Showing posts with label skincare. Show all posts

KULIT BERMINYAK DAN JERAWAT CUBA DULU SERUM NI

KULIT BERMINYAK DAN JERAWAT CUBA DULU SERUM NIAssalammualaikum. Sudah lama rasanya tak menconteng blog lekatlekit.com ni. Almaklumlah semakin bertambah komitmen hidup semakin kurang masa untuk beramah mesra dengan pembaca blog. Insya Allah.. selagi di izin Tuhan untuk blog ni hidup, masih boleh di capai melalui carian google.

Rasanya dah lama juga saya tak berkongsi produk produk penjagaan kulit wajah yang menarik untuk anda cuba, kan? Jadi hari ini rasa nak kongsi dengan anda produk yang saya baru cuba beberapa bulan sebelum. Alhamdulillah, rezeki di beri peluang oleh pengasas produk Zaffy.co untuk mencuba serum dari rangkaian produk Zaffy.co.

Memang pada mulanya risau juga nak cuba sebab saya memiliki kulit wajah yang agak sensitif dengan sesetengah bahan  yang ada dalam produk penjagaan kulit ni. Tapi memandang dah lebih 2 tahun saya berhenti dari mencuba sebarang produk dan hanya mengamalkan basic skincare iatu pencuci, penyengar, pelembab dan krim pelindung matahari jadi rasa yakin nak mencuba produk serum Zaffy.co. Sebelum menerima produk untuk di cuba dan memberi ulasan terlebih dahulu pengasas produk Zaffy.co ni melampirkan semua dokumen yang mengesahkan produk mereka selamat dan bebas bahan terlarang.

Almaklum lah lambakan produk tempatan yang di kesan mengandungi racun berjadual & beracun persepsi pengguna terhadap produk tempatan terutama yang tidak memasuki pasaran 'drugstore' atau 'farmasi, agak negatif. Jadi pihak Zaffy.co melampirkan semua dokumen bahawa serum mereka melepasi ujian makmal dan tiada mengandungi bahan terlarang. 

 So saya nak share pengalaman menggunakan Zaffy.co serum ni sejak awal bulan december 2022 yang lepas.

Kali pertama sentuh serum ni.. Testur dia macam gel yang pekat. Macam gam pun ye juga. Tapi bila kita sapu ke atas kulit sangat cepat meresap dan tidak rasa berkerim atau berminyak di kulit. Memang ringan dan selesa. Jadi selesa untuk di bawa tidur. 

Masa hari pertama (Saya pakai malam sebelum tidur) dengan menggunakan cara biasa.cuci muka, toner moisturizer dan last layer dengan zaffy.co serum ni. Esok hari tu bila bangun pagi lepas cuci bilas dengan air, kulit saya rasa sedikit tegang & kering tapi bukan seluruh wajah la. Di bahagia tepi mulut, hidung dan bawah mata. Tapi tak ada apa apa masalah serius. Jadi saya cuba mencari solusi lain untuk memastikan kulit saya tidak menjadi kering. 

Cara pemakaian serum zaffy ni, di sarankan hanya dua hari sekali tapi saya tak nak ambil risiko jadi saya cuba dulu seminggu sekali. Selepas seminggu kali kedua saya nak pakai Zaffy.co serum ni, saya guna teknik sandwich macam yang founder produk ni cadangkan sekiranya mengalami masalah kulit kering. Cara teknik sandwich adalah sebelum pakai zaffy.co serum lapiskan dulu dengan pelembab kemudian baru pakai serum kemudian lapiskan sekali lagi dengan pelembab.

kali kedua guna teknik sandwich Alhamdulillah. Kulit tak kering. Mula mula pakai seminggu sekali. Sekarang dah berani apply seminggu 2 kali atau 2-3 hari sekali. Dengan teknik sandwich juga sebab dah tak ada masalah kulit kering. 

Pada awal rasa risau nak cuba tapi sekarang memang saya jatuh cinta dengan serum salacilid asid ni. Boleh nampak perubah kulit tu selepas sebulan saya guna. Parut parut hitam pudar, jerawat pun kurang aktif, kalau ada jerawat cepat kecut, masalah kulit berminyak dah hampir tiada, kulit nampak makin cerah (bukan putih), kulit pun nampak lebih segar.

Bagi saya produk ni sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat cuma nak gunakan produk yang ada bahan aktif macam ni perlulah kukuhkan basic skincare. Kalau jenis memang tak amalkan basic skincare dalam rutin harian risau saya nak recommend produk ni. Jadi kalau nak cuba pastikan basic skincare anda di amalkan sekurang kurangnya 6 bulan. Maksudnya kena hari hari gunakan facial wash, pelembab, toner dan sunscreen. 

Untuk guna serum ni yang paling tak boleh abaikan pelembab dan sunscreen. Wanib Kena pakai pelembab dan sunscreen. Pendek kata basic skincare tu kena di pakai bersama lah. Tak boleh abaikan salah satu. Risau muka anda akan breakout atau sunburn pulak.

Apa yang saya baca dari pengalaman kawan kawan yang pernah guna produk mengandungi salacilid asid ni.. yer kesan dia agak cepat. Saya setuju. Cuma macam saya cakap.. dia tak boleh terus pakai kalau tak jadikan basic skincare sebagai rutin sekurang kurangnya selama 6 bulan. Perbuatan macam ni mungkin merisikokan kulit wajah anda. 

Serum zaffy ni mempunyai bahan bahan aktif yang boleh rawat kulit dan mempunyai bahan bahan pemutih untuk membantu mencerahkan kulit dan memudarkan parut jerawat dan juga jeragat. 

Pada anda yang nak cuba produk Serum Zaffy.co ni boleh cuba tapi kesan penggunaan tu mungkin berbeza. Kalau berlaku iritasi atau tindakbalas yang tidak baik sila hentikan. Mungkin tidak sesuai dengan keperluan kulit anda. Semua produk di pasaran pun macam tu juga. Bergantung pada keperluan dan kesesuaian kulit wajah seseorang. 

Zaffy.co serum ni di cadangkan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti berminyak, berjerawat, kusam dan masalah pori. Boleh cuba sekiranya anda mempunyai masalah kulit seperti yang di cadangkan tetapi sekali lagi di ingatkan tindakbalas pada setiap orang mungkin tidak sama. Samada positif atau sebaliknya. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan produk Serum Zaffy.co ni anda boleh layari laman facebook Zaffy. co di sini Zaffy. co


UNTUK JERAWAT.. NIXODERM ATAU CELLMULA AC CLEAR SPOT GEL

UNTUK JERAWAT.. NIXODERM ATAU CELLMULA AC CLEAR SPOT GELLama rasanya tak buat entri pasal skincare ni. Bukan kata tak dak skincare produk yang saya try untuk di review tapi kekangan masa nak menulis tu terhad sangat. Di samping mood pun sekejab up sekejab down. Mental tak berapa nak sihat sangat katanya

Di kesempatan yang ada ni moh ler kita cerita sikit pasal skincare. Almaklum la.. den dengan jerawat ni macam perjanjian sehidup semati pulak. Tak banyak sebiji dua mesti juga dia nak menempel.so selalunya memang sentiasa ada la apa apa produk untuk atasi jerawat kat rumah den.

Sebab terpengaruh di tiktok saya ada juga la terrrrrr... Beli krim ubat Nixoderm. Salah satu fungsi krim ni untuk rawat jerawat. Padahal saya kat rumah guna Cellmula AV clear spot gel. Saja nak try Nixoderm ni sebab harga dia pun murah. Ramai sangat dok review kat Tiktok tu.

Kita cerita pasal nixoderm dulu lah.. pertama kali apply dia rasa panas & pedih sikit kat kulit dalam beberapa tempoh. Mungkin dalam seminit dua gitu. Sebab Nixoderm ni bukan skincare tapi ubat yang berdaftar sebagai MAL kkm. 

Nixoderm ni bagusnya jerawat kering & kecut dalam masa 1 hari. Tapi yang tak bestnya.. bahagian jerawat tu nanti dia jadi kering & mengelupas yang nampak ketara. Lepas dah rata bahagian jerawat tu dia akan meninggalkan kesan parut yang hitam sangat. Tu dari pengalaman saya guna la.

Untuk Cellmula AC Clear Spot Gel untuk jerawat ni dah lama saya guna. Saya guna bersama moisturizer dari jenama yang sama sebab boleh di gunakan masa muka breakout & untuk kulit berminyak juga. So far AC clear spot gel ni dia ambil masa sikit untuk jerawat tu betul betul kering & kecut sepenuhnya. Normally 3 - 5 hari. Tapi yang bagusnya tidak meninggalkan kesan parut atau kalau adapun selalunya tak hitam pekat. Tu pun maybe sebab garu atau picit la. Tapi parut coklat yang lite lite sajo. Bila guna dengan moisturizer dia.. parut tu akan perlahan lahan pudar & hilang.

Bila kita sapu AC Clear Spot Gel ni pun tak ada rasa panas je, perit atau apa. Sebab produk adalah produk berasaskan bahan semulajadi. Lebih selamat untuk kulit terutama yang jenis kulit sensitif macam saya.

Bila saya cuba kedua dua produk ni apa boleh saya katakan Nixoderm ni agak 'keras' sebab dia dalam kategori ubat. Berkemungkinan sesetengah kulit tak dapat terima & mungkin boleh berlaku keradangan atau iritasi. Tapi bagi kulit yang dapat terima boleh guna sebab Nixoderm adalah produk farmasi yang berdaftar sebagai ubat dengan KKM.

Untuk cellmula AC Clear Spot Gel ni.. lebih mesra kulit sebab natural produk. Tak perlu menahan pedih atau panas cuma perlu sabar & terus consistent guna sehingga masalah jerawat tu selesai. Cellmula ni produk korea yang juga berdaftar dengan kkm sebagai kosmetik produk. Bukan produk kilo atau OEM. Produk ni antara produk yang dah melalui RnD di korea. Mungkin kat Malaysia tengah nak up.

Bagi hangpa yang ada masalah jerawat boleh try la yang mana mana hangpa rasa sesuai dengan masalah jerawat hangpa. Kedua duanya cara guna sama. Sapu pada bahagian jerawat sahaja. Kalau dah jerawat satu muka.. satu muka la sapu.

Untuk Nixoderm boleh beli di Vital farmasi atau drugstore seperti guardian atau watsons.untuk Cellmula produk boleh dapatkan dari pengedar sah mereka di malaysia iatu Puan Suzana. 


Tips : Untuk jerawat cepat kecut & kering selalu saya gunakan gel jerawat bersama acne patch. Lepas sapu gel jerawat tu saya lekat acne patch. Boleh la try kot kot berkesan pada hangpa. 

Jadi untuk jurujerawat sekalian.. semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Pilih produk yang selamat & berdaftar dengan kkm. Tapi kena ingat produk yang selamat pun perlu ada keserasian dengan kulit. Bukan semua kulit boleh terima semua produk. Setiap kulit itu berbeza penerimaan sesuatu produk jadi penting untuk pilih produk yang betul.

PENJELASAN TENTANG PRODUK CETAPHIL YANG DI KATAKAN MENGANDUNGI BAHAN TIDAK SELAMAT

PENJELASAN TENTANG PRODUK CETAPHIL YANG DI KATAKAN MENGANDUNGI BAHAN TIDAK SELAMAT. Khairul Yoi satu entiti yang dalam kategori anonymous tapi sebenarnya tak berapa anonymous juga. Cuma ramai yang tak tahu siapa dia termasuklah saya. Saya cuma banyak follow posting posting berkaitan info info produk di page beliau Khairul Yoi. Dah banyak kali account facebook Khairul Yoi ni kena report & kena benam.. Tapi tu la manusia berpengaruh macam tu.. Dia macam zombie. Susah nak mati katanya hehehe.


Baru baru ni kecoh ada seorang individu konon membuat pendedahan tentang 1 produk drugstore yang agak terkenal. Sebab produk ni ramai yang akan rekemen termasuk specialist bagi mereka yang mengalami breakout teruk tak kira la sebab terguna produk kosmetik beracun atau apa apa sebab lain. Kalau sebut cetaphil tu.. Rata rata orang kenal brand ni. Saya pun pernah guna gentel cleanser cetaphil masa mengalami alergik teruk kat muka. So far membantu masalah tu. Sebab kulit saya memang agak sensitif dengan cleanser yang berbuih mewah.. Even tak mengalami alergik pun hasil try & error bermacam macam jenis cleanser ni.. yang jenis gel & tak berbuih paling serasi dengan kulit saya even body wash pun saya guna jenis gel tapi tak la sampai tak ada buih. Body wash kalau tak ada buih.. Rasa tak puas pulak bersabun kan? kekekeke

Berbalik pada isu cetaphil.. Salah faham yang di viralkan di perbetulkan semua oleh Khairul Yoi. So untuk panduan & info korang semua saya copy paste balik posting khairul Yoi. Bukan apa.. Page Khairul Yoi ni.. satgi hilang at least ada la info berguna yang di sampaikan di simpan di blog ni untuk rujukan anda semua..



Since beberapa hari lepas, ramai yang tanya pasal kandungan Cetaphil dan jugak about this post.

Pertama skali, aku dah terangkan pasal selamat vs serasi. Cari yang selamat dulu. Kemudian baru cari yang serasi. Macam mana nak tau selamat? Dah ajar banyak kali, beli dari drugstores atau cari produk local yang berkualiti. Ada labtest, dikilangkan di kilang bertaraf gmp, berdaftar dengan kkm, yada yada yada. Atau boleh tengok senarai produk berkualiti yang aku pernah mention sebelum ni.

Kedua, Cetaphil. Aku nak ajar korang macam mana nak baca ingredients analysis dalam cosdna. Nanti korang tekan pic kat bawah. Aku sediakan cara2 nak baca dan tengok ingredients safety level.

Cetaphil ni, ada 8 saja ingredients. Yang jadi kecoh sebab ada sodium lauryl sulfate dan hydroxybenzoate (paraben). Kita cerita pasal sls dulu. Fungsi dia adalah sebagai surfactant, atau bahasa mudahnya mengurangkan geseran antara kulit dan cleanser. Dan jugak dia adalah agen pembuih. Tapi klau korang prasan, cetaphil ni tak berbuih pun kan. Maknanya kandungan sls dalam cetaphil adalah sangat sangat sedikit. Dan sls ni jugak fungsi dia untuk stabilkan the whole product. Klau tak stabil nanti cepat naik kulat, cepat rosak dan sebagainya. Sls ni bersifat mengeringkan kulit. Tapi biasanya irritation jarang jadi pada rinse off product. Kecuali produk yang korang letak kat muka lama2. Tapi still korang kena berhati2 lah kan memilih produk.


Jadi keypoint dia, depends kepada skin tolerance korang. Korang yang ada DRY SKIN atau SENSITIVE SKIN, sebaiknya elakkan guna sebarang produk yang ada SLS, SLES, PARABEN (HYDROXYBENZOATE), SILICONE, ALCOHOL, FRAGRANCE. Sekiranya korang pakai cetaphil dan kulit jadi kering, gatal2, atau tak selesa, itu berkemungkinan korang ada alahan pada paraben atau sls walaupun cetaphil adalah untuk sensitive skin.

Kemudian dakwaan bahawa alcohol adalah pembunuh senyap. Yes that is right. Kalau kau teguk alcohol and drive, kemungkinan alcohol tersebut boleh membunuh. Alcohol dalam minuman tak sama macam alcohol dalam skincare ok. But the thing is kebanyakan alcohol dalam skincare adalah untuk control kepekatan produk dan membantu ingredients lain supaya mudah diserap ke dalam kulit. Tapi, ada tapi. Alcohol pun sama, korang yang ada sensitive skin kena elakkan pakai produk yang ada alcohol sebab alcohol jugak boleh mengeringkan kulit.

Untuk kulit normal, takde masalah pun sebenarnya. Ada sebab kenapa moisturiser diwujudkan. Sebab tu lepas cleansing, korang pakai moisturiser untuk hydrate kan kulit korang supaya tak kering. Ni lah sebabnya ni. Supaya korang tak menggelabah bila nampak produk yang ada sls, sles dan alcohol. Jadi yang ada kulit sensitif dan kering tu, carilah produk yang bebas bahan2 yang aku sebutkan tadi.


Semoga info & penjelasan ni membantu korang lebih memahami ingredient dalam produk. Bak kata Khairul Yoi perkara pertama dalam memilih produk.. Yang pertama pilih produk yang selamat dulu kemudian cari produk yang serasi dengan anda. Sebab kita sedia maklum.. Produk yang selamat pun bukan sesuai dengan semua orang jadi penting kalau nak guna apa apa produk 2 kriteria ni perlu ada. Produk yang selamat & memenuhi keperluan & masalah kulit korang. Produk yang beracun ni even luar kulit nampak macam bagi kesan positif tapi tetap bahaya pada kesihatan. Sebab kadang kadang effect dia tak nampak luar kulit tapi perlahan lahan merosakkan kesihatan dalam korang. Yang tu baru boleh panggil 'Silent Killer' ok!

Mora of the story.. Jadilah pengguna bijak bukan pengguna senang kena pijak. Anda mampu mengubahnya. 

AWAS! JANGAN TERTIPU DENGAN KOSMETIK ORGANIK

AWAS! JANGAN TERTIPU DENGAN KOSMETIK ORGANIK. Sebab lambakkan produk kosmetik terutama skincare ni di kesan mengandungi bahan terlarang seperti merkuri, hidrokinon & tretinion sekarang ni segelintir pengeluar/ponder beralih arah dengan menggunakan taktik claim produk depa organik pulak. Yang paling tak tahan tu.. 100% organik kau! Yelah.. hang klepet (tipu) pi la macam mana confirm masih ada golongan yang akan percaya & terpedaya.


Bukan kata tak ada produk organik.. Ada je cuma yang claim 100% organik tu nak percaya dengan tak percaya sama banyak je. Produk yang buat tuntutan organik ni kena di ada sijil organik. Kalau tak ada tak boleh nak claim produk depa organik. Tak ada bukti sokongan yang menyatakan produk mereka organik so kita kena ragui la. Zaman masing masing berlumba nak kaya raya ni dia bukan kisah dah rezeki dia halal ke, berkat ke tidak. Yang dia fikir.. apa saya marketing yang boleh menaikkan jualan produk dia.. kita belasah je. Dalam hal ni yang konon sifu sifu dok buat kelas marketing terutama yang beragama Islam mohon highlight isu halal, haram & keberkatan rezeki sikit. Ni asyik ajar teknik nak naikkan sale.. buat copywritting overclaim je kan. Ajar la sikit depa jujur dalam berniaga ni.

Seperti biasa atas keprihatinan & sama sama nak belajar dengan hangpa semua.. den kongsikan sedikit info berkaitan produk kosmetik organik & apa itu produk kosmetik organik yang patut kita semua tahu. Even info ni sangat basic.. At least membantu kita dari kena tipu.

Produk kosmetik organik tidak dikawal oleh mana-mana perundangan ataupun badan kawalselia. Ini bermaksud sesiapapun boleh mengunakan terma 'Kosmetik Organik' tanpa larangan. 
Label Organik pada produk kosmetik pula tidak semestinya bermaksud bebas bahan kimia, tetapi bermaksud menggunakan bahan organik dalam
penghasilannya. 

Bahan organik dalam kosmetik ini boleh jadi hanya 1% sahaja daripada kandungan kosmetik. Contohnya, produk kosmetik yang hanya mengandungi 0.01% minyak lavender organik juga melabelkan produk mereka sebagai kosmetik organik. Tetapi ramai pengguna yang tidak sedar. 
Kajian yang terbaru mendapati, 1 daripada 3 orang pengguna sanggup untuk membayar harga 25% lebih mahal untuk mendapatkan produk- produk yang dihasilkan secara organik ataupun bebas bahan kimia. 
Jadi hari ini, terma 'ORGANIK' telah dijadikan sebagai alat pemasaran oleh syarikat kosmetik untuk mereka jual dengan harga yang lebih mahal selain untuk yakinkan pengguna bahawa produk mereka selamat dan bebas bahan kimia beracun. 
Anda boleh survey sendiri trend produk-produk kosmetik di kedai kosmetik ataupun farmasi komuniti yang semakin banyak menggunakan label organik. Tak perlu pergi jauh, kita juga boleh lihat trend penjualan kosmetik di Facebook dan Insta oleh penjual-penjual online kebanyakkan claim produk kosmetik mereka adalah organik dan bebas bahan kimia beracun. 
Tambah mengelirukan lagi, pelbagai logo-logo organik dikeluarkan oleh pelbagai badan dan persatuan yang menggunakan standard organik sendiri. Ada yang mengatakan kosmetik organik mesti mengandungi 95% bahan berasaskan tumbuhan dan 10% daripada kandungannya adalah organik. 
4 KATEGORI LABEL ORGANIK 
Menurut USDA, produk kosmetik boleh menggunakan logo USDA Organic mengikut 4 kategori label organik sama seperti produk makanan. 4 jenis label organik ini adalah: 
1. "100% ORGANIC" - Produk mesti mengandungi bahan yang dihasilkan secara organik sahaja tidak termasuk air dan garam.
2. "ORGANIC" - Produk mesti mengandungi sekurang-kurangnya 95% bahan organik. 
3. "Made With Organic Ingredient" - Produk mengandungi sekurang-kurangnya 70% bahan organik dan boleh letakkan 3 bahan organik pada label. 
4. Jika produk mengandngi kurang 70% bahan organik. Produk tidak boleh menggunakan terma "organik' pada label tetapi boleh nyatakan kandungan spesifik yang dihasilkan secara organik. 
Air dan garam tidak termasuk dalam kategori 'bahan organik'. Di US, mana-mana produk yang tidak menepati 4 kategori label organik di atas tidak boleh menggunakan label USDA Organic pada produk kosmetik mereka. 
Jadi, apa yang pengguna boleh lakukan jika mahukan produk kosmetik organik? 

Jawapannya. Luangkan lebih banyak masa untuk membaca dan fahami label produk kosmetik tersebut. Semak siapa pengilangnya dan siapa yang berikan logo atau persijilan organik kepadanya. Periksa kandungan bahan-bahan yang digunakan. Jika masih tidak jelas, hubungi syarikat tersebut dan tanya. 
"Memilih untuk menggunakan produk kosmetik yang organik dan bebas bahan kimia adalah hak pengguna". Jadi, jika kita buat pilihan untuk gunakan produk Kosmetik Organik pastikan kita betul-betul dapat apa yang kita bayar. 
"JIKA KITA BAYAR HARGA UNTUK PRODUK KOSMETIK ORGANIK, PASTIKAN APA YG KITA DAPAT BETUL-BETUL PRODUK ORGANIK. BUKAN CLAIM SEMATA-MATA"
Sumber : FB Rahman Baco, Pharmacist

Semoga tips & info berkaitan produk kosmetik organik membantu hangpa supaya dapat mengenalpasti samada produk tu betul betul organik atau sekadar claim organik je bagi memanipulasikan iklan bagi melariskan jualan.

Moral of the story.. ada berhak bertanya bukti sesuatu produk itu samada betul organik atau tidak kepada pengedar/pengeluar/penjual. Kalau banyak dolak dalih & alasan.. Anda wajib meragui kejujuran mereka. Jadilah pengguna bijak anda mampu mengubahnya.

SENTAL MUKA DENGAN SIMPLE FACIAL SCRUB BERAS

SENTAL MUKA DENGAN SIMPLE FACIAL SCRUB BERAS. Tu dia.. sental muka katanya. Kau umpamakan muka kau macam bontot kuali ke camna sampai kena sental sental ni? Bila tulis sental apa yang kita bayang tonyoh sekuat hati supaya keluar semua kotoran degil yang melekat kan? Macam tu la juga kena juga sental tapi tak la sental macam sental bontot kuali. Gila kau sental muka macam tu.. Mau terkoyak kulit muka kau nanti.


Muka ni normally nak sental.. Kita kena scrub. Sebab selalu kalau sekadar guna cleanser dia tak deep clean sangat. Tak mampu membuang sel sel kulit mati & kotoran degil yang melekat pada kulit. Normally benda tu tak nampak la dengan mata kasar. Kita nampak lepas cuci dengan cleanser muka nampak macam bersih walhal sebenarnya tak bersih sangat.

Kenapa kena scrub muka? Sebabnya scrub salah satu kaedah untuk membuang sel sel kulit mati untuk menghasilkan kulit baru, kotoran yang tersumbat dalam liang pori, bintik hitam, buang kotoran yang melekat pada kulit supaya kulit lebih bersih, sihat & tidak kusam. Tu kepentingan scrub secara ringkasnya.

Sebab den pun tahu keperluan scrub muka ni.. Maka try la Simple Smoothing facial scrub ni. Yang buat tertarik nak cuba sebab pertama katanya ada butiran beras. Saya suka scrub beras dulu selalu buat sendiri kat rumah guna beras sangai yang di blend halus kemudian di campur dengan telur putih. Tempek buat macam mask dah kering boleh cuci sesambil scrub dengan beras blend tu. Memang best feel dia. Muka jadi licin, bersih & cerah je lepas tu. Tapi tu la.. Sekarang ni tak berapa nak rajin so beli je la produk yang ada kat pasaran tu.

Sebab rasa dah lama sangat tak scrub muka ni.. Survey la scrub muka kat watsons haritu. Tu yang terbeli Simple Facial scrub ni. Selain kandungan dia ada beras.. Simple scrub ni dia memang sesuai untuk yang mempunyai kulit sensitif. Orang yang ada masalah kulit sensitif ni memang tak berapa sesuai guna produk yang ada alcohol, pewarna tiruan, & pewangi. So scrub ni menepati keperluan kulit sensitif macam saya. Memang bau & warna dia natural maybe ada yang rasa macam tak best sangat bau dia tapi saya ok sebab dah biasa guna produk produk macam ni. Hidung dah serasi katanya hahahaha


Dah try setakat ni memang tak ada kesan sampingan yang buruk. Tapi rasa not bad.. muka nampak bersih, segar & lebih cerah selepas scrub muka. Yang gelap tu kita sedia maklum kadang2 kulit kita kusam & tona kulit kita tak sekata akibat maybe kotoran yang melekat pada kulit yang tak di cuci dengan bersih. Bila dah bersih semua.. sel sel kulit mati dah tertanggal & tumbuh kulit baru tu yang menghasilkan effect muka kita nampak cerah. Sebab tu kena scrub muka ok!

Untuk kulit saya yang sensitif & mudah berjerawat ni.. Setakat ni nampak sesuai dengan simple smoothing facial scrub with rice granules katanya. Cuma cara nak guna dia bergantung pada jenis kulit & masalah kulit korang la.


Pada label belakang produk tulis.. Untuk normal & kulit kering hanya perlu scrub seminggu sekali & yang ada masalah kulit berminyak scrub seminggu dua kali. Saya jenis kulit kombinasi saya pilih scrub seminggu 2 kali boleh gitu! Setakat ni ok jer saya buat macam tu hahahaha

Cara guna dia sama je macam scrub lain.. Pastikan kulit kering kemudian scrub la muka. Gosok perlahan lahan kemudian bilas dengan air. Settle. Ke ada cara lain orang scrub muka? Tapi direction yang di beri belakang produk macam tu la cara guna dia kan.. Kalau cara lain korang scrub muka berlaku kemudaratan atau kerosakkan pada kulit korang kena tanggung sendiri la yer.

4 STEP UNTUK SCRUB MUKA. TAPI GUNA CONTOH BELAKANG TANGAN SEBAB MUKA TAK CUN HAHAHA. MULA2 LETAK SCRUB PADA MUKA. GOSOK PERLAHAN LAHAN SEHINGGA JADI MACAM GAMBAR NO 3 TU. KEMUDIAN BILAS DENGAN AIR.

Harga Simple Smoothing Facial Scrub With Rice Granules ni RM17.63 masa saya beli di watsons sri damansara. Tu dia complete location tu. Punya la detail. Mungkin harga akan berubah ubah mengikut sale yang ada kan.. So kalau lagi murah kira rezeki hangpa la kan. Tapi rate harga dia macam tu la. Kandungan 1 tiub 75ml. Ok la tu kan.. bukan guna hari hari pun.

Produk ini telah menjalani Dermatologically tested. So Insya Allah selamat di gunakan tapi bergantung pada kesesuaian kulit la. Sebab penerimaan setiap kulit orang ni bukan sama. Produk yang selamat pun belum tentu sesuai dengan semua orang tapi at least kita tahu ia tidak mengandungi bahan terlarang & merbahaya untuk kesihatan kulit & organ dalaman kita. Tu penting ok dalam pemilihan produk. Cantik je pun tak guna kalau perlahan lahan racun yang terdapat dalam produk tu merosakan kesihatan dalaman kita.

Produk simple ni boleh di dapati di drugstore macam farmasi/guardian/watsons. Tempat lain tak sure pulak ada jual ke tidak produk simple ni.


Jadi yang nak mencuba scrub beras dari brand simple ni boleh la beli yer.. Sebab setakat ni tak ada yang offer free lagi hehehe

PEGAGA DALAM L'OREAL CENTELLA ESSENCE WATER MEMANG BEST OK!

PEGAGA DALAM L'OREAL CENTELLA ESSENCE WATER MEMANG BEST OK! Daun pegaga ramai yang tahu selain sedap di buat ulam atau kerabu.. Banyak khasiat juga untuk kesihatan & kecantikkan kulit. Kalau orang orang kampung ni memang biasa dengan petua nak awet muda makan ulam pegaga. Kat kampung senang nak cari daun pegaga ni.. sebab tumbuh meliar dalam hutan & kalau tanam pun senang nak membiak sebab mak saya pun ada tanam pokok pegaga ni. Daun dia ada hijau berbentuk macam bulat sikit. Susah lahai nak explain hangpa tengok ja gambar kat bawah ni.

Ni la rupa daun pegaga. Pokok dia jenis tumbuh merimbun & menjalar atas tanah

Centella asiatica atau lebih dikenali de­ngan n
ama pegaga di negara ini ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan se­seorang. 
Herba daun hijau berbentuk kipas itu biasa terdapat di Jepun, India, China dan Indonesia. Namun, kini ia semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari kebaikannya. 
Ia juga dikenali ­dengan nama Gotu Kola di India dan sering ditemui di kawasan berair. ­Pegaga boleh dimakan begitu saja sebagai ulam setiap hari, direbus atau dikisar menjadi minuman. 
Lebih menarik, perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat parut.
Pegaga dikatakan mampu merawat ­kerosakan kulit secara tradisi selain meningkat­kan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin me­ngamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya. 
Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut. 
Bahan aktif pada pegaga yang merang­sang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus me­ngurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit. 
Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya me­ngelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.
Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha. 
Bagi yang bimbang de­ngan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia ­memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit. 
Istimewanya, ia me­ngandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.
Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegang­kan kulit dan menjadikannya lebih tegang. 
Pegaga menawarkan rawatan alternatif yang murah, berkesan dan mudah. Bagaimanapun, bagi mereka yang me­ngalami masalah kesihatan serius, penggunaan herba untuk merawat perlu dirujuk kepada doktor.  -Sumber Harian Metro-

Sebab daun pegaga ni banyak khasiat untuk kecantikkan kulit maka L'OREAL paris tengah memformulasikan khasiat pegaga ni dalam produk depa yang di beri nama Revitalif Micronized Centella Essence water.


Actually secara tak sengaja saya ter try produk ni sebab dapat free sampel 22ml dari Home Tester club. Bila dapat produk dari Home Tester Club ni wajib cuba & bagi feedback selepas 7 hari menggunakannya. Sebab produk ni produk drugstore di mana keselamatan produk ni lebih terjamin. Of course la dah menjalani RnD sebelum di pasarkan. Dah di uji khasiat & kesan dia. L'OREAL kot bukan brand Totok skincare ke hapa. Insya Allah saya yakin produk ni tidak mengandungi bahan terlarang yang membahayakan kesihatan pengguna.

Mula mula try tu kalau kita rasa best mesti la kita review yang positif kan? Sebab Home tester Club ni dia tak kata mesti bagi good review. Kalau sesuai & bagi kesan baik.. Tulis la review pengalaman guna tu dengan jujur. Kalau sebaliknya pun depa tak saman pun. Sebab memang setiap produk tu mustahil la ada sesuai dengan semua orang & semua jenis kulit.

Bila kita guna rasa best selain essence water ni mudah nak consistent. Sebab cara pakai dia.. tuang atas tapak tangan lepas tu tepuk tepuk seluruh muka je. Jenis pemalas macam den ni memang suka sangat la lahai produk produk macam ni.

Selepas try sebotol Centella essence water yang 22ml dapat free sampel tu.. Saya tak ragu ragu dah nak teruskan penggunaan produk ni. terus Topup botol 130ml beli kat watsons. Sebab tak ada packaging 22ml yang di jual. Yang ada 130ml je..


Produk ni yang best bila kita pakai.. Yup boleh rasa kesan positif tu dalam masa 7 hari. Tapi tak la 7 hari tu dari nenek kebayan kau bertukar jadi puteri gunung ledang. Cuma rasa la kulit kau lembab, lembut, segar & kalau kusam tu dia nampak cerah sikit. Sekaligus kalau ada masalah tona kulit tak sekata tu.. dapat membantu juga secara tak langsung. Cerah bukan putih yer jangan salah faham. Produk ni bukan produk pemutihan kulit & takkan mengubah warna kulit asal hangpa ok!

Tapi kalau hangpa jenis kulit berminyak memang tak rekemen untuk guna. Mungkin buat kulit hangpa semakin berminyak. Untuk normal & kulit kering.. Yup sangat sesuai. Atau jenis kulit kombinasi macam saya.. Saya terpaksa matching dengan Garden Of eden Mild cleanser untuk keringkan minyak & seimbangkan kelembapan kulit dengan pakai Centella Essence water. Hasil gabungan cinta antara benua ni, Local produk (Garden Of eden) & international produk (L'OREAL) bukan dapat anak pan asian yer.. tapi nampak kesan kulit saya dah tak berminyak atau kering bagai di gurun sahara lagi. Kulit lembab, lembut & bila sentuh rasa licin. Dah tak ada rasa kasar kasar sebab jerawat pasir berdengung tu.


Centella Essence water ni secara tak langsung berfungsi sebagai pelembab so saya tak guna lagi pelembab gel atau krim. Kita sedia maklum kan.. pelembab sangat penting untuk kulit. Tanpa kelembaban yang cukup kulit akan cepat kedut. Muka boleh nampak tua sebelum usia. So jangan pandang remeh kepentingan pelembab kepada kulit yer.

Saya tak ingat berapa lama saya guna L'OREAL Centella Essence Water yang sampel produk 22ml.. tapi macam lama guna la tahan. Kira berbulan juga. Memang boleh nampak kulit lebih lembab, lembut, segar, tegang & cerah. Kulit kusam kita sedia maklum akan buat kulit kita nampak gelap & tidak bermaya. So pendapat saya centella essence water ni memang berkesan untuk masalah kulit kusam juga.

Produk ni ada khasiat untuk anti penuaan.. Yelah menggunakan extrak pegaga yang saya dah share khasiat dia kepada kecantikkan kulit. So, yang mana dah nampak kesan kesan penuaan tu elok la start amalkan. Terutamanya yang dah start nampak kesan garis garis halus kat muka tu. Sebab benda ni dia kena bermula dari awal. Bukan dah kedut baru tergedik gedik nak pakai.

Cara guna
Macam saya cakap memang senang sebab tu saya pilih nak teruskan guna L'OREAL Revitalif Micronized Centella Essence Water ni. Cuci muka macam biasa. Kalau nak scrub ke apa buat dulu yang basic cuci cuci tu.. Lepas tu lap sehingga kering. Tuang Essence water atas tapak tangan & tepuk tepuk seluruh muka.

Rekemen untuk guna 2 kali sehari. Pagi & malam. Bagi yang bekerja nak makeup.. makesure apply dulu essence water baru apply makeup. Malam sebelum tidur boleh tempek tempek. Simple.

Bau dia orang putih kata 'just nice'. Tak la wangi macam perfume & terlalu natural sampai bau pure daun. Senang cakap bau dia pun macam tak bau sangat la. Selesa la bagi yang ada masalah dengan bau ni.

Testur dia pulak macam serum. Pekat tak pekat sangat & cair pun tak cair sangat. Bila kita apply elok je melekat kat kulit.

Macam saya rutin saya sekarang memang cuci muka & apply essence water ni je. Seminggu sekali tu scrub la muka (tu pun baru nak scrub balik muka lepas lama tinggalkan akibat malas hahaha). Sebab sekarang ni saya memang jadi malas nak apply apa2 jenis krim muka.. Rasa essence water ni pun cukup la buat kulit saya tak kusam, kering & comot sangat walau tak la secantik bidadari sorga.

Harga RM65 untuk 130ml (mengikut kiraan boleh tahan sehingga 6 bulan). Kalau kat drustore tu buat sale lagi murah. Ada sampai 50%. Yang ni saya beli RM52. Untuk pelaburan setengah tahun katanya.. Harga tu kira murah la. Tak payah nak topup setiap bulan.


Ada jual kat watsons, guardian, certain farmasi atau mall/pasaraya. Alah L'OREAL ni produk yang senang nak cari. Online pun ada jual. Tapi kalau nak beli online macam kat lazada atau shopee.. Make sure beli dengan Official L'OREAL atau Official Guardian / Watsons. Jangan beli dengan seller seller risau takut fake product ke apa. Sebab ada seller dari china kat shopee jual murah nak mati beb! Aku pun risau nak beli kalau dah murah sangat. Dah la dari china sana nu..

Bagi yang rasa L'OREAL Revitalift Micronized Centella Essence Water memenuhi keperluan & sesuai dengan masalah kulit korang boleh la try. Bagi saya memang saya puas hati guna setakat ni. Memang tak nampak kesan tak baik maybe sesuai dengan keperluan kulit saya. 

JENIS JENIS SUNSCREEN YANG RAMAI TAK TAHU TERMASUK FOUNDER PRODUK

JENIS JENIS SUNSCREEN YANG RAMAI TAK TAHU TERMASUK FOUNDER PRODUK. Perlu ke kau highlight founder tu lekatlekit? Kau saja kan nak menganjing depa.. Iskk.. mana ada. Kan sekarang banyak sangat so called 'Founder' atau kebanyakkan cuma ponder jer sebab level & knowledge depa terhadap produk yang mereka keluarkan & pasarkan belum layak di gelar founder.


Yelah.. trend sekarang kan produk rebrand dari kilang OEM. Kau ada duit kau pergi kilang OEM cari je produk apa2 yang kau nak tempek jenama kau sendiri.. lepas tu kau boleh la claim diri kau ponder even kau sendiri tak faham apa2 pasal produk kau. Semua kilang yang buat ka. Dari packaging sampai la pendaftaran untuk di pasarkan. Kau cuma perlu pergi belajar marketing lepas tu buat fb ads sampai sesak news feed FB orang.. dah cukup. Modal lebih sikit kau bayar kat stesen TV ke stesen radio ke untuk iklan kan produk kau. Lepas produk kau dah terkenal tetiba ramai pulak dapat kesan buruk pakai produk kau.. KKM ambil sampel buat analisa di dapati ada racun tidak di benarkan.. Kau claim pulak KKM test fake sampel sampai produk kau di fitnah beracun katanya. Yang pakai dapat kesan buruk tu semua beli fake produk. Padahal kau sendiri masa nak pasarkan produk kau tu.. Kau tak ambil kisah pun pasal ingredient ke hapa.. Dalam otak kau' its about money money money je kan? Tu contoh yang banyak berlaku sekarang. Tak point la sapa sapa.. konsep kau buat kau terasa la. Tak buat kau rilex sudah.

Jadi sebab tu la atas rasa tanggungjawab nak ajak hangpa semua termasuk ponder sama sama belajar. Takpa bodoh dulu tapi jangan buat bodoh sampai sajat mengandung anak sulung dah la. At least bila hangpa ada ilmu sikit pasal produk tak la malu sangat nak mengaku ponder kan? Nampak la high class & bijak sikit. Reputasi sapa yang baik? Hangpa jugak.. ye dak??

Di Sebab ramai ponder/seller/agent produk ni tak ada knowledge pasal produk yang depa jual kerana tu la zaman sekarang muncul claim claim merapu & tak masuk akal bila nak iklankan sesuatu produk terutama kosmetik @ skincare ni. Ikut hukum logik akal depa ja..Tak ikut fakta sebenar. Bila orang pertikai kata orang dengki. Termasuk la ponder/seller/agent yang jual produk sunscreen @ sunblock ni. So yang mana ada jual produk sunscreen ni sedang elok la baca entri ni. Buat apa nak malu.. saya sendiri pun sebelum ni tak tahu. Bila dah tahu kita sama sama la share ilmu tu.

Secara ringkas.. Apa tu sunscreen ni? Kena juga bagitau. Satgi ada yang tak tahu.. terpinga tertanya ku dalam dilema mu pulak kan?

sunscreen ni sejenis skincare atau produk yang berfungsi untuk menjadi Pelindung cahaya matahari, juga dikenali sebagai pelindung kulit yang selalunya di datangkan dalam bentuk losen, semburan, atau produk topikal yang menyerap atau memantulkan sinaran ultraungu matahari demi melindungi kulit. Pelindung cahaya matahari mengandungi satu atau lebih penapis UV yang terdiri daripada tiga jenis yang utama.

Kenapa kita kena pakai sunscreen ni? sebab nak melindungi kulit dari sinar terik cahaya matahari yang boleh menyebabkan berlakunya kesan buruk seperti kulit jadi berjerawat, berjeragat & kanser kulit di sebabkan kulit semakin menipis.

Yang orang tak tahu 3 jenis sunscreen tu. Bagi depa.. sama jer. Sebenarnya tak sama ok. Semalam budak laser & lantang Khairul Yoi ada berkongsi info tentang sunscreen di page dia. Rasa sangat bermanafaat untuk den panjangkan perkongsian ni di blog den yang tak se gah page Khairul yoi sebagai rujukan orang lain.

Physical sunscreen
lebih kepada layering kulit atau senang faham just tempek atas kulit je. Tak meresap ke dalam kulit. Biasanya perlindungan UV  berlaku selepas korang apply pada kulit. Perlindungan dia tak kuat sangat. Kurang risikp berlaku kerengsaan kepada kulit. Biasa kalau nampak 'zinc oxide' ngan 'titanium oxide' kat ingredients tu ye la tu. Physical la tu.

Chemical sunscreen 
Sejenis sunscreen yang meresap UV masuk ke dalam kulit, kemudian bertukar kepada haba dan dibuang semula. Kena apply 10-20 minit sebelum terdedah kepada UV. More coverage. Tapi sesetengah orang akan bagi kesan kerengsaan kepada sesetengah kulit. Ada yg pakai kulit nampak gelap, naik biji gatal2 dan sebagainya. Jadi kena cari yang sesuai dengan kulit. Paling famous dalam produk ialah octylcrylene, avobenzone, octinoxate, yang lain korang google je.

Hybrid 
ada pula ada kedua dua kombinasi sunscreen ni iatu physical and chemical.

Cara penggunaan sunscreen @ sunblock
2 fingers rule. Dah terangkan sebelum ni. Untuk yang cair, gunakan sebesar syiling 50 sen lama tu. Kena sapu balik lepas dua atau tiga jam, bergantung kepada spf dan PA rating.

Sumber rujukan info pasal sunscreen kat sini yer

Ni den copy & edit sikit sikit dari artikel di posting Khairul Yoi. Kalau hangpa nak dapatkan info info terkini & pendedahan tentang produk produk boleh follow budak ni. Sebab banyak juga ilmu yang kita boleh dapat dari posting dia even bahasa dia memang la sangat 'outspoken'. Tapi sebab dia 'Outspoken' la berjaya menyampaikan kesedaran kepada orang awam tentang produk produk bahaya di pasaran. Terutama kepada kaum perempuan yang jahil tapi obses nak lawa dengan cepat kan? Yang penting misi perjuangan dia tu.. Menyelamatkan pengguna dari di tipu dengan produk2 beracun, overclaim, merapu & menipu.

Apapun semoga perkongsian kecil ni memberi manafaat kepada anda yang memerlukan. Ilmu kecantikkan juga salah satu cabang ilmu. Sapa taknak cantik ye dak.. Tapi cantiklah dengan cara bijak bukan main semborono je pakai produk yang tak tahu sejauh mana selamat & berkesan.

MUKA KERING BAGAI GURUN SAHARA TRY HADA LABO HYDRATING LOTION

MUKA KERING BAGAI GURUN SAHARA TRY HADA LABO HYDRATING LOTION. Tu dia tajuk.. kalau tak cerekarama memang tak sah kan kau ni lekatlekit!! Alah.. Nak drama sikit pun dah cebik. Rilex brother.. brother rilex.. Saja lahai nak bagi gempak sikit. Baru la hangpa ada hati nak clik entri kami & baca kan? Kalau tajuk pun boring.. depa scroll laju laju ja kalau nampak kat news feed FB tu. So, misi tak capai kat situ.

Sapa yang jenis ada kulit kombinasi memang kadang kadang macam benci tau nak cari skincare. Kadang2 kulit jadi berminyak sampai boleh buat minyak dagu katanya. Bila berminyak tu mula la subur bagai di baja jerawat. Terpaksa la pakai skincare untuk solve masalah oily skin & jerawat tu.

Normally kalau jadi macam tu memang saya akan cari Garden Of eden Mild cleanser & saya akan pakai bersama acne serum & acne gel. Bila pakai mild cleanser ni memang membantu masalah kulit berminyak & acne serum & acne gel ni untuk kecutkan jerawat. Tapi yang jadi masalah.. Mild cleanser ni dia akan meneringkan sikit kulit sebab dia nak keringkan minyak & jerawat tu. Tapi benda ni sangat effective untuk solve kulit berminyak & jerawat saya.

Saya dah biasa dengan fenomena ni.. So tak la mengelabah bewak sangat. Saya memang dah prepare apa yang saya perlu buat step by step. Selepas masalah kulit berminyak tu settle.. Saya akan guna produk yang melembabkan balik kulit saya. Saya memang suka bereksperimen dengan brand brand produk yang ada kat drugstore. Baru baru ni saya try Hada Labo Hydrating Lotion. Memang tak pernah try sebelum ni.

Bila kulit saya rasa dah mula kering sikit.. saya try apply hydrating lotion ni. So far selepas 3 hari tu memang tak ada masalah kulit kering terutama kat bahagian tepi mulut. Kat situ memang port biasa jadi kering kalau pakai mild cleanser ni. Akan rasa tegang sikit & bila kita pakai bedak dia jadi macam berbulu.. Tu tanda tanda kekeringan kulit la tu.


Selepas 3 hari tu memang totally kulit dah tak kering even saya masih pakai mild cleanser & gel jerawat tersebut. Malah rasa kulit nampak lebih segar & tak kusam jugak. Yelah.. bila kulit kita cukup kelembaban ni dia memang akan memberi effect segar kan? Kalau kering & kusam.. memang muka kau sedih dik! Pakwe tengok pun rasa nak tapakkan je muka kau tu kekekeke

Setakat ni.. Gabungan produk walau dari lain brand.. macam cleanser saya guna dari brand Garden Of eden, Acne & scar serum pun garden of eden, Acne Gel dari cosmoderm & hydrating lotion dari brand Hada Labo. memang tak ada masalah apa apa untuk kulit saya. Saya memang sejenis tak suka beli skincare jenis 1 set.. Saya cari mengikut keperluan kulit saya la. Memang dari dulu campur2 brand tapi semua produk drugstore la. Kalau beli set mesti ada item yang macam tak serasi dengan kulit saya so jadi membazir kalau tak guna.

Ni yang saya guna semasa kulit saya berminyak, masalah jerawat & selepas tu kering pada bahagian tertentu macam tepi mulut tu. Memang sangat membantu produk produk ni

Hada Labo ni bagi yang tak tahu produk dari Jepun. Kalau ikut info di belakang botol dia. Rekemen untuk kulit normal & dry skin. Tak rekemen untuk oily skin guna sebab pernah try masa kulit tengah oily memang tak membantu langsung. Dia akan menyebabkan kulit semakin berminyak.

Cara nak guna dia pun senang.. Sebab tu saya pilih hydrating lotion ni. Tuang atas tapak tangan kemudian tepuk tepuk je seluruh muka. Kalau saya.. saya cuma pakai malam sebelum tidur sebab bila bangun pagi muka rasa.. Masya Allah.. best sangat. Kulit rasa lembut je. Lepas cuci muka tu.. rasa licin walau kulit kau masih bersiku liku dengan tumbuh tumbuhan jerawat hahahaha...  Siang memang saya tak guna. Tapi ikut rekemen yang tertulis pada produk guna 2 kali sehari. Maybe boleh guna pagi & malam. Bergantung pada keselesaan sendiri la. Yang penting kena guna secara consistent untuk mendapatkan kesan positif pada kulit.

Testur lotion ni dia macam gel cair yang berwarna jernih. Kalau pegang macam melekit tapi bila apply pada kulit dia perlahan lahan meresap dalam kulit & tak bagi kesan melekit pun. Dia akan bagi rasa lembut & kering pada kulit. Memang selesa pakai sebelum tidur

Apapun produk yang baik & selamat pun bukan sesuai dengan semua jenis kulit & semua orang. Sekiranya hangpa guna tetiba rasa macam ada kesan tak berapa best ke apa.. Tu mungkin produk tu tak sesuai dengan hangpa la. Takde istilah kulit tengah detox ke apa.. Please try produk lain. Mungkin ingredient produk tu alergik dengan kulit hangpa ke apa.. So jangan gigih sangat nak guna.


Harga Hada Labo Hydrating Lotion ni.. Haritu saya cuma beli yang trial. Yang botol kecik 30ml. Harga tak sampai RM10 kot.. dalam RM4 ke RM6 macam tu la. Bagi yang baru pertama kali nak try boleh try yang botol 30ml ni dulu. Saya beli kat watsons. Tapi hada labo ni ada juga jual kt guardian atau certain2 farmasi lain. Tak kisah la kat memana.. ada je kau beli je nyah!

Moral of the story.. Pilih la produk selamat agar kesihatan kulit & organ dalaman anda tidak terjejas. Elak guna produk yang tak tahu kat mana kilang memproses.. produk yang tak ada bukti dah di R&D, tak ada dermatogy test atau apa2 ujian makmal atau analisis dari makmal yang di iktiraf untuk elak anda terguna produk beracun & berisiko pada kesihatan kulit & diri anda. Produk skincare (Kosmetik) setakat berdaftar dengan KKM je belum menjamin selamat di gunakan. Daftar hanya kelulusan untuk di pasarkan.. bukan KKM bagi kelulusan selamat di gunakan ok! So sila faham!

PENGAKUAN & PENDEDAHAN PENGGUNA BEDAK HAPPY SKIN LOTION DARI THAILAND

PENGAKUAN & PENDEDAHAN PENGGUNA BEDAK HAPPY SKIN LOTION DARI THAILAND. Kalau sebut nama maybe ada yang tak berapa familiar.. sebab bedak ni legend kan? Zaman dulu memang popular di gunakan sebagai bedak. Dari tua sehingga sekecik kecik anak di tempeknya bedak happy ni. Salah satu sebab bedak ni murah, kalau dulu senang nak dapat & wangi. memang selain bedak dia secara tak langsung jadi perfume.


Tapi sekarang ni bedak ni maybe tak sepopular zaman 80an - 90an tapi masih ada pengeluaran sehingga kini. Nak di jadikan cerita saya secara tak sengaja terpandang Happy skin lotion atau lebih di kenali sebagai bedak happy ni kat Kedai Eco RM2 masa cuci mata & poket kat sana. Sebab terimbau kenangan dulu suka jadikan bedak ni foundation.. Saya pun beli la lepas check semua labeling dia. Memang cukup kriteria.

Bagi yang tak tahu Produk Happy Skin Lotion @ Bedak Happy ni di pasarkan secara sah di Malaysia. Bukan seludup yer sebab dia berdaftar dengan KKM & ada Nombor Notifikasi pada botol bedak tu. Selain berdaftar dengan KKM, ia juga di kilangkan di kilang bertaraf GMP yang semua sedia maklum GMP tu adalah amalan pengilangan baikso kebersihan semasa produk di proses & di bungkus tu terjamin. Selain tu ia juga ada certificate Thailand Trusted Qualiti juga.


Almaklum la Blogger kan.. Semua dia nak review even tak berbayar. Sesaja la buat posting review kat Facebook.. Tapi feedback & komen di terima.. Rupanya ramai masih menggunakan bedak happy ni. Kira amalan turun temurun. Dari kecik sampai la beranak pinak & bercucu pun still setia guna bedak Happy ni. Ada yang katanya tak amalkan skincare lain selain cleanser lepas tu tempek je bedak happy ni. Kulit pun tak ada apa apa masalah.

Setakat ni dok baca feedback pengguna yang masih guna bedak Happy ni semua positif & suka. Selain memudahkan aktiviti depa depan cermin. Ada orang sejenis tak suka sangat makeup bila nak keluar.. So bagi depa tenyeh bedak Happy ni pun dah ok. tak la muka sememeh & kosong je. Ada juga seri kat situ.


Saya pun baru je pakai balik sebab rasa selesa pakai kat rumah. Setakat nak turun pergi kedai tu.. sapu je bedak happy ni cukup. Tak kuasa lahai nak bermakeup sakan sangat padahal nak pergi kedai je hahahaha. Selain tu yer.. saya suka bau dia. Bau dia sangat klasik & bagi satu feel yang best sangat. tak sama tau macam bedak2 sekarang. Bau bedak happy ni ada bau dia yang tersendiri yang buat kita feel fresh & feel good gitu.


Happy skin lotion ni tak ada la claim boleh merawat jerawat atau masalah kulit pun.. Apa yang dia tulis pada produk sebagai water-base makeup yang berfungsi sebagai foundation. Juga boleh di gunakan sebagai pewangi badan sebab boleh di gunakan di bahagian badan & ketiak sebagai dedoran katanya. Selain tu rasa mint bila kita sapu kat kulit boleh memberi kesegaran.


Cara penggunaan produk ni..

➠Ada orang guna macam bedak sejuk. Goncang2 sehingga bedak tu sebati dengan air dalam botol tuang atas tapak tangan & tempek la kat muka.

➠Atau.. goncang sehingga air & bedak sebati & sapu seperti kita pakai bedak atau foundation. Sapu rata la. Kemudian nak makeup ke apa.. selepas apply Happy skin lotion ni.


Penggunaan berterusan kalau bersesuai dengan kulit anda mungkin boleh memberi kesan kecantikkan tapi bukan la seminggu dua.. sebulan dua.. Yang amalkan Happy skin lotion ni bertahun tahun ada berpuluh tahun dari muda sampai tua katanya. So, jangan expect bedak ni ada power merkuri yang mampu memberi kesan kulit anda licin, gebu, putih, mulus dalam masa 7 hari pulak yer. Syarikat pengeluar produk ni pun tak pernah claim produk mereka untuk semua tu.

Kat mana nak dapatkan Happy Skin Lotion.. Kat online pun ada jual. tak silap pernah nampak di jual di Shopee. Selain tu di pasaraya Mydin, 99 Speedmart, certain pasaraya atau pasar mini & Kedai Eco RM2. Pergi la cari la.. Jangan la tanya den.. den tak jual. Den tolong review je sebab lepas tengok feedback kat facebook masih ramai mengamalkan Happy Skin Lotion & memberi feedback positif so apa salahnya kita share kat blog.

Happy Skin Lotion @ Bedak Happy

ANNONA VITAMIN C SERUM SALAH SATU LOCAL PRODUK YANG SELAMAT DI GUNAKAN

ANNONA VITAMIN C SERUM SALAH SATU LOCAL PRODUK YANG SELAMAT DI GUNAKAN. Allahu.. Lama rasa tak story mory pasal produk skincare ni kan. Maafkan saya penunggu blog.. Almaklum la macam macam kejadian berlaku so nak update blog pun on off jer. Dan rasa lama juga tak cerita pasal skincare ni kan? Ke memang dah tak pakai skincare apa2.. ambil wudhuk je katanya muka berseri macam ahli sorga? Dak aihh.. still masih guna skincare. Tak mau la membongak sangat.. air wudhuk je.


Sekarang lambakkan produk skincare di pasaran & banyak isu isu produk beracun ramai yang mula memandang serong kepada produk tempatan atau kita biasa sebut local produk. Almaklum la orang melayu ni kan.. kadang2 dia tak paham bahasa melayu. Dia paham istilah english je. Kesian kan local produk yang masih selamat di gunakan pun kena tempias juga sebab terlalu banyak local brand product yang beracun di pasaran. Kita tak boleh nak buat apa dengan sikap pukul rata dari sesetengah orang.. Mungkin trauma pernah menjadi mangsa local produk beracun ke sapa tahu. So dia memang serik untuk guna apa2 local produk.

Masih ada yang selamat di gunakan & kesan kecantikkan tu not bad yang tidak di pasarkan melalui drugstore contoh macam produk Anonna. Saya tak cuba 1 set produk Anonna tapi saya pernah cuba Vitamin C serum Anonna ni. walaupun produk tempatan yang selamat tapi kesan dia tak kurang hebat jugak. Pakai kat muka je la.. takde pakai kat tapak kaki ke kat mana.


Nak nampak kesan tu sekurang kurangnya 1 - 2 minggu tapi bukan la dari muka kau penuh tumbuh tumbuhan J tetiba selepas seminggu licin gebu macam lantai mar mar. Mustahil la.. Kalau muka korang breakouts teruk memang makan masa untuk pulih tapi kalau masalah jerawat sikit2.. kusam.. tona kulit tak sekata tu memang boleh nampak kesan 1 - 2 minggu.

Macam saya guna Vitamin C serum ni Selepas seminggu tu.. nampak sedikit cerah & muka nampak bersih & segar. Tapi kau jangan expect lepas seminggu tetiba kau bertukar jadi snow white putih berseri pulak. Cuma dia sekatakan tona kulit & membantu masalah kulit kusam tu sebab kulit kita nampak macam sedikit cerah. Kulit kusam tu sebenarnya buat nampak kulit kita kotor & gelap. Tapi memang serum ni dia tak mengubah warna kulit asal korang macam hangpa ambil produk beracun bermekuri tu. Dari arang terus jadi jadi salji. Mustahil sangat ok!

Kalau ada masalah macam jerawat pasir yang halus macam ruam tu.. bila kita pegang kulit rasa kasar.. Vitamin C serum ni pun membantu juga masalah tu. Cuma kena guna secara consistent la. Kalau pengalaman saya sendiri guna memang sesuai dengan saya & memberi kesan positif pada kulit saya. Sebab tu saya review. Saya dah try sendiri tenyeh kat muka saya so senang sikit nak cerita katanya. Sebab sebelum ni saya ada masalah kulit naik jerawat pasir macam ruam, kulit jadi kusam & pori terbuka. Memang Vitamin C serum ni membantu mengatasi masalah tu.

Testur serum ni jangan risau.. Tidak melekit. Cepat meresap bila di sapu pada kulit. So kita takde la rasa kulit berminyak atau berlengas. Memang rasa ringan sangat serum ni bila apply. Lagi satu tak ada sebarang bau.. Saya memang tak suka suka sangat pakai skincare yang ada bau bau perfume sebab saya tak suka bau wangi & kulit saya agak sensitif pada skincare yang ada perfume ni.

Vitamin C Serum dia memang pekat.. Tapi masih senang nak blend pada kulit la. Cuma ada la cara dia. Takde la sampai nak kena baca mentera semerah pada nak pakai.. Alah baca bismillah.. selawat macam biasa kita nak mulakan apa2 perkara pun dah ok! Tak payah la kau gigih nak asapkan atas kemenyan bagai jemah Ooi.. Apa kau fikir nak pasang susuk ke? Nak pakai serum je kot.

Vitamin C Serum ni diformulasikan daripada beberapa ekstrak tumbuhan yang digunakan di dalam dunia kecantikan seperti daun saxifrage, akar pokok peony,akar pokok skullcap dan buah delima

Selain tu untuk penggunaan yang consistent & berterusan dapat membantu untuk masalah

➠Parut
➠Pori Terbuka
➠Mengatasi masalah Jeragat


P/S : Jika anda mempunyai jerawat yang serius seperti jerawat bernanah & besar besar di nasihatkan rawat dulu jerawat sebelum menggunakan Vitamin C serum ni. Tidak di galakkan sangat menggunakan serum semasa jerawat masih aktif takut membiakkan lagi jerawat.

Cara penggunaan dia kalau nak jimat sebab serum ni pekat.. Seperti di bawah yer

⧭ Apply masa kulit lembab. Maknanya lepas cuci muka tu jangan lap kering biar lembab2 sikit kemudian sapu serum tu. So kita tak perlu guna banyak sangat & senang nak blend pada kulit. Alah kita nak apply apa2 skincare memang akan cuci muka dulu kan. So benda tu rutin biasa je tak ada la rumit sangat. Guna 2 kali sehari pagi & malam. Boleh apply sebelum makeup juga.

Bagi yang ada masalah seperti saya sangat rekemen untuk try Vitamin C serum ni. Tapi Please la kalau baru guna seminggu dua.. sebulan dua dah harap result kebabom.. Kulit licin macam telur di kupas selepas muka kau breakouts tahap nirrojim. Memang makan masa beb! Sebab tu apapun produk skincare kena di gunakan secara berterusan untuk mendapat hasil kulit yang sihat & cantik. kalau baca dari pengalaman mangsa produk beracun kebanyakkan mereka ambil masa bertahun untuk pulihkan balik muka yang rosak selepas bertukar kepada produk yang selamat. Sebab kesan racun yang dah meresap dalam kulit kita tu bukan mudah nak hilang ok! Sebab tu.. ada orang mengalami masalah jerawat sampai bertahun. Selagi ada racun tu dalam kulit selagi tu kulit kita akan terus bermasalah. Memang tak ada jalan singkat untuk memperbaiki kulit yang rosak. Itu hakikat. Kenyataan memang pahit!

Jadi elakkan la dari menggunakan produk produk yang berisiko & tidak selamat. Tip dia mudah.. produk yang memang dah ada reputasi buruk.. pernah kena banned dengan KKM.. atau mempunyai ciri2 produk beracun seperti warna warni.. warna yang terang.. berkilat.. testur krim yang berlengas bila pakai.. Tu semua ciri2 produk beracun yang banyak di jual di pasaran & banyak juga berdaftar dengan KKM. Sebab tu penting untuk kita tahu.. sebelum beli produk pastikan produk tu samada dah di R&D atau dah ada buat labtest untuk memastikan produk tersebut selamat & bebas bahan terlarang.

Produk Annona sememangnya tiada masalah dengan isu produk beracun ke apa.. Dah melalui ujian makmal & terbukti bebas dari mengandungi bahan terlarang yang merbahayakan kesihatan & keselamatan pengguna. Di proses di kilang yang berstatus GMP (Good Manufacturing Practice) dan IMP (Islamic Manufacturing Practice).


Produk Annona juga berdaftar secara sah dengan KKM & bernotifikasi. Boleh semak di website NPRA yer kalau was was.


Sebagai info tentang produk ni Vitamin C Serum diformulasikan oleh Pn. Ony Nurhusni, seorang ahli farmasi bertauliah yang sering di jemput memberikan 'talk' berkaitan bidang Cosmeceutical &  Nutraceutical Industries di pelbagai institusi dan universiti awam dan swasta.

Jangan lupa Produk Anonna juga ada membuat sale sempena tarikh 12.12 ni. Sapa nak dapatkan sedang elok beli sekarang. Harga promosi memang terbaik punya.


Nak dapatkan Vitamin C serum ni.. Boleh dapatkan dari pengedar sah Anonna..

☏Tel/Whatsapp ☛ 6019-4095526 
( www.wasap.my/60194095526 )
☻Instagram ☛ @lovely.skinz
✎FB Page ☛ The LovelyMe
✍Personal FB ☛ Nana Liyana

PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH?

PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH? Antara isu yang masih jadi hangat hangit & hangus apabila sesuatu produk di laporkan mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual yang banyak di kesan di campurpalsu dari produk kosmetik jenama tempatan. Selalu alasan ni di gunakan oleh ramai golongan yang kononya 'Ponder' produk bila produk di bawah jenama mereka kantoi di lab KKM.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Ramai masih percaya bahawa tidak mustahil berlaku KKM mengambil sampel dari fake product @ produk tiruan untu di analisa sehingga menyebabkan produk tersebut di kesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hidrokinon & tretinion sebab depa percaya produk orginal beli direct HQ kononnya selamat & bebas bahan terlarang yang merbahaya & merosakkan kulit. Bagus tau pengguna kat Malaysia ni.. Hati sangat bersih sentiasa berbaik sangka even kena tipu hidup hidup pun. Memang pengguna bawah lindungan kaabah ni. Sila bagi tepukan gemuruh buat mereka.

Ramai yang tak tahu sebelum laporan media di keluarkan boleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bila mengesan sesuatu jenama produk mengandungi bahan terlarang/beracun/merbahaya.. Depa bukan simply pi beli sampel produk dari satu kedai/booth lepas tu hantar lab & buat analisa. Dari nak ambil sampel sehingga laporan di keluarkan KKM ada SOP mereka sendiri bagi memastikan mereka tidak tersilap mengeluarkan laporan terhadap sesuatu produk.

➠Bila membuat aktiviti surveillance berdasarkan potensi risiko dan/atau apabila terdapatnya aduan daripada pengguna atau pihak berkuasa negara ASEAN bawah kualiti kosmetik Pemegang notifikasi (Founder/Pengeluar produk) dimaklumkan untuk penghantaran sample.

➠Jika pihak pemegang Notifikasi (NOT KKM) tidak menghantar sampel (sebab ada founder/pengeluar) walau di maklumkan untuk menghantar sampel produk tidak mengendahkan barulah penguatkuasa KKM memulakan risikan untuk persediaan membuat pembelian produk di pasaran daripada pihak pengedar yang sah, premis berlesen & mudah di akses oleh pengguna.

* Kalau betul produk mereka tak ada masalah.. Rasanya masa pihak KKM minta sampel tak ada masalah kan depa nak bagi. Lagi senang direct dari pihak mereka tak ada isu kkm buat labtest pada produk tiruan. Tapi kenapa ada yang tak bagi bila pihak KKM minta sampel sampai pihak penguatkuasa KKM perlu buat risikan & beli sendiri produk tersebut di pasaran? Ni soalan bukan tuduhan ok.. So tepuk dada tanya selera.

➠Selepas dapat sampel produk.. Sampel di hantar untuk di analisa. 

➠Selepas di buat analisa dari pakar pakar KKM & keputusan di perolehi Pihak NPRA (KKM) Akan keluarkan satu surat arahan pembatalan Notifikasi (NOT KKM) jika di kesan mengandungi racun berjadual & mengarahkan pemegang Notifikasi menarik balik produk produk tersebut di pasaran & melupuskan produk tersebut secara sah.

➠Kenyataan akhbar akan di keluarkan untuk memberitahu kepada orang awam & pengguna supaya berhenti menggunakan produk kosmetik tersebut kerana telah di kesan mengandungi racun berjadual.

➠Pemegang Notifikasi (Founder/Pengeluar) Boleh membuat rayuan kepada pihak KKM dalam masa 14 hari tapi kalau dah tak buat tu hangpa pepaham je la. Tak guna nak buat rayuan kalau memang betul produk tu mengandungi bahan terlarang.. ye dak?? Sebab memang kebanyakkan pemegang Notifikasi tak buat rayuan pun walau mereka sedia maklum akan perkara tersebut.

Sepertimana tertakluk dalam Peraturan 18, Peraturan–Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR1984), pemegang notifikasi boleh membuat rayuan secara bertulis melalui surat rasmi kepada Menteri Kesihatan dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh surat tindakan regulatori yang dikeluarkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi. Surat rasmi rayuan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut, tidak akan dipertimbangkan. Rayuan hanya boleh dilakukan oleh pihak pemegang NOT sahaja.

Betul ke KKM ambil sampel dari produk tiruan untuk buat analisa di makmal sehingga menyebabkan jenama produk tu di fitnah beracun? Yelah selalu je 'Ponder/Seller/Agent' cakap KKM ambil sampel fake produk menyebabkan reputasi produk mereka terjejas. Kalau beli kat HQ & pengedar yang sah tak beracun katanya.. Tapi betul ke dakwaan tu??

Jawapan tidak. KKM tidak mengambil sampel produk tiruan untuk di analisa di makmal KKM. Ini adalah kerana justifikasi seperti di bawah:

1. Sekiranya Tiada pertikaian atau rayuan dikemukakan oleh wakil syarikat berkenaan dengan isu “produk tiruan” apabila surat arahan pembatalan notifikasi dan panggilbalik produk dari pasaran dihantar dari NPRA kepada syarikat maka tiada isu sampel di ambil adalah dari produk tiruan. Pihak syarikat juga telah diberi tempoh masa satu bulan untuk mengemukakan laporan panggilbalik dan laporan punca masalah yang dikenalpasti menyebabkan kegagalan ujian serta tindakan-tindakan yang akan diimplementasikan untuk meningkatkan mutu produk (CAPA). 

Tambahan pula, Sekiranya laporan CAPA yang dikemukakan oleh pemegang notifikasi produk kepada NPRA adalah disebabkan oleh terlepas pandang dalam hal ini dan masalah pencemaran produk adalah berpunca dari kecuaian pihak kilang.. So tiada isu sampel yang di analisa adalah dari produk tiruan.

2. Bila Keputusan ujian Makmal NPRA, KKM Malaysia adalah sejajar atau konsisten dengan keputusan ujian makmal Negara ASEAN lain seperti Brunei dan Singapore adalah sangat mustahil sampel produk tersebut adalah dari produk tiruan.

*Kalau produk tu dah kena banned di brunei, singapore & Indonesia.. Pepaham je la pandir. Takkan seumur hidup kau nak jadi bendul percaya pada golongan yang fikir untung je. Dia nak jual produk dia.. Of course la dia menafikan produk dia bahaya even bukti dah jelas nyata.

Yang perlu anda tahu pendaftaran notifikasi NOT bukanlah satu bentuk pengesahan bahawa produk tersebut adalah selamat digunakan. Jadi apa nak pelik produk kosmetik yang berdaftar dengan KKM pun di kesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri.

Sistem notifikasi kosmetik di Malaysia telah dilaksanakan sejak 1 Januari 2008. Ini adalah selaras dengan sistem harmonisasi regulasi kosmetik yang telah diamalkan oleh semua negara ASEAN, begitu juga negara-negara Eropah. Walaubagaimanapun, kawalan produk kosmetik melalui sistem notifikasi adalah berbeza berbanding kawalan terhadap produk-produk farmaseutikal, di mana produk farmaseutikal perlu berdaftar dengan NPRA dan akan dinilai dengan lebih terperinci serta perlu mendapat kelulusan KKM sebelum boleh dipasarkan. 
Dengan itu, Nota Notifikasi bukan bukti yang menunjukkan produk kosmetik tersebut telah mendapat kelulusan KKM kerana kawalan kosmetik di Malaysia adalah kawalan kendiri (self-regulation) di mana pemegang notifikasi telah membuat deklarasi mengenai nama produk, senarai bahan ingredient, pengilang dan lain-lain maklumat dan notifikasi akan diproses berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pemegang notifikasi. Tambahan pula, tiada pengujian makmal dijalankan oleh NPRA sebelum produk kosmetik dinotifikasikan. Dengan itu, pemegang notifikasi adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk kosmetik bagi menjamin kepentingan pengguna.

Senang faham NOT KKM tu di perolehi bila pengeluar/founder mengistiharkan kepada KKM bahawa produk mereka selamat semasa memohon NOT bukan KKM yang bagi kelulusan apa apa & KKM tak menganalisa produk tersebut di makmal sebelum memberi Notifikasi. Kalau depa tak jujur declare bahan terkandung dalam produk depa tu yang berlakunya kemudaratan kepada pengguna.

Harap dengan info ni pengguna terutama penggemar produk kosmetik ni mendapat manafaat. Please bila KKM isytiharkan sesuatu produk tu beracun tak perlu percaya cakap golongan yang tidak bertauliah atau ada kepakaran dalam bidang tersebut. Kita sedia maklum budak 16 tahun sekarang pun dah ada produk kosmetik di bawah jenama sendiri.. Tanpa ada knowledge jauh sekali base tentang produk kecantikan ni. Sekarang modal untuk mempunyai produk jenama sendiri bukanlah terlalu mahal dengan lambakkan kilang OEM. Apa yang saya tahu sesetengah kilang yang mengeluarkan produk jenama sendiri ni.. Produk2 mereka ada gred.. Yang murah semestinya gred paling rendah kualiti tapi kalau korang pandai buat marketing memang 'mokcik pokcik kayo' la. Produk2 gred rendah macam ni selalunya bersiko. So berhati hati la. 

Moral of the story.. Nak selamat elakkan guna produk yang tidak ada R&D, dermatologi test & tiada bukti dah melalui ujian makmal (Labtest) untuk membuktikan produk mereka bebas bahan terlarang. Produk yang ada bad reputation (reputasi buruk) terutama yang pernah di banned KKM atau mana2 negara asean lain pun better elakkan. Please berhenti percaya KKM ambil sampel fake product (produk tiruan) kerana perkara tu adalah sesuatu yang mustahil sangat. 

P/S : Untuk menyemak produk produk kosmetik yang dah di batalkan notifikasi (NOT KKM) selepas di kesan mengandung racun berjadual boleh semak kat ➦ Pembatalan Notifikasi Produk Kosmetik (NPRA)

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com