda terkencing semasa menonton. Atau boleh jugak tonton episod sebelum ni & tinggalkan komen anda kat SINI
Ya Allah senang sungguh nak menang. Rugi la sapa2 tak join. Untuk maklumat lanjut, korang boleh check Lazada Malaysia Instagram, Facebook dan Twitter. https://www.facebook.com/LazadaMalaysia https://twitter.com/LazadaMY https://instagram.com/lazada_my
Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding * Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim * Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim * Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog * Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com