Showing posts with label perkembangan awal kanak kanak. Show all posts

INI SEBAB KANAK KANAK PINTAR CERDAS JUGA DI KATEGORI SEBAGAI GOLONGAN KEPERLUAN KHAS

INI SEBAB KANAK KANAK PINTAR CERDAS JUGA DI KATEGORI SEBAGAI GOLONGAN KEPERLUAN KHAS. Normally kita biasa dengar budak2 pintar cerdas ni budak genius la kan.. Yang kategori keperluan khas selalunya yang ada masalah fizikal,mental, kelakuan & pembelajaran sebab kita dok nampak yang kat kelas pendidikkan khas ni kebanyakkan kanak kanak macam tu jer. Mana ada budak2 terlebih pintar duduk di kelas pendidikkan khas. Tapi tu la.. Bila seseorang kanak kanak tu mempunyai kebolehan atau kemahiran yang tidak sama dengan kanak kanak normal atau tipikal ni kategori keperluan khas la sebab keperluan mereka tidak sama seperti rakan sebaya so menyukarkan mereka untuk mengikuti aktiviti pembelajaran dalam satu kelas yang sama.


Tadi tertengok rancangan wanita hari ini membincangkan isu pendidikkan kepada kanak kanak keperluan khas ni. terdengar Panel jemputan seorang pakar psychologist kanak - kanak tu cakap.. Bukan kanak - kanak yang bermasalah pembelajaran, fizikal & mental je di kategorikan sebagai kanak kanak keperluan khas tapi kanak kanak yang kategori pintar cerdas juga di letakkan bawah kategori keperluan khas juga. Kerana golongan kanak kanak macam ni tahap pemikiran & kepandaian mereka terlebih advance so kemahiran kognitif mereka tidak sama dengan kanak kanak normal @ tipikal. Jadi mereka perlukan sesuatu yang lebih mencabar untuk mereka belajar.. Jadi mereka jugak tidak sesuai di tempatkan di kelas yang sama dengan rakan sebaya. Di sebabkan itu mereka di kategorikan sebagai kanak kanak keperluan khas juga.

Antara Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi
• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau obses dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal
• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi
• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah

• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti
• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka

• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Walaupun golongan kanak kanak pintar cerdas ni bijak tapi tetap ada kekurangan mereka sendiri.. Jadi ibu bapa, guru & orang sekeliling perlu tahu cara untuk mendidik mereka yang dari golongan ini

Antara Permasalah dari segi perkembangan tidak selaras dengan usia mereka

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka jadi bimbang dengan masa depan, kematian ,seksualiti & isu isu yang kurang sesuai di fikirkan dalam usia mereka.

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan melakukan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan.

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara sekalipun. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan didikan & disiplin yang betul walaupun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa perlu lebih prihatin  supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

1. Sikap yang suka pada kesempurnaan boleh menyebabkan mereka jadi takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial

3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini boleh menyebabkan mereka akan mengalami menjadi pendiam  ‘introverted’ dan mungkin boleh menyebabkan masalah kemurungan.

Tak kira anak kita kategori normal, masalah pembelajaran atau genius sekalipun mereka tetap seorang kanak kanak yang masih perlukan perhatian & bimbingan dari ibu bapa & orang yang lebih dewasa. Jangan ingat anak genius ni sudah dewasa untuk membentuk kehidupan sendiri. Mereka mungkin bijak dalam sesetengah perkara namun masih ada sudut mereka belum matang untuk membuat keputusan terhadap diri sendiri.

TAK SEMUA PERKARA SEORANG PAKAR ITU TAHU WALAU DALAM BIDANGNYA

TAK SEMUA PERKARA SEORANG PAKAR ITU TAHU WALAU DALAM BIDANGNYA. Pakar pun manusia ye dak.. Tipu la bila bergelar pakar dia takkan tersilap langsung membuat keputusan ata dignosis kepada sesuatu perkara. Dalam hidup aku.. Aku banyak berurusan dengan pakar kanak kanak je. Erkk.. tak ada la banyak pakar pun. Selain doktor pakar kanak - kanak yang dok checkup perkembangan anak aku setiap 6 bulan.. Baru - baru Anak aku di refer ke pakar psychiatric untuk buat Review & IQ test. Bukan sebab sakit mental ok.. psikiatrik untuk kanak kanak ni kebanyakkan untuk mengenalpasti tahap perkembangan mereka je.

Gambar sekadar Hiasan. Sumber Google

Hanya 3 sesi sahaja dalam masa lebih kurang 3 bulan. setiap sebulan ada 1 sesi.. & setiap sesi berlangsung selama 1 jam. Tapi di sebabkan masalah low attention (kurang tumpuan) buat anak aku ni susah nak bagi kerjasama semasa sesi review & IQ test berlangsung. Masalah low attention bukan berkaitan dengan masalah tumpuan jer.. Ia ada berkaitan dengan masalah behavior (kelakuan) juga. Budak2 macam ni normally memang susah untuk follow arahan.. Suka nak buat hal sendiri. Bukan boleh di suruh suruh sangat.. Lepas tu kalau buat apa2 task memang mereka tak boleh fokus lama.. Fokus mudah hilang bila banyak perkara yang menarik perhatian mereka. Contoh tengah menulis tetiba dia nampak toys ke hapa.. So dia akan pergi pada toys tu.

Untuk sesi pertama di sebabkan baru first time jumpa pakar psychiatirc tu.. dia malu malu. Duduk diam je atas riba aku. Bila doktor tanya dia cuma tunduk muka ke bawah. Bagi mainan pun dia jeling2.. Sebab tak kenal & dia masih malu. Sesi kedua dia mula rasa selesa sebab pernah jumpa.. Tapi still dia tak nak bagi kerjasama bila IQ test di jalankan. Suruh padankan gambar pun* tak nak.. Aku nampak tu je yang doktor cuba suruh dia buat. Lain2 takde pulak.. Selebihnya macam sesi pertama doktor akan tanya tentang perkembangan & history dia..

Untuk sesi ketiga test yang sama cuba di buat pun tak berjaya juga.. Sebab dia memang susah nak bagi kerjasama. Dia jadi terhegeh2 pulak dalam bilik doktor tu sebab maybe dia rasa doktor tu macam suka bila dia buat something yang boleh attract orang tengok kelakuan dia. Biasa la budak2 punya behavior kan.. So, IQ tak dapat di buat. Doktor putuskan untuk buat semula next year bila komunikasi dia dah semakin baik. Sebab dia masih speech delay.

Semalam bila tengok result.. Sedikit terkilan bila tertulis dalam tu shahila masih tak kenal beberapa huruf, nombor & bentuk sedangkan aku rasa doktor tak ada buat ujian tu pada dia. Sekadar doktor suruh dia padankan gambar menggunakan cara menunjuk dengan jari pada gambar di atas buku je! Aku yang 24 jam dengan dia. Kat rumah aku yang mengajar dia.. Memang aku tak boleh terima sebab aku tahu tahap perkembangan anak aku setakat mana. Kalau dia tak mengenal huruf.. mustahil dia boleh menulis & membaca secara spontan. Doktor berpendapat dia menghafal bukan mengenal walau aku tunjuk video2 dia membaca perkataan2 & ayat yang aku tulis secara spontan. Mustahil la menghafal kalau boleh menyebut atau baca secara spontan. Jika menghafal dia cuma tahu perkara2 atau perkataan2 yang di hafal sahaja. Tapi shahila apa yang aku nampak kadang2 dia tengok signboard pun ada certain perkataan dia boleh baca walau bunyi kadang2 tak berapa betul kalau ejaan tu panjang lebih dari 3 suku kata. Doktor seolah2 tidak menerima apa yang aku bagitau tentang perkembangan anak aku. Sekarang ni pun hari2 aku buat latihan spelling. Dimana aku menyebut huruf2 & suruh dia tulis. Mustahil shahila tak kenal huruf boleh menulis setiap huruf yang aku sebut.

Antara latihan 'Spelling" & 'Writting' yang aku buat kat rumah. Bukan sekadar untuk improve akademi dia tapi sebenarnya nak tengok perkembangan 'masalah tumpuan' (low Attention) dia tu. Kalau dulu dia cuma nak tulis abjat memang dia taknak tulis perkataan. Sekarang dia dah boleh menulis 12 perkataan dalam 1 masa. So dari situ aku boleh nampak improvement anak aku dari segi tumpuan sebab masalah utama anak aku adalah Tumpuan (short Focus).

Bagi aku sepatutnya seorang pakar memahami behavior kanak kanak yang mempunyai masalah low attention ni. Tak semua mereka tidak tahu cuma mereka sukar mengikut arahan & sukar untuk fokus kepada sesuatu perkara dalam jangkamasa yang lama. Aku rasa 3 sesi terlalu singkat untuk seorang pakar membuat keputusan.

Kecewa tu memang ada tapi tak ada la sampai rasa down terus. Aku just teruskan apa yang aku usahakan untuk improve perkembangan anak aku. Pendapat doktor yang aku rasa kurang tepat memang aku ignore sebab bukan doktor yang jaga anak aku hari hari. Potensi shahila mungkin kurang menyerlah buat masa ni so pakar atau sesiapa yang baru kenal dia mungkin susah nak nampak. Akan datang bila masalah yang dia hadapi semakin baik.. Insya Allah potensi yang dia ada akan menyerlah jugak. Tak perlu risau apa - apa. Dignosis doktor pun ada yang salah. Doktor yang follow perkembangan shahila dulu pun pernah cakap macam tu kat aku. Melibatkan masalah perkembangan macam ni.. Kadang2 sukar nak buat keputusan dalam perjumpaan yang singkat macam tu. So, kalau pakar tersilap pun kena la kita terima. Mereka pun manusia.. Mereka menilai atas dasar apa yang mereka belajar & nampak. Mereka bukan ada magic boleh tahu apa yang mereka tak nampak.

Walaupun kecewa membaca report keputusan review shahila tu.. Aku terpaksa terima je. Apa boleh aku buat adalah terus membantu anak aku berkembang dengan lebih baik sehingga dia boleh duduk & belajar seperti rakan sebaya dia yang lain. Tiada yang mustahil dengan usaha, doa & tawakal. Yakin Allah lebih tahu yang terbaik untuk anak kita.. Special atau tipikal.. Mereka tetap kain putih yang perlu di corakkan untuk menentukan siapa & dimana mereka  di hari depan. Teruskan berusaha bagi mereka yang mempunya special kids... Tak semua orang terpilih untuk anugerah istimewa ni. Petanda Allah lebih menyayangi kita.

ANAK SCHA ALYAHYA & AWAL ASHAARI, LARA ALANA ADA CIRI AUTISME?

ANAK SCHA ALYAHYA & AWAL ASHAARI, LARA ALANA ADA CIRI AUTISME? Tu dia ni kalau mak bapak lara alana baca tajuk entri mati dia sembur aku sampai hangus. Silap haribulan dia viralkan aku tak pasal pasal terpopular aku. Tak pasal2 blog aku terus mencanak juta juta lemon. Takpe la kalau kena viral sebab tajuk entri aku.. bagus tu jugak tu. secara tak sengaja retis mempromosikan blog aku. hahaha


Tapi statement dari tajuk tu anda tanda soal (?) maka ia jadi satu pertanyaan bukan kenyataan. Jadi kat sini bukan aku kata anak depa autisme tapi satu pertanyaan sebab tetiba hari ni banyak pulak menyangkut keywords 'lara Alana Autism'.


Jadi aku pun google celah mana datangnya gosip si comel lara alana ni autisme. Rupanya gosip tu aku dapat detect dari komen2 pembaca blog beautifulnara kat entri pasal Rancangan realiti khas, Lara Oh Lara. Aku tak pernah tengok pun rancangan tu sebab kat astro. aku ni mana mampu langgan astro katanya. hanya mampu langgan streamyx & tengok benda2 ni je kat internet >> 14 Plot secara rawak yang anda boleh tengok di internet & Ia memang di luar jangkaan << Dari komen2 penonton rancangan tu katanya lara nampak ada ciri2 autisme macam kurang eye contact, speech delay & bila dia berjalan nampak macam kurang pandai mengimbang badan. Dalam usia dia sekarang kata mereka masalah tu dah tak patut ada pada seorang kanak kanak.

Sumber Beautifulnara
`

Aku ni ada anak yang ada masalah jugak dalam perkembangan. Masih belum di dignose secara rasmi tapi aku memang suka mencari info. Dari ciri2 yang depa sebut memang ada jugak ciri autisme cuma bukan kita selayaknya nak dignose dia. Sebab ciri2 autisme ni kadang2 setiap budak tu tak sama. Kadang2 ada kanak kanak yang nampak macam ada ciri2 autisme tapi bukan autisme. Tu apa yang doktor anak aku bagitau. Tapi untuk mengenal pasti inilah Antara ciri2 tipikal yang selalu ada pada kanak kanak autisme ..

Lambat Bercakap - Kesukaran berinteraksi (lambat bercakap) merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini.

Tiada eye contact (hubungan mata) - Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil seolah olah macam pekak @ tidak dengar atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial. Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. 

lebih suka bersendiri - Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera. Kanak-kanak ini menganggap manusia sebagai objek dan hanya akan berinteraksi jika didekati dengan cara yang tertentu dan orang yang disukai sahaja

Tidak suka pada perubahan - Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)

Masalah sensory - Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

kurang daya imaginasi - Contoh macam tak pandai bermain olok2 (Pretend Play). Bermain olok2 ni macam main masak - masak konon macam mereka tengah memasak. Selalunya kanak kanak autisme ni kalau main permainan macam kereta mainan.. dia main satu part jer.. contoh kebanyakkan mereka suka pada benda berpusing & bulat macam roda.

Obses kepada sesuatu - Sangat sayang kepada objek seperti kotak, kain..& banyak lagi. Akan marah jika kehilangannya.

Berkelakuan pelik - Meneliti objek dengan cara yang aneh seperti menggigit, mencium, perhati dekat dengan mata dan menjauhkannya, memusing objek atau melihat menembusi sesuatu gambar tanpa melihat gambar tersebut.

Tantrum - Marah amat sangat atau mengamuk dengan jeritan, menangis, menendang, menggigit dan sebagainya samada apabila hilang objek kesayangan, dilarang memakan sesuatu yang disukai, hilang orang yang disayangi atau pun tanpa sebab jugak mereka boleh tantrum.
 
Gangguan pergerakan - Perlakuan terlampau aktif , berlari tanpa letih, berjaga lewat malam, kadangkala bermain dengan gembira dan kadangkala menjerit atau menangis.

Tidak tahu erti bahaya - Mereka akan bermain dengan api, melintas jalan, memanjat bumbung rumah dan lain-lain lagi

echolalia - Menyebut, meniru atau mengulangi perkataan yang sama berulang ulang tanpa memahami maksudnya. Atau bercakap sesuatu yang tidak kena pada situasi

Pergerakan aneh seperti menghantukkan kepala ke dinding, menggoyangkan badan, menepuk tangan, melompat, membuat muka berbagai bentuk, berjengkit, mengembangkan jari di hadapan muka, suka dengan gerakan hayunan, goyangan dan lain-lain lagi.

Secara ringkas ciri2 utama autisme. Sumber Yang Istimewa

Tidak perlu ada semua ciri yang di sebut untuk di sahkan sebagai autisme. Ada dua ciri utama seperti lambat bercakap atau tidak boleh bercakap & tiada eye contact pun berkemungkinan kanak kanak itu adalah autisme. Kadang2 autisme ni dia tak nampak ketara ciri cirinya dalam umur bawah 4 tahun.. lebih2 lagi yang dalam kategori mild. Cuma selalunya ibu bapa mengesan kelainan seorang anak tu bila masuk 4 tahun masih belum pandai bercakap. Tapi autisme boleh di kesan seawal 2 tahun atau setahun pun kalau ciri2 dia ketara dah boleh di kesan. Jadi penting kita pantau perkembangan anak.. Jangan anggap kelainan tu perkara biasa sampai kita terlepas pandang masalah yang ada pada anak anak kita.

Autisme ni sangat unik tau sebab dia bukan penyakit.. ada 3 peringkat autisme several, moderate & mild.. Asperger pun autisme tapi asperger ni dia kategori high functioning dimana ciri autisme dia tak ketara & nampak macam budak normal jugak cuma ada sedikit masalah pergaulan la. Susah ni golongan asperger ni nak berkawan.  Ciri2 dia boleh di hilangkan sehingga seorang yang ada autisme boleh mencapai tahap normal kalau yang kategori mild ni walau autisme tu tetap ada. At least dia boleh menjalani hidup macam manusia normal sebab dah ramai anak anak autisme yang berjaya di pulihkan & mampu hidup macam orang yang normal. Autisme bukan semua kurang upaya cuma kelainan upaya jer. Ramai kot yang mampu sambung belajar sampai ke universiti, berkahwin & bekeluarga. Jadi jangan down sangat la kalau anak anda salah seorang anak autisme. Banyakkan memohon doa, hantar terapi & buat terapi di rumah, Insya Allah.. Akan membantu anak anda berdikari di masa depan nanti.

Kena ingat walaupun anak anda boleh membaca ABC atau nombor tak semestinya ia normal kalau dalam usia sepatutnya dia masih belum boleh berkomunikasi 2 hala. Yer.. ada anak2 yang lambat bercakap tapi normal tapi tak salah kita membuat pemeriksaan awal sebab autisme ni lagi awal di kesan lagi baik sebab kita boleh membantu mereka dengan terapi untuk hilangkan ciri ciri autisme tu.

Ada ramai di kalangan anak anak autisme bijak dalam pelajaran.. ada jugak berbakat dalam seni terutama seni lukis & muzik jadi jangan anggap autisme tiada kelebihan & potensi untuk berjaya. Kebanyakkan anak anak autisme ni sangat tajam ingatan..

Kalaupun Lara Alana salah seorang kanak kanak autisme rasanya mak bapak dia mampu hantar dia ke tempat terbaik untuk sesi terapi untuk hilangkan ciri2 autisme dia tu. Sebab kos terapi ni mahal.. Tapi kalau pasangan selebriti macam scha & awal tu takkan tak mampu. Anak depa pun kecik2 dah kena kerah bekerja.. takkan nak cakap tak mampu kot. hehehe. Tapi aku tak kata pulak si lara ni confirm autisme ok! aku pun sendiri tak tahu sebab aku bukan ikuti sangat perkembangan dia..

Antara selebriti tempatan yang mempunyai anak autisme.. contoh yang semua orang tahu pelakon Zarina Zainuddin & yang orang mungkin tak tahu Edry KRU jugak mempunyai seorang anak lelaki autisme.

Moral of the story.. Memiliki anak istimewa bukan pilihan manusia tapi setiap apa yang Allah beri pada kita adalah yang terbaik. Bukan kerana balasan dosa sesiapa.. tapi mungkin Allah nak bagi lubuk pahala bagi meringankan timbangan dosa yang pernah kita lakukan. Jadi sentiasa bersangka baik dengan Allah.. redha dengan ketentuanNya.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com