Showing posts with label pembawa penyakit. Show all posts

DI SEBALIK APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG BABI

DI SEBALIK APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG BABI. Kalau kat Malaysia ni orang melayu Islam cukup alergik bila sebut pasal babi seolah2 kalau tersentuh babi tu terus masuk neraka tanpa hisab. Kadang2 dia lebih takut pada babi dari Allah.. Ketabsuban dia anti babi kadang kadang di level melampau jugak padahal babi bukan haiwan yang Allah kata wajib kita benci pun. Cuma sebagai orang Islam.. Kita tak boleh sentuh atau makan babi jer.. Tapi dalam keadaan tertentu macam mungkin nak selamatkan dia dari bahaya di bolehkan kita pegang dia lepas tu sertu je la. Yang kau sampai dengar je nama babi terus menggigil tu memang over la.

Babi @ Khinzir

Sebab kita di besarkan & didik babi haram, tak boleh sentuh, tak boleh makan.. Jadi kita jarang ambil tahu la pasal babi. Bagi kita tak ada kepentingan pun kita nak ambil tahu pasal babi sebab babi ni nak bela tak boleh, nak makan tak boleh & nak sentuh pun tak boleh jadi no point la nak berkenalan dengan dia. Fakta tentang babi pun satu ilmu jugak jadi tak salah pun kalau kita nak ambil tahu. Bukan masuk neraka pun kalau korang mengenali siapa babi yang sebenar kan? Dalam kehidupan kita pun babi memang sangat popular & namanya sentiasa meniti di bibir manusia.. So, ambil la masa mengenali haiwan yang paling suka manusia sebut ni.

1. Babi.. Mungkin ada yang tak perasan yang sebenarnya dia tak ada leher.

2. Dari kajian yang di buat oleh Prof. A.V. Nalbandov (Penulis buku : Adap-tif Physiology on Mammals and Birds) kantung urine babi selalu mengalami kebocoran sehingga menyebabkan urine tersebut meresap ke dalam daging babi membuatkan ia menjadi tercemar bila kotoran yang ada dalam urine yang sepatutnya di buang dah meresap di dalam dagingnya.

3. Babi ni haiwan yang agak rakus & suka makan apa saja yang di jumpa membuatkan badan dia lebih banyak lemak berbanding daging. Bila dah dah makan terlalu banyak & terlalu kenyang dia akan memuntahkan kembali makanan tersebut kemudian memakannya semula... Tetiba aku rasa kembang tekak pulak tentang fakta ni. hahaha

4. Selain babi suka memakan benda kotor dia jugak suka makan tanah jadi dalam babi memang banyak cacing pita. Sebab tu penggemar daging babi (non muslim) ni kita boleh nampak kesan dia suka makan daging babi dari kulit dia. Badan mereka pun akan mengeluarkan satu bau yang tak best di hidu. Dalam badan mereka jugak banyak cacing pita yang takkan mati melalu sistem pencernaan.

5. Daging babi boleh menyebabkan kanser usus. Ini terbukti bila di negara2 yang bukan beragama Islam seperti Eropah, Amerika, China dan India adalah yang ramai mengidap kanser ni berbanding di negara negara Islam.

6. Walaupun penggemar daging babi ni rasa babi antara haiwan yang sedap di makan tapi disebabkan daging babi mempunyai lemak yang merbahaya pada kesihatan manusia jadi ia sukar di cerna oleh tubuh manusia maka nutrisi tak dapat di serap kedalam tubuh jadi memakan babi tidak memberi apa2 khasiat hanya memberi risiko di jangkiti penyakit jer.

Walaupun babi di gambarkan sebagai haiwan yang tidak manafaat dari hujung kepala sampai hujung kaki sampai ada pihak yang menggunakan babi untuk memomokkan orang supaya tak membeli satu sesuatu produk. Tapi ketahuilah buruk buruk babi.. Buruk lagi orang yang membabikan orang lain & menggunakan babi untuk kepentingan diri. 

Moral of the story.. Allah menjadikan babi bukan sesaja nak meramaikan makhluk di dunia ni. Babi di jadikan supaya manusia tidak mencontohi sikap & sifatnya yang pengotor & rakus. Sebab Islam mengajar umatnya menjadi seorang pembersih. Babi jugak ujian buat manusia.. Samada kita akan ikut apa yang Allah perintahkan atau ingkar.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com