TAK BOLEH PANGGIL ANAK DENGAN GELARAN ANAK SYURGA
Gambar sekadar hiasan. Sumber Google |
Aku tak kata pendapat aku ni betul.. Tapi sebelum sebarkan sila rujuk & dapatkan fakta yang sahih. Ada bukti tak kira dari hadis ke, petikkan ayat Al Quran ke, dalil & nas untuk mengukuhkan fakta tu. Ni setakat katanya di petik dari kata kata seorang ustaz yang menegur orang panggil anak dengan gelaran Anak syurga. Ustaz tu siapa? Mana dia belajar? Tak pulak di nyatakan kat situ. Hanya dengan satu status di printscreen kemudian di sebarkan korang dah percaya bulat bulat.
Status ni mula di sebarkan kat serata alam maya. |
Rujuk la mereka yang lebih berilmu kalau kita ni jahil. Kalau betul takpe.. Buatnya benda tu cuma satu pendapat peribadi yang tak ada hadis atau dalil yang menyokong pendapat tu tak ke benda tu jadi satu benda yang tak betul di sebarkan. Ini soal kepercayaan, ok! Kita sebarkan benda tu maka kita bertanggungjawab kalau perkara yang tak betul tu mempengaruhi orang lain. Bukan tak boleh menyampaikan info tapi kalau berkaitan kepercayaan & agama lebih baik rujuk dulu pada mereka yang berkelayakkan sebelum menyebar.
Gelaran anak syurga banyak di gunakan ibu bapa yang ada anak istimewa. Kita sedia maklum anak anak istimewa ni ada antara mereka memang terpaksa bergantung hidup dengan orang lain bila keupayaan berfikir mereka tidak seperti orang2 normal. Jangankan nak faham apa itu dosa & pahala.. Nak jaga diri sendiri pun mereka tak tahu. Anak anak macam ni di lihat anak yang suci walau di dunia mungkin ada yang pandang hina. Jadi insan2 macam ni Insya Allah.. bakal menghuni syurga. Gelaran anak syurga tu juga boleh jadi salah satu pendorong ibu bapa yang ada anak anak kekurangan macam ni lebih kuat menjaga amanah istimewa sebab bukan mudah seseorang tu untuk terima & pikul amanah menjaga anak istimewa ni. Perlu kekuatan fizikal & mental. Dengan sentiasa memanggil anak mereka anak syurga juga salah satu terapi bila mereka sentiasa ingat bahawa apa yang mereka sedang jaga adalah ahli syurga. Dengan cara tu mungkin buat mereka sedikit rasa bersyukur dengan di kurniakan anak anak istimewa. Tidak la mereka rasa mereka bernasib malang.
Bila jadi viral macam ni mungkin mengundang cuak & keliru di kalangan ibu bapa yang menggunakan gelaran anak syurga kepada anak mereka. Tak kurang jugak orang mempertikai.. Sebab fakta tu takde di sertakan hadis, dalil atau nas yang menyokong pendapat tu. Sekadar kenyataan yang katanya dari seorang ustaz. Aku sendiri pun pelik.. Sebab bagi aku tak ada salah memanggil anak dengan gelaran yang baik. Dengan mengaitkan ajal dengan gelaran yang di beri rasa susah sikit aku nak fikir mana logiknya. Kalau betul benda ni memang tak boleh di gunakan.. Tolong la bagitahu aku dengan apa2 hadis, dalil & nas yang boleh mengukuhkan pendapat ni. Sesungguh aku pun nak tahu.
Moral of the story.. Tak payah nak jadi orang terawal share benda2 yang kita tak pasti kesahihanya takut tershare fitnah atau benda tak betul tak pepasal kau menanggung dosa dari salah faham orang lain. Kalau nak share, share benda2 yang confirm sahih macam ganjaran untuk mereka yang suka berselfie kat LRT >> Yang Suka berselfie semasa menggunakan LRT, Berita Baik Untuk Anda << Berita2 macam ni dah tentu kesahihannya. So orang tak pertikai lagi. Jadi meh jadi orang pertama share & buat benda ni..
ada juga terbaca pasal ni kat fb. sebut anak soleh cukuplah kan
ReplyDeleteala dik benda ni tak pelik sangat kalau nak di pikir sebab zaman sekarang ni hadis pon banyak yg tipu..kite ni yg tak tau ape2 terus je percaya dan amalkan...sapa buat dia yg tanggung kat sana nanti...yg penting niat dalam hati kitekan
ReplyDeletetu laa..nsb baik xpakai nama ustaz2 popular mcm biasa...
ReplyDeletesekrang ni ramai orang suka ikot logik akal... tapi apa salahnya sbelum dorang post tu, kaji dulu... tanya laa ustaz ustazah ke.... org yang lebih arif, kan... kita pun dapat ilmu.
ReplyDeleteSekarang ni susah sikit. Baru dapat info, terus nak share. Takda rujuk mana-mana. Bila sesuatu dikaitkan dengan agama, lebih baiklah rujuk pada yang pakar. Tanya pendapat beberapa pakar yang memang arif dalam bidangnya. Kalau tanya kat internet, memang macam-macam jawapan yang kita perolehi dah tu, pening sorang-sorang tak tahu nak guna pakai yang mana!
ReplyDelete