Showing posts with label cari anak mati kemalangan. Show all posts

WANITA TUA GHAIB SELEPAS TIBA DI BILIK MAYAT HOSPITAL LAMA PULAU PINANG

WANITA TUA GHAIB SELEPAS TIBA DI  BILIK MAYAT HOSPITAL LAMA PULAU PINANG. Jangan marah ok kalau dua tiga hari ni datang mood puaka nak berseram seraman di blog lekatlekit ni. Lagipun memang blog ni dah terkenal dengan cerita seram kan..

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Malam ni den nak share sebuah kisah misteri yang berlaku di sebuah hospital paling lama di penang katanya. Kiranya hospital tua la. Hospital mana tak di nyatakan pulak.. pepandai la  korang cari info kat mana terletaknya hospital paling tua di  pulau pinang sana. Tugas den cuma memburu kisah kisah seram tempatan yang ada bagi menaikkan martabat hantu hantu tempatan yang selalu tak tersenarai sebagai lembaga paling seram di dunia. hehehe

Alkisahnya bermula pada satu malam yang sepi pi..pi... Pada tahun 1998 di mana hospital tu waktu pun belum mengalami renovation & belum ada cctv katanya. Jadi permandangan hospital tu pun nampak usang.. Sudah pasti membangkitkan suasana seram lebih lebih lagi di malam hari. Nak di jadikan kisahnya.. Seorang pakcik ni pergi melawat anak di salah satu wad & terpaksa bermalam kat situ untuk jaga anak dia. So terpaksa la dia berjaga sehingga lewat malam. Dah sampai lewat malam dia teringat ada barang tertinggal dalam kereta. Semasa dalam perjalanan nak ke tempat parking kereta tu.. Berlaku satu peristiwa yang penuh misteri mungkin sampai sekarang masih di selubungi misteri jugak.

Dia di sapa oleh seorang perempuan tua yang bertanyakan kat mana bilik mayat. Tengah2 malam jugak la nak terserempak dengan orang nak tanya bilik mayat kan.. ok! Pakcik tu tak fikir bukan2.. Malah tak terfikir pun orang tua tu sejenis makhluk yang bukan manusia. Sebab dia tak berimaginasi bukan2 pasal orang tua tu maka dia pun tunjukkan la lokasi bilik mayat kepada perempuan tua tu. Sambil berjalan seiring sejalan ke bilik mayat tu sempat la pakcik tu kepoci sikit tanya cari sapa kat bilik mayat malam2 buta.. Perempuan tu dengan terlebih ramahnya mula cerita. Katanya anak dia meninggal dunia, excident dengan boyfriend. Dedua almarhum.. Katanya anak perempuan ni degil, tak dengar cakap, suka melawan dia, tak tutup aurat bagai.. Dia dah pesan jangan selalu keluar dengan boyfriend nanti jadi benda tak elok. Akhirnya kata kata perempuan tua tu menjadi kenyataan bila anak dia di timpah musibah akhirnya mati dalam kemalangan bersama pasangannya.

Bila sampai si pakcik ni jumpa dengan seorang security guard india nak bertanyakan pasal anak orang tua tadi malangnya tetiba perempuan tu tetiba hilang. Pelik & hairan jugak. Takkan la dia mampu lari laju sampai boleh hilang sekelip mata macam tu. Dalam perasaan serba salah sebab dah tiba depan guard tu.. dia tanya la pasal anak perempuan orang tua tadi. Ternyata memang ada tapi dah di tuntut seminggu lalu... Apa yang pakcik tu mampu buat hanya.. ber huhuhu saja. Telan air liur sampai kering la jawabnya.

Siapa perempuan tua itu? Nak tau try la berparanormal kat hospital lama pulau pinang. Mana tau rezeki dapat jumpa.. boleh la korang interview. hahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com