FILEM UPIN IPIN JENG JENG JENG TIDAK MENEPATI CITARASA KANAK KANAK
FILEM UPIN IPIN JENG JENG JENG TIDAK MENEPATI CITARASA KANAK KANAK. Upin Ipin satu watak animasi yang menjadi kegilaan kanak kanak zaman sekarang termasuk anak aku. Budak2 yang selalu mengikuti setiap episod upin ipin ni bukan setakat boleh menghafal watak watak dalam kartun tersebut malah dialog2 pun dorang boleh hafal macam anak aku. Kadang2 aku pun di panggil dengan nama watak yang ada dalam upin ipin. Normally dia panggil aku kak Ros la & bapak dia kadang2 dia panggil abang salleh.. Kelakar jugak kalau dia jadi 'tergagai' macam tu.Memang upin ipin memberi pengaruh besar pada kanak kanak.. Almaklum la keluar perut terus di dedahkan dengan upin ipin kan. Mana tak terpengaruh.. Apapun masih membawa banyak moral yang baik. Cuma kadang2 bahasa santai contoh ganti nama diri yang di gunakan bila berinteraksi dengan kawan kawan tu aku pernah dengar rungutan dari parents yang kata.. Penggunaan 'Aku' & 'Kau' tu kurang sesuai bila menjadi ikutan anak anak mereka. Yang tu je la setakat ni aku dengar 'ketidakbaikkan' tentang kartun animasi Upin Ipin ni. Tapi bukan statement tu aku reka reka tau!! memang ada parents lain yang cakap.
Semalam Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni di tayangkan di pawagam seluruh malaysia. Seperti kita sedia maklum.. Filem ni berkonsepkan gabungan animasi & dunia realiti. Maksudnya ada watak kartun (Upin & Ipin) & Watak manusia biasa. Rasanya ramai dah tengok iklan promo filem ni faham kot apa yang aku sampaikan.
Ramai dah bawa anak anak pergi menonton. Yang dapat tiket Free atas dasar kerja tu, aku tak nak la ambil kira sangat komen depa pada filem Upin Ipin. Depa bekerja.. Tapi aku ada terbaca jugak komen dari penonton yang beli tiket & bawa anak menonton filem ni.. Katanya kurang menarik. Anak2 dia asyik tanya mana watak2 lain macam mail, jarjit, ehsan,fizi, mei mei.. yang selalu mereka tonton dalam episod upin ipin. Jadi mungkin ada segelintir kanak kanak tak enjoy tengok filem ni sebab tak ada watak watak yang mereka harap ada. Sebab selama ni watak kawan2 upin ipin juga main peranan untuk menghiburkan kanak kanak yang menonton. Sebenarnya selain watak utama Upin Ipin dalam kartun ni, Mail antara watak paling di gemari kanak - kanak selain jarjit yang terkenal dengan pantun dua kerat dia tu. Jadi bila watak2 yang mereka rasa selama ni menghiburkan mereka tak ada, mungkin mereka jadi bosan dalam pawagam mula la nak buat hal sendiri.
watak watak yang ada dalam setiap episod upin ipin |
Gabungan watak manusia dengan animasi mungkin bukan citarasa kanak kanak sangat sebab kita sedia maklum kanak kanak bukan minat sangat nak tengok drama atau filem2 cereka menggunakan watak manusia real ni. Nak2 lagi cerita dalam filem ni kisah seorang kanak kanak (anak yatim) yang cuba menyelamatkan rumah anak yatim yang dia tinggal dari di rampas. Kisah2 macam ni di tambah lebih banyak watak manusia real dari kartun animasi memang tak mustahil tak menepati citarasa kanak kanak. Watak animasi @ kartun jugak lebih menarik perhatian mereka. Percubaan Les Copaque membuat filem ni.. tak berani nak cakap gagal, kita tengok je la sambutan & feedback nya nanti. Aku pun memang ada jugak niat nak bawa anak aku tengok filem ni sebab nampak dia macam excited jugak tengok iklan filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni. so tengok je la macam reaksi budak shahila terhadap filem ni. Adakah dia enjoy macam tengok filem Boboiboy the movie dulu atau tak. Lepas tengok nanti kita review balik. hehehe
Mesti yang ada cakap.. Alah, orang melayu asal orang melayu nak hasilkan kelainan sikit mula nak kondem.. alahai, tak boleh komen sikit dah cakap nak kondem. Sila fikir dari sudut positif la beb!! Aku pun setuju jugak... biasanya budak2 tengok episod upin ipin ada watak kawan kawan dia.. Depa mengharapkan dalam filem pun ada watak watak kawan2 dia juga bila watak tu tak ada & kartun animasi yang depa tengok selama ni tetiba jadi filem yang lebih banyak watak manusia real ni memang la budak2 rasa tak enjoy sangat. Ingat Budak2 tu minat ke dengan Balqis.. majoriti tak kisah pun dengan pelakon kanak kanak.. Yang minat golongan dewasa je. Kanak kanak.. tetap la kanak kanak.. Mereka memang sukakan kartun. Kalau nak buat filem untuk kanak kanak.. Maka kena la buat mengikut macam mana yang mereka suka supaya mereka enjoy menonton. Sebab majoriti parents yang bawa anak - anak pergi menonton filem2 macam ni bukan sebab mereka suka tapi sebab anak anak mereka suka. So, citarasa kanak kanak perlu di dahulukan.
Moral of the story.. Apapun tahniah jugak la pada les copaque atas penghasilan Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni. Semoga filem ni berjaya mendapat kutipan yang memberangsangkan. Peace Yo!