HUKUM HADIRI MAJLIS YANG ADA HIDANGAN ARAK
Sekarang ni banyak majlis atau party yang bercampur gaul muslim dengan non muslim dengan anjuran yang bukan muslim. Bila ada majlis atau party macam tu.. arak di sediakan untuk sesiapa yang nak minum. Mungkin ada yang dah tahu tapi buat2 tak tahu.. tapi tak mustahil ada yang tak tahu. Ni bukan info yang korang kena ambil sebagai ilmu tanpa merujuk kepada guru2 agama yer.. sekadar point untuk korang cari ilmu jer... selebihnya rujuklah guru agama masing masing.
Sumber google
Ni pun nak buka aib atau nak tunjuk salah sesapa.. just berkongsi sahaja yer. Hope takde pulak nak tacing tak tentu pasal. Aku pun bukan baik sangat.. serba serbi tak sempurna sebagai muslimah tapi tak salah kot aku nak kongsi perkara yang baik. Kang dok tulis entri melantang isu2 semasa orang kata asyik dok cakap pasal orang jer kan.. so, seimbangkan la. Aku pun bercita cita nak jadi insan yang baik jugak tapi tak mampu la berubah secara drastik.. ye dak.
Apa yang aku baca.. Umat Islam di larang menyertai majlis yang menyediakan hidangan arak walau kita tak meminumnya. Seolah olah kita menyokong perbuatan tersebut.
Ini adalah sebahagian dari artikel yang aku printscreen selebihnya korang baca kat SINI
Bukan kata party yang baru2 ni diadakan yang melibatkan blogger jer.. Malah sebenarnya banyak majlis anjuran bukan islam yang tetamu terdiri dari pelbagai agama termasuk Islam yang menyediakan arak. Contoh.. majlis makan malam yang setiap tahun di adakan oleh company2. Kebanyakkan memang ada arak. Selagi kita boleh elak.. elakkan lah yer.. Bukan je parti/majlis malah restoran2 yang ada hidangan arak pun tak payah la singgah. Kat Malaysia ni macam tempat2 makan yang tak jual arak boleh kita pergi ye dak.
Apapun sekadar perkongsian dari insan yang jahil. Untuk ilmu yang lebih mendalam tanya lah pada orang yang sepatutnya. Macam aku cakap awal2 tadi.. apa yang aku kongsi bukan la satu info yang lengkap cuma point untuk korang cari ilmu sahaja.