PENGALAMAN PINTU RUMAH DI KETUK TENGAH MALAM
PENGALAMAN PINTU RUMAH DI KETUK TENGAH MALAM. tengah kecoh kat beberapa buah negeri di ganggu dengan misteri pintu rumah di ketuk waktu tengah malam. Ada terbaca di facebook, rakan dalam friendlist den pun ada terkena. Bagi yang belum terkena mungkin boleh dok troll atau buat lawak lagi tapi bagi yang dah melalui pengalaman tu dah tak lawak dah. Ketuk macam nak roboh pintu alih alih tak ada orang. Mau tak merinding rinding Ooi bulu roma ku katanya.Sampai sekarang misteri ketuk pintu tu tak terungkai. Tapi banyak juga spekulasi yang mengaitkan dengan wujud unsur aktiviti khurafat sehingga menyebabkan gangguan mistik ni. Cuma tak tahu sejauh mana kebenarannya.
Tapi sebelum viral kes ketuk ketuk pintu ni den pun pernah ada pengalaman yang sama. Erkk.. bukan ada ada kan cerita tapi memang pernah berlaku.
Cerita ni berlaku nak kata lama sangat tak la. Dalam tahun ni juga tapi sebelum kecoh pasal gangguan ketuk ketuk ni. Berlaku waktu tengah malam. Time tu kami sekeluarga memang dah tidur. Tengah sedap tidur terkejut kami laki bini dengar bunyi kuat orang ketuk pintu. Secara automatik dua dua bangun pandang pintu. Masa kami pandang pintu tu bunyi tu dah senyap.
Aku suruh suami pergi tengok.. memang tak ada sesiapapun depan pintu. Tapi maybe suami aku tak nak bagi fikir bukan bukan..dia kata maybe budak budak nakal tu saja menyakat even tak ada dengar pun bunyi tapak kaki orang berlari ke berjalan ke lepas pintu kena ketuk.
Dah suami aku cakap macam tu..den pun bersangka baik je la. Sebab malas nak fikir. Lagipun setakat gangguan bunyi ni dah biasa hadap. Dah lama tak pernah ada gangguan bunyi kat rumah den. Setakat bunyi je la tak harap la dia tetiba muncul tersenyum mesra bagai. Hope tak ada la. Berani berani den pun seriau juga kan.
Sampai hari ni tak tahu siapa atau apa yang ketuk pintu. Bukan mimpi. Memang real. Ketuk bukan pelan pelan anak.. ketuk kuat pulak. Takkan la jiran mulut puaka sebelah yang buat. Jiran den tu mulut je puaka tapi rasa tak sampai tahap macam tu kepuakaan dia. So tak rasa dia nak bergurau macam tu.
Bagi mereka yang mengalami gangguan bunyi pintu di ketuk tu kalau setakat ketuk kemudian tak ada apa apa & tak datang lagi tu tak payah terlalu fikir. Banyakan membaca Al Quran, Insya Allah rumah kita di lindungi dari gangguan jin & syaitan. Kalau malas juga hadap je la gangguan tu sebagai sebahagian dari kehidupan kerana ia wujud hehehe
Moral of the story.. bersama sama kita berdoa semoga gangguan ketuk ketuk pintu berakhir & beliau tak merentas ke serata negeri. Pesan kat dia.. kita belum menang. Kekekeke #covid19Awareness