Showing posts with label fitnah. Show all posts

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP. Dah sampai ke penghujung ramadhan.. Rasa macam cepat sangat masa tu berlalu. Sepantas watson nyambek berlari kekdahnya. Punya laju la sampai tak sempat nak shopping raya lagi ni.. Tahun ni memang tak persiapan raya apa - apa. Bagi yang tahu kenapa.. Maka tahu tahu. Dari mak, bapak hinggalah ke anak sampai hari ni takde langsung apa2 yang berkaitan raya kami siapkan. Hari berlalu macam tu jer


Puasa pun tak terasa dah nikmat puasa. Rasa macam baru bangun sahur tup tup dah nak berbuka. Dalam keadaan sekarang segala rasa lapar dahaga tu memang tak berapa terasa sangat la. Tak tau la nak kategorikan benda ni nikmat atau ujian jugak. Mesti ada yang kata.. Ok la tu.. Puasa tak di uji dengan rasa lapar & dahaga tapi tu la.. Nikmat berpuasa tu macam tak ada. Macam hilang deria rasa jer.

Sejak dari hari pertama puasa.. Rasa tak berapa berehat lagi aku ni. Bukan saja fizikal malah mental pun. Dan hari ni aku rasa.. aku perlu ambil masa berehat dari terus push diri aku fikir perkara di luar kemampuan aku. Demi Allah.. aku dah usaha.. Sampai sekarang pun sebenarnya aku masih berusaha. Usaha aku ni kira masih tak ada titik noktah la. Panjang lagi aku rasa perjalanan usaha aku ni.. Jadi berusahalah selagi terdaya. Allah tak janjikan kemenangan andai kita berusaha sekalipun tapi yakinlah Allah tak kejam. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..  Doa, usaha selebihnya tawakal..

Serius apa yang berlaku ni memang bagi kesan dalam hidup aku... Mula2 aku pun macam orang lain. Kemurungan, hypertension.. Sebab tak tahu nak buat apa dengan kemampuan kewangan yang terhad. Bak kata sipolan tetttttttt.. tu duit tak berkepok kepok katanya. dalam 2 - 3 hari macam tu. Tapi dalam fasa kemurungan tu.. aku still berusaha cuma aku banyak menangis & meminggirkan diri. Support suami tu sangat membantu. Di samping diri sendiri juga kena bantu untuk terus kuat. Yang buat aku terus react macam biasa.. Boleh bangkit & buat rutin harian macam biasa adalah.. bila aku fikir. Tak adil aku untuk menyusahkan suami.. anak.. sedangkan mereka tak salah. Kalau aku terus murung, benda tu effect semua orang di sekeliling aku. So, aku kena kuat & aku kena hadap. Kena usaha... berjaya atau gagal tu bukan persoalan. Yang penting usaha.

Dan selepas tu aku terus usaha & berusaha sampai sekarang sambil menikmati hidup macam biasa. Yang aku rasa sangat sangat membantu, selain solat, doa, & baca al Quran.. adalah Isgtifar. Betapa ajaibnya Isgtifar ni.. Aku boleh rasa tenang.. Isgtifar la sebanyak mungkin bila hangpa dalam kesulitan. Allah akan bantu bagi ketenangan, bagi jalan & bagi kekuatan. Aku sendiri pun sebelum ni tak pernah rasa keajaiban Isgtifar sebab maybe kurang berisgtifar kot sebelum ni. Tapi kali ni Subahanallah.. Betul - betul macam ultraman dapat power di saat lampu merah kat dada berkelip kelip. macam tu la yang mampu aku gambarkan apa yang berlaku kat aku lepas amalkan isgtifar sebanyak yang mungkin. Lebih dari 100kali la. Takde la kuat tu tetiba muscle tumbuh berketoi ketoi.. Tetiba tukar jadi kaler hijau macam hulk. Kuat tu kuat secara spiritual.. dari dalam. Jadi tak mudah menangis.. tak mudah putus asa & tak takut untuk hadap kemungkinan yang bakal berlaku. Ada saja Allah bagi jalan untuk aku teruskan misi mencari bantuan. Macam satu aura yang sangat sangat positif menyerap dalam diri aku. Sampai aku rasa dah tiba masanya aku buat preparation raya walaupun sebelum ni aku rasa tahun ni aku tak ada mood nak raya. Yakin dengan Allah.. letakkan pergantungan pada Allah.. Mohon & doa bersungguh sungguh.. Insya Allah, Allah tidak pernah kejam dengan hambaNya.

* Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
* Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
* Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
* Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).
* Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31). Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).

Esok adalah hari penentuan.. Insya Allah apapun berlaku aku bersedia. Mohon Allah terus bagi kekuatan. Mohon doa dari semua.. Mohon sokongan dari semua.. Apapun berlaku bukan penentu siapa betul siapa salah. Tapi.. Perjalanan dalam dunia ni memang kita akan menemui banyak ketidak adilan.. Kenapa Allah izinkan benda tu berlaku? Sebab tu la ujian buat kita yang bernama manusia. Musibah adalah ujian.. Kenikmatan juga Ujian. Menang pun Ujian.. kalah pun Ujian. Kita manusia takkan terlepas dari di uji. Bersyukur kalau kita di uji dengan musibah sebab cara tu selalunya lebih buat manusia mencari & mendekati Allah.. Berbanding dengan ujian nikmat & kekayaan. Manusia mula lupa diri, sombong & bongkak. Rasa duit boleh beli syurga tanpa amalan.

Apapun yang berlaku.. Mohon doa dari semua baju raya aku tahun ni bukan kaler oren. hehehehe.. Doakan semuanya di permudahkan. Doakan semuanya berakhir dengan baik. Doakan rezeki untuk aku.. Manatau dengan doa2 semua aku jadi orang kaya & boleh membantu orang lain yang dalam kesusahan macam situasi aku sekarang. Kekangan kewangan mungkin buat aku di hukum tanpa pembelaan. Takpe la.. aku anggap benda tu sebagai kifarah dosa dosa yang aku pernah buat. Manatau semua ni nanti membantu meringkan timbangan dosa aku di akhirat nanti. Dok pikiaq dunia jer.. macam la nak menongkat langit selamanya. Sampai masa ke bawah tanah jugak, kan?

Moral of the story.. Apa yang berlaku bagi aku satu teguran dari Allah tanda kasih sayangnya pada aku. Dia nak mengingatkan aku yang selama ni lalai.. selama ni lupa.. selama ni hanyut dalam nikmat yang aku dapat. Sesekali dia jentik.. Baru reti nak doa dalam sujud bersama linangan airmata. Nasib baik musim panas... sempat kering sejadah sebelum masuk waktu solat seterusnya. hehehe.. Aku perlukan doa.. Please! Doakan untuk aku.

BERITA PALSU ARY MALIK MENINGGAL DUNIA

BERITA PALSU ARY MALIK MENINGGAL DUNIA. Asal ada artis yang tengah sakit & kritikal sedang di rawat je macam jadi satu trend pulak mereka2 yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu kononnya retis tu dah meninggal dunia. Yer.. betul benda tu boleh menaikkan rating post mereka tapi sila la ada rasa tanggungjawab sedikit sebelum menyebarkan apa2 berita. Yang tak sure tu tak payah jadi orang pertama share sangat la kan..


Semua orang akan mati termasuk la penyebar berita2 palsu ni. Kalau ye pun kau tak sabar nak tulis cerita pasal kematian orang lain jangan la sampai jadi fitnah. Mangsa terbaru ary Malik yang kini sedang kritikal & di rawat di hospital akibat penyakit kanser ovari tahap 4. Ternampak orang mula share cerita dia dah meninggal dunia. Tak tau la sapa yang punya angkara sebarkan fitnah macam tu.. Patutnya doa la yang terbaik untuk mereka yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit kronik macam ni. Ni macam kau doa dia cepat mati pulak.

Ingat.. masa kita sihat, masa kita masih boleh menulis berita tentang orang lain nak2 lagi berita palsu macam tu.. Tak semestinya kita tak akan sakit & jauh sekali boleh elak dari mati. Jangan nanti tiba saat kita berada dalam situasi orang2 yang kita pernah jadikan mangsa untuk meraih  keuntungan, baru kita nak rasa betapa sakitnya dalam kondisi kita yang tidak sihat kemudian orang pulak dok sebar berita palsu konon kita dah mati.

Moral of the story.. sama2 kita doakan yang terbaik buat Ary malik. Semoga Allah permudahkan segala untuk beliau.

PENIAGA KOPIAH MENDAKWA DI FITNAH DATO ALIFF SYUKRI DALAM RANCANGAN #OhAbangKosmetik SEHINGGA PERNIAGAANNYA MEROSOT

PENIAGA KOPIAH MENDAKWA DI FITNAH DATO ALIFF SYUKRI DALAM RANCANGAN #OhAbangKosmetik SEHINGGA PERNIAGAANNYA MEROSOT. Gosip lagi malam ni.. hahaha.. Bila mood dok membaca blog hiburan macam ni la.. Ada saja gosip2 nakal nak share katanya. hahaha... Tapi kadang2 apa yang di tulis dalam gosip pun boleh menjadi pengajaran kepada orang lain..

Abang Kopiah Yang Teraniaya. Lepas ni boleh buat drama rintihan Abang kopiah pulak

Kontroversi pasal Dato Aliff Syukri terlajak laris ni rasanya bukan kali pertama kot.. Sampai kadang2 aku terfikir maybe saja dia buat perkara boleh menjadi kontroversi supaya benda tu nanti akan bagi publisiti & promosi secara tak langsung kepada produk dia.. Yelah.. kena ada strategi marketing katanya. Kontroversi je paling mudah nak buat seseorang atau sesuatu di kenali dengan cepat. Nak2 sekarang ni zaman viral.

Kontroversi terbaru melibatkan seorang peniaga kopiah di pasar tani bazarena stadium shah alam. Abang kopiah meluahkan perasaan terkilan dengan tindakkan Dato Aliff Syukri yang mengaibkan dia dalam rancangan #OhAbangKosmetik... Aku sendiri tak tahu wujudnya rancangan ni sebab rasanya tak nampak trending langsung kat media sosial. Mungkin dengan kontroversi ni akan menaikkan rating rancangan tu. Lagipun aku tak langgan esteruk kan.. So, memang tak dapat la nak tengok.

Katanya Dato Aliff ada membuat rakaman secara sembunyi kat situ. Dia menyamar sebagai peminta sedekah & meminta kopiah dari peniaga tersebut. Dari kenyataan Dato Aliff dalam rancangan tu katanya peniaga tersebut bersikap biadap dengan dia padahal yang berlaku sebaliknya.. Dato aliff seolah olah kata peniaga tu berpura pura baik dengan menjual produk berunsur islamik. Tapi menurut cerita abang kopiah.. ketika dato Aliff menyamar sebagai pengemis.. Dato Aliff cuba melarikan 3 kopiah.. sebagai peniaga dah tentu dia mempertahankan hak dia dengan menghalang dari barang jualan dia di curi. Tapi dia sedekah juga 1 kopiah pada Dato Aliff yang menyamar jadi pengemis waktu tu. Apapun alasan perbuatan mencuri tu tetap salah ok.. Nak2 lagi tak ada kepentingan atau keperluan kau nak curi benda tu. Tak kira la kau peminta sedekah ke siapa.. kan? Melainkan otak kau dah tak betul & di sahkan gila jer boleh di maafkan. Orang gila jer buat perkara di luar kewarasan.

Video Rakaman dalam rancangan #OhAbangKosmetik

Paling kesian katanya selepas rakaman tu di siarkan dalam rancangan tu.. Perniagaan dia turut merosot. Kalau ye pun dia bersalah.. perlu ke mengaibkan sampai merosakkan perniagaan orang. Dia peniaga kecil je kot kau nak khianat sangat kan.. Agak2 la nak prank orang pun kan.. Nak lebih sadis lagi katanya Dato Aliff Tak bagitau pun abang kopiah bahawa ada rakaman yang di buat di gerai jualannya & rakaman tu di tayangkan dalam rancangan tersebut sehinggalah kawan kawan dia memaklumkan perkara tu kepada dia.


Dalam rakaman tu memang la tak tunjuk keseluruhan kejadian.. Dorang ambil part2 yang tertentu jer kan.. Jadi kalau betul Kenyataan Dato Aliff dalam rancangan tu.. better tunjuk keseluruhan rakaman tanpa editing sebagai bukti kalau tak bersalah. Tapi kalau rakaman tu dah di manipulasi untuk memburukkan peniaga tu.. Sila la berdepan dengan kesalahan sendiri yer...


Apapun kita kena dengar dari kedua belah pihak dulu sebelum nak kecam ke hapa. Pun macam tu aku rasa betul atau salah abang kopiah tu, sebagai orang yang berpengaruh tindakkan Dato Aliff syukri memang keterlaluan. Over sangat pun boleh mendatangkan kebencian jugak Dato Ooi...

Memang la ramai mengkagumi Dato Aliff Syukri yang membuktikan kekurangan yang dia ada tak menjadi alasan untuk dia gagal.. Dia berusaha dengan kemampuan dia sendiri untuk berada di level sekarang. Tapi jangan la bila dah berjaya, Dah banyak duit.. Boleh Buat rancangan realiti TV sendiri & gunakan orang lain sebagai publisiti nak meraih rating tu TV show tu. Kalau yang baik ok la.. Tapi sampai menjahanamkan perniagaan orang lain pun tak elok jugak kan?

Lepas ni mungkin rating rancangan tu akan naik so boleh la Dato aliff & Astro tersenyum gembira kan... hehehehe

Moral of the story.. Apapun kita nak buat nak2 lagi orang berpengaruh ni fikirlah kesannya kepada orang lain jugak. Jangan sampai satu masa orang boikot baru kau nak rasa macam mana perasaan orang lain bila perniagaan dia merosot akibat dari perbuatan kita.

KISAH COMFORTER MISTERI BERLUKISAN KARTUN FROZEN & JIRAN PUAKA

KISAH COMFORTER MISTERI BERLUKISAN KARTUN FROZEN & JIRAN PUAKA. 10 tahun hidup berjiran dengan jiran puaka. Dari dia berlaki sampai la dia menjanda. Dari dia asyik menganggu hidup aku dengan setiap hari dok ketuk pintu rumah minta tolong tu ni sampai la dia tak berani ketuk pintu rumah aku sebab pernah kena sound mengumpat aku dulu. Terus sejak tu kami tak pernah bertegur sapa. Jiran macam tu kau baik ke kau tak baik ke dia tetap akan mengumpat kau. So, terbaik kau buat macam tak kenal jer pun dia akan mengumpat kau sampai akhir hayat. Akhir hayat sapa dulu tak tau.. kalau hayat dia berakhir dulu, syukur Alhamdulillah.. Kalau hayat aku yang dulu belum tentu habis dia mengumpat aku selagi dia ada hayat di kandung badan.


Sebelum ni ada juga beberapa entri aku up pasal jiran puaka niyang rapik aku nan sorang ni. Tapi malas nak cari link. Sebelum ni ada juga aku cerita pasal dia report kat JMB tuduh aku bela kucing & kucing aku berak merata rata kat koridor.. padahal selama tinggal kat sini jangankan bela kucing.. bela bulu kucing pun tak ada. Cuma aku suka bermesra dengan kucing jalanan jer... Dapat la warning letter dari JMB. Time tu memang aku dah sabar lama dengan dia.. aku ketuk pintu rumah dia pakai kaki tapi sampai sudah dia tak mau keluar. Lepas tu.. terus diam macam tu.

Yang terbaru pasal comforter misteri bercorak frozen jiran selekeh mana ntah jemur kat tembok rumah aku dah dekat sebulan. Aku syak jiran baru pindah tahun lepas kat sebelah kanan rumah aku ni kot.. Sebab takkan la jiran selang 2 3 rumah nak mai jemur comforter kat tembok rumah orang. Sebab tembok tu memang tembok kat rumah aku maka.. si jiran tua kutuk janda kusut sorang yang memang terkenal dengan kaki mengumpat secara bergerak ke serata alam ni.. Ada la point nak mengata aku. Akak yang bagitau aku dah explain kat dia.. Aku memang jenis jarang keluar rumah & tak pernah dia nampak jemur apa2 luar rumah. Memang 10 tahun aku tinggal kain buruk pun aku tak pernah jemur kat luar. Semua aku jemur dalam rumah. Kasut pun selipar buruk pun aku tak pernah tinggal kat depan pintu. Semua simpan dalam rumah. Bukan macam dia.. siap ada rak kasut dekat koridor. Yang dia tu dok buat langsir kat tembok rumah dia bertahun2 tak pulak orang bising. Kat rumah orang dia sibuk je nak mengata. Macam kacau dalam kain dia jer..

Bertahun dah aku tengok dia gantung kain buruk ni kat tembok rumah dia. Tapi rumah dia.. lantak la. Tapi kat rumah aku apasal dia nak menyibuk sangat pun tak tau

Maka sebab kalau nak bersemuka memang tua kutuk tu takkan nak bersemuka dengan aku. Solution nya hantar memo lekat depan pintu. Mengumpat orang pandai confirm pandai membaca jugak kan. Walaupun dia perempuan berbangsa singh tapi dia memang banyak bergaul dengan orang melayu & boleh berbahasa melayu walau first language dia dalam rumah dengan anak anak english. So tulis bahasa melayu sudah. Kalau dia tak paham pepandai la anak2 dia translate kat dia nanti.


Tu memo untuk si tua kutuk tak sadar diri jiran sebelah kiri.. Untuk jiran selekeh sebelah kanan yang tak reti2 nak angkat comforter berbulan bulan pun kena jugak memo. Kalau rasa dah tak mau guna sila buang dalam tong sampah besar kat bawah. Jangan menyemak tembok kat rumah aku. Orang asyik dok pandang serong kat aku jer.. Tak pasal2 aku kena fitnah & kena umpat sebab perangai selekeh hangpa anak beranak.


Aku memang jarang sangat nak ganggu hidup orang malah aku rasa aku tak pernah ganggu hidup sesiapa dari aku bujang sampai aku dah beranak sorang. Rutin harian aku dulu masa bujang pergi kerja balik kerja duduk dalam rumah. Kalau tak aku keluar jauh dari rumah aku. Dah kawen pun sama jugak. Kalau tak ada hal yang memerlukan aku keluar memang aku tak keluar. Selalunya weekday aku keluar tak pergi kedai, pergi hantar & ambil anak aku sekolah je. Weekend biasa keluar terus berjimbaraya. Takde nak tersadai depan pintu rumah orang atau kat G floor menyembang tak tentu pasal dengan sesapa. Tegur sepatah dua kata tu ada la.. tapi nak menyembang berejam - jam tu bukan aku. Ada masa aku lebih suka online & buat kerja2 kat blog atau layan anak aku kat rumah.

Memang dah lama sangat aku sabar dengan jiran nan sorang. Sampai satu tahap macam aku nak candid gambar dia & share kat media sosial. Tahap sakit hati ni tak payah cakap. Tak tau macam mana nak bagi dia berhenti ganggu hidup aku. Yang aku rasa cara paling senang tunggu sampai dia mati je tapi tu la nampak nyawa macam liat jugak. Almaklum la kalau dalam filem tamil ni orang jahat memang susah nak mati.. Kalau tak mati jugak terpaksa la aku kena cari rumah baru. Nak pindah rumah baru nak2 baru kawen tu perlu tahu juga perkara ni supaya bila masuk rumah baru dah tak ada apa2 masalah mungkin jadi punca pergaduhan. Nak tahu boleh baca kat sini >> Adakah Anda Ingin Berpindah Kerumah Baru. Jadi korang perlu tahu perkara ni sebelum berpindah <<

lepas sejam macam tu aku lekat memo kat semua yang berkenaan.. jenguk kat pintu rumah sebelah memo dah tak ada.. Tengok comforter misteri tu pun dah hilang. Selesai masalah. Lepas ni biji mata situa kutuk tu takde la semak sangat nak cari salah aku je. Yang jiran selekeh sorang lagi hope jadi pengajaran. Tak payah buat perangai amazon sangat hidup di bandar ni. Belajar respect orang lain sama.

Moral of the story.. aku bukan sombong atau berlagak tak tentu pasal cuma bila aku rasa kalau orang terlalu menganggu hidup aku sampai masa memang aku bertindak juga. Almaklum la.. aku pun manusia limit sabar tu tetap ada.

TAN SRI DATO S.M SALIM BELUM MENINGGAL DUNIA

TAN SRI DATO S.M SALIM BELUM MENINGGAL DUNIA. Mula tersebar gosip yang kononnya Penyanyi vateran lagu2 melayu klasik & tradisional Tan Sri Dato S.M Salim meninggal dunia. Manusia kan.. Asal orang tu sakit & tenat jer mula ambil kesempatan nak menyebarkan berita konon orang tu meninggal dunia. Macam mana la Awal Ashaari tak kata blogger ni suka sangat nak tulis cerita retis meninggal dunia. Kerana blogger macam tu la buat blogger2 lain pun turut terpalit dengan pandangan serong masyarakat.


Tan Sri S.M Salim masih dalam kondisi yang agak tenat tapi masih bernyawa.. Jadi kita doakan je la semoga beliau di beri apa yang terbaik dalam kondisi beliau sekarang. Semoga Allah meringankan kesakitan & permudahkan segalanya buat beliau. Ajal & maut tu semua kerja Allah. Semuanya dah tertulis.. so tak payah kita nak ambil alih pulak kerja Tuhan nak mematikan orang tak tentu pasal dalam penulisan kita ni.

Menurut sumber berita yang aku baca Tan Sri Dato S.M Salim sekarang masih menggunakan bantuan oksigen. Harap semuanya akan semakin baik.. Insya Allah..

LOVE BITE LABAH LABAH BAHAYA BOLEH MENGUNDANG FITNAH

LOVE BITE LABAH LABAH BAHAYA BOLEH MENGUNDANG FITNAH. Walaupun isu ni rasanya dah 2 hari berlalu tetap aku rasa nak mengulas jugak. Bukan apa rasa macam kelakar pun ada kontroversi yang melanda penyanyi antarabangsa yang berasal & memulakan karier nyanyian dia kat Malaysia. Sebab rezeki & bakat... dia melebarkan kerjaya seni dia ke peringkat antarabangsa. Siapa sangka peserta yang pernah uji bakat untuk rancangan Malaysian Idol & tak sempat pun berjuang dalam pertandingan tu kini di kenali di peringkat international.


Mesti yang tak tau terpinga2 sapa gerangan retis tu.. Alah si gadis yang terkenal dengan fesyen turban  tu la. Alah yuna.. Kalau mula2 dia tampil dengan imej bertudung, sampai keluar nama tudung yuna walau dia tak pernah mengeluarkan sebarang jenama tudung atas namanya kini dia dah tak bertudung.. Op's bukan free hair tapi dia kini tampil dengan imej turban

2 hari lepas kecoh pasal love bite yang kelihatan di leher Yuna.. Jadi Yuna terpaksa juga tampil memberi penjelasan supaya tak jadi fitnah yang maha besar. Kata dia bukan love bite tapi tu kesan gigitan labah - labah.. Kesian Yuna, kerana labah labah tak pepasal dia kena fitnah. Tu la Yuna lain kali rajin2 buang sawang.. Baru tak ada labah2 mencabul kehormatan katanya. Dah tu pandai labah2 pilih port panas nak gigit. Kat leher.. Memang mengundang prasangka la kan. Almaklum la Yuna sekarang kan berturban.. jadi memang la leher tu tak boleh nak cover.

Gambar Yuna Yang Menjadi Kontroversi ada love bite tu

Kesian Yuna sebab gigitan asmaradana labah labah tu & fesyen tudung dia yang tak cover leher tu dia di fitnah oleh nitezen media sosial. Kalau betul love bite dari someone yang beromen dengan dia.. Mustahil la dia tak cover sebelum upload gambar.. Takkan la nak tuduh dia sebenarnya dah kahwin senyap2 kat luar negara, love bite tu maybe masa dia honeymoon. Dia lupa dia kawen senyap - senyap.. tu yang lupa nak cover love bite kat leher. Jangan dok buat spekulasi sangat la. Dah dia kata labah2 gigit.. labah2 la. Yang selebihnya, hanya dia & Allah je yang tahu. Tak baik tau menuduh tanpa bukti.

Moral of the story.. Jika anda tidak mahu menjadi mangsa gigitan labah labah.. sila pastikan sawang2 di tempat anda tinggal, menginap atau tidur di bersihkan. Peace Yo! hehhehe

BILA RETIS NASYID SUAM SUAM KUKU CERITA PASAL BELI SELUAR DALAM BINI

BILA RETIS NASYID SUAM SUAM KUKU CERITA PASAL BELI SELUAR DALAM BINI. Aku syak dia ni sengaja nak buat kontroversi demi nak menaikkan kembali nama dia dalam industri hiburan. Lepas satu.. satu kontroversi dia cetuskan kat media sosial. Aku tak pasti apa tujuan dia nak bercerita benda yang boleh mengundang perbalahan di kalangan peminat & mengundang salah faham jugak persepsi negatif orang. Bagi aku benda yang boleh mencetuskan kontroversi macam tu tak perlu kot kau nak cerita.


Dah tu gambar pun seolah2 mengejek orang yang bakal mengecam dia. Bermakna dia tahu status dia cerita pasal beli seluar dalam bini dia bakal di kecam nitezen sengaja dia buat untuk cetuskan kontroversi. Dia ni membawa nama seorang artis nasyid yang berpenampilan macam orang alim.. Yang konon sedang berdakwah tapi bila dok baca status2 dia di facebook memang tak berapa Islamik. Macam sengaja nak provok orang supaya mengumpat & bergaduh dengan dia jer. Artis2 macam ni serius menconteng arang kepada artis2 nasyid yang lain.

Caption dia jelas sangat nak provok orang. Nampak sangat dia sengaja nak ajak orang bergaduh dengan dia. hahaha

Macam dia sorang kot beli seluar dalam untuk bini dia.. Aku rasa ramai lagi suami2 lain pun beli seluar dalam untuk bini dia tapi tak ada keperluan nak cerita kat orang. Dah la kau tu di kenali.. Bini kau pun orang kenal. Siap attach gambar seluar dalam yang mungkin dia beli untuk bini dia.. Tak kesian ke kat bini kau. Dah la minah tu jenis lurus bendul.. Bukan bermakna boleh di perlakukan macam dia tak ada rasa malu. Bab benda dalam ni.. Aku sendiri pun tak suka nak bercerita apatah nak tunjuk pakaian dalam aku kat orang walau hakikatnya semua orang pakai tapi tak bermakna kita tak perlu rasa malu. Ia di ciptakan di dalam sebab bukan untuk di tonton semua orang. Di pakai untuk keperluan seorang wanita yang kalau tak pakai mungkin menampakkan bentuk2 yang tak sepatutnya.

Sudah sudah la jadi Attention Seeker kat media sosial. Pergi la hasilkan produk yang boleh buat hang kembali menyerlah dalam bidang seni. hentikan la cari publisiti murahan kat media sosial & berhenti buat orang mengumpat hang. Kalau hang nak ajak orang buat kebaikkan bukan dengan cara buat orang dapat dosa sebab menyampah tengok perangai hang kat media sosial ni. Tak pasal2 aku pun dah berdosa mengumpat hang ni hahahha

Bila kena kecam gini la status dia. Mengata orang sampah.. 

Moral of the story pada retis nasyid tu kalau dah tak ada sangat benda nak buat pi jawapan kuiz ni. Tengok sejauh mana hang tahu fakta2 pasal ni >> Yang Berjaya Jawab Je Betul Betul Mengenali Malaysia << Ntah2 soalan2 ni pun hang failed. Tu yang dok merapu je kat media sosial.

YANG BETUL ITU MENGATA, YANG TAK BETUL ITU FITNAH

YANG BETUL ITU MENGATA, YANG TAK BETUL ITU FITNAH. Kalau sesapa masih ingat ayat tu mesti ingat ayat tu dari filem apa. Kalau susah sangat nak ingat biar la aku ingatkan senang sikit. Ayat tu di petik dalam filem anak mami the movie.. Dialog yang di ucapkan oleh Allahyarham Pak Pie kepada Mami mulut longkang lakonan sapa ntah pelakon yang jadi mami tu lupa pulak aku. Almaklum la memory dah berkarat susah sikit nak ingat banyak benda katanya. Tak penting pun nak ingat nak pelakon tapi apa kisah di sebalik ayat tu?

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Kisahnya.. pasal kita2 manusia ni la. Kadang2 aku tengok kat Facebook.. Ramai yang menampilkan imej2 positif ni kadang2 takde la positif mana. Macam aku ni lain la.. Semua kata aku lantang & suka bergaduh padahal aku tak anggap perbezaan pendapat tu satu permusuhan. Memang masa ber diskusi tu macam gaduh tapi lepas tu aku jenis lupakan jer. Pun tetap orang labelkan aku ni negatif tapi ada aku kesah sangat dengan persepsi manusia yang jenis berat sebelah & kaki mengampu tu? Asal kau ada nama sikit maka apa kau cakap semua jadi betul..

Tengok orang yang di labelkan positif pun kerap jugak dok menulis status mengumpat walaupun apa yang dia cerita tu bukan rekaan tetap la mengumpat. Atau yang buat status ala2 ustaz & ustazah pun kebanyakkan ada unsur mengumpat jugak. Tu baru cerita pasal mengumpat belum bab menyindir. Cuma mungkin banyak pengaruh sikit maka nampak la dia macam sedang memberi moral of the story pada orang lain padahal hujung2 cerita tetap la mencerca gaya berhemah sipolan yang menjadi tajuk cerita dia tu.

Kita ni kadang2.. rasa macam apa kita buat betul sebab ramai yang menyokong tapi sebenarnya cara kita tu pun salah jugak. Aku pun sama jugak la.. Sebab kita ni manusia. Asal kita rasa kita cakap benda yang betul je kita rasa tak salah.. sedangkan kadang2 yang betul itu mengata. Yang tak betul dah terang terang fitnah. Jadi dua2 perkara tu tetap salah & berdosa cuma tu la berat kerat sangat di antara kita mampu control dari tak melakukan perkara tu.. hehehehe

Moral of the story.. Kita manusia kebanyakkan kesilapan & kesalahan yang kita buat sama je cuma yang berbeza mungkin cara kita buat kesilapan & kekerapan kita melakukan kesalahan tu. So, tak perlu kita budget mulia sangat.. sebab kita cuma manusia. hehehe

INI SEBENARNYA HUBUNGAN ANTARA NORA DANISH & BEKAS MERTUA

INI SEBENARNYA HUBUNGAN ANTARA NORA DANISH & BEKAS MERTUA. Setiap tahun menjelang raya mesti isu pasal Nora Danish beraya dengan bekas mertua mesti jadi kontroversi. Maka akan muncul macam2 komen & pendapat. Ada yang jadi pengkritik & ada yang berlagak ustazah & ustaz berhujah menggunakan agama. Apapun pendapat atau pandangan nak2 lagi yang guna agama tu biarlah jelas & tak mengelirukan.


Ni tak majoriti yang aku baca komen katanya hubungan mertua & menantu takkan putus walaupun pasangan tu bercerai selalu je muncul kat isu pasal Nora Danish dengan bekas mertua dia. Aku sebenarnya dah lama nak cari jawapan pasal ni sebab aku agak keliru dengan statement macam tu. Seolah olah mengambarkan walaupun bercerai menantu tu masih ada tanggungjawab kepada bekas mertua. Yelah.. bila orang pertikai perlu ke kau nak tiap kali raya berkepit dengan family bekas mertua seolah2 kau tak ada keluarga sendiri mesti muncul komen yang mengatakan hubungan bekas menantu & mertua tu kekal sampai bila2 walaupun pasangan tu bercerai seolah olah nak bagitau orang kau wajib jaga bekas mertua kau sama macam kau jaga mak bapak kandung kau.

Ni la statement setazah2 yang tak berapa lengkap & jelas yang selalu buat aku jadi keliru. Alang2 nak jadi setazah online ni better la bagi penjelasan yang lengkap supaya tak berlaku salah faham. Isunya perlu ke Nora Nak beraya dengan bekas mertua setiap kali hari raya tapi yang komen dok mention pasal hubungan antara bekas mertua & menantu. 

Kalau ambil rujukan dari Google je nanti ada la datang mempertikai & menyindir konon jangan mengaji dengan google je perlu guru jadi aku merujuk la kepada seseorang yang bergelar ustaz & juga penceramahan motivasi yang aku kenal untuk mendapat jawapan pasal hubungan antara menantu & mertua selepas pasangan suami isteri tu bercerai.

Dari rujukan aku tu.. Yer betul.. hubungan mertua & menantu tu kekal walau pasangan tu bercerai tapi cuma hubungan Mahram. Hubungan mahram di mana bekas menantu haram berkahwin dengan bekas mertua. Sekadar itu sahaja tapi bekas menantu tu dah tak ada tanggungjawab terhadap bekas mertua seperti mana semasa dia masih menjadi menantu mereka sebelum bercerai. Bermakna tanggungjawab nak ziarah nak jaga keperluan bekas mertua tu dah tak ada macam tanggungjawab kita terhadap ibu bapa kandung sendiri tapi tak bermakna tak boleh buat. Boleh je buat atas perikemanusiaan.. nak ziarah & still berbaik dengan bekas mertua selagi perkara tu tak mendatangkan fitnah. Tapi dalam kes Nora Danish ni memang mendatangkan fitnah pun.Dari sebelum fasha sandha bercerai lagi Nora Danish sering di kaitkan dengan masalah yang berlaku dalam rumahtangga fasha & jejai. So, rasanya kalau dia nak still melekat dengan mertua tu tak payah show off sangat la kan. Mengundang persepsi negatif orang je.

Jadi pasa setazah yang selalu muncul bila isu Nora Danish beraya dengan keluarga mertua tu kalau rasa nak berhujah guna hukum agama biar jelas supaya orang2 yang baru nak belajar macam aku ni tak keliru dengan statement hangpa. Sebelum ni memang aku ingat bekas menantu tu masih ada tanggungjawab terhadap bekas mertua & aku terbayang macam mana kalau 10 kali orang tu kawen cerai.. jenuh nak jaga kebajikan 10 bekas mertua dia. Sebab depa asyik mention hubungan bekas mertua & menantu tu kekal seolah2 kau kena utamakan dia macam mak bapak kandung kau jugak walau dah bercerai.

Selepas penjelasan tu sekarang aku dah faham.. Jadi aku kongsikan la dengan orang lain yang mungkin pernah berada dalam situasi macam aku jadi confuse hubungan antara menantu & bekas mertua tu.

Moral of the story.. aku bukan pandai tapi cuma nak kita sama2 belajar je. Supaya apa yang pernah mengelirukan aku tidak mengelirukan orang lain. Pada yang nak berhujah guna agama tu make sure la benda tu jelas & tak buat orang salah faham. Jangan ambil apa yang kita nak jer.. Perlu bagitau apa yang sepatutnya,

TAK BOLEH PANGGIL ANAK DENGAN GELARAN ANAK SYURGA

TAK BOLEH PANGGIL ANAK DENGAN GELARAN ANAK SYURGA. Aku rasa sebelum jadi serius elok jugak aku tulis pasal ni. Almaklum dari semalam semakin dok nampak orang share pasal perkara ni. Tak tau la sapa yang mencetuskan perkara ni tapi katanya.. Gelaran anak syurga tu untuk anak anak yang meninggal dunia sebelum akil baligh. Jadi kita yang ada anak masih hidup ni tak elok menggunakan gelaran anak syurga takut jadi satu doa. Tak tau la jadi doa yang mana satu.. Doa anak jadi ahli syurga ke atau doa anak mati sebelum akil baligh? Kalau doa anak jadi ahli syurga kat mana salahnya? Sapa tak nak anak anak dia jadi ahli syurga, ye dak?? Ada ke mak bapak suka anak dia jadi ahli neraka? Kalau ada tak tau la spesis apa mak bapak tu. Kalau kata takut doa anak mati sebelum akil baligh yang ni sangat merepek. Kita sedia maklum ajal maut semua ketentuan Allah.. Jadi adakah dengan memanggil anak dengan gelaran anak syurga buat anak pendek umur?

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Aku tak kata pendapat aku ni betul.. Tapi sebelum sebarkan sila rujuk & dapatkan fakta yang sahih. Ada bukti tak kira dari hadis ke, petikkan ayat Al Quran ke, dalil & nas untuk mengukuhkan fakta tu. Ni setakat katanya di petik dari kata kata seorang ustaz yang menegur orang panggil anak dengan gelaran Anak syurga. Ustaz tu siapa? Mana dia belajar? Tak pulak di nyatakan kat situ. Hanya dengan satu status di printscreen kemudian di sebarkan korang dah percaya bulat bulat.

Status ni mula di sebarkan kat serata alam maya.

Rujuk la mereka yang lebih berilmu kalau kita ni jahil. Kalau betul takpe.. Buatnya benda tu cuma satu pendapat peribadi yang tak ada hadis atau dalil yang menyokong pendapat tu tak ke benda tu jadi satu benda yang tak betul di sebarkan. Ini soal kepercayaan, ok! Kita  sebarkan benda tu maka kita bertanggungjawab kalau perkara yang tak betul tu mempengaruhi orang lain. Bukan tak boleh menyampaikan info tapi kalau berkaitan kepercayaan & agama lebih baik rujuk dulu pada mereka yang berkelayakkan sebelum menyebar.

Gelaran anak syurga banyak di gunakan ibu bapa yang ada anak istimewa. Kita sedia maklum anak anak istimewa ni ada antara mereka memang terpaksa bergantung hidup dengan orang lain bila keupayaan berfikir mereka tidak seperti orang2 normal. Jangankan nak faham apa itu dosa & pahala.. Nak jaga diri sendiri pun mereka tak tahu. Anak anak macam ni di lihat anak yang suci walau di dunia mungkin ada yang pandang hina. Jadi insan2 macam ni Insya Allah.. bakal menghuni syurga. Gelaran anak syurga tu juga boleh jadi salah satu pendorong ibu bapa yang ada anak anak kekurangan macam ni lebih kuat menjaga amanah istimewa sebab bukan mudah seseorang tu untuk terima & pikul amanah menjaga anak istimewa ni. Perlu kekuatan fizikal & mental. Dengan sentiasa memanggil anak mereka anak syurga juga salah satu terapi bila mereka sentiasa ingat bahawa apa yang mereka sedang jaga adalah ahli syurga. Dengan cara tu mungkin buat mereka sedikit rasa bersyukur dengan di kurniakan anak anak istimewa. Tidak la mereka rasa mereka bernasib malang.

Bila jadi viral macam ni mungkin mengundang cuak & keliru di kalangan ibu bapa yang menggunakan gelaran anak syurga kepada anak mereka. Tak kurang jugak orang mempertikai.. Sebab fakta tu takde di sertakan hadis, dalil atau nas yang menyokong pendapat tu. Sekadar kenyataan yang katanya dari seorang ustaz. Aku sendiri pun pelik.. Sebab bagi aku tak ada salah memanggil anak dengan gelaran yang baik. Dengan mengaitkan ajal dengan gelaran yang di beri rasa susah sikit aku nak fikir mana logiknya. Kalau betul benda ni memang tak boleh di gunakan.. Tolong la bagitahu aku dengan apa2 hadis, dalil & nas yang boleh mengukuhkan pendapat ni. Sesungguh aku pun nak tahu.

Moral of the story.. Tak payah nak jadi orang terawal share benda2 yang kita tak pasti kesahihanya takut tershare fitnah atau benda tak betul tak pepasal kau menanggung dosa dari salah faham orang lain. Kalau nak share, share benda2 yang confirm sahih macam ganjaran untuk mereka yang suka berselfie kat LRT >> Yang Suka berselfie semasa menggunakan LRT, Berita Baik Untuk Anda << Berita2 macam ni dah tentu kesahihannya. So orang tak pertikai lagi. Jadi meh jadi orang pertama share & buat benda ni..

KAKI YANG DI POTONG TAPI KEMALUAN YANG JADI VIRAL

KAKI YANG DI POTONG TAPI KEMALUAN YANG JADI VIRAL. Yang rajin sangat dok share viral meh sini aku nak ajak hangpa semua share balik viral yang masih hangat di viralkan kisah seorang pakcik. Gambar yang di jadikan viral pasal kes potong kemaluan seorang lelaki oleh isterinya yang katanya kuat seks. Dia buat bini dia macam pelakon filem lucah jer... Jadi sebab tak tahan di perlakukan macam binatang.. si bini katanya kerat terus kemaluan suaminya sebab tak tahan di sakiti setiap kali di paksa melayan nafsu serakah sang suami ni.


Ceritanya pasal orang lain.. Tapi yang kesian gambar tu gambar orang lain. Tak pasal pasal pakcik yang kena potong kaki sebab penyakit kencing manis di fitnah kena potong kemaluan sebab kuat seks. Sapalah punya kerja kan.. Kenapa mesti guna gambar orang tak ada kena mengena untuk viralkan kisah orang lain. Kau guna la gambar kartun ke hapa... Ni seketoi2 muka orang tu duduk atas katil wad. Memang la menjadi fitnah.

Cerita yang menjadi viral di sebalik gambar ni. Hentikan memviral gambar pakcik ni. Bayangkan dia bapak hangpa

kesian pakcik tu.. Dia orang penang, kisah potong kemaluan tu katanya berlaku kat negeri sembilan bila masuk media sosial tak pasal pasal pulak dia jadi orang negeri sembilan tanpa rela. Kesian kaum keluarga pakcik ni.. Kesan dari viral fitnah macam ni mungkin mengaibkan keluarga mereka.

Hentikan la memviral sesuatu yang kita tak tahu kesahihannya.. Kalau betul pun gambar tu gambar si pelaku atau mangsa tak sepatutnya dia di aibkan. Nak jadikan teladan.. Just share je la kisah yang berlaku tak perlu nak  letak gambar sesapa.

Moral of the story.. Itulah antara risiko upload gambar kat media sosial ni. Mungkin selama ni gambar hangpa masih selamat dari di fitnah.. Tapi percayalah tak mustahil benda ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tau la hangpa memang cecantik semua.. Nak2 lagi yang ambil gambar clear nampak muka & cantik macam ni >> Rahsia Ambil Gambar cantik Untuk Instagram Guna Smartphone Kini Terbongkar << . Memang senang la orang nak superimposse. So, hati hati je la.

BLOGGER MALAIKAT MAUT ASYIK MATIKAN ARTIS DALAM ENTRI

BLOGGER MALAIKAT MAUT ASYIK MATIKAN ARTIS DALAM ENTRI. Tulis blog sapa yang taknak ramai orang clik & baca blog aku. Itulah tujuan aku tulis blog supaya orang baca apa yang aku tulis. Aku bukan jenis blogger yang konon tulis blog macam diari harian untuk tatapan masa depan. tak kisah la orang baca ke tidak.. Aku memang suka menulis. Aku nak tulis diari bukan dalam blog. Jadi bila aku tulis blog memang aku tulis cerita untuk di baca & dari hari pertama aku tulis blog memang aku harap ada orang baca apa yang aku tulis.


Tapi tak sampai la nak sebarkan perkara yang terang2 tak betul. Dulu aku pernah jugak terpost khabar2 angin ni tapi bukan niat nak sebarkan fitnah atau gosip. Mungkin masa tu dalam proses memahami dunia maya so mudah terpedaya dengan post2 yang tanpa usul periksa. Bila dah semakin lama terjebak dalam media sosial ni aku semakin faham fenomenanya so aku semakin memilih apa yang aku nak post.. Tak kira la berita, cerita, gosip & sebagainya. Aku pastikan berita yang aku nak tulis tu ada bukti dari sumber boleh di percayai.

Tapi ada jugak blogger tema blog dia asyik dok matikan retis jer dalam entri dia. terang2 nampak tujuan dia sekadar nak dapatkan rating & traffic blog jer. Dia ni blogger cari makan biasa la. Ada saja retis dia nak sebarkan fitnah konon dah meninggal dunia. Aku ada perasan tapi aku baca tajuk jer.. Dah tau. dia ni Gimik melampau lampau sangat. Dah macam blogger malaikat maut je.. Yelah kalau dah asyik tulis cerita tak betul pasal orang yang hidup.

Hope dia cuba cari cara lain yang lebih berhemah la nak cari traffic blog pun. Aku pun bukan baik.. Tapi rasanya masih tak tergamak la nak tulis cerita2 macam tu. Dah terang2 memang tak betul. Dari baca blog yang asyik buat entri yang matikan artis yang masih hidup baik korang layan filem tamil lagi bagus. At Least cerita dia lagi real dari entri blogger malaikat maut macam tu. Takde la sakit hati sangat sebab kita tahu cuma filem. Ni tulis entri macam ye ye je betul padahal fitnah semata mata.

Moral of the story.. Aku pun blogger yang suka juga up cerita pasal retis.. Tak payah hipokrit kata kita memang tak pernah ambil tahu dunia hiburan. Konon tak tulis pasal retis.. tup2 upload gambar pi event yang melibatkan retis untuk promosikan retis tu. tetap jugak kau layan retis2 ni kan.. Cuma konon kau banyak tulis pasal personal life kau anggap orang tulis cerita retis macam blogger murahan sangat. Tapi.. berpada pada la. Jangan manjang asyik up fitnah tak berasaskan je. Tu bukan kategori tak sengaja dah.. Tu memang konsep blog dia gamaknya.

PRODUK SEBAMED DI FITNAH LAGI

PRODUK SEBAMED DI FITNAH LAGI. Semalam tak pepasal entri lama aku pasal status halal produk sebamed dapat views tinggi. Aku pelik jugak sebab tak nampak pun kat news feed FB aku apa2 kontroversi terbaru produk sebamed ni. Aku try post satu status tentang kepelikkan aku tu.. Ada friends dari FB bagitau kontroversi yang tengah viral pasal produk sebamed ni.

Bila salah seorang tunjuk gambar yang jadi viral tu ternyata isu lama di di viralkan balik. Pasal isu gambar yang pernah jadi viral tu pihak sebamed dah jelaskan tak sangka pulak nak jadi viral lagi. gamaknya sapa yang tak ada kerja dok viral fitnah macam tu tanpa usul periksa. Nasib baik la katanya blog lekatlekit.com yang merapu meraban ni pernah tulis pasal isu tu. Yelah.. aku antara pengguna produk sebamed kalau ada masalah kulit. nak guna produk ni secara consistent, almaklum la produk ni agak mahal la bagi orang tak kaya raya tapi kalau terpaksa beli masih mampu beli. Dulu anak aku sampai 3 tahun kot guna produk sebamed. Sebab anak aku masa baby agak sensitif dengan produk yang wangi2 ni.. Terutama produk Johnson baby tu. Dah masuk 4 tahun ni belasah pakai shower gel aku je kadang2 walau dia masih ada body shampoo khas untuk kids jenama Carrie junior. Cuma syampoo rambut je guna produk orang dewasa sebab yang kid punya semua dah tak berkesan untuk rambut dia yang panjang lebar tu.

Berbalik pada isu produk sebamed.. Walaupun jadi kontroversi balik tetap la aku masih yakin dengan produk terbaik ni. Sebab kulit aku jadi sensitif & semakin alergik kat bahagian tangan ni.. Tadi aku dah rembat kat guardian sebamed face & body wash. Harga dia RM26.18 untuk 200ml. Yang rasa was was jangan guna ok! sebab kalau was was jadi haram tapi yang perlukan kepastikan status halal produk Sebamed boleh rujuk kat entri ni >> Gosip Produk Sebamed Tidak Halal <<


Produk ni memang sesuai untuk kulit yang sensitif. Dari bayi sampai dewasa boleh guna produk ni. Aku memang biasa guna.. so kalau kulit aku ada effected apa2 aku akan cari produk sebamed. Pernah rambut aku jadi berminyak giler.. guna macam2 jenis syampoo jenama lain tak jugak berkesan. Last aku beli hair syampu sebamed ni jugak yang membantu. tak pernah ada kesan buruk sepanjang aku guna produk sebamed ni. 

Biasa la produk bagus ni mungkin ramai yang jeles. Tu yang tak ada angin tak ada ribut tetiba jadi kontroversi. Kita pun sebelum berkongsi sesuatu gosip.. siasat dulu. Jangan terus percaya. takut apa yang kita kongsi jadi fitnah tak pepasal dok menumpang dosa fitnah tu.

Moral of the story.. Untuk membuat tuduhan pastikan ada bukti sahih yang boleh mengukukuhkan tuduhan itu benar. Jangan jadi pak turut.. orang share kita share.

KELAB SUCI DARI DOSA CONFIRM AHLI SYURGA

KELAB SUCI DARI DOSA CONFIRM AHLI SYURGA. Ada ke kelab macam tu? Sapa kata takde ada.. cuma namanya je lain. tak berani la aku nak sebut kang kena saman. kelab2 nametag ni bahaya kalau di sebut2 nanti angkut semua bala tentera nak serang, Biasa la kelab paling loser memang macam tu. Jenis suka serang musuh yang sorang secara beramai ramai.


Kelab nametag ni memang anti aku.. Tu tak pelik la. tapi yang pelik isu dengan orang lain pun tetap nama aku di sebut sebut. Depa tak macam aku jenis kalau nak cakap up terus kat FB aku yang memang bukan je friends yang tak friend pun boleh baca & komen. Public 100%. Sebab aku bukan takut pun orang nak stalk aku. takde aku nak cerita  pasal laki ke, family ke hapa. Semua yang banyak aku tulis kalau tak isu2 semasa, isu2 sekitar alam maya. Apadahal.

Dapat satu khabar seorang makcik berprofesion cikgu dari geng nametag ni sempat lagi mengumpat aku ketika mengadakan sesi membebel gaya orang tua nyanyuk dengan seorang blogger yang di tuduh mengaibkan geng nametag. Padahal blogger tu sebut nama individu bukan nama geng samseng mana2 pun. tapi tak tau la apa cerita belakang tabir kecoh la geng nametag ni sebar fitnah katanya blogger ni mengaibkan nama pertubuhan nametag depa. Padahal aku pun baca jugak komen blogger tu. Dia sebut nama individu yang di katakan menipu tu bukan nama geng nametag mana2. Siap ugut nak boikot lagi tu. tapi dalam ayat yang tak sebut perkataan boikot la.. ayat lebih kurang macamni..  jangan sampai geng nametag menjauhi Jemah nanti. Macam orang kesah sangat kena boikot dengan geng depa. Ingat semua blogger under geng nametag gamaknya. Lawak giler aku baca. ahahaha

Dalam kes tu tetiba sempat dia menyelitkan nama paling hot & spicy ni untuk di jadikan bahan umpatan. Dituduh meroyan, gila bagai tu biasa la oleh geng2 nametag. So,takde apa yang mengejutkan sangat dengan tuduhan meroyan ni. Nama je pendidik tapi moral pun sama je macam tak terdidik jugak. Kiranya yang ada masalah dengan geng nametag kat alam maya ni aku sorang je kot bagi depa. Sebenarnya aku je tak takut dengan geng nametag ni.. Belakang tabir depa tak tau ramai lagi yang sedang menyatakan perasaan tak puas hati cuma depa tak macam aku suka kecoh. hahahaha.

Pada pertubuhan nametag paling terkenal di alam maya tu.. Gamaknya hangpa rasa kelab hangpa tu suci dari dosa & confirm ahli syurga kot sampai kalau orang tegur sikit terus angkat bala tentera nak serang. Sepatutnya hangpa siasat dulu sebelum tuduh orang mengaibkan hangpa. Geng hangpa tu bukan terdiri daripada malaikat tapi manusia termasuk ketua darjah hangpa tu. Jadi tak mustahil dalam ramai jemaah hangpa tu ada sorang dua perangai yang memalukan geng nametag. Aku memang mengaku bukan baik.. Tapi hangpa yang baik pun dok mengumpat aku secara tertutup macam tu, renung renungkan. Baik sangat ke hangpa. ke kita sama je level. hahahahah

P/S : tapi bukan semua geng nametag macam tu. Ada yang lebih terbuka & tak taksub sangat boleh bergaul dengan aku tanpa ada masalah.

VIRAL WANITA DI SAMAN SUAMI KERANA LAHIRKAN ANAK HODOH HANYA FITNAH

VIRAL WANITA DI SAMAN SUAMI KERANA LAHIRKAN ANAK HODOH HANYA FITNAH. Rasanya ramai kot masih ingat kes yang pernah jadi viral tak lama dulu pasal seorang wanita yang kononnya di saman suami sebab lahirkan anak hodoh. Cerita yang pernah jadi viral kononnya wanita tu cantik sebab pembedahan plastik bukan original. Suami dia yang konon rasa tertipu dengan kecantikkan plastik dia selama ni menfailkan saman terhadap dia.


Kesian kan... Bila dah jadi viral di laman sosial nak2 model dari luar negara ni. Kita bukan kenal sangat terus la percaya. Walhal cerita sebenarnya perempuan just buat photoshoot untuk sebuah klinik kosmetik. tapi perjanjian buat untuk iklan cetak bukan iklan media sosial tapi pihak klinik kosmetik tu langgar penjanjian & mengiklankan dia media sosial menyebabkan gambar itu menjadi viral & fitnah keatas diri dia.

Iklan tu pulak dengan caption " Satu-satunya benda yang kamu akan risau adalah bagaimana untuk memberitahu anak-anak" memang mengundang salah faham orang ramai la. Padahal perempuan sekadar jadi model gambar tu. Bukan cerita dia seperti apa yang di viralkan.

Katanya lepas gambar tu jadi viral dengan fitnah konon suaminya nak saman sebab lahirkan anak hodoh tersebar, keluar pulak dalam tabloit. Bertambah la orang mengeji & mengutuk dia sebagai perempuan plastik. Menyebabkan dia susah nak dapat pekerjaan. Dia sekarang katanya dalam proses menyaman klinik kosmetik & agensi pengiklanan yang terlibat sebab langgar perjanjian & menyebabkan dia di fitnah.

Yang aku confuse sekarang dalam artikel aku baca gambar tu memang gambar keluarga dia jadi betul la dalam gambar tu gambar anak2 & suami dia. Dalam artikel aku baca jugak tak ada menafikan dia buat pembedahan plastik cuma menafikan kes suami dia nak saman dia akibat lahirkan anak anak hodoh.

Tetap moral of the story.. Jangan ubah ciptaan Allah hanya untuk tuntutan nafsu yang akhirnya membawa kemudaratan pada diri. nak cantik dalam gambar tak payah nak habiskan duit buat pembedahan plastik. Guna filter je ok.

ALFATIHAH UNTUK PENYANYI HAZAMI BUKAN FITNAH TAPI SALAH FAHAM

ALFATIHAH UNTUK PENYANYI HAZAMI BUKAN FITNAH TAPI SALAH FAHAM. Kecoh semalam hampir viral jugak screenshot salah satu fanpage yang macam nama anak che ta & zain je. Aku pun lupa apa nama fanpage tu.. Ingat tang Aaisyah rania.. bla.. bla.. gitu la bunyi. Kecoh bila Admin fanpage tu post  mohon peminat penyanyi & komposer Hazami.. sedekahkan alfatihah untuk beliau. Caption dia tu ada juga minta peminat & ahli keluarga Hazami bertabah.

Memang caption mengundang salah faham tapi kita tetap tak boleh judge dia memfitnah sebab tiada unsur2 fitnah pun kat situ. Dia just minta sedekahkan Alfatihah je takde statement hazami meninggal dunia pun

Memang la post macam tu mengundang salah faham.. ada yang ucap  Innalillahiwainnalillahirojiun lagi. Aku memula baca macam terkejut jugak. Bila aku baca balik... Takde pulak mention pasal mati atau apa2 yang berkaitan dengannya. Just status minta sedekahkan alfatihah jer tapi yang membaca & cuba viralkan post tu sebenarnya salah faham. Yelah.. zaman media sosial asal dengar berita kematian jer.. Terus taip Al Fatihah... Padahal kita di ajar bila dengar berita kematian atau musibah pertama sekali ucapkanlah  Innalillahiwainnalillahirojiun bukan sedekahkan Al fatihah.

Lepas tu nak tuduh admin fanpage tu sebar fitnah bagai. Bila masa dia tulis penyanyi Hazami meninggal dunia.. Yang di tulis Al fatihah untuk hazami. Yang sebar fitnah adalah mereka yang menviralkan status tu sebab salah faham tentang Al fatihah yang di sedekahkan untuk hazami. Apa kau ingat Alfatihah boleh sedekah untuk orang mati je ke? Kita boleh sedekahkan Al fatihah untuk sesapa je.. Tak salah pun.

Inilah salah faham tersebar nitizen.. Asal taip Al Fatihah.. mesti tanya siapa meninggal?? Dah sinonim.. kalau Al Fatihah je mesti untuk orang mati. Lepas ni meh la kita reramai serbu rumah ustaz atau majlis2 agama belajar balik supaya kita takde la mengelabah bila orang sedekahkan Alfatihah kat orang yang masih hidup.

Moral of the story... Pentingnya siasat sebelum share tak kira la kau share sekadar nak dapat kepastian dari orang lain sebab benda tu la punca fitnah tersebar. Kalau tak sahih tak payah nak share. Tunggu je sampai dapat confirmation.

PENJELASAN PAKAR MOTIVASI YANG KENA VIRAL ISU JANGAN BALIK KAMPUNG

Zaman sekarang ni silap satu perkataan pun boleh menjadi viral yang maha dahsyat apatah lagi berlakunya salah faham dari sepotong ayat. Dalam kes pakar motivasi yang kena viral & troll pasal statement dia jangan balik kampung di hari perayaan untuk berjimat.. Aku sendiri tak tengok rancangan talk show tu cuma membaca perkongsian di laman sosial jer.. Jadi tak tau siapa betul, siapa salah atau siapa salah faham.


Terbaca kat astroawani penjelasan pakar motivasi ni yang katanya orang salah faham apa yang dia cakap. Sebenarnya dia tak bermaksud bagi cadangan jangan balik kampung pada hari perayaan tapi... Baca sendiri petikan artikel astroawani ni. Kang aku olah2 jadi lain pulak maksudnya. Bertambah salah faham pulak nanti..

 
Artikel penuh baca kat Astroawani
Bagi yang tengok rancangan Talk show tu maybe tahu apa yang berlaku sebenarnya. Bagi yang tak tengok macam aku ni kita cuma mengambil sumber dari laman sosial jer jadi kita sendiri pun tak sure benda @ perkara tu benar2 berlaku atau di manipulasikan oleh pihak lain untuk memburukkan beliau. Tapi aku tak kata pakar motivasi tu betul.. maybe statement dia nak selamatkan diri selepas terlepas cakap & maybe juga dia mangsa fitnah. Jadi takde kesimpulannya dari aku.

Moral of the story.. hati hati bila mengeluarkan kenyataan. Kadang2 kita tak perasan @ sedar benda tu mungkin menjadi salah faham yang boleh memudaratkan kita jadi susun kata2 elok2 sebelum berkata kata. hehehe


GAMBAR SITI DI FITNAH SEBAGAI YANA FMC

Kesian pulak aku.. Nama di sebut orang lain tapi gambar yang bertebaran di alam maya sambil di hambur dengan kata2 kesat, caci maki bagai orang lain. Tak pepasal dia jadi mangsa keadaan sedangkan dia takde kena mengena dengan kes yang sedang menjadi kontroversi maha hebat kat alam maya ni.

Terbaca kat Sozcyili pasal si siti katanya jadi mangsa pembuli siber yang guna gambar dia & di sebarkan sebagai Yana FMC yang konon boleh settle kes 6 ahli kumpulan familia Myvi Club yang berlumba & mengakibatkan kemalangan maut kepada 3 beranak. Kesian si siti terpaksa deactivate account FB sebab tak tahan dengan tekanan yang datang. Yelah.. kau tahan semua orang dok maki hamun dia bukan2 padahal dia tak tau apa2 cuma gambar dia jadi mangsa.


Sumber Sozcyili

Memang siti ahli group Familia Myvi Club tapi dia tak terlibat dalam kes tu & dia bukan yana. Adalah menjadi satu kesalahan orang yang menyebarkan gambar siti sebagai Yana, so hope siti buat la laporan polis jugak untuk buktikan gambar yang di sebarkan sebagai Yana adalah milik dia. Kalau setakat explain macam ni dengan kawan2 tak mampu nak bersihkan nama dia. Bukti pun tak kukuh sangat untuk nampak dia berada di pihak yang tak salah. Almaklum laman sosial. Kena ada bukti bergambar,video atau pengesahan dari pihak berkuasa. Kalaupun tu gambar Yana tetap jadi salah jugak kita sebarkan gambar dia & meletakkan dia dalam ancaman bahaya. Yang dok memaki gambar siti yang di anggap Yana tu, mesti hangpa termalu sendiri kan?

Kesian siti... Yang hina T*T*K siti cepat2 la pi minta maaf

sebab tu la berhati hati sebelum clik butang Share. Aku memang tak pernah pun share gambar siti kononnya si Yana FMC.. Aku just berkomen atau ulas dalam blog jer. Tak attach gambar sapa2 atau kereta depa. Ambil langkah selamat la beb! Ni laman sosial.. Kau kena kenal laman sosial sebelum kau ramah sangat nak share apa2 yang datang melaluinya.

Moral of the story..Yang salah cuma 6 pemandu dari familia Myvi club jangan di hukum semua pengguna myvi pulak. Tak payah jadi gila sangat la. Kekadang orang yang obses sangat ni bukan sebab simpati & menuntut keadilan tapi saja seronok buat kacau jer. Depa ni jenis suka menaguk di air yang keruh. Ambil kesempatan atas kesempitan.


SINDIRAN KUBUR PINK USTAZ MENGUNDANG FITNAH

Ramai yang dah tahu & masih ada yang tak tahu isu kubur pink & service audio mp3 bacaan Al Quran kat kubur adalah satu sarcasm atau sindiran dari seorang individu di laman sosial untuk mereka2 yang menghias kubur ahli keluarga yang dah meninggal dunia secara berlebihan sehingga menyebabkan pembaziran & menyerupai budaya/cara agama lain. Niat Ustaz tu mungkin baik nak menyedarkan umat Islam supaya tak melakukan perkara tersebut tapi cara dia tu bagi aku tak betul la sangat.

Post yang menjadi Viral.Boleh rujuk entri ni >> Kubur Pink <<

Kita sedia maklum bukan semua orang faham bahasa sarcasm/sindiran ni. Aku pun kadang2 tak faham jugak kalau terlalu dalam maksudnya tersembunyi.. tapi dalam kes kubur pink ni aku dapat detect ia cuma sarcasm lepas aku baca post & komen2 di bawah post tersebut cuma tak sure apa yang dia nak sarcasm sebenarnya. Tapi di bawah komen2 tu pun aku tengok ramai yang salah faham dari faham makna tersembunyi. Motif nak menyedarkan orang buat salah tapi yang berlaku adalah salah faham yang lebih besar. Kebanyakkan orang tak faham dia menyindir orang lebih faham dia cuba buat sesuatu yang takde dalam ajaran Islam. Kesan buruk tu berbalik pada tuan empunya badan & cara dia bukan saja mengundang panik orang ramai malah mengundang fitnah yang besar.

Tak perlu la kot nak sarcasm/sindir dalam menyampaikan ilmu Allah ni.. Nak berdakwah, berdakwahlah dengan cara semua orang boleh faham agar ilmu di sampaikan tak jadi salah faham. Salah faham dalam isu agama ni agak berat berbanding isu2 semasa. Pada Ustaz tu, aku nak tegur ilmu aku dengan dia memang jauh beza. Aku ni ilmu paras buku lali tu pun tak tau sampai ke tak.. Ilmu dia mungkin lebih tinggi dari aku sebab mampu di gelar ustaz. Hope apa yang berlaku kita semua jadikan pengajaran. Nak sarcasm pun biar nampak sarcasm nya.

P/S : Tujuan aku tulis entri selain bagi pendapat pasal isu yang menjadi viral adalah untuk memberi tahu maksud sindiran ustaz ni sebab even aku tahu cuma sarcasm tapi mula2 aku pun confuse apa benda yang dia nak sarcasmkan sebab dalam komen dia ada jugak sentuh pasal wasiat Almarhum TG Nik Aziz.. sindiran dia tu boleh mengundang macam2 salah faham..  Bukan senang nak memperbetulkan salah faham bila melibatkan ramai orang

BILA ARTIS KATA MEMBUNUH & BERZINA LEBIH BAIK DARI FITNAH

Tu orang kata tak payah tengok melodi.. sekali dengan kau tumpang sekali bergosip. Hahahaha. Nak buat camna semalam dah berjimbaraya hari ni dok umah ngadap tv je la.. Aku tengok pun gitu2 je la. Takde la kusyuk sangat. Sesambil buat benda lain.. nak2 lagi sekarang aku parking pc sebelah TV.. lagi la fokus kat TV semakin kurang katanya

Sumber google

Ok.. ok.. kena pendekkan kes yang nak di kupas kupis pasal Statement retis pompuan sorang ni. Sapa dia malas la nak sebut nama. Sapa tengok melodi dia tau la sapa.. Sapa yang terlepas buat2 tak tau sudah. Yang penting statement dia tu. Alkisahnya wartawan warrior melodi ni tanya la pasal gosip katanya dia hutang orang tak bayar.. lepas tu buat sistem barter bayar hutang. Dia bayar dengan handbag2 mahal dia. Dia menafikan la benda tu.. potpet bagai dok berhujah tetiba keluar statement.. Lebih baik membunuh & berzina dari memfitnah. Macam pelik pulak aku dengar. Hahahahaha

Mana ada berzina & membunuh tu lebih baik dari memfitnah.. semua tu kategori dosa besar jugak. Takde istilah orang berzina & membunuh tu lebih baik dari memfitnah. Aduhai.. Ayat sepatutnya dia cakap fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh & berzina. Maybe dia tersilap cakap ke hapa tak tau la.. Tapi tu la sebagai orang yang jadi perhatian ni hope susun la cakap tu elok2. Jangan sembur je.. kekekeke

Kesimpulan melodi hari ni cemuih pulak aku dengaq pengacara jemputan, dj hotfm tu sikit2 dok sindir kebot warrior. Macam la wartawan takde yang berlagak warrior. Sebelum wujud kebot.. siapa pencetus gosip & kontroversi. Tapi cuma sekarang wartawan agak ketinggalan berbanding kebot warrior sebab lebih laju dari pen & mic... hahahaha


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com