Showing posts with label fail. Show all posts

HANEZ SURAYA INGIN AKTIF BERLAKON SELEPAS FAILKAN PENCERAIAN

HANEZ SURAYA INGIN AKTIF BERLAKON SELEPAS FAILKAN PENCERAIAN. Hari ni selain jadi beauty blogger.. Tetiba jadi wartawan gosip di ruangan minah kepoci pulak. Almaklum la.. I berbakat untuk menulis banyak niche kat blog.. At least I menulis ok bukan cedok cedok & ubah tajuk je ok.. Hope entri ni peminat setia I tak 'sadur' masuk blog dia la hahahaha... Almaklum la blog I kan sekarang dah jadi sumber inspirasi kepada ramai orang. Blogger retis la katakan.. Tapi blogger retis sekarang tengah menulis cerita gosip retis.. camna tu? hahahaha


Sebelum ni I ada tulis beberapa entri pasal hanez suraya dari sebelum kawen sampai dah kawen, so rasanya tak salah I tulis cerita dia lagi. Konon macam i ni peminat setia Hanez suraya la.. Asal ada cerita sensasi pasal dia je I hadpet dengan rakusnya. hahahaha

Hanez Suraya.. Pelakon yang dah senyap dalam bidang lakonan selepas berkahwin. Katanya laki dia tak bagi dia berlakon dah.. Tup tup Hanez Suraya menyatakan keinginan dia untuk kembali aktif berlakon di tengah2 kemelut yang berlaku dalam rumahtangganya. Menurut sumber yang i baca katanya dah failkan penceraian dengan Si Romie yang pernah menjadi rebutan tu.. hehehehe... Alah.. Si Romie orang kaya yang sebelum ni dah pernah kahwin dengan seorang wanita & mempunyai 2 orang anak sebelum bercerai & berkahwin dengan Hanez Suraya.


Walaupun menurut sumber yang I baca.. (malas nak mention sumber tu nanti orang sadur entri kemudian dia claim refer dari sumber i baca. Kalau blogger sadur tu nak up jugak cerita ni biar dia cari sumber sendiri. Kalau refer blog I memang I akan dapat detect. Awas! I sentiasa pantau U ok. hahahaha) katanya mereka suami isteri dah cuba untuk cari penyelesaian yang terbaik sampai pergi bercuti kat jepun baru baru ni namun nampak macam tak berjaya. Apa kata i suggest you all pi bercuti kat china pulak. Sebab Sekarang MAS tengah menggila buat offer flight murah ke china.. tak caya tengok kat sini >> MAS Tengah Gila Buat Promosi Tiket Penerbangan Ke China Dengan Harga Semurah ni. Biar betul>> << manalah tau lepas balik bercuti dari china tetiba cinta berputik kembali ke kan.. hehehehe

Mungkin Hanez suraya menyatakan keinginan berlakon tu adalah plan masa depan. Yelah.. lepas bercerai dia kena ada perancangan masa depan sendiri dah. Nak2 lagi ada anak kan.. Zaman sekarang bukan boleh harap sangat. Perempuan kena ada backup sendiri jugak. Bukan la nak tuduh semua lelaki tak bertanggungjawab.. Manalah nasib kita tak baik at least tak la sengsara sangat nak survive selepas kembali solo katanya.

Kontroversi lama2 tu biarlah berlalu kan.. Tak payah ungkit untuk kaitkan dengan apa yang berlaku sekarang.. Mungkin jodoh tak panjang & kita pun tak tahu apa masalah keluarga depa.. ye dak.. Apapun selagi belum bercerai berai kita doakan la yang terbaik. Mana tau di celah2 retak tetiba bercantum semula, siapa tahu. Allah maha berkuasa...

EDITING GAMBAR PALING GAGAL PEREMPUAN GEMUK NAK LANSING

Zaman semua boleh di edit ni memang kadang2 orang ghairah nak nampak cantik & menawan. Bukan takat Amran Fans jer suka mengedit gambar dia dengan awek2 cun.. Malah ramai lagi yang suka mengedit gambar untuk kelihatan menarik.. Erkk.. aku dulu pun suka mengedit jugak gambar orang tapi bukan mencantikkan tapi mendajalkan kengkawan... Hahahaha.. Memang masa zaman mirc dulu aku suka bergurau macam tu dengan kengkawan.

Sekadar hiasan. Sumber google

Ok la tu gurau.. editing pun benda2 tak munasabah.. muka tua badan baby bagai.. muka jantan badan perempuan. Yang memang orang tahu editing la. Editing aku pun takde superb sangat.. editing tak bertauliah. Belajar sendiri jer kat rumah dulu. Tu kisah aku mengedit.. ni ada satu kisah editing paling fail... Nak menipu tapi nampak benar menipunya. So how? hahahaha

Kesian kan.. maybe dia nak nampak lansing & badan bentuk S tapi sayangnya teknik dia guna tu maybe bagi dia nampak berjaya tapi menyedihkan pulak aku tengok.. dia guna teknik erase jer.. sonong kojo ekau akak Ooi...

Nak tengok banyak lagi gambar yang kantoi edit meh tengok kat sini Koleksi Gambar Gagal Yang Epik Edisi Photoshop 

Zaman viral ni.. hati2 la buat apapun. Kadang2 benda yang kita nampak tak berisiko boleh jadi satu perkara yang memalukan. Tak salah nak nampak cantik even dalam gambar tapi jangan melampau2 sangat. Takat 360 tu semua orang dah biasa.. tapi kalau sampai camni gaya mengedit, sedih Uolls. hehehhe


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com