Showing posts with label Australia. Show all posts

PERKARA YANG AKAN BUAT ANDA MEROYAN NAK PERGI PERTH

PERKARA YANG AKAN BUAT ANDA MEROYAN NAK PERGI PERTH. Aku pernah tulis entri pasal Perth Australia dulu walaupun aku sendiri pun belum pernah jejak kaki kesana lagi. Almaklum la..tak berapa cukup modal lagi nak terbang jauh sampai ke Perth tapi sebab aku suka baca serba sikit pasal Perth ni so aku suka jugak share kat blog. Zaman hujung jari katanya.. satu dunia kita boleh jelajah walau hanya jelajah dengan info je. Takpe membaca tu salah satu cabang untuk cari ilmu.


Perth salah satu tempat yang banyak tempat percuma anda boleh lawati & buat aktiviti. So, Perth salah satu tempat yang jimat kos jugak la boleh di lawati tapi kalau nak pergi Perth time2 sekarang lagi jimat. Nak tau sebab apa.. Ni lah sebab yang mungkin biji mata anda terjojol keluar bila tengok >> Ini Sebab Anda Perlu Flight Ke Perth Sekarang <<

Kalau ada budget nak jugak merasa ke sana.. Nak feeling bernafas keluar asap katanya. Hahaha. Almaklum la luar negara yang pernah aku sampai cuma Thailand & singapore je. Paling jauh pun sabah.  Jauh dari tu belum ada rezeki nampaknya meninggalkan sisa kumuhan disana. Manalah tau tetiba rezeki tulis blog ni dapat sponsor satu family kesana.. merasa jugak. hahahaha

Jadi sapa2 nak taja percutian aku ke Perth boleh Pm.. manatau dua tiga hari ni dok bagi publisiti kat dato Vida tetiba dia bermurah hati nak taja aku sekeluarga ke perth ke kan.. Kena pakai baju pink pun aku sanggup katanya. Apadahal pakai baju pink kan.. hahahaha

NAK LARI DENGAN JEJAKA LOMBOK TAK PERLU NAIK TONGKANG LAGI

NAK LARI DENGAN JEJAKA LOMBOK TAK PERLU NAIK TONGKANG LAGI. Satu ketika dulu... Selalu kita dengar berita perempuan tempatan terutama melayu yang lari dengan lelaki dari lombok Indonesia ni. katanya ada budaya kat lombok kalau nak nampak hero kena bawak lari perempuan dari luar ke lombok. Tapi malangnya kebanyakkan wanita2 yang terpedaya dengan cinta jejaka lombok akhirnya menyesal bila berada kat sana mereka terpaksa hidup susah yang tak terbayang. Ada yang nasib malang lagi jadi hamba keluarga mertua. Nak balik susah, duit takde. Dah tu masa lari pun memang tak pasport ke hapa ke sana.. Terpaksa UmppNo bertindak memberi pertolongan cemas kepada mangsa2 yang terpedaya dengan cinta lelaki lombok ni.

Sekadar Hiasan

Dah nama pun lari tanpa sah.. Naik tongkang je la mampu. Tapi kalau ada yang nak lari secara sah dengan lelaki lombok bulan ni tak payah ambil risiko naik tongkang tu. Kang tongkang terbalik tonggang langgang jadinya. Naik je flight tambang murah Air Asia. Katanya tiket RM28 jer. Betul tak betul hangpa check sendiri kat sini >> Biar Betul RM28 je Air Asia ticket ke Lombok, Perth & penang << Ni kalau kaki travel tengok confirm meroyan 3 hari 2 malam kalau tak dapat book. Jadi kalau tak nak terlepas promosi ni sila book cepat cepat selagi stok masih ada.

Yang mana kawen dengan lelaki lombok dah pulang ke Malaysia mana tau nak melawat keluarga mertua kat sana, time macam ni la paling sesuai balik kampung suami. Sempena cuti CNY boleh la ambil kesempatan, kan? yelah.. tak semua yang kawen dengan lelaki lombok ni hidup menderita ada yang masih bahagia & menetap kat Malaysia.

Sebenarnya bukan masalah kawen dengan sesiapa dari negara mana pun. Jangan la racist sangat.. Kalau kawen dengan mat saleh tu kau pandang high class sangat tapi kalau kawen dengan orang lombok kau buat bahan sarcasm jer. Ada yang tinggi ilmu agamanya.. Walau kurang kaya & terpaksa merantau di tempat orang mencari rezeki. At Least kalau dia seorang yang beriman, Insya Allah dia mampu mendidik isterinya menjadi seorang isteri yang solehah.

Moral of the story.. Orang yang baik akan mengahwini kita dengan cara yang baik jugak la bukan dengan cara bawak lari bagai.

KISAH SERAM DI SEBALIK KRISMAS

KISAH SERAM DI SEBALIK KRISMAS. Bersempena krismas yang tak lama lagi, haruslah segmen seram serik lekatlekit pun bertemakan krismas jugak la. Apa ingat sale je ada tema2 ni. Cerita seram pun ada jugak tau! Maaf la pada mereka yang merayakan krismas. Bukan niat nak menakutkan korang sekadar berkongsi cerita je.


Nak raya pun susah katanya. Ada benda2 yang menakutkan menghantui perayaan mereka rupanya. tapi ni cuma cerita lagenda seram rakyat Australia jer.. Aku ingat benda ni cuma ada dalam filem yang sedang di tayangkan kat pawagam rupanya memang ada cerita ni di kalangan rakyat mereka pasal hantu atau syaitan Ke-Ram-Puss ni.

Lagenda seram Ke-Ram-Puss atau lebih senang di sebut sebagai Krampus terkenal dalam cerita lagenda seram rakyat Australia. Krampuss di katakan sangat membenci Krismas. Dia adalah spesis syaitan yang akan menangkap & menculik kanak kanak yang jahat & nakal.

Menurut lagenda, Krampus akan bermalam di setiap rumah menjelang krismas. Dia akan meninggalkan seikat kayu kepada kanak kanak yang nakal atau dia akan memukul mereka dengan kayu. Kemudian memasukkan kanak kanak tersebut dalam karung dan membuangnya ke dalam sungai. Atau ada yang percaya kanak kanak tersebut di bawa terus ke neraka.

Kejamnya hantu Krampus ni kan?? Dengan budak2 pun nak berkira.. budak biasa la kalau nakal. Apapun kat malaysia katanya selamat dari syaitan Krampus ni. Krampus takkan berani datang ke Malaysia.. Inilah sebabnya >> Krampus Takkan Ada Di Malaysia Kerana Kat Malaysia je Ada Perkara ni <<

Untung la mereka2 yang merayakan krismas di Malaysia kan.. Tak payah nak takut2 hantu krampus ni. Tu la hangpa tak percaya.. Malaysia masih aman. Jangankan orang jahat, hantu pun tak berani masuk malaysia. hahaha

JANGAN BOOK TIKET FLIGHT SEBELUM ANDA TAHU TENTANG GOLD COAST

JANGAN BOOK TIKET FLIGHT SEBELUM ANDA TAHU TENTANG GOLD COAST. Dah dekat2 hujung tahun ni rasanya ramai yang dah plan nak pergi bercuti. Nak pergi bercuti ni seeloknya survey & google dulu destinasi yang kita nak pilih sebagai tempat percutian. Bukan apa takut main redah je kita jadi tak enjoy dengan holiday kita nanti. Atau mungkin kita jadi macam kera masuk bandar. Kena kejutan dengan budaya orang kat tempat tu. Jadi kemudahan yang ada sekarang gunakan sebaik mungkin supaya kita tak silap pilih tempat untuk pergi bercuti.


Mungkin ada yang dah senaraikan Gold Coast, Australia sebagai destinasi percutian hujung tahun nanti. tapi nanti dulu jangan book tiket flight sebelum korang semua baca 10 Perkara tentang Gold Coast, Australia ni. Kenapa mesti baca dulu.. Alasan dia sama macam perenggan di atas. Siapa tahu mungkin tempat tu bukan citarasa korang. Ia langkah Awal supaya percutian anda jadi percutian yang berbaloi & tidak rugi.

Jadi ini yang perlu anda tahu sebelum book tiket flight ke Gold Coast, Australia >> 10 Perkara Tentang Gold Coast Australia <<

Bagi yang dah habis melawat Malaysia boleh la pergi oversea. Bagi macam aku ni ada lagi tempat2 kat Malaysia yang aku belum pernah pergi rasa tahun ni nak cuti2 Malaysia je. Tu pun kalau tahun ni ada rezeki pergi bercuti kalau tak kita postpone next year je la.

Moral of the story.. Nak pergi bercuti kat tempat2 pertama kali kita kunjungi elok la survey serba sikit tentang selok belok tempat tu & ambil tahu sikit tentang cara hidup, makanan, tempat menarik yang ada kat sana. Nak2 lagi kat negara bukan Islam. Tu kira langkah persediaan awal la.

TENTANG MELBOURNE,AUSTRALIA YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU

TENTANG MELBOURNE,AUSTRALIA YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU. Bukan semua orang berpeluang ke Melbourne ye dak?? Ke Melaka pun ada orang tak pernah sampai inikan nak ke oversea tapi kita belum sampai tak bermakna kita tak tahu apa yang ada kat sana. Dunia hujung jari ni.. tak boleh travel naik flight kita travel seluruh dunia  dengan clik clik jer pun ok.


Sedikit info pasal Melbourne..  Merupakan kota terbesar di Australia yang mempunyai populasi penduduk lebih dari 4 juta orang. Kota yang sentiasa meriah & hidup katanya. Kalau kat Malaysia ni macam KL la kot.. Melbourne jugak merupakan pusat seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, olahraga, dan pariwisata.tiap tiap tahun, Melbourne akan merayakan Festival Seni Internasional, Festival Film Internasional Melbourne, Festival Komedi International Melbourne, dan Melbourne Fringe Festival.

Tu antara sedikit info pasal melbourne tapi tahukah korang apa yang best ada kat Melbourne kalau korang satu hari manalah tau ada rezeki nak melancong ke luar negara. Yang ni maybe ramai tak berapa tahu kot.. Jadi kalau korang nak tahu ada apa kat Melbourne yang orang suka sangat nak pergi sana meh tengok kat sini >> 6 Pengalaman Menarik Di Melbourne Yang Mungkin buat anda sanggup Tinggalkan segalanya untuk kesana <<

Tapi kalau takde rezeki kita nak ke Melbourne At Least kita tahu apa yang ada kat sana kan?? Sebab tu la penting untuk kita ambil tahu banyak perkara. Apapun.. tak dapat ke Kota Melbourne kalau ada rezeki jejak kaki ke Kota Mekah.. Ya Allah, tu lebih besar nilai & maknanya. Sebab tu kebanyakkan orang tua.. depa jarang teringin nak pergi ke tempat lain selain Mekah. Kesimpulannya sehebat manapun Melbourne tak mampu menandingi kehebatan Kota Mekah yang sentiasa menjadi impian umat Islam seluruh dunia.

JANGAN TENGOK TRAILER GOODNIGHT MOMMY KALAU PENAKUT

JANGAN TENGOK TRAILER GOODNIGHT MOMMY KALAU PENAKUT. Ni yang buat jiwa puaka aku memberontak ni. Dah la tak habis sesi pemburuan.. Dah datang hantu hantu baru. Tak tercapai tangan & poket nanti. Kiranya trend seram belum lagi habis.. Tak kira di Malaysia mahupun luar negara masing2 berlumba nak buat filem seram. Yang sakit jiwa orang2 macam aku la.. Nak tengok wayang tak boleh.. Dok kuatkan iman je tunggu sampai dvd keluar. Kalau Ah Lang Nun memang cepat tapi tu la.. 2 dvd filem omputih aku beli baru2 ni dua2 ada suara misteri yang tak ada kena mengena dengan filem tu. Nampak sangat kualiti rakam sambil menonton dalam pawagam.


Terbaca pulak kat Astroawani satu filem baru Australia, Goodnight Mommy yang katanya Trailer pun dah seram sangat. Ramai yang tak sabar tunggu filem tu keluar panggung. Aku je tak sabar filem tu keluar dalam bentuk dvd. Yelah.. Nak tengok wayang tak sesuai la nak berangkut anak aku. Malas dah nak explain sebenarnya tapi tu la bosan pulak orang asyik suggest bagi orang tu ni jaga kejab.. Kami laki bini memang takkan tinggalkan anak kami untuk orang lain jaga semata mata nak pergi berseronok.

Sumber Astroawani

Konar balik cerita pasal trailer filem Goodnight Mommy ni.. Dah kata seram sangat aku pun nak tengok jugak la kot2 trailer ni mampu buat aku tutup muka dengan bantal. Ok la not bad suspend jugak la even belum tahap mampu buat tutup muka dengan bantal. Kiranya trailer tu pun berjaya jugak menghasut aku untuk tengok filem tu nanti. Korang nak tengok jugak ke? Meh la tengok kat bawah



Moral of the story... Pada penggemar filem seram macam aku, sapa tengok dulu sila share seram ke tidak. Tapi rilex belum keluar panggung ok apatah lagi astro first.


10 TEMPAT MENARIK BOLEH DI LAWATI DI PERTH, AUSTRALIA TANPA KOS

Kalau pergi melancong ni selagi boleh jimat kita nak jimat. Apa yang boleh cut cost tu memang nak cut la kan.. Sapa suka bayar lebih. Kat Malaysia kena GST pun orang dah bising.. Semua orang kalau boleh nak murah atau free tapi hakikatnya takde benda yang free dah dalam dunia ni. Mati pun sementara nak masuk liang lahat pun kena bayar dulu.


Kalau korang bercadang nak bercuti ke Perth Australia aku rasa artikel pasal 10 tempat & aktiviti menarik yang korang boleh buat tanpa mengeluarkan kos yang tinggi atau tanpa kos langsung. Kos nak kesana pun dah tinggi.. alang dah sampai katanya ada tempat & aktiviti yang menarik yang boleh jimat kos.. Tu la yang terbaik. ye dak.

Kalau korang ada rezeki sampai ke Perth ni cadangan 10 tempat & aktiviti menarik yang korang kena cuba tanpa kos yang tinggi. Nak tau meh tengok kat sini >> 10 AKTIVITI & TEMPAT YANG BOLEH DI LAWATI DI PERTH DENGAN KOS YANG MURAH <<

Best kan. dah la best dapat jimat belanja pulak. So, kalau kesana korang mesti pergi & cuba 10 perkara tu.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com