PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH?

12/05/2018 11:20:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH? Antara isu yang masih jadi hangat hangit & hangus apabila sesuatu produk di laporkan mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual yang banyak di kesan di campurpalsu dari produk kosmetik jenama tempatan. Selalu alasan ni di gunakan oleh ramai golongan yang kononya 'Ponder' produk bila produk di bawah jenama mereka kantoi di lab KKM.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Ramai masih percaya bahawa tidak mustahil berlaku KKM mengambil sampel dari fake product @ produk tiruan untu di analisa sehingga menyebabkan produk tersebut di kesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hidrokinon & tretinion sebab depa percaya produk orginal beli direct HQ kononnya selamat & bebas bahan terlarang yang merbahaya & merosakkan kulit. Bagus tau pengguna kat Malaysia ni.. Hati sangat bersih sentiasa berbaik sangka even kena tipu hidup hidup pun. Memang pengguna bawah lindungan kaabah ni. Sila bagi tepukan gemuruh buat mereka.

Ramai yang tak tahu sebelum laporan media di keluarkan boleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bila mengesan sesuatu jenama produk mengandungi bahan terlarang/beracun/merbahaya.. Depa bukan simply pi beli sampel produk dari satu kedai/booth lepas tu hantar lab & buat analisa. Dari nak ambil sampel sehingga laporan di keluarkan KKM ada SOP mereka sendiri bagi memastikan mereka tidak tersilap mengeluarkan laporan terhadap sesuatu produk.

➠Bila membuat aktiviti surveillance berdasarkan potensi risiko dan/atau apabila terdapatnya aduan daripada pengguna atau pihak berkuasa negara ASEAN bawah kualiti kosmetik Pemegang notifikasi (Founder/Pengeluar produk) dimaklumkan untuk penghantaran sample.

➠Jika pihak pemegang Notifikasi (NOT KKM) tidak menghantar sampel (sebab ada founder/pengeluar) walau di maklumkan untuk menghantar sampel produk tidak mengendahkan barulah penguatkuasa KKM memulakan risikan untuk persediaan membuat pembelian produk di pasaran daripada pihak pengedar yang sah, premis berlesen & mudah di akses oleh pengguna.

* Kalau betul produk mereka tak ada masalah.. Rasanya masa pihak KKM minta sampel tak ada masalah kan depa nak bagi. Lagi senang direct dari pihak mereka tak ada isu kkm buat labtest pada produk tiruan. Tapi kenapa ada yang tak bagi bila pihak KKM minta sampel sampai pihak penguatkuasa KKM perlu buat risikan & beli sendiri produk tersebut di pasaran? Ni soalan bukan tuduhan ok.. So tepuk dada tanya selera.

➠Selepas dapat sampel produk.. Sampel di hantar untuk di analisa. 

➠Selepas di buat analisa dari pakar pakar KKM & keputusan di perolehi Pihak NPRA (KKM) Akan keluarkan satu surat arahan pembatalan Notifikasi (NOT KKM) jika di kesan mengandungi racun berjadual & mengarahkan pemegang Notifikasi menarik balik produk produk tersebut di pasaran & melupuskan produk tersebut secara sah.

➠Kenyataan akhbar akan di keluarkan untuk memberitahu kepada orang awam & pengguna supaya berhenti menggunakan produk kosmetik tersebut kerana telah di kesan mengandungi racun berjadual.

➠Pemegang Notifikasi (Founder/Pengeluar) Boleh membuat rayuan kepada pihak KKM dalam masa 14 hari tapi kalau dah tak buat tu hangpa pepaham je la. Tak guna nak buat rayuan kalau memang betul produk tu mengandungi bahan terlarang.. ye dak?? Sebab memang kebanyakkan pemegang Notifikasi tak buat rayuan pun walau mereka sedia maklum akan perkara tersebut.

Sepertimana tertakluk dalam Peraturan 18, Peraturan–Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR1984), pemegang notifikasi boleh membuat rayuan secara bertulis melalui surat rasmi kepada Menteri Kesihatan dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh surat tindakan regulatori yang dikeluarkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi. Surat rasmi rayuan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut, tidak akan dipertimbangkan. Rayuan hanya boleh dilakukan oleh pihak pemegang NOT sahaja.

Betul ke KKM ambil sampel dari produk tiruan untuk buat analisa di makmal sehingga menyebabkan jenama produk tu di fitnah beracun? Yelah selalu je 'Ponder/Seller/Agent' cakap KKM ambil sampel fake produk menyebabkan reputasi produk mereka terjejas. Kalau beli kat HQ & pengedar yang sah tak beracun katanya.. Tapi betul ke dakwaan tu??

Jawapan tidak. KKM tidak mengambil sampel produk tiruan untuk di analisa di makmal KKM. Ini adalah kerana justifikasi seperti di bawah:

1. Sekiranya Tiada pertikaian atau rayuan dikemukakan oleh wakil syarikat berkenaan dengan isu “produk tiruan” apabila surat arahan pembatalan notifikasi dan panggilbalik produk dari pasaran dihantar dari NPRA kepada syarikat maka tiada isu sampel di ambil adalah dari produk tiruan. Pihak syarikat juga telah diberi tempoh masa satu bulan untuk mengemukakan laporan panggilbalik dan laporan punca masalah yang dikenalpasti menyebabkan kegagalan ujian serta tindakan-tindakan yang akan diimplementasikan untuk meningkatkan mutu produk (CAPA). 

Tambahan pula, Sekiranya laporan CAPA yang dikemukakan oleh pemegang notifikasi produk kepada NPRA adalah disebabkan oleh terlepas pandang dalam hal ini dan masalah pencemaran produk adalah berpunca dari kecuaian pihak kilang.. So tiada isu sampel yang di analisa adalah dari produk tiruan.

2. Bila Keputusan ujian Makmal NPRA, KKM Malaysia adalah sejajar atau konsisten dengan keputusan ujian makmal Negara ASEAN lain seperti Brunei dan Singapore adalah sangat mustahil sampel produk tersebut adalah dari produk tiruan.

*Kalau produk tu dah kena banned di brunei, singapore & Indonesia.. Pepaham je la pandir. Takkan seumur hidup kau nak jadi bendul percaya pada golongan yang fikir untung je. Dia nak jual produk dia.. Of course la dia menafikan produk dia bahaya even bukti dah jelas nyata.

Yang perlu anda tahu pendaftaran notifikasi NOT bukanlah satu bentuk pengesahan bahawa produk tersebut adalah selamat digunakan. Jadi apa nak pelik produk kosmetik yang berdaftar dengan KKM pun di kesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri.

Sistem notifikasi kosmetik di Malaysia telah dilaksanakan sejak 1 Januari 2008. Ini adalah selaras dengan sistem harmonisasi regulasi kosmetik yang telah diamalkan oleh semua negara ASEAN, begitu juga negara-negara Eropah. Walaubagaimanapun, kawalan produk kosmetik melalui sistem notifikasi adalah berbeza berbanding kawalan terhadap produk-produk farmaseutikal, di mana produk farmaseutikal perlu berdaftar dengan NPRA dan akan dinilai dengan lebih terperinci serta perlu mendapat kelulusan KKM sebelum boleh dipasarkan. 
Dengan itu, Nota Notifikasi bukan bukti yang menunjukkan produk kosmetik tersebut telah mendapat kelulusan KKM kerana kawalan kosmetik di Malaysia adalah kawalan kendiri (self-regulation) di mana pemegang notifikasi telah membuat deklarasi mengenai nama produk, senarai bahan ingredient, pengilang dan lain-lain maklumat dan notifikasi akan diproses berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pemegang notifikasi. Tambahan pula, tiada pengujian makmal dijalankan oleh NPRA sebelum produk kosmetik dinotifikasikan. Dengan itu, pemegang notifikasi adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk kosmetik bagi menjamin kepentingan pengguna.

Senang faham NOT KKM tu di perolehi bila pengeluar/founder mengistiharkan kepada KKM bahawa produk mereka selamat semasa memohon NOT bukan KKM yang bagi kelulusan apa apa & KKM tak menganalisa produk tersebut di makmal sebelum memberi Notifikasi. Kalau depa tak jujur declare bahan terkandung dalam produk depa tu yang berlakunya kemudaratan kepada pengguna.

Harap dengan info ni pengguna terutama penggemar produk kosmetik ni mendapat manafaat. Please bila KKM isytiharkan sesuatu produk tu beracun tak perlu percaya cakap golongan yang tidak bertauliah atau ada kepakaran dalam bidang tersebut. Kita sedia maklum budak 16 tahun sekarang pun dah ada produk kosmetik di bawah jenama sendiri.. Tanpa ada knowledge jauh sekali base tentang produk kecantikan ni. Sekarang modal untuk mempunyai produk jenama sendiri bukanlah terlalu mahal dengan lambakkan kilang OEM. Apa yang saya tahu sesetengah kilang yang mengeluarkan produk jenama sendiri ni.. Produk2 mereka ada gred.. Yang murah semestinya gred paling rendah kualiti tapi kalau korang pandai buat marketing memang 'mokcik pokcik kayo' la. Produk2 gred rendah macam ni selalunya bersiko. So berhati hati la. 

Moral of the story.. Nak selamat elakkan guna produk yang tidak ada R&D, dermatologi test & tiada bukti dah melalui ujian makmal (Labtest) untuk membuktikan produk mereka bebas bahan terlarang. Produk yang ada bad reputation (reputasi buruk) terutama yang pernah di banned KKM atau mana2 negara asean lain pun better elakkan. Please berhenti percaya KKM ambil sampel fake product (produk tiruan) kerana perkara tu adalah sesuatu yang mustahil sangat. 

P/S : Untuk menyemak produk produk kosmetik yang dah di batalkan notifikasi (NOT KKM) selepas di kesan mengandung racun berjadual boleh semak kat ➦ Pembatalan Notifikasi Produk Kosmetik (NPRA)

1 comment:

  1. Saya bru cuba secret of garden. Untuk jeragat dan anti aging. Try rosa e dam serum grape e. Nak tanya day cream tu ok ke

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com