Showing posts with label tak sabar. Show all posts

BUDAK 12 TAHUN ZAMAN SEKARANG DAH TAK SABAR NAK AKIL BALIGH

BUDAK 12 TAHUN ZAMAN SEKARANG DAH TAK SABAR NAK AKIL BALIGH. Haritu ada terbaca pasal budak 12 tahun yang berjaya kumpul follower sampai ratus ribu.. Post2 dia kat instagram tu like tu mesti 4 angka punya. Kita yang akak2 & acik2.. ni nak dapat 20 likes pun susah.. dia 12 tahun dah boleh kumpul followers & likers kat instagram sebanyak tu.


Tapi tak pelik la.. Majoriti yang jual muka kat Instagram atau mana2 media sosial.. Nak2 lagi yang cantik, yang fashionista, hijabnista, pandai make up bagai memang senang nak dapat followers macam tu. Kami muka not for sale ni memang orang pun malas la nak follow Ig kami. Almaklum la kami kan golongan limited edition katanya... hahaha larik. Confirm ada yang carut baca statement aku ni. Apa2 je la hangpa nak buat kat Ig hangpa tu.. nak jual muka ke.. nak jual produk je.. hak memasing la. Jangan tersilap post benda yang tak patut jadi tontonan umum sudah. takut nanti tak pepasal jadi aib & kena kecam secara berhemah nak2 lagi yang banyak followers tu. Risiko anda lebih tinggi dari kami golongan limited edition ni.. Orang bukan kesah sangat apa kami post. hahaha

berbalik kisah budak 12 tahun zaman sekarang. Bila tengok fenomena budak 12 tahun sekarang yang tak sabar nak jadi dewasa.. Nampak dari gaya tu boleh teka depa ni pun jenis tak sabar nak akil baligh bagi yang belum akil baligh la berbanding zaman aku dulu kalau masih sekolah rendah tu harap period takde la datang lagi. hahaha. Yelah.. bila dah akil baligh jer.. badan pun mula ada cutting.. ada part mula membukit & mengembang.. Muka pun mula berubah. Tu sebenarnya depa nak.. Tidak lagi nampak kebudakkan seperti usia mereka. Biasa la bila masuk zon mula rasa diri dah bukan budak budak.. bukan lagi masa nak main masak masak.. Itulah yang mereka idamkan. Masa ni kau memang la nak nampak dewasa sebelum umur.. Nanti kau dah dewasa confirm kau nak muka kau kembali awet muda macam masa umur ko 12 tahun. Percayalah time tu bila orang bagi pujian palsu yang konon muka kau nampak macam budak sekolah pun kau akan up status kat facebook dengan caption yang acah2 mencik orang suka anggap kau tu macam budak sekolah walhal anak dah berderet. Kau tak caya ko follow la mak2 budak kat FB. Kau tengok macam mana depa rasa kembang semangkuk bila ada yang puji depa awet muda. Sekarang memang kau rasa tak suka berwajah & berpenampilan budak2 sebab kau tak sabar nak jadi dewasa. hehehe

Bila compare kehidupan seorang budak 12 tahun zaman dulu dengan zaman sekarang.. Dah semakin jauh berbeza. Budak2 sekarang semua tak sabar nak jadi dewasa & mula mempratikkan hidup macam orang dewasa walau spender pun masih mak yang kena tolong beli. Jadi tak pelik la 12 tahun dah makeup & ber fashion macam adult. Nak2 lagi zaman sekarang 12 tahun ramai yang ada ada smartphone sendiri & boleh access internet. Memang cepat terpengaruh dengan social media ni.  budak zaman sekarang sapa paling banyak follower kat media sosial maka dia lah hebat. Semua orang dah jadi gila glemer zaman sekarang termasuk budak budak maka tak lama lagi zaman seorang kanak kanak semakin tak ada beza dengan orang dewasa hehehehe.

Sesungguhnya.. Zaman benar benar berubah. Kita tak boleh nak compare dah budak dulu dengan sekarang. Cara didikan pun dah tak boleh sama.. Sebab mentaliti & cara hidup budak sekarang dah jauh berbeza dengan budak zaman dulu. Apa yang boleh cari kaedah baru untuk membentuk personaliti & perangai anak anak kita agar tidak terlalu dewasa sebelum usia sampai buat benda bukan2.

Moral of the story.. kanak kanak yang tak sabar jadi dewasa tu.. 12 tahun pun makeup dah mengalahkan retis. Sayangilah kulit muda awak. Nanti umur baru 20 tahun orang dah panggil makcik jangan kau nak menangis. Awal2 dah kau tempek segala kosmetik yang mungkin bagi kesan di masa akan datang pada kulit awak tu. hehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com