Showing posts with label supermarket. Show all posts

TERBONGKAR PERKARA YANG BUAT TULANG RUSUK PEREMPUAN BERGETAR

TERBONGKAR PERKARA YANG BUAT TULANG RUSUK PEREMPUAN BERGETAR. Kalau lelaki tengok perempuan cantik, perempuan seksi katanya bergetar tulang rusuk. Punya nak gambarkan betapa seraut wajah itu menarik bagai magnet ke hati mereka. Tapi kalau perempuan tetiba bergetar tulang rusuk.. Lelaki jangan perasaan hokay! lelaki kacak, menawan,sado bagai belum mampu mengetarkan tulang rusuk seorang perempuan sebenarnya. mesti kaum lelaki rasa tercabar, kan? hahahaha


Perempuan.. memang lebih setia berbanding lelaki tapi statement ni bukan la aku nak bagitau yang semua perempuan memang seorang yang setia tapi kalau survey kaum perempuan lebih banyak yang setia. Tapi setianya seorang perempuan kadang2 tergugat jugak dengan satu ni.. Kalau dia nampak mesti bergetar tulang rusuk katanya.

Semalam aku pun cuba jugak test asben aku.. Bila sampai kat satu tempat ni walaupun sebenarnya lalu depan dia jer bukan singgah. Aku pun cakap la.. Bergetar tulang rusuk tengok. Ni yang rasa tak kuat iman ni. Laki aku jawab simple jer.. " Ada kanser la tu" hahaha.. hokay2 aku paham dia malas nak layan nanti kena singgah katanya. Lagipun sebelum tu memang dah singgah kat tempat lain. Kalau singgah lagi memang keluar lagi la..

Jadi kesimpulannya.. Memang lelaki hensome bukan sesuatu yang buat kaum perempuan bergetar tulang rusuk tapi Mall. hahaha. Menggigil rasa kalau tak singgah. Boleh rindu seminggu.. sementara nak tunggu weekend. Aku antara perempuan yang macam tu. Aku memang lebih suka shopping kat supermarket, mall dari online shopping. Kalau masuk tu rasa bersalah pulak keluar dengan tangan kosong. tapi nasib baik aku rasa aku jenis undercontrol lagi kalau bershopping. Aku tak berapa beli benda yang bukan2 sangat walau aku pun kategori suka membeli.

Moral of the story.. Perempuan cukup dengan seorang lelaki tapi takkan cukup dengan satu mall je dalam hidup dia. hehehehe. Mungkin sebab tu jugak lelaki lebih suka single dengan alasan ni >> 19 Alasan Kenapa Orang Pilih Hidup Single << Walhal sebenarnya mereka tak sanggup bermadu dengan mall. hahahaha

Amaran : Ini cuma entri santai bukan dari kajian dari mana2 pakar. Tidak merujuk kepada semua wanita tapi kebanyakkan perempuan memang macam ni.

MISTERI CERMIN FITTING ROOM PASARAYA

Tu dia sesapa yang rajin membeli belah kat pasaraya & memang suka menerai pakaian dalam fitting room kena baca entri ni. Samada hangpa perasan atau tau misteri ni tak tau la. Tapi aku mula perasan semalam & kawan2 aku jugak akui mengalami perkara yang sama macam aku.

 Sumber google

Alkisahnya ahad lepas singgah the store sungai Mas walau niat tu takde nak membeli belah tapi sebab singgah rasa bersalah kat diri sendiri kalau tak shopping. harus windows shopping tapi bila dah windows shopping sebagai seorang perempuan rasa tercabar kalau tengok je kan. Jadi ambil 2 pasang baju pergi fitting room nak try. Aku pelik.. masa aku letak kat badan tengok kat cermin luar fitting room nampak ok jer bila try kat badan nampak gemuk pulak bila tengok dari cermin dalam fitting room. Bukan kat The store je kadang kat tesco atau Mall lain pun sama. Sampai tension aku rasa nak beli baju ni tau. Tengok kat cermin rumah tak nampak gemuk sangat pun asal tengok kat cermin fitting room mesti macam penguin kenyang jer. hahaha

Aku tanya kengkawan geng cap ayam aku.. depa pun kata mengalami benda yang sama. Adakah kami sekumpulan kawan yang memang debab2 atau memang cermin tu mempermainkan perasaan kami. hahahaha.. Kawan aku kata cermin fitting room memang kebanyakkan bagi effect lebar. Kalau camtu kira banggang jugak la kan.. Bila orang tengok nampak buruk confirm la orang tak jadi beli. marketing failed. hahahaha

Tapi aku tekad jugak nak beli baju tu.. So aku tarik nafas sambil berkata pada diri sendiri cermin tu something wrong somewhere. Alhamdulillah balik rumah try depan cermin sendiri, takde la nampak gemuk pendek macam kat dalam fitting room. Lepas ni kalau aku jumpa baju cecantik aku takkan terpedaya lagi dengan cermin dalam fitting room. Misteri cermin Fitting room yang selama ni buat aku rasa sedih tengok badan sendiri kini terungkai. hahahaha

Moral of the story.. Kena percaya pada diri sendiri sebab cermin pun tak semuanya memberi gambar sebenar diri kita. Hanya kita je lebih mengenali diri sendiri. 


IKAN SELAR SEEKOR RM2 KAT GIANT BATU CAVES

Semalam sempat pergi Giant Batu Caves.. motip pergi sana tak di kenalpasti tapi asben aku bawak pergi je la maybe sebab nak bawak makan sizzling yee mee kot sebab aku ada request nak makan. Tak best mana pun sizzling yee mee kat situ.. boleh la lepas dari mengidam akibat mengandung anak cacing dalam perut gitu... hahahaha

Dah alang2 pergi cari la sikit2 barang2.. Boleh la hari ni masak apa yang patut. Sebenarnya aku ni kurang arif bab2 harga barang2 basah ni. Entah kenapa aku kurang ambil tahu pulak pasal tu tapi aku bukan tak pernah membeli belah barang basah langsung & aku boleh bezakan kat mana murah & kat mana mahal cuma harga jualan dia aku kurang pasti la kalau suruh aku bagi amount berapa rega sekilo bagai, kan??

Aku tengok seafood kat Giant semalam pun tak berapa meriah maybe aku datang malam & sekarang ni kan dah mood Chinese new year maybe sebab tu barang2 basah mula surut kot bila dah malam. Ok la.. bukan aku nak makan 100 orang pun setakat 2 mulut je. Aku pilih udang sikit.. udang putih size sederhana besar je dalam belas2 ekor je.. pi timbang mak aihh.. RM11++.. amik ikan selar 2 ekor pi timbang RM4.00.. jatuh sekor RM2 la. Sayur sawi seikat RM1++ tu untuk sekali makan 2 orang jer... kat situ aku dah rasa agak mahal. Cancel udang tu.. melampau sangat rasanya.. sebab ada tempat lagi murah boleh dapat. Ikan tu pun mahal bagi aku tapi amik jugak buat2 goreng. Tak tau la mahal sebab sempena CNY ni ke hapa tapi memang mahal la nak2 lagi barang2 kat Giant memang sejak dulu lagi aku rasa mahal, apatah lagi sekarang terasa bertambah2 la mahal.

Mungkin aku je rasa mahal tapi korang rasa harga biasa tak tau la. Tapi rasanya memang agak mahal la.

Terfikir aku macam mana la orang tak berkemampuan dengan keluarga besar nak survive bila harga barang naik macam tu. Tu kan supermarket maybe la orang rasa mahal.. boleh beli pasar malam lagi murah. Ye betul aku beli pasar malam lebih murah dari Giant aku beli kat mydin pun lebih murah dari Giant.. walaupun lebih murah tapi tak semurah dulu dah sebelum berlaku kenaikan harga ni. Ubi kentang beli kat pasar malam pun aku rasa mahal dah..


 Sumber Portal Rasmi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

Dulu nak beli barang basah ni selalu pi tesco.. main angkut je sebab rasa berbaloi lagi harga nak bayar tapi sekarang memang nak beli apa pun aku fikir betul2 la... kiranya memang selected gila nak beli barang masak pun sebab tak nak over budget. Yelah.. aku bukan orang kaya sangat... nak melancong jauh setahun sekali katanya kena la jimat cermat kalau tak.. tak merasa naik kapal terbang katanya.. hahahahahaha... Tapi tu bukan soalnya, soalnya sekarang memang aku sendiri even mampu makan pakai macam biasa pun terasa bebanan tu inikan orang yang sebelum ni cukup2 makan atau kadang2 tak berapa cukup.. entah macam mana la nasib mereka. Dari makan ikan kembung gamaknya makan ikan bilis je la kot. Ikan bilis pun mahal dah sekarang. Pendek kata.. pusing kot mana pun tak jumpa dah sangat barang murah.

Dan aku sangat2 tak paham orang yang tak berapa kaya tapi tetap menyokong kenaikkan harga.. Memang spesis suka di bebani demi pemimpin tercinta mereka. Biar mereka makan nasi berlauk kicap masin sekalipun kesetian tak tergugat katanya. Katanya.. harga barang memang semakin naik tak mungkin semakin turun.. ye betul... tapi takkan la dalam setahun bermacam barangan naik tak selaras dengan pendapatan rakyat. At least.. naik selaras dengan pendapatan tu even tak mampu nak kaya raya pun takde la rasa semakin susah, ye dak?? AKu bukanlah pembangkang.. tapi aku manusia normal yang kalau boleh elak dari di bebani, aku nak elak. kannnnnnnnnnnnnnnnn

P/S : Maybe harga Kat Giant tu memang melampau sejak dulu lagi kot so, kalau nak jimat Giant bukan pilihan la.. Memang betul2 Giant nak makan besar je kejanya. Sebab dari calculation aku sendiri mahal singgit la rega ikan aku beli tu kat Giant. Tu pun aku ikut harga ikan basah bukan frozen

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com