Showing posts with label mesin atm. Show all posts

MASIH SELAMATKAH BUAT PERKARA NI KAT STESEN MINYAK

MASIH SELAMATKAH BUAT PERKARA NI KAT STESEN MINYAK. Zaman media sosial sekarang tak perlu nak tunggu keluar surat khabar atau berita TV.. kadang2 kat paper & TV pun siar berita yang kita rasa dah basi sebab kita terlebih dahulu tahu berita tu melalui media sosial. Medium paling pantas menyebarkan cerita, berita, fitnah, provokasi, gosip & macam2 lagi la. Pendek kata dari sebaik baik perkara sampai la seburuk buruk nya semua ada kat media sosial.


Kalau tengok video rompakkan, samun, ragut dekat stesen minyak ni memang kadang2 ada yang sampai trauma tiap kali nak pergi isi minyak. Apatah lagi nak buat perkara lain kat stesen minyak. Rasa macam tak selamat. Rasa macam penjenayah sedang memerhati menunggu masa nak jadikan kita mangsa. Kalau muka orang jahat tu boleh nampak dari air muka senang la nak detect. Sebab kadang2 orang muka nampak macam jahat tapi sebenarnya tak jahat tapi yang muka nampak suci murni pulak tetiba dia la penyangak. Kita pun rasa tak tau nak percaya siapa.

Stesen minyak sekarang dah ada berbagai kemudahan. Tapi masih selamatkah kita untuk lakukan semua perkara ni >> 8 Perkara Kecemasan Yang Orang Malaysia Selesaikan Di Stesen Minyak << kat stesen minyak. Dalam surau pun ada penyamun inikan di luar surau & masjid. Orang sekarang dah tak kisah nak lakukan jenayah di mana mana saja walau dalam rumah Allah. Stesen minyak menyediakan kemudahan tapi tetap kita kena sentiasa berhati hati sebab stesen minyak adalah tempat terbuka yang boleh berlaku macam2 jenayah.

Di Malaysia sekarang tiada jaminan tempat tu betul betul selamat walau dalam rumah sendiri apatah lagi di luar rumah macam di stesen minyak atau kat mana mana. Jadi kita yang perlu ambil langkah keselamatan awal & sentiasa alert dengan persekitaran sebab kita tak tahu siapa bakal jadi mangsa jenayah seterusnya. Penyamun sekarang tahap perikemanusiaan dah ke level 0. Dia tak kira lelaki ke perempuan ke budak ke atau bayi sekalipun asal target dia ada apa dia nak dah cukup untuk dia tak rasa was was nak buat jenayah.

Sebab tu jangan la pakaikan anak2 kecil dengan barang kemas bila kat luar. Emas tu hilang takpe takut sekali dengan anak hilang menyesal tak sudah. Sentiasa simpan barang2 berharga di tempat tersorok. Jangan nak tayang2 sangat. Lepak2 kat cafe tu jangan la nak menunjuk sangat gadget2 mahal atas meja. Lepas guna simpan terus.

Moral of the story.. kadang2 kita sendiri yang mendedahkan diri kita kepada penjenayah. Jadi trend nak menunjuk2 di khalayak ramai dah tak berapa selamat nak di pratikkan,

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com