Showing posts with label produk beracun. Show all posts

APA ITU KRIM ABAL ABAL

APA ITU KRIM ABAL ABAL. Sesejak suka melepak di aplikasi sosial tiktok ni ada saja la benda baru den belajar. Sebab tiktok ni dia tak sama macam facebook, instagram atau twitter. Biasanya kita akan nampak posting atau content di kalangan kawan, kawan atau konten konten viral sahaja. Tapi di tiktok di fyp akan muncul macam macam content dari serata negara buat secara tak langsung kita akan ikuti juga walau kita follow pemilik akaun tersebut.

Biasa la indonesia & malaysia ni kan jiran. Kadang kadang jadi teman bergaduh kat media sosial & kadang kadang dalam sesuatu isu masih sependapat & boleh bekerjasama. Adat berjiran katanya.

Seperti ramai sedia maklum saya memang suka isu isu berkaitan produk. Kat tiktok Indonesia sekarang dah nampak golongan profesional kesihatan & kecantikan mula tampil memberi kesedaran tentang produk produk kosmetik yang bahaya di indonesia. Antara yang tengah trending selain Dr Richard lee.. ada juga dr Ika. Kedua dua adalah dari bidang Aesthetic. So memang mereka layak untuk bercakap berkaitan produk kecantikan ni.

Kalau hangpa ada ikuti tiktokers indonesia atau kedua dua Dr Aesthetic ni di tiktok mesti biasa dengar istilah krim abal abal. Depa kan orang Indonesia jadi depa menggunakan bahasa Indonesia la dalam content video mereka. Kat Indonesia walau cina tu wajib tahu berbahasa Indonesia ok. Tu bezanya dengan Malaysia.

Mungkin ada di antara kita yang kurang jelas apa makna krim abal abal tu? 

Krim abal abal tu adalah produk yang tidak berdaftar dengan kementerian kesihatan. macam malaysia KKM tapi kalau di Indonesia BPOM. Selain itu ia juga merujuk kepada produk yang tidak selamat. Contoh produk yang mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual & ubat terkawal yang tidak di benarkan pada produk.

Kalau kat Malaysia ni krim abal abal tu produk sampah, produk timbang kilo, produk beracun & sewaktu dengannya. Maksud dia sama macam krim abal abal la cuma beza sebutan & istilah je la.

Kat Malaysia kita pun ada aktivis yang berani melawan produk produk macam ni juga. Contohnya Khairul yoi, Dr Rusyainie ramli. Dr Rusyainie pun ada menulis buku tentang produk sampah. Dan ramai lagi la. Nak list semua banyak sangat.

Sekarang ni tak susah nak belajar mengenali produk tidak selamat. Kalau kat facebook cuma taip sahaja kata kunci di ruangan search.. contoh nak tahu tentang ciri ciri produk timbang kilo. Taip je ciri ciri produk timbang kilo bersepah info percuma boleh dapat. Begitu juga dengan fungsi carian google. Tapi masalahnya ramai tak nak belajar tapi lebih percaya pada tipu daya founder & penjual produk beracun. Lebih menyedihkan lagi orang yang berusaha menyampaikan kesedaran di anggap jahat, dengki & cuba menutup rezeki orang lain.

2021 saya sendiri pun memilih..kita memberi kepada yang ingin menerima. Kita menentang pada yang menganiaya. Yang tahu tapi tetap statik untuk kekal bersama sesuatu yang memudaratkan..kita sedekahkan Al Fatihah je la. Yang tu dah tak boleh nak bagi hidayah.

Apapun semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada yang membaca blog lekatlekit.com

HUKUM MENJUAL PRODUK BERACUN

HUKUM MENJUAL PRODUK BERACUN. Ada ke yang mula benci saya asyik tulis berkaitan produk ni? bukan review tapi entri yang berbentuk pendedahan & kesedaran tentang produk beracun. Yelah.. saya faham blogger blogger yang rasa menyampah tu mesti sebab depa tak nak stop ambil review produk produk macam tu atau overclaim kan? So buat buat la macam tak tahu.. Selamat sikit. Nanti boleh guna alasan tak tahu kan.. kekekeke. Alolo.. marah ke? Gurau je la..


Kalau ikut basic yang paling mudah.. Menjual sesuatu yang boleh memudaratkan orang lain memang la berdosa & haram kan.. Tapi sejenis 'Ponder' ni suka la buat buat macam depa ni naif & tak tahu apa apa. Seolah olah macam tak pernah belajar agama tapi kalau bab menunggang agama depa la paling 'Jaguh'. Tapi tang bab hukum pasal menjual produk beracun terus jadi blur & blank. Macam terencat pula memasing kan. Yelah.. kita sedia maklum la kan.. Produk beracun terutama kosmetik ni memang agak laris di pasaran. Sebabnya mampu memberi kesan kecantikan yang cepat walau selepas tu muka kau akan jadi umpama 'singapura di langgar todak'.

Yang kesian agent agent & seller seller ni.. Of course la founder tak kan mengaku memang produk dia beracun even KKM dah menyenaraikan produk depa dalam senarai produk beracun. Dia akan manipulasi laporan KKM dengan alasan 'Fake product'. Yang bangang bangang sikit ni pun percaya la.. Maka para agent & seller secara berjemaah la menyebarkan dakyah kononnya produk depa yang KKM sahkan beracun tu adalah fake produk. Konon kena sabotaj oleh pesaing bla.. bla.. blah.. bagai. Alasan tu di ulang semula bila sekali lagi kena banned dengan KKM.. walau berkali kali kena banned pun alasan yang sama di gunakan pakai & yang pelik masih ada yang percaya.

Betul ke seller seller ni tak tahu atau buat tak tahu? Yelah produk laku keras katanya.. Bila jual untung banyak. Rewards dari HQ pun selalu dapat. Nak cari rezeki suap kat anak anak katanya.. terpaksa jual.

Bagi yang rasa tak salah nak jual produk produk yang memang dah di sahkan beracun ni.. Terutama yang beragama Islam la. Kena tahu apa hukum nya menjual produk produk macam tu. Even urusan jual beli tu sah tapi masih ada penipuan & penganiayaan kat situ. Boleh baca penjelasan dari Ustaz Farid Rashidi setelah di ajukan soalan berkaitan ni.. Baca pada screenshot di bawah

Hukumnya jika dah tahu beracun, memudharatkan orang tapi tetap menjual ia dikira perbuatan yang berdosa dan haram kerana beberapa sebab:

1. Menipu ketika jual beli.
2. Mudharatkan diri dan orang lain.

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

لا ضرر ولا ضرار

“Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).”

[Hadis hasan riwayat Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi]

Menipu dengan mengatakan produk tu masih selamat di gunakan & menganiaya orang yang beli guna yang mungkin mendapat kesan kemudaratan pada diri mereka. Tak rasa bersalah & berdosa ke wahai founder? Ye ye.. memang depa tak rasa bersalah jauh sekali rasa berdosa sebab depa jual produk tu & memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Lepas tu keuntungan depa guna juga untuk bayar zakat & bersedekah kepada golongan miskin. Yelah.. yelah... Kalau macam tu kita pun boleh jual dadah. Untung cepat sikit. Lepas tu kita cari anak anak buah untuk jadi runner tukang hantar dadah, ambil dropship untuk cari pembeli dadah. Untung nanti kita bayar la zakat & buat sedekah yer.. Paham ke idak??? Benda tu memudaratkan... Takkan nak di halalkan hanya kerana alasan nak bantu orang lain sedangkan masih banyak pilihan yang lebih baik boleh buat?

entri ni sebagai peringatan sesama kita.. Rasa nak ambil sebagai panduan.. ambil la. Tak nak itu pilihan anda. Saya cuma menyampaikan secubit ilmu dari perkongsian orang yang lebih berilmu berbanding saya. Tidak berniat menjatuhkan mana mana pihak sekadar berpesan pesan sesama kita.

Moral of the story.. Tepuk dada tanya Iman. Jual dari hati.. Jual with Iman.. erkkk... tetiba. kekekeke

RAMAI BLOGGER BUAT BENDA NI TAPI CUMA CIK MAT GEBU TIDAK BERNASIB BAIK

RAMAI BLOGGER BUAT BENDA NI TAPI CUMA CIK MAT GEBU TIDAK BERNASIB BAIK. Sapa tak kenal dengan blogger masakan Cik Mat Gebu & blog beliau dapur tanpa sempadan tu kan? Dari blog dia la saya banyak belajar memasak masa awal awal kawen dulu. Selain cik mat gebu ni juga salah seorang kawan blogger di alam maya saya.

Cik Mat Gebu ni actually orang dia baik, kelakar selain pandai masak la. Even dia menggunakan identiti misteri dengan tak mendedahkan gambar dia kat social media tapi dia memang di kenali oleh ramai blogger. Ramai juga blogger yang pernah bertandang di rumah cik mat kat sedenak sana nu.. Sapa yang kerumah dia boleh la tengok muka cik mat gebu. So dia bukan anonymous atau scammer atau apa apa la. Identiti dia sebenarnya jelas cuma dia tak dedahkan wajah dia kat social media je.

Baru baru ni sblog cik mat kena blocked dengan SKMM.. selalu juga dok baca luahan hati cik mat yang tak tahu punca kenapa blog dia kena blocked. Setelah lama juga dia menghubungi pihak SKMM untuk mengenalpasti masalah blog dia.. Baru dia tahu blog dia sebenarnya dah kena report & di blocked oleh KKM atas sebab ada penulisan dia tentang produk yang maybe melanggar akta pengiklanan yang di tetapkan. Normally tak produk yang tidak berdaftar, mungkin produk beracun atau overclaim.


Saya faham situasi tu.. Kami blogger ni dulu tak banyak knowledge pasal pendaftaran produk, apa yang boleh & tidak di iklankan atau di tulis dalam review produk. Faktor dulu tak banyak pendedahan.. Mungkin artikel artikel lama yang kami sendiri dah lupa pernah di tulis dalam blog tu di kesan oleh pihak berautoriti menyebabkan ada yang buat report sehingga nasib tidak baik menimpa blog cik mat gebu. Dalam hal ni.. Bukan salah cik mat gebu mungkin dia sendiri kurang tahu pasal tu.. Tapi kita sebagai blogger ambil la pengajaran dari apa yang berlaku.

Dah tiba masa.. check balik semua penulisan review kita pasal produk. Yang mana tidak berdaftar, di senaraikan sebagai produk bahaya, overclaim semua tu samada ada revert to draft atau delete je. Dan selepas ni berhati hati untuk terima sebarang kolabrasi melibatkan review produk produk ni. Korang boleh rujuk entri ni apa yang boleh & tidak di tulis atau iklankan tak kira la secara penulisan,video atau audio kat sini :


ꜜ
ꜜ
AWAS! BLOGGER, INSTAFAMOUS,SELEBRITI YANG SELALU BUAT REVIEW PRODUK! ANDA MUNGKIN BERISIKO DI SAMAN KKM KERANA PERKARA INI

Sekarang ni ramai juga blogger dah mula jual produk produk. Ada yang saya tengok tak berdaftar & claim pada produk ada tuntutan kesihatan & kecantikkan contoh produk yang ada claim kuruskan badan, detox bla.. bla.. bagai. Ada blogger dah keluarkan produk sendiri di bawah pengkelasan makanan tapi manipulasi fakta konon produk mendapat kelulusan KKM & claim pulak memang overclaim & menyalahi akta pengiklanan. Tak tau la samada depa tak tahu atau saja buat buat tak tahu.

Saya tahu bila saya sampaikan benda ni kat social media ramai kawan kawan blogger mula menjauh & dah tak nak keep in touch dengan saya. Maybe depa rasa saya macam dengki.. acah acah pandai.. padahal dari dulu jenis saya apa saya tahu saya suka share. Tu terpulang la.. Pada yang nak ambil sebagai ilmu & info untuk di manafaatkan.. Ambil la. Yang tak nak tu hak memasing. Nak terus buat revie produk produk macam tu.. terpulang la. Yelah.. benda ni ikut nasib. Tak semua akan terima nasib macam cik mat gebu ye dak?

Apapun bukan niat saya nak menjatuhkan mana2 blogger.. Niat saya tetap sama. Membantu pihak berautoriti menyampaikan kesedaran untuk orang awam. Biarpun saya pernah di saman & kalah kerana statement sarcasm dalam penulisan saya benda tu tak buat saya rasa nak berhenti terus menyampaikan kesedaran pada orang lain. Lagipun fakta saya pasal produk yang saya tulis hingga di saman tu kebanyakkan saya menang sebab bersumberkan rujukan yang sahih & benar. dari 11 pertuduhan cuma kalah 3 posting yang berunsur sarcasm je tapi mahkamah sifatkan ia sebagai fitnah. So, saya redha & terima je.

Moral of the story.. Apa yang baik dari saya ambil la sebagai ilmu yang buruk dari saya jadikan pengajaran supaya hangpa tak buat kesilapan yang sama sehingga memudaratkan diri. Peace Yo!

PENJELASAN TENTANG PRODUK CETAPHIL YANG DI KATAKAN MENGANDUNGI BAHAN TIDAK SELAMAT

PENJELASAN TENTANG PRODUK CETAPHIL YANG DI KATAKAN MENGANDUNGI BAHAN TIDAK SELAMAT. Khairul Yoi satu entiti yang dalam kategori anonymous tapi sebenarnya tak berapa anonymous juga. Cuma ramai yang tak tahu siapa dia termasuklah saya. Saya cuma banyak follow posting posting berkaitan info info produk di page beliau Khairul Yoi. Dah banyak kali account facebook Khairul Yoi ni kena report & kena benam.. Tapi tu la manusia berpengaruh macam tu.. Dia macam zombie. Susah nak mati katanya hehehe.


Baru baru ni kecoh ada seorang individu konon membuat pendedahan tentang 1 produk drugstore yang agak terkenal. Sebab produk ni ramai yang akan rekemen termasuk specialist bagi mereka yang mengalami breakout teruk tak kira la sebab terguna produk kosmetik beracun atau apa apa sebab lain. Kalau sebut cetaphil tu.. Rata rata orang kenal brand ni. Saya pun pernah guna gentel cleanser cetaphil masa mengalami alergik teruk kat muka. So far membantu masalah tu. Sebab kulit saya memang agak sensitif dengan cleanser yang berbuih mewah.. Even tak mengalami alergik pun hasil try & error bermacam macam jenis cleanser ni.. yang jenis gel & tak berbuih paling serasi dengan kulit saya even body wash pun saya guna jenis gel tapi tak la sampai tak ada buih. Body wash kalau tak ada buih.. Rasa tak puas pulak bersabun kan? kekekeke

Berbalik pada isu cetaphil.. Salah faham yang di viralkan di perbetulkan semua oleh Khairul Yoi. So untuk panduan & info korang semua saya copy paste balik posting khairul Yoi. Bukan apa.. Page Khairul Yoi ni.. satgi hilang at least ada la info berguna yang di sampaikan di simpan di blog ni untuk rujukan anda semua..



Since beberapa hari lepas, ramai yang tanya pasal kandungan Cetaphil dan jugak about this post.

Pertama skali, aku dah terangkan pasal selamat vs serasi. Cari yang selamat dulu. Kemudian baru cari yang serasi. Macam mana nak tau selamat? Dah ajar banyak kali, beli dari drugstores atau cari produk local yang berkualiti. Ada labtest, dikilangkan di kilang bertaraf gmp, berdaftar dengan kkm, yada yada yada. Atau boleh tengok senarai produk berkualiti yang aku pernah mention sebelum ni.

Kedua, Cetaphil. Aku nak ajar korang macam mana nak baca ingredients analysis dalam cosdna. Nanti korang tekan pic kat bawah. Aku sediakan cara2 nak baca dan tengok ingredients safety level.

Cetaphil ni, ada 8 saja ingredients. Yang jadi kecoh sebab ada sodium lauryl sulfate dan hydroxybenzoate (paraben). Kita cerita pasal sls dulu. Fungsi dia adalah sebagai surfactant, atau bahasa mudahnya mengurangkan geseran antara kulit dan cleanser. Dan jugak dia adalah agen pembuih. Tapi klau korang prasan, cetaphil ni tak berbuih pun kan. Maknanya kandungan sls dalam cetaphil adalah sangat sangat sedikit. Dan sls ni jugak fungsi dia untuk stabilkan the whole product. Klau tak stabil nanti cepat naik kulat, cepat rosak dan sebagainya. Sls ni bersifat mengeringkan kulit. Tapi biasanya irritation jarang jadi pada rinse off product. Kecuali produk yang korang letak kat muka lama2. Tapi still korang kena berhati2 lah kan memilih produk.


Jadi keypoint dia, depends kepada skin tolerance korang. Korang yang ada DRY SKIN atau SENSITIVE SKIN, sebaiknya elakkan guna sebarang produk yang ada SLS, SLES, PARABEN (HYDROXYBENZOATE), SILICONE, ALCOHOL, FRAGRANCE. Sekiranya korang pakai cetaphil dan kulit jadi kering, gatal2, atau tak selesa, itu berkemungkinan korang ada alahan pada paraben atau sls walaupun cetaphil adalah untuk sensitive skin.

Kemudian dakwaan bahawa alcohol adalah pembunuh senyap. Yes that is right. Kalau kau teguk alcohol and drive, kemungkinan alcohol tersebut boleh membunuh. Alcohol dalam minuman tak sama macam alcohol dalam skincare ok. But the thing is kebanyakan alcohol dalam skincare adalah untuk control kepekatan produk dan membantu ingredients lain supaya mudah diserap ke dalam kulit. Tapi, ada tapi. Alcohol pun sama, korang yang ada sensitive skin kena elakkan pakai produk yang ada alcohol sebab alcohol jugak boleh mengeringkan kulit.

Untuk kulit normal, takde masalah pun sebenarnya. Ada sebab kenapa moisturiser diwujudkan. Sebab tu lepas cleansing, korang pakai moisturiser untuk hydrate kan kulit korang supaya tak kering. Ni lah sebabnya ni. Supaya korang tak menggelabah bila nampak produk yang ada sls, sles dan alcohol. Jadi yang ada kulit sensitif dan kering tu, carilah produk yang bebas bahan2 yang aku sebutkan tadi.


Semoga info & penjelasan ni membantu korang lebih memahami ingredient dalam produk. Bak kata Khairul Yoi perkara pertama dalam memilih produk.. Yang pertama pilih produk yang selamat dulu kemudian cari produk yang serasi dengan anda. Sebab kita sedia maklum.. Produk yang selamat pun bukan sesuai dengan semua orang jadi penting kalau nak guna apa apa produk 2 kriteria ni perlu ada. Produk yang selamat & memenuhi keperluan & masalah kulit korang. Produk yang beracun ni even luar kulit nampak macam bagi kesan positif tapi tetap bahaya pada kesihatan. Sebab kadang kadang effect dia tak nampak luar kulit tapi perlahan lahan merosakkan kesihatan dalam korang. Yang tu baru boleh panggil 'Silent Killer' ok!

Mora of the story.. Jadilah pengguna bijak bukan pengguna senang kena pijak. Anda mampu mengubahnya. 

AWAS! JANGAN TERTIPU DENGAN KOSMETIK ORGANIK

AWAS! JANGAN TERTIPU DENGAN KOSMETIK ORGANIK. Sebab lambakkan produk kosmetik terutama skincare ni di kesan mengandungi bahan terlarang seperti merkuri, hidrokinon & tretinion sekarang ni segelintir pengeluar/ponder beralih arah dengan menggunakan taktik claim produk depa organik pulak. Yang paling tak tahan tu.. 100% organik kau! Yelah.. hang klepet (tipu) pi la macam mana confirm masih ada golongan yang akan percaya & terpedaya.


Bukan kata tak ada produk organik.. Ada je cuma yang claim 100% organik tu nak percaya dengan tak percaya sama banyak je. Produk yang buat tuntutan organik ni kena di ada sijil organik. Kalau tak ada tak boleh nak claim produk depa organik. Tak ada bukti sokongan yang menyatakan produk mereka organik so kita kena ragui la. Zaman masing masing berlumba nak kaya raya ni dia bukan kisah dah rezeki dia halal ke, berkat ke tidak. Yang dia fikir.. apa saya marketing yang boleh menaikkan jualan produk dia.. kita belasah je. Dalam hal ni yang konon sifu sifu dok buat kelas marketing terutama yang beragama Islam mohon highlight isu halal, haram & keberkatan rezeki sikit. Ni asyik ajar teknik nak naikkan sale.. buat copywritting overclaim je kan. Ajar la sikit depa jujur dalam berniaga ni.

Seperti biasa atas keprihatinan & sama sama nak belajar dengan hangpa semua.. den kongsikan sedikit info berkaitan produk kosmetik organik & apa itu produk kosmetik organik yang patut kita semua tahu. Even info ni sangat basic.. At least membantu kita dari kena tipu.

Produk kosmetik organik tidak dikawal oleh mana-mana perundangan ataupun badan kawalselia. Ini bermaksud sesiapapun boleh mengunakan terma 'Kosmetik Organik' tanpa larangan. 
Label Organik pada produk kosmetik pula tidak semestinya bermaksud bebas bahan kimia, tetapi bermaksud menggunakan bahan organik dalam
penghasilannya. 

Bahan organik dalam kosmetik ini boleh jadi hanya 1% sahaja daripada kandungan kosmetik. Contohnya, produk kosmetik yang hanya mengandungi 0.01% minyak lavender organik juga melabelkan produk mereka sebagai kosmetik organik. Tetapi ramai pengguna yang tidak sedar. 
Kajian yang terbaru mendapati, 1 daripada 3 orang pengguna sanggup untuk membayar harga 25% lebih mahal untuk mendapatkan produk- produk yang dihasilkan secara organik ataupun bebas bahan kimia. 
Jadi hari ini, terma 'ORGANIK' telah dijadikan sebagai alat pemasaran oleh syarikat kosmetik untuk mereka jual dengan harga yang lebih mahal selain untuk yakinkan pengguna bahawa produk mereka selamat dan bebas bahan kimia beracun. 
Anda boleh survey sendiri trend produk-produk kosmetik di kedai kosmetik ataupun farmasi komuniti yang semakin banyak menggunakan label organik. Tak perlu pergi jauh, kita juga boleh lihat trend penjualan kosmetik di Facebook dan Insta oleh penjual-penjual online kebanyakkan claim produk kosmetik mereka adalah organik dan bebas bahan kimia beracun. 
Tambah mengelirukan lagi, pelbagai logo-logo organik dikeluarkan oleh pelbagai badan dan persatuan yang menggunakan standard organik sendiri. Ada yang mengatakan kosmetik organik mesti mengandungi 95% bahan berasaskan tumbuhan dan 10% daripada kandungannya adalah organik. 
4 KATEGORI LABEL ORGANIK 
Menurut USDA, produk kosmetik boleh menggunakan logo USDA Organic mengikut 4 kategori label organik sama seperti produk makanan. 4 jenis label organik ini adalah: 
1. "100% ORGANIC" - Produk mesti mengandungi bahan yang dihasilkan secara organik sahaja tidak termasuk air dan garam.
2. "ORGANIC" - Produk mesti mengandungi sekurang-kurangnya 95% bahan organik. 
3. "Made With Organic Ingredient" - Produk mengandungi sekurang-kurangnya 70% bahan organik dan boleh letakkan 3 bahan organik pada label. 
4. Jika produk mengandngi kurang 70% bahan organik. Produk tidak boleh menggunakan terma "organik' pada label tetapi boleh nyatakan kandungan spesifik yang dihasilkan secara organik. 
Air dan garam tidak termasuk dalam kategori 'bahan organik'. Di US, mana-mana produk yang tidak menepati 4 kategori label organik di atas tidak boleh menggunakan label USDA Organic pada produk kosmetik mereka. 
Jadi, apa yang pengguna boleh lakukan jika mahukan produk kosmetik organik? 

Jawapannya. Luangkan lebih banyak masa untuk membaca dan fahami label produk kosmetik tersebut. Semak siapa pengilangnya dan siapa yang berikan logo atau persijilan organik kepadanya. Periksa kandungan bahan-bahan yang digunakan. Jika masih tidak jelas, hubungi syarikat tersebut dan tanya. 
"Memilih untuk menggunakan produk kosmetik yang organik dan bebas bahan kimia adalah hak pengguna". Jadi, jika kita buat pilihan untuk gunakan produk Kosmetik Organik pastikan kita betul-betul dapat apa yang kita bayar. 
"JIKA KITA BAYAR HARGA UNTUK PRODUK KOSMETIK ORGANIK, PASTIKAN APA YG KITA DAPAT BETUL-BETUL PRODUK ORGANIK. BUKAN CLAIM SEMATA-MATA"
Sumber : FB Rahman Baco, Pharmacist

Semoga tips & info berkaitan produk kosmetik organik membantu hangpa supaya dapat mengenalpasti samada produk tu betul betul organik atau sekadar claim organik je bagi memanipulasikan iklan bagi melariskan jualan.

Moral of the story.. ada berhak bertanya bukti sesuatu produk itu samada betul organik atau tidak kepada pengedar/pengeluar/penjual. Kalau banyak dolak dalih & alasan.. Anda wajib meragui kejujuran mereka. Jadilah pengguna bijak anda mampu mengubahnya.

PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH?

PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH? Antara isu yang masih jadi hangat hangit & hangus apabila sesuatu produk di laporkan mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual yang banyak di kesan di campurpalsu dari produk kosmetik jenama tempatan. Selalu alasan ni di gunakan oleh ramai golongan yang kononya 'Ponder' produk bila produk di bawah jenama mereka kantoi di lab KKM.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Ramai masih percaya bahawa tidak mustahil berlaku KKM mengambil sampel dari fake product @ produk tiruan untu di analisa sehingga menyebabkan produk tersebut di kesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hidrokinon & tretinion sebab depa percaya produk orginal beli direct HQ kononnya selamat & bebas bahan terlarang yang merbahaya & merosakkan kulit. Bagus tau pengguna kat Malaysia ni.. Hati sangat bersih sentiasa berbaik sangka even kena tipu hidup hidup pun. Memang pengguna bawah lindungan kaabah ni. Sila bagi tepukan gemuruh buat mereka.

Ramai yang tak tahu sebelum laporan media di keluarkan boleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bila mengesan sesuatu jenama produk mengandungi bahan terlarang/beracun/merbahaya.. Depa bukan simply pi beli sampel produk dari satu kedai/booth lepas tu hantar lab & buat analisa. Dari nak ambil sampel sehingga laporan di keluarkan KKM ada SOP mereka sendiri bagi memastikan mereka tidak tersilap mengeluarkan laporan terhadap sesuatu produk.

➠Bila membuat aktiviti surveillance berdasarkan potensi risiko dan/atau apabila terdapatnya aduan daripada pengguna atau pihak berkuasa negara ASEAN bawah kualiti kosmetik Pemegang notifikasi (Founder/Pengeluar produk) dimaklumkan untuk penghantaran sample.

➠Jika pihak pemegang Notifikasi (NOT KKM) tidak menghantar sampel (sebab ada founder/pengeluar) walau di maklumkan untuk menghantar sampel produk tidak mengendahkan barulah penguatkuasa KKM memulakan risikan untuk persediaan membuat pembelian produk di pasaran daripada pihak pengedar yang sah, premis berlesen & mudah di akses oleh pengguna.

* Kalau betul produk mereka tak ada masalah.. Rasanya masa pihak KKM minta sampel tak ada masalah kan depa nak bagi. Lagi senang direct dari pihak mereka tak ada isu kkm buat labtest pada produk tiruan. Tapi kenapa ada yang tak bagi bila pihak KKM minta sampel sampai pihak penguatkuasa KKM perlu buat risikan & beli sendiri produk tersebut di pasaran? Ni soalan bukan tuduhan ok.. So tepuk dada tanya selera.

➠Selepas dapat sampel produk.. Sampel di hantar untuk di analisa. 

➠Selepas di buat analisa dari pakar pakar KKM & keputusan di perolehi Pihak NPRA (KKM) Akan keluarkan satu surat arahan pembatalan Notifikasi (NOT KKM) jika di kesan mengandungi racun berjadual & mengarahkan pemegang Notifikasi menarik balik produk produk tersebut di pasaran & melupuskan produk tersebut secara sah.

➠Kenyataan akhbar akan di keluarkan untuk memberitahu kepada orang awam & pengguna supaya berhenti menggunakan produk kosmetik tersebut kerana telah di kesan mengandungi racun berjadual.

➠Pemegang Notifikasi (Founder/Pengeluar) Boleh membuat rayuan kepada pihak KKM dalam masa 14 hari tapi kalau dah tak buat tu hangpa pepaham je la. Tak guna nak buat rayuan kalau memang betul produk tu mengandungi bahan terlarang.. ye dak?? Sebab memang kebanyakkan pemegang Notifikasi tak buat rayuan pun walau mereka sedia maklum akan perkara tersebut.

Sepertimana tertakluk dalam Peraturan 18, Peraturan–Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR1984), pemegang notifikasi boleh membuat rayuan secara bertulis melalui surat rasmi kepada Menteri Kesihatan dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh surat tindakan regulatori yang dikeluarkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi. Surat rasmi rayuan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut, tidak akan dipertimbangkan. Rayuan hanya boleh dilakukan oleh pihak pemegang NOT sahaja.

Betul ke KKM ambil sampel dari produk tiruan untuk buat analisa di makmal sehingga menyebabkan jenama produk tu di fitnah beracun? Yelah selalu je 'Ponder/Seller/Agent' cakap KKM ambil sampel fake produk menyebabkan reputasi produk mereka terjejas. Kalau beli kat HQ & pengedar yang sah tak beracun katanya.. Tapi betul ke dakwaan tu??

Jawapan tidak. KKM tidak mengambil sampel produk tiruan untuk di analisa di makmal KKM. Ini adalah kerana justifikasi seperti di bawah:

1. Sekiranya Tiada pertikaian atau rayuan dikemukakan oleh wakil syarikat berkenaan dengan isu “produk tiruan” apabila surat arahan pembatalan notifikasi dan panggilbalik produk dari pasaran dihantar dari NPRA kepada syarikat maka tiada isu sampel di ambil adalah dari produk tiruan. Pihak syarikat juga telah diberi tempoh masa satu bulan untuk mengemukakan laporan panggilbalik dan laporan punca masalah yang dikenalpasti menyebabkan kegagalan ujian serta tindakan-tindakan yang akan diimplementasikan untuk meningkatkan mutu produk (CAPA). 

Tambahan pula, Sekiranya laporan CAPA yang dikemukakan oleh pemegang notifikasi produk kepada NPRA adalah disebabkan oleh terlepas pandang dalam hal ini dan masalah pencemaran produk adalah berpunca dari kecuaian pihak kilang.. So tiada isu sampel yang di analisa adalah dari produk tiruan.

2. Bila Keputusan ujian Makmal NPRA, KKM Malaysia adalah sejajar atau konsisten dengan keputusan ujian makmal Negara ASEAN lain seperti Brunei dan Singapore adalah sangat mustahil sampel produk tersebut adalah dari produk tiruan.

*Kalau produk tu dah kena banned di brunei, singapore & Indonesia.. Pepaham je la pandir. Takkan seumur hidup kau nak jadi bendul percaya pada golongan yang fikir untung je. Dia nak jual produk dia.. Of course la dia menafikan produk dia bahaya even bukti dah jelas nyata.

Yang perlu anda tahu pendaftaran notifikasi NOT bukanlah satu bentuk pengesahan bahawa produk tersebut adalah selamat digunakan. Jadi apa nak pelik produk kosmetik yang berdaftar dengan KKM pun di kesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri.

Sistem notifikasi kosmetik di Malaysia telah dilaksanakan sejak 1 Januari 2008. Ini adalah selaras dengan sistem harmonisasi regulasi kosmetik yang telah diamalkan oleh semua negara ASEAN, begitu juga negara-negara Eropah. Walaubagaimanapun, kawalan produk kosmetik melalui sistem notifikasi adalah berbeza berbanding kawalan terhadap produk-produk farmaseutikal, di mana produk farmaseutikal perlu berdaftar dengan NPRA dan akan dinilai dengan lebih terperinci serta perlu mendapat kelulusan KKM sebelum boleh dipasarkan. 
Dengan itu, Nota Notifikasi bukan bukti yang menunjukkan produk kosmetik tersebut telah mendapat kelulusan KKM kerana kawalan kosmetik di Malaysia adalah kawalan kendiri (self-regulation) di mana pemegang notifikasi telah membuat deklarasi mengenai nama produk, senarai bahan ingredient, pengilang dan lain-lain maklumat dan notifikasi akan diproses berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pemegang notifikasi. Tambahan pula, tiada pengujian makmal dijalankan oleh NPRA sebelum produk kosmetik dinotifikasikan. Dengan itu, pemegang notifikasi adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk kosmetik bagi menjamin kepentingan pengguna.

Senang faham NOT KKM tu di perolehi bila pengeluar/founder mengistiharkan kepada KKM bahawa produk mereka selamat semasa memohon NOT bukan KKM yang bagi kelulusan apa apa & KKM tak menganalisa produk tersebut di makmal sebelum memberi Notifikasi. Kalau depa tak jujur declare bahan terkandung dalam produk depa tu yang berlakunya kemudaratan kepada pengguna.

Harap dengan info ni pengguna terutama penggemar produk kosmetik ni mendapat manafaat. Please bila KKM isytiharkan sesuatu produk tu beracun tak perlu percaya cakap golongan yang tidak bertauliah atau ada kepakaran dalam bidang tersebut. Kita sedia maklum budak 16 tahun sekarang pun dah ada produk kosmetik di bawah jenama sendiri.. Tanpa ada knowledge jauh sekali base tentang produk kecantikan ni. Sekarang modal untuk mempunyai produk jenama sendiri bukanlah terlalu mahal dengan lambakkan kilang OEM. Apa yang saya tahu sesetengah kilang yang mengeluarkan produk jenama sendiri ni.. Produk2 mereka ada gred.. Yang murah semestinya gred paling rendah kualiti tapi kalau korang pandai buat marketing memang 'mokcik pokcik kayo' la. Produk2 gred rendah macam ni selalunya bersiko. So berhati hati la. 

Moral of the story.. Nak selamat elakkan guna produk yang tidak ada R&D, dermatologi test & tiada bukti dah melalui ujian makmal (Labtest) untuk membuktikan produk mereka bebas bahan terlarang. Produk yang ada bad reputation (reputasi buruk) terutama yang pernah di banned KKM atau mana2 negara asean lain pun better elakkan. Please berhenti percaya KKM ambil sampel fake product (produk tiruan) kerana perkara tu adalah sesuatu yang mustahil sangat. 

P/S : Untuk menyemak produk produk kosmetik yang dah di batalkan notifikasi (NOT KKM) selepas di kesan mengandung racun berjadual boleh semak kat ➦ Pembatalan Notifikasi Produk Kosmetik (NPRA)

SAMPAI BILA PENGGUNA PRODUK KOSMETIK HARUS DI TIPU & DI ANIAYA?

SAMPAI BILA PENGGUNA PRODUK KOSMETIK HARUS DI TIPU & DI ANIAYA? Isu pasal produk kosmetik/kecantikkan yang di campurpalsu dengan bahan terlarang seperti merkuri, hidrokinon, tretinion bukan lagi isu baru. Rasanya dah bertahun isu ni menjadi isu hangat tapi seolah olah tiada solusi untuk membentaras atau mengurangkan populasi pengeluar produk yang tidak bertanggungjawab macam ni.


Biarpun Bahagian penguatkuasa KKM melakukan rampas & membuat laporan media jika sesuatu produk di kesan mempunya racun berjadual atau bahan merbahaya tapi nampak semakin hari semakin bertambah pulak produk produk beracun di pasaran. Ada yang berdaftar dengan KKM & ada yang tidak berdaftar. Ada jenama produk yang berkali kali di tarik balik Notifikasi (NOT KKM) tetap masih menjual produk beracun. Taktik mereka kebanyakkan sama.. Bila produk di rampas & di tarik balik NOT KKM.. tukar nama item pada produk, tukar packaging & apply balik NOT KKM.. lepas tu jual balik. Claim sebagai produk baru & formulasi baru. Settle. Kena lagi.. buat lagi perkara yang sama. Sebab apa? Sebab mereka berduit. Denda yang pihak KKM kenakan tidak membebankan pihak pengeluar. Mereka boleh bayar & terus jual produk beracun tanpa rasa berdosa jauh sekali rasa bersalah. Sebab produk produk macam ni selalunya sentiasa ada permintaan. Yelah manusia ni memang sukakan kecantikkan lebih lebih kalau ada produk tu mampu memberi kesan cantik dalam masa yang singkat.. bersusun orang minta PM di iklan produk tu.


Ni pendapat saya sebagai orang awam/netizen/pengguna/rakyat marhen.. Hukuman & denda yang di kenakan pada pengeluar & pengasas produk beracun ni memang tak setimpal. Serius tak setimpal langsung sebab tak mampu membuatkan mereka serik atau insaf pun. Tak mampu mengurangkan populasi pengeluar produk beracun. Rasanya kena gubal semula undang undang supaya denda boleh di naikkan sehingga RM1juta atau lebih banyak lagi. Ia melibatkan keselamatan & kesihatan pengguna. Ia perkara serius. Itu pendapat saya la..


Pengguna ni selagi boleh di jual selagi di jual mereka akan percaya pada penjual/pengasas/pengeluar. Seolah olah KKM tiada kredibiliti dalam isu berkaitan bila mereka lebih percaya dengan pengasas produk yang kebanyakkan menggunakan alasan produk mereka di sabotaj, di fake (tiruan) & sampel produk yang di ambil dah tercemar bla.. bla..  Sedangkan KKM yang sememangnya mempunyai kakitangan di kalangan mereka2 yang berkelayakan untuk melakukan tugas mereka sebelum sesuatu produk di umumkan beracun. Tapi mentaliti pengguna.. masih percaya kepada orang yang bukan pakar dalam sesuatu bidang tersebut sebab tu masih ramai yang tertipu.

Pakar Farmakologi dan Toksilogi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Rohi A Ghazali, berkata krim kulit beracun dikenali melalui warnanya kelihatan bersinar, terang atau kusam serta berbau.“Apabila disapu pada kulit, pengguna mengalami kesan panas terbakar.“Sel lapisan kulit paling atas atau luar rosak kesan terhakis, menjadikan kulit licin seakan telur rebus dikupas.

Saya juga pernah melalui pengalaman kulit breakouts sebab produk beracun.. Buat review dulu pun saya just refer pada pendaftaran KKM yang waktu saya pun macam orang lain rasa nombor pendaftaran (NOT KKM) tu adalah bukti produk tu selamat di gunakan sedang NOT KKM bukan kelulusan atau jaminan. Ia cuma pendaftaran untuk memasarkan produk sahaja. Sebab permohonan NOT KKM tidak melalui ujian makmal.. Pihak pengeluar yang perlu notify (istytihar) pada KKM yang produk mereka selamat & bebas dari bahan terlarang melalui dokumentasi sahaja untuk mendapatkan nombor NOT KKM. Sebab tu kita boleh tengok banyak produk bernotifikasi (NOT KKM) yang di tarik balik selepas kkm membuat rampasan & labtest terhadap sampel produk. Boleh rujuk di website NPRA produk produk yang di tarik balik NOT & di haramkan di jual ➥ Senarai Produk Kosmetik Beracun (NPRA)

Moral of the story.. Seorang founder sebelum memasarkan produk ia akan memastikan formula & bahan di dalam produk dia selamat di gunakan, berkualiti & berkesan. Tapi kalau yang acah acah ponder.. dia cuma mantapkan ilmu marketing, cari kilang OEM atau cari stok untuk buat produk jenama sendiri.. kemudian jual je. Jadilah pengguna bijak.. Sayangi diri anda. Cantik bukan berapa putih kulit anda tapi bergantung sejauh mana sihatnya kulit anda. Kulit yang sihat tak semestinya putih gebu sampai nampak urat hijau, berkilat macam cermin atau putih macam kain kafan. So ubah mentaliti anda.. Putih itu cantik. Sebenarnya sihat itu cantik.

Sumber berita : BH online

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com