Showing posts with label hongkong. Show all posts

INI YANG BUAT ORANG MARAH DENGAN AIR ASIA

INI YANG BUAT ORANG MARAH DENGAN AIR ASIA. Apa kes pulak orang marah dengan Air Asia ni lekatlekit Ooi.. Rasanya depa takde buat apa2 masalah dengan penumpang atau pun rakyat Malaysia. Sapa kata Air Asia takde salah.. Nampak je macam tak salah tapi tetap bersalah ok bila benda2 macam ni berlaku di zaman GST berleluasa. Bagi aku Air Asia tetap bersalah!!


Sapa tak marah kalau macam ni punya offer kan?  Rasa nak bakar semua flight Air Asia jer tau.. Zaman gawat macam ni la dia nak buat macam2 promosi yang buat orang rasa 'kecik' je tengok Air Asia ni. Nak suruh orang korek tabung syiling ke hapa. Do tayang2 benda macam ni memang meminta sangat la Air Asia ni kan.

Nak bayar tambang bas pun orang merungut apatah lagi nak bayar tambang tiket flight pergi Oversea walaupun semurah di luar logik akal macam ni >> Biar Betul Tiket Ke Hongkong Sermurah Ni?? << Menangis bawah bantal tau dok tengok promosi Air Asia ni. Best la mana2 blogger yang dapat tajaan travel dengan Air Asia di zaman gawat macam ni kan. At Least dapat melancong free katanya.

Tapi memang geram jugak la Air Asia.. Tunggu la nilai ringgit naik balik, GST di hapuskan, harga minyak turun & gaji naik baru la promosi macam ni. Kot2 boleh tumpang membeli belah tiket flight katanya. Time2 sekarang ni.. Rasa nak pergi bercuti dalam Malaysia je. Almaklum.. orang kebanyakkan macam den ni.. Mana mampu ye dak? hahahaha

Moral of the story.. Air Asia please jangan nak menggugat nafsu serakah orang sangat dengan offer2 bagai nak gila tu. menitis air mata di pipi katanya setiap kali tengok promosi Air asia.

SESUATU TENTANG HONGKONG PERLU ANDA TAHU

SESUATU TENTANG HONGKONG PERLU ANDA TAHU. Hongkong ni yang aku paling banyak tahu pasal pelakon dia jer. Tu pun sebab dulu masa zaman2 bawah tanggungan mak bapak kakak no 2 aku ni gila tengok filem atau drama hongkong. Habis semua pelakon2 hongkong dia hafal sampai sekali dengan aku pun jadi terhafal. Sebab kalau tengok tv dengan dia memang TV tu dia punya la. Aku pulak jenis.. malas nak berebut TV nan satu tu.. Tengok je la. Tapi dengan arwah ayah dia selalu jugak bergaduh. Si Ayah nak tengok drama melayu si anak nak tengok drama hongkong. Tapi gaduh2 manja je la. Anak beranak la katakan.


Sebab kakak Nombor 2 ni la aku kenal pelakon komedi paling popular kat Hongkong Chow sin chi @ stephen Chow. Alah yang berlakon dalam filem CJ7 tu.. Dia jenis kalau buat lawak pun muka slamber badak je tapi kita yang tengok terkencing kencing gelak. Memang dulu banyak jugak la akak aku kumpul koleksi vcd filem dia. Kalau filem seram hongkong dulu2 pulak hantu lompat la apa lagi. Zaman budak2 tengok filem hantu lompat ni bila part tahan nafas tak bagi hantu dapat kesan, sekali dengan aku pun tahan nafas bagai nak rak. Punya feel tengok filem hantu cina tu. Dia punya takut.. terbayang2 sampai ke tidur katanya. Tu yang enjoy tengok filem seram masa budak2 sebab boleh feel seram berbanding sekarang.. ntah mana hilang deria rasa seram aku pun tak tau.

Sebab Hongkong china dah ambil balik maka banyak pelakon2 hongkong berhijrah ke luar negara tapi Tak jadi satu kerugian pun pada hongkong. Tu pasal filem & pelakon hongkong tapi ada perkara yang lebih penting yang ramai orang yang tak tahu termasuk aku tentang hongkong ni. Ada satu persamaan hongkong & langkawi.. Nak tau apa persamaan hongkon dengan langkawi try baca kat sini. Korang akan jumpa persamaan tu >> 7 Perkara Tentang Hongkong Yang Mesti Anda Tahu << Betul tak ada persamaan dengan langkawi. hehehe

Tak salah kita ambil tahu tentang negara orang ni walau kita tak ada niat pun nak pergi. Manalah tau tetiba tersesat kat sana at least kita dah ada info sedikit sebanyak tentang sesuatu tempat tu takde la macam rusa masuk kampung sangat kan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com