NAK LARI DENGAN JEJAKA LOMBOK TAK PERLU NAIK TONGKANG LAGI
Sekadar Hiasan |
Dah nama pun lari tanpa sah.. Naik tongkang je la mampu. Tapi kalau ada yang nak lari secara sah dengan lelaki lombok bulan ni tak payah ambil risiko naik tongkang tu. Kang tongkang terbalik tonggang langgang jadinya. Naik je flight tambang murah Air Asia. Katanya tiket RM28 jer. Betul tak betul hangpa check sendiri kat sini >> Biar Betul RM28 je Air Asia ticket ke Lombok, Perth & penang << Ni kalau kaki travel tengok confirm meroyan 3 hari 2 malam kalau tak dapat book. Jadi kalau tak nak terlepas promosi ni sila book cepat cepat selagi stok masih ada.
Yang mana kawen dengan lelaki lombok dah pulang ke Malaysia mana tau nak melawat keluarga mertua kat sana, time macam ni la paling sesuai balik kampung suami. Sempena cuti CNY boleh la ambil kesempatan, kan? yelah.. tak semua yang kawen dengan lelaki lombok ni hidup menderita ada yang masih bahagia & menetap kat Malaysia.
Sebenarnya bukan masalah kawen dengan sesiapa dari negara mana pun. Jangan la racist sangat.. Kalau kawen dengan mat saleh tu kau pandang high class sangat tapi kalau kawen dengan orang lombok kau buat bahan sarcasm jer. Ada yang tinggi ilmu agamanya.. Walau kurang kaya & terpaksa merantau di tempat orang mencari rezeki. At Least kalau dia seorang yang beriman, Insya Allah dia mampu mendidik isterinya menjadi seorang isteri yang solehah.
Moral of the story.. Orang yang baik akan mengahwini kita dengan cara yang baik jugak la bukan dengan cara bawak lari bagai.
wah!!! murahnye nak pi lombok...akak pon teringin gak nak ke lombok dik...cantik wo suasana kat sana.... :)
ReplyDeleteHMMMM MENARIKNYE PROMO TU ...
ReplyDeleteMurahnya... tapi takdalah niat nak kahwin lari sampai ke Lombok. Dah cukup syarat hidup. Hahaha!
ReplyDeleteEh, Lombok ni sekarang bukan ke jadi pusat pelancongan! Bulan entah bila akak baca kat beautifulnara (oppss..baca gosip lagi rupanya!) Nora Danish pun holidaying kat Lombok. Kelakar pulak statement! Sebab NR holiday kat Lombok terus Lombok jadi pusat pelancongan ^_^ My mistake ~_^