Showing posts with label kepercayaan. Show all posts

BON ODORI PERAYAAN HANTU KAUM BUDDHA JEPUN

BON ODORI PERAYAAN HANTU KAUM BUDDHA JEPUN. Isu yang tengah hangat di perkatakan sekarang adalah sambutan Festival @ Perayaan Bon Odori. Ada berpendapat bon odori adalah festival kebudayaan orang jepun yang tak salah untuk umat Islam menyertai bagi tujuan mengenali budaya bangsa lain tapi Jabatan  Agama Islam (JAKIM) mengesahkan Ia perayaan keagamaan. Jadi yang mana betul? Ia Perayaan yang ada unsur keagamaan atau hanya kebudayaan. Marilah kita tanya apa kata Google..

Hasil dari pembacaan saya dari Wikepedia 

Bon atau Obon bermaksud perayaan dan Odori bermaksud Tarian. Obon atau Bon ialah suatu adat Buddha Jepun untuk menghormati roh nenek moyang. Adat Buddha–Konfusius ini telah berkembang menjadi suatu perayaan cuti keluarga, dengan orang ramai pulang ke kampung halaman serta membersihkan perkuburan moyang-moyang mereka, ketika roh-roh mereka dikatakan melawat semula altar-altar milik rumah tangga (butsudan). Adat ini telah diamalkan selama lebih 500 tahun, dan secara tradisinya turut melibatkan suatu tarian, bon odori ("tarian Bon").

Perayaan Obon berlangsung selama tiga hari; walau bagaimanapun, tarikh permulaannya berbeza-beza mengikut wilayah.

Bon Odori , "tarian Bon", ialah suatu tarian yang dimainkan ketika Obon. Ini ialah pertunjukan warisan dengan sejarah hampir 600 tahun.Tarian ini pada asalnya suatu tarian rakyat Nenbutsu sebagai pelawa kepada roh-roh si mati, dengan gaya persembahan berbeza ikut tempat. Setiap kawasan memiliki gaya tarian serta muzik yang tersendiri. Muzik yang dimainkan boleh terkait dengan inti pati rohani Obon ataupun lagu-lagu min'yō tempatan. 

Cara persembahan tarian juga berbeza di setiap wilayah, walaupun tarian Bon tipikal melibatkan orang ramai berbaris dalam bulatan mengelilingi perancah kayu tinggi yang dibuat khas untuk perayaan yang dipanggil yagurayagura biasanya juga merupakan gerai bagi pemuzik dan penyanyi muzik Obon. Beberapa tarian dilakukan mengikut arah jam, dan beberapa tarian berjalan melawan arah jam di sekeliling yagura. Sesetengah tarian pula berbalik semasa tarian, walaupun kebanyakannya tidak. Kadang-kadang, orang menghadap yagura dan bergerak ke arah dan menjauhinya. Masih terdapat beberapa tarian, seperti tarian Ohara Awa Odori yang menari dalam garis lurus melalui jalan-jalan di bandar ini.

Kalau kat Malaysia ni sama seperti Perayaan Hantu yang di sambut oleh kaum cina beragama Budha, dimana tiba perayaan hantu mereka akan bersembahyang dan meletakan makanan untuk menjamu roh roh yang berkeliaran. Cuma cara sambutan festival ni bagi setiap bangsa dan negara mungkin ada sedikit perbezaan la. Ia bergantung dengan adat & budaya juga cara sambutanya tapi point utama dia sama. Meraikan roh roh yang telah mati.

Jadi memang ia ada kaitan dengan kepercayaan yang bertentangan dengan amalan umat Islam. Dalam agama Islam tiada kepercayaan roh orang mati kembali ke dunia apatah lagi untuk makan makanan yang di sediakan oleh orang yang hidup. Orang yang dah mati takkan kembali ke dunia dalam apa juga bentuk atau jelmaan tapi Sambutan Bon Odori ni adalah untuk meraikan roh roh orang yang dah mati mengikut kepercayaan agama mereka. 

Kesimpulannya.. Ia bukan sambutan kebudayaan semata mata tapi memang ada ritual keagamaan kat situ. Yang aku pelik ni dah kenapa orang Melayu Islam kat Malaysia ni sibuk pula nak sambut sampai bergaduh. Dah majlis agama Islam sahkan perayaan keagamaan lagi nak pertikai ke. Tak cukup ke raya setahun dua kali. Kecoh nak ber Bon Odori sangat dah kenapa? Terlebih tengok doremon ke macam mana?

Lagi satu yang di tegah cuma umat Islam dari menyertai sambutan Festival Bon Odori ni bukan di tegah festival ni di adakan kat Malaysia. Yang bukan muslim nak sertai itu hak mereka. Lagipun ia berkaitan dengan perayaan untuk penganut beragama Budha.

Moral of the story.. Tak payah nak sibuk dengan sambutan perayaan atau festival yang sebenarnya tak ada kena mengena dengan kita pun sampai tak hormat pandangan & teguran pihak berautoriti. Kalau dah Jabatan Agama Islam putuskan ia perayaan berbentuk keagamaan dah tentu mereka sudah membuat kajian & penilaian sebelum mengeluarkan sebarang keputusan atau kenyataan. Kau yang baca Al Fatihah pun tak berapa betul ada hati nak pertikai. 

SEBAB TAK COMEL & GELAP BAYI DI TINGGALKAN DI RUMAH PERLINDUNGAN. INI BERLAKU DI MALAYSIA!

SEBAB TAK COMEL & GELAP BAYI DI TINGGALKAN DI RUMAH PERLINDUNGAN. INI BERLAKU DI MALAYSIA!  Bukan kita yang menentukan macam mana rupa, warna kulit, bentuk tubuh seoarang anak yang bakal di lahirkan. Kita tak ada kuasa tu.. Kita tak boleh nak lukis macam mana rupa anak yang kita nak atau mewarna mengikut warna kulit yang kita suka. Semua tu Allah yang tentukan & jadikan. Tapi sedih bila terbaca satu perkongsian pemilik sebuah rumah perlindungan di Malaysia bila mana seorang bayi lelaki yang berkulit gelap di tinggalkan di rumah perlindung hanya sebab dia tak comel & kerana warna kulitnya.


Semua ni mungkin berpunca dari momokkan pengeluar atau founder & seller produk kecantikan. Konon yang putih gebu je cantik.. laki tak lari.. boleh up confident, tak malu nak berdepan dengan orang ramai.. bla.. bla.. dot.. com. Sampai ada produk yang claim boleh buat bayi dalam kandungan lahir dengan kulit putih gebu walau mak bapak dia warna kelam malam. tak cukup tu.. kalau kat social media ni dah biasa sangat terbaca orang tu ni minta petua nak putihkan kulit anak dalam kandungan. Petua paling popular sejak dulu kala.. minum air soya katanya. Apa kau ingat soya tu putih anak kau lahir pun macam warna air soya ke? Warna kulit pun ikut genetik. Kalau betul ada produk mampu putihkan kulit baby yang dalam kandungan walau mak bapak dia coklat/hitam.. Kalau betul mampu bagi kesan macam tu hati hati kena check balik ingredient produk tu dia letak apa. Tak pepasal nak putih akhirnya berselimut putih hangpa anak beranak.

Pelik orang kita ni.. Depa dah set dalam kepala otak.. Putih tu cantik maka yang tak putih tu auto depa rasa hodoh & tak banyak kelebihan. Tu salah satu punca orang sekarang lingkup segala organ.. hancur muka mengerutu sebab silap consume & pakai produk kecantikan. Produk kecantikan beracun ni memang la dia bagi kesan cantik pada awalnya tapi perlahan lahan dia melingkup baraikan organ & kesihatan hangpa. lepas tu baru nak melalak cari orang minta viralkan sebab sakit hati. Ni kalau minta Khairul Yoi viralkan pun dia bagi gelak ja sebab dia dah jenuh sebelum ni bagi awareness sebelum ni. Masa hangpa cantik pakai produk tu.. hangpa maki KY kata dia dengki dengan periuk nasik berkerak hangpa tu. dah terbarai burai semua hangpa cari dia pulak. watdehek!

Sebab terlampau obses & terpengaruh dengan dakyah putih.. Rasa malu dengan anak berkulit gelap maybe benda tu punca ada mak bapak tak dapat terima bila anak di lahirkan dengan berkulit gelap. Kalau kata kulit gelap ni semua hodoh.. kat afrika sana tak ada orang cantik la kot.

Memang tak faham dengan parents yang sanggup letak anak kat rumah perlindungan sebab anak dia gelap & tak comel pada pandangan mata depa.. nanti hangpa dah tua. Anak sendiri tak sudi nak jaga.. merempat di jalanan jangan dok buat cerita sedih jadi tajuk utama akhbar.. "Di buang anak" bla.. bla.. bagai. Sebab tu bila ada viral yang konon anak buang mak bapak.. Aku mesti tertanya tanya apa kisah di sebalik yang kita tak tahu. Mungkin ada cerita luka yang buat si anak berdendam dengan ibu bapa dia sendiri.. siapa tahu? ye betul la apapun yang pernah mak bapak tu buat anak memang tak boleh derhaka cuma tu la kan. Anak pun manusia.. Manusia ni sifatnya tak sempurna.

Saya sendiri anak kedua bukan kategori berkulit putih pun tapi tetap la comel. nak nak lagi dia lelaki.. Berkulit sawo matang tu menyerlahkan wajah 'Boy' dia. Jarang orang tanya lelaki ke perempuan. Normally orang tanya lelaki ke? maksudnya wajah kelakian dia memang menyerlah la di tambah dengan kulit sawo matang dia. Apadahal? lelaki macho apa kulit sawo matang.. Perempuan pun masih cantik kalau tak memiliki kulit putih. Contoh macam I la.. apa ingat I tak cantik ke? I tengok cermin cantik je.. kuikuikui

Bila berlaku perkara perkara yang kita rasa tak masuk akal sangat bila ada mak yang buang anak sendiri di rumah perlindungan alasan kulit gelap & tak comel.. rasa macam kau dah kenapa? tebiat nak mampus gamaknya. Kau jaga 9 bulan dalam kandungan.. lepas Lahir sebab gelap je terus hilang naluri seorang ibu. Tu la banyak dok scroll iklan orang jual produk putih gebu macam kain kafan. Sebab tu otak ko blank macam channel TV habis siaran.

Pada pengeluar/founder & penjual produk kecantikan. Berhenti menyebarkan dakyah.. cantik tu mesti putih gebu. yang cantik bukan putih tapi sihat. Kerana momokan macam ni la berkemungkinan mempengaruhi orang lain sampai tak boleh terima anak/cucu/menantu berkulit gelap. kau dah merosakan mentaliti & moral masyarakat.

Moral of the story.. cantik tu bukan sebab warna kulit. Cantik/comel pada setiap pandangan manusia berbeza. So jangan terlalu taksub dengan kulit putih melepak hapak bagai. Kalau dah kau pun sebagai mak bapak dia tak berapa putih.. Kau jangan nak demand sangat anak kau keluar macam snow white. Pergi sana kau cermin muka sendiri dulu!

SINOPSIS PENUH EMOSI DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU

SINOPSIS PENUH EMOSI DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU. Nampaknya Drama 7 Hari mencintaiku memang jadi trending & fenomena jugak la kat media sosial. Macam biasa aku tengok tapi skip skip. Kalau tengok jarang sangat nak fokus sejam depan TV tu. Episod semalam pun aku tengok awal & hujung jer.. Susah sangat nak tengok TV time2 macam tu. 7.30 memang budak shahila akan ambil alih TV. Dia nak tengok upin ipin pukul 7.30 kat tv9. Nasib baik la mak kau tak obses sangat dengan drama drama melayu ni nak Ooi.. Kalau tak mau nya lari cari batu belah batu bertangkup tak dapat tengok semua episod 7 Hari mencintaiku tu..


Semua sedia maklum malam ni episod akhir drama 7 Hari mencintaiku.. Aku teka je la ending dia mesti hero & heroin kembali bersatu sebagai suami isteri kot. Kalau sempat aku tengok la la.. Tapi bermula minggu depan 26 december 2016 drama baru akan memenuhi slot Akasia kat TV3. Drama yang juga adaptasi Novel bertajuk 'Biar Aku Jadi Penunggu'. Hero dia Asyraff Muslim & Heroin dia Janna Nick. Nampaknya Asyraff Muslim semakin aktif balik berlakon. Di gandingkan pulak dengan heroin yang tengah meningkat naik namanya sekarang ni, Janna Nick. Entah pasai apa laki aku tak minat dengan lakonan Janna Nick ni hahahaha...

Kisahnya pasal 2 orang kawan satu sekolah (lelaki & perempuan) yang di lakonkan Asyraf muslim & janna nick.. Depa ni berkawan sejak sekolah lagi tapi dalam persahabatan tu di salah guna oleh si hero. Si hero ni menjadikan si heroin batu loncatan untuk dia capai impian yang dah lama dia plan. Tapi dalam diam si heroin ni memang suka kat si hero sejak sekolah lagi. Bila di lamar si hero dia memang tak tolak la & berharap mereka boleh hidup bersama dengan janji janji manis si hero selepas pulang ke tanahair. namun selepas 2 tahun tiada apa2 berlaku hingga masuk tahun ke 3 si hero terus mendiamkan diri tanpa sebarang khabar berita. Siot punya jantan kan? Dah dapat apa dia nak.. Biar je si perempuan menunggu macam tugu negara. Sebab tu la kot tajuk dia Biar Aku Jadi Penunggu.. Ok sambung balik. Si Heroin ni tetap berpegang pada janji terus menunggu & menunggu walau hatinya terluka.


Lepas 3 tahun akhirnya balik jugak jantan tu bersama seorang kanak kanak yang comel. Akhirnya terbongkar budak comel tu anak kepada si hero bersama dengan seorang wanita yang di kahwini atas dasar cinta. Tapi jodoh tak panjang bini dia curang sebab belum bersedia nak pikul tanggungjawab. Pada muka kau jantan!! hahahaha... Maka kembali la si hero ni ke tanahair & ingin melaksanakan kembali segala janjinya pada si heroin dulu.

Perempuan mana tak hangin.. Bertahun tahun tunggu tetiba balik bawa anak kemudian nak tagih janji janji lama. Hek.. Kau!! Tapi walau terluka dia macam pasrah je & terima anak si hero dengan hati yang terbuka kerana naluri keibuan dah tersemat di hati si heroin tapi sebab hero tu pernah meragut kepercayaan dia maka timbul jugak perasaan ragu ragu.. Almaklum la.. Jantan ni kalau dia pernah buat sekali tak mustahil dia boleh buat perangai yang sama berkali kali kan... So, dia jadi tak bersedia untuk terima kembali si hero.

Dalam pada yang sama ada seorang lelaki yang dah lama suka pada si heroin. Ni kira watak pembantu la kot dalam drama ni. Tapi dia hanya mampu memendam perasaan. Almaklum la watak pembantu je tak boleh over sangat nak potong line kan.. hehehehe.. Nak2 lagi lepas hero kembali ke pangkuan si Heroin lagi la dia rasa macam tak ada harapan dah sebab dia tahu si heroin ni memang suka giler kat si hero.

Yang si hero masih gigih jugak la nak dapatkan semula si heroin sebab dia tahu si heroin benar benar menyintainya sehingga sanggup tunggu sehingga  4 tahun walau dia menyepikan diri tanpa khabar berita. Akhirnya sebab cinta sangat.. Si heroin terima juga la walau luka lama belum sembuh. Sekali lagi janji manis terpatri tapi cinta yang baru berputik kembali di uji dengan kehadiran bekas isteri si hero. Datang tu takde la saja nak tanya khabar jer.. Datang meraih kembali cinta lama la. Biasa la tipikal drama cinta mesti ada babak2 macam tu kan... Dalam pada yang sama si hero mula syak bukan2 konon macam si heroin ada lelaki lain.. sebab cemburu buta si heroin terpaksa tanggung duka & lara bila di tuduh bukan bukan.. Selebihnya nanti hangpa tengok sendiri 28 episod drama Biar AKu Jadi Penunggu yer... Dia jadi penunggu selamanya atau tetiba dia berubah jadi saka ke tengok la sendiri.. aku harap dia berubah jadi saka la.. Rasa macam bodoh sangat asyik kena buli je sebab cinta... hahahhaa

JUDUL : BIAR AKU JADI PENUNGGUEPISOD : 28 episodTARIKH TAYANGAN : 26 Disember 2016HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petangSIARAN : Slot Akasia TV3PENULIS NOVEL : ArshaPENGARAH : Michael AngTERBITAN : Saphire Screen Sdn BhdPELAKON : Janna Nick, Ashraf Muslim, Miera Leyana, Fahmy Reza, Octovia Manrose, Shah Iskandar, Nik Adam Mika, Azar Azmi, Amir Rahim, Jasmine Ashraff, Shah Sulaiman, Ziha Salleh, Roy Azman, Sharifah Shahora, Mahmod Ali Bashah, Wilma Muhammad

Tu dia tulis sinopsis drama tv pun penuh emosi katanya lekatlekit ni.. ni kalau follow dok dapat dosa maki depan TV ja hari hari. hahaha.. Kau Hado review drama dengan penuh emosi macam ni?? hahahahahaha... Drama sangat tau!!

Moral of the story.. Trend drama melayu sekarang kebanyakkan adaptasi novel yang tipikal sangat jalan ceritanya.. Dimana penulis2 drama yang best2 hilang. Adakah drama mereka dah tak jadi trend???

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BULAN HANTU

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BULAN HANTU. Tadi masa hantar anak aku ke bawah untuk di hantar ke sekolah oleh bapak dia ternampak banyak dah bendera2 yang biasanya di pacak bila tiba bulan hantu mengikut kepercayaan orang cina. Meriah pulak rasa macam nak piliharaya katanya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Menurut kepercayaan orang cina perayaan bulan hantu jatuh pada bulan ke 7 pada malam ke 14 tapi entah kenapa aku baru perasan hari ni bendera2 untuk perayaan hantu tu di pasang bila masuk bulan ogos ni. Tak silap aku memang selalunya aku nampak masuk je bulan ogos orang2 cina mula melalukan ritual untuk bulan hantu.. ke aku salah tengok kalender tak tau la. Kalau ikut info yang aku baca bulan hantu di sambut dalam pertengahan bulan ke 7 mengikut kalender cina kot. hahaha.. Tapi ikut kalender mat saleh jatuh pada bulan ke 8 ke camna tak tau la kan. Kena interview orang cina sendiri la untuk info yang lebih tepat.

Pada bulan hantu.. Orang cina percaya semua hantu hantu & roh2 orang mati termasuk orang2 zaman dulu kala yang dah berkurun mati akan keluar dari alam ghaib. Kalau korang biasa tengok filem2 seram cina, thailand.. Mungkin tahu macam mana kepercayaan orang cina tentang bulan hantu ni. Bila tiba bulan hantu ni.. Turn roh2 orang yang mati atau hantu ni yang akan menziarahi ahli keluarga depa yang masih hidup.

pada hari ke 13 dalam bulan ke tujuh penganut agama budha akan buat satu ritual untuk bebaskan penderitaan orang2 yang dah meninggal dunia. Selalunya depa akan buat ritual menyembah nenek moyang sebagai tanda taat & sebagai satu cara mereka menyambung warisan keturunan walaupun nenek moyang dah lama meninggal. Ia termasuk jugak upcara persembahan makanan. Sebab tu kita nampak orang cina akan letak makanan tempat2 mereka melakukan ritual penyembahan pada bulan hantu. Bukan setakat makanan depa jugak akan bakar wang neraka & bungkusan yang mengandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh2 yang datang menziarahi mereka yang masih hidup bila tiba bulan hantu. yang selalu kita nampak orang cina bakar kertas banyak2 tu. Tu antara ritual membakar wang neraka. Cara tu untuk melayan roh2 yang datang ziarah seolah olah mereka masih hidup. Ritual yang lain2 seperti melepaskan perahu kecik & tanglung di atas air bagi tujuan membantu roh2 yang sesat sedang mencari jalan.

Jadi kalau kita nampak barang2 untuk ritual bulan hantu tu jangan la kita nak sepak2 ke atau curi2 makan apam ke buah oren hapa.. Hormati kepercayaan orang lain. Sebab tu penting kita tahu bukan untuk kita percaya tapi untuk kita lebih memahami kepercayaan agama orang lain supaya kita tak termelakukan perbuatan biadap secara sengaja atau tak semasa mereka melakukan ritual untuk kepercayaan mereka.

Aku kalau sampai bulan hantu ni yang aku tunggu2 kat TV adalah filem2 seram je tapi entah kenapa siaran tv percuma ni tak nampak pulak iklan2 filem seram untuk mana2 slot rancangan TV. Kalau kat astro tu nampak jugak orang dok update pasal filem seram. Tak aci tau. Mentang2 aku tak mampu langgan esteruk.. Tv free tak nak tayang filem seram sempena bulan hantu ni.

Moral of the story... Semoga sempena bulan hantu mengikut kepercayaan orang cina tak ada orang2 malaysia yang tetiba jadi hantu & menghantui orang lain. Biarlah hantu buat tugasan dia.. kita sebagai manusia jadi manusia tak payah nak menyamar hantu sangat. hehehe

TAK BOLEH PANGGIL ANAK DENGAN GELARAN ANAK SYURGA

TAK BOLEH PANGGIL ANAK DENGAN GELARAN ANAK SYURGA. Aku rasa sebelum jadi serius elok jugak aku tulis pasal ni. Almaklum dari semalam semakin dok nampak orang share pasal perkara ni. Tak tau la sapa yang mencetuskan perkara ni tapi katanya.. Gelaran anak syurga tu untuk anak anak yang meninggal dunia sebelum akil baligh. Jadi kita yang ada anak masih hidup ni tak elok menggunakan gelaran anak syurga takut jadi satu doa. Tak tau la jadi doa yang mana satu.. Doa anak jadi ahli syurga ke atau doa anak mati sebelum akil baligh? Kalau doa anak jadi ahli syurga kat mana salahnya? Sapa tak nak anak anak dia jadi ahli syurga, ye dak?? Ada ke mak bapak suka anak dia jadi ahli neraka? Kalau ada tak tau la spesis apa mak bapak tu. Kalau kata takut doa anak mati sebelum akil baligh yang ni sangat merepek. Kita sedia maklum ajal maut semua ketentuan Allah.. Jadi adakah dengan memanggil anak dengan gelaran anak syurga buat anak pendek umur?

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Aku tak kata pendapat aku ni betul.. Tapi sebelum sebarkan sila rujuk & dapatkan fakta yang sahih. Ada bukti tak kira dari hadis ke, petikkan ayat Al Quran ke, dalil & nas untuk mengukuhkan fakta tu. Ni setakat katanya di petik dari kata kata seorang ustaz yang menegur orang panggil anak dengan gelaran Anak syurga. Ustaz tu siapa? Mana dia belajar? Tak pulak di nyatakan kat situ. Hanya dengan satu status di printscreen kemudian di sebarkan korang dah percaya bulat bulat.

Status ni mula di sebarkan kat serata alam maya.

Rujuk la mereka yang lebih berilmu kalau kita ni jahil. Kalau betul takpe.. Buatnya benda tu cuma satu pendapat peribadi yang tak ada hadis atau dalil yang menyokong pendapat tu tak ke benda tu jadi satu benda yang tak betul di sebarkan. Ini soal kepercayaan, ok! Kita  sebarkan benda tu maka kita bertanggungjawab kalau perkara yang tak betul tu mempengaruhi orang lain. Bukan tak boleh menyampaikan info tapi kalau berkaitan kepercayaan & agama lebih baik rujuk dulu pada mereka yang berkelayakkan sebelum menyebar.

Gelaran anak syurga banyak di gunakan ibu bapa yang ada anak istimewa. Kita sedia maklum anak anak istimewa ni ada antara mereka memang terpaksa bergantung hidup dengan orang lain bila keupayaan berfikir mereka tidak seperti orang2 normal. Jangankan nak faham apa itu dosa & pahala.. Nak jaga diri sendiri pun mereka tak tahu. Anak anak macam ni di lihat anak yang suci walau di dunia mungkin ada yang pandang hina. Jadi insan2 macam ni Insya Allah.. bakal menghuni syurga. Gelaran anak syurga tu juga boleh jadi salah satu pendorong ibu bapa yang ada anak anak kekurangan macam ni lebih kuat menjaga amanah istimewa sebab bukan mudah seseorang tu untuk terima & pikul amanah menjaga anak istimewa ni. Perlu kekuatan fizikal & mental. Dengan sentiasa memanggil anak mereka anak syurga juga salah satu terapi bila mereka sentiasa ingat bahawa apa yang mereka sedang jaga adalah ahli syurga. Dengan cara tu mungkin buat mereka sedikit rasa bersyukur dengan di kurniakan anak anak istimewa. Tidak la mereka rasa mereka bernasib malang.

Bila jadi viral macam ni mungkin mengundang cuak & keliru di kalangan ibu bapa yang menggunakan gelaran anak syurga kepada anak mereka. Tak kurang jugak orang mempertikai.. Sebab fakta tu takde di sertakan hadis, dalil atau nas yang menyokong pendapat tu. Sekadar kenyataan yang katanya dari seorang ustaz. Aku sendiri pun pelik.. Sebab bagi aku tak ada salah memanggil anak dengan gelaran yang baik. Dengan mengaitkan ajal dengan gelaran yang di beri rasa susah sikit aku nak fikir mana logiknya. Kalau betul benda ni memang tak boleh di gunakan.. Tolong la bagitahu aku dengan apa2 hadis, dalil & nas yang boleh mengukuhkan pendapat ni. Sesungguh aku pun nak tahu.

Moral of the story.. Tak payah nak jadi orang terawal share benda2 yang kita tak pasti kesahihanya takut tershare fitnah atau benda tak betul tak pepasal kau menanggung dosa dari salah faham orang lain. Kalau nak share, share benda2 yang confirm sahih macam ganjaran untuk mereka yang suka berselfie kat LRT >> Yang Suka berselfie semasa menggunakan LRT, Berita Baik Untuk Anda << Berita2 macam ni dah tentu kesahihannya. So orang tak pertikai lagi. Jadi meh jadi orang pertama share & buat benda ni..

KEPERCAYAAN KARUT YANG ORANG MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT MINYAK

KEPERCAYAAN KARUT YANG ORANG MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT MINYAK. Sejak harga minyak macam biskut chipsmore.. sekejab naik sekejab turun ramai rakyat Malaysia mula membuat eksperimen sendiri cara penjimatan minyak. Macam2 tips di kongsikan untuk jimat minyak walhal secara logiknya tips yang takde kaitan pun. Depa rasa je macam jimat minyak tapi semua tu ilusi & silap mata. Kita je rasa macam jimat sebab mentaliti kita fikir cara tu menjimatkan padahal sebenarnya tidak.


Zaman minyak macam nyawa seorang manusia ni.. sedaya upaya semua orang cuba memastikan minyak yang dia isi kat stesen minyak tidak tersia walau setitik. Pernah tengok tak orang lepas isi minyak ketuk2 nozel pam tu nak pastikan minyak tu masuk dalam tank hingga ke titisan terakhir. Betapa berharganya minyak pada rakyat Malaysia. Sebab minyak terlalu berharga yang menjadi nadi kepada manusia maka terciptalah pelbagai kepercayaan karut & mitos untuk jimat minyak.

Salah satu mitos paling popular untuk jimat minyak.. kononnya isi minyak waktu malam & pagi sebab cuaca sejuk. Kalau isi masa siang dalam kepanasan cuaca Malaysia, ramai percaya minyak akan lebih tersejat ke udara. Jadi, memang rugilah. padahal minyak yang sedia ada dalam tangki bawah tanah tu memang dah sejuk. Tapi ramai yang percaya cerita dogeng ni. Isi pada waktu siang atau malam sebenarnya sama je.

Tu salah satu mitos paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Sebenarnya ada banyak lagi mitos penjimatan minyak yang masih di amalkan. Mungkin anda salah seorang yang mengamalkan kepercayaan macam ni untuk jimat minyak. Nak tau banyak lagi perkara mitos & extreme rakyat Malaysia selalu buat untuk jimat minyak sila baca kat sini. Kalau korang ada buat pun diam2 sudah. Bukan ada sapa yang tahu pun.. kan? hahahaha >>  7 Perkara Ekstrem & Kepercayaan Karut Pemandu Malaysia Buat Untuk Jimat Minyak <<

Moral of the story.. Dalam hidup memang takde yang akan turun semuanya akan naik. Tak payah la panik sangat bila dengar minyak naik harga semua terus berbaris panjang kat stesen minyak padahal isi penuh tank pun bukan boleh tahan sebulan pun minyak tu.

MEROGOL GADIS DI JADIKAN SATU FESTIVAL KAT INDIA

India antara negara yang aku selalu baca pasal adat, perayaan atau upacara keagamaan yang pelik2 & tak masuk akal. Kadang2 sesuatu perayaan,upacara atau adat tu di teruskan sejak beribu tahun dulu & masih kekal sampai sekarang. Memang rakyat depa ni ramai yang tercicir dari arus kemodenan sampai tak boleh keluar dari amalan kuno yang pelik & kadang2 sangat kejam.

Terbaca satu artikel pasal satu Festival merogol. Rogol kalau kat negara kita atau kebanyakkan negara termasuk india tu jadi satu jenayah berat tapi kat satu daerah di India ni merogol di jadikan 1 festival yang di raikan. Seram pulak aku baca. Kononnya festival tu di adakan untuk merogol syaitan2 jahat dalam tubuh gadis2 tersebut. Amalan ni di lakukan sejak beribu tahun dulu & masih di kekalkan sehingga hari ni


Menurut artikel tu setiap gadis yang belum berkahwin yang berusia 7 - 16 tahun di beri peluang samada melarikan diri atau di rogol dalam festival tersebut. Paling tak boleh blah yang aku baca ada yang siap berlatih merogol adik sendiri atau kawan2 adik dia semata nak dapat gelaran perogol terbaik. Ada pulak trofi untuk the most raped tu.. Aduhai.. sapalah si gila yang cipta tradisi macam ni. Memang tak masuk akal sungguh


Sesungguhnya ada lagi adat/tradisi/kepercayaan/perayaan pelik ni sudut2 terpencil dalam dunia ni. Syukur kita kat Malaysia walau berbagai kaum,agama,bangsa,suku kaum tapi tak dengar lagi kat kawasan2 terpencil ada perayaan/upacara/kepercayaan pelik & kejam macam ni. Harap2 memang tak ada la kan...

P/S : ada yang kata festival ni tak pernah wujud semua tu informasi palsu. Bagus la kalau sekadar rekaan semata mata. Tapi.. sejauh mana betul & tidak.. tak dapat di pastikan

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com