Showing posts with label RM28. Show all posts

PERKARA YANG AKAN BUAT ANDA MEROYAN NAK PERGI PERTH

PERKARA YANG AKAN BUAT ANDA MEROYAN NAK PERGI PERTH. Aku pernah tulis entri pasal Perth Australia dulu walaupun aku sendiri pun belum pernah jejak kaki kesana lagi. Almaklum la..tak berapa cukup modal lagi nak terbang jauh sampai ke Perth tapi sebab aku suka baca serba sikit pasal Perth ni so aku suka jugak share kat blog. Zaman hujung jari katanya.. satu dunia kita boleh jelajah walau hanya jelajah dengan info je. Takpe membaca tu salah satu cabang untuk cari ilmu.


Perth salah satu tempat yang banyak tempat percuma anda boleh lawati & buat aktiviti. So, Perth salah satu tempat yang jimat kos jugak la boleh di lawati tapi kalau nak pergi Perth time2 sekarang lagi jimat. Nak tau sebab apa.. Ni lah sebab yang mungkin biji mata anda terjojol keluar bila tengok >> Ini Sebab Anda Perlu Flight Ke Perth Sekarang <<

Kalau ada budget nak jugak merasa ke sana.. Nak feeling bernafas keluar asap katanya. Hahaha. Almaklum la luar negara yang pernah aku sampai cuma Thailand & singapore je. Paling jauh pun sabah.  Jauh dari tu belum ada rezeki nampaknya meninggalkan sisa kumuhan disana. Manalah tau tetiba rezeki tulis blog ni dapat sponsor satu family kesana.. merasa jugak. hahahaha

Jadi sapa2 nak taja percutian aku ke Perth boleh Pm.. manatau dua tiga hari ni dok bagi publisiti kat dato Vida tetiba dia bermurah hati nak taja aku sekeluarga ke perth ke kan.. Kena pakai baju pink pun aku sanggup katanya. Apadahal pakai baju pink kan.. hahahaha

NAK LARI DENGAN JEJAKA LOMBOK TAK PERLU NAIK TONGKANG LAGI

NAK LARI DENGAN JEJAKA LOMBOK TAK PERLU NAIK TONGKANG LAGI. Satu ketika dulu... Selalu kita dengar berita perempuan tempatan terutama melayu yang lari dengan lelaki dari lombok Indonesia ni. katanya ada budaya kat lombok kalau nak nampak hero kena bawak lari perempuan dari luar ke lombok. Tapi malangnya kebanyakkan wanita2 yang terpedaya dengan cinta jejaka lombok akhirnya menyesal bila berada kat sana mereka terpaksa hidup susah yang tak terbayang. Ada yang nasib malang lagi jadi hamba keluarga mertua. Nak balik susah, duit takde. Dah tu masa lari pun memang tak pasport ke hapa ke sana.. Terpaksa UmppNo bertindak memberi pertolongan cemas kepada mangsa2 yang terpedaya dengan cinta lelaki lombok ni.

Sekadar Hiasan

Dah nama pun lari tanpa sah.. Naik tongkang je la mampu. Tapi kalau ada yang nak lari secara sah dengan lelaki lombok bulan ni tak payah ambil risiko naik tongkang tu. Kang tongkang terbalik tonggang langgang jadinya. Naik je flight tambang murah Air Asia. Katanya tiket RM28 jer. Betul tak betul hangpa check sendiri kat sini >> Biar Betul RM28 je Air Asia ticket ke Lombok, Perth & penang << Ni kalau kaki travel tengok confirm meroyan 3 hari 2 malam kalau tak dapat book. Jadi kalau tak nak terlepas promosi ni sila book cepat cepat selagi stok masih ada.

Yang mana kawen dengan lelaki lombok dah pulang ke Malaysia mana tau nak melawat keluarga mertua kat sana, time macam ni la paling sesuai balik kampung suami. Sempena cuti CNY boleh la ambil kesempatan, kan? yelah.. tak semua yang kawen dengan lelaki lombok ni hidup menderita ada yang masih bahagia & menetap kat Malaysia.

Sebenarnya bukan masalah kawen dengan sesiapa dari negara mana pun. Jangan la racist sangat.. Kalau kawen dengan mat saleh tu kau pandang high class sangat tapi kalau kawen dengan orang lombok kau buat bahan sarcasm jer. Ada yang tinggi ilmu agamanya.. Walau kurang kaya & terpaksa merantau di tempat orang mencari rezeki. At Least kalau dia seorang yang beriman, Insya Allah dia mampu mendidik isterinya menjadi seorang isteri yang solehah.

Moral of the story.. Orang yang baik akan mengahwini kita dengan cara yang baik jugak la bukan dengan cara bawak lari bagai.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com