FILEM UPIN IPIN JENG JENG JENG TIDAK MENEPATI CITARASA KANAK KANAK
Memang upin ipin memberi pengaruh besar pada kanak kanak.. Almaklum la keluar perut terus di dedahkan dengan upin ipin kan. Mana tak terpengaruh.. Apapun masih membawa banyak moral yang baik. Cuma kadang2 bahasa santai contoh ganti nama diri yang di gunakan bila berinteraksi dengan kawan kawan tu aku pernah dengar rungutan dari parents yang kata.. Penggunaan 'Aku' & 'Kau' tu kurang sesuai bila menjadi ikutan anak anak mereka. Yang tu je la setakat ni aku dengar 'ketidakbaikkan' tentang kartun animasi Upin Ipin ni. Tapi bukan statement tu aku reka reka tau!! memang ada parents lain yang cakap.
Semalam Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni di tayangkan di pawagam seluruh malaysia. Seperti kita sedia maklum.. Filem ni berkonsepkan gabungan animasi & dunia realiti. Maksudnya ada watak kartun (Upin & Ipin) & Watak manusia biasa. Rasanya ramai dah tengok iklan promo filem ni faham kot apa yang aku sampaikan.
Ramai dah bawa anak anak pergi menonton. Yang dapat tiket Free atas dasar kerja tu, aku tak nak la ambil kira sangat komen depa pada filem Upin Ipin. Depa bekerja.. Tapi aku ada terbaca jugak komen dari penonton yang beli tiket & bawa anak menonton filem ni.. Katanya kurang menarik. Anak2 dia asyik tanya mana watak2 lain macam mail, jarjit, ehsan,fizi, mei mei.. yang selalu mereka tonton dalam episod upin ipin. Jadi mungkin ada segelintir kanak kanak tak enjoy tengok filem ni sebab tak ada watak watak yang mereka harap ada. Sebab selama ni watak kawan2 upin ipin juga main peranan untuk menghiburkan kanak kanak yang menonton. Sebenarnya selain watak utama Upin Ipin dalam kartun ni, Mail antara watak paling di gemari kanak - kanak selain jarjit yang terkenal dengan pantun dua kerat dia tu. Jadi bila watak2 yang mereka rasa selama ni menghiburkan mereka tak ada, mungkin mereka jadi bosan dalam pawagam mula la nak buat hal sendiri.
watak watak yang ada dalam setiap episod upin ipin |
Gabungan watak manusia dengan animasi mungkin bukan citarasa kanak kanak sangat sebab kita sedia maklum kanak kanak bukan minat sangat nak tengok drama atau filem2 cereka menggunakan watak manusia real ni. Nak2 lagi cerita dalam filem ni kisah seorang kanak kanak (anak yatim) yang cuba menyelamatkan rumah anak yatim yang dia tinggal dari di rampas. Kisah2 macam ni di tambah lebih banyak watak manusia real dari kartun animasi memang tak mustahil tak menepati citarasa kanak kanak. Watak animasi @ kartun jugak lebih menarik perhatian mereka. Percubaan Les Copaque membuat filem ni.. tak berani nak cakap gagal, kita tengok je la sambutan & feedback nya nanti. Aku pun memang ada jugak niat nak bawa anak aku tengok filem ni sebab nampak dia macam excited jugak tengok iklan filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni. so tengok je la macam reaksi budak shahila terhadap filem ni. Adakah dia enjoy macam tengok filem Boboiboy the movie dulu atau tak. Lepas tengok nanti kita review balik. hehehe
Mesti yang ada cakap.. Alah, orang melayu asal orang melayu nak hasilkan kelainan sikit mula nak kondem.. alahai, tak boleh komen sikit dah cakap nak kondem. Sila fikir dari sudut positif la beb!! Aku pun setuju jugak... biasanya budak2 tengok episod upin ipin ada watak kawan kawan dia.. Depa mengharapkan dalam filem pun ada watak watak kawan2 dia juga bila watak tu tak ada & kartun animasi yang depa tengok selama ni tetiba jadi filem yang lebih banyak watak manusia real ni memang la budak2 rasa tak enjoy sangat. Ingat Budak2 tu minat ke dengan Balqis.. majoriti tak kisah pun dengan pelakon kanak kanak.. Yang minat golongan dewasa je. Kanak kanak.. tetap la kanak kanak.. Mereka memang sukakan kartun. Kalau nak buat filem untuk kanak kanak.. Maka kena la buat mengikut macam mana yang mereka suka supaya mereka enjoy menonton. Sebab majoriti parents yang bawa anak - anak pergi menonton filem2 macam ni bukan sebab mereka suka tapi sebab anak anak mereka suka. So, citarasa kanak kanak perlu di dahulukan.
Moral of the story.. Apapun tahniah jugak la pada les copaque atas penghasilan Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni. Semoga filem ni berjaya mendapat kutipan yang memberangsangkan. Peace Yo!
tajuk pun Upin & Ipin, xde kawan2.
ReplyDeleteTahniahlah pada mereka sebab bukan mudah nak buat filem macam ni. Ada animasi dan manusia real lagi. Bab 'kau, aku dan dia' ni lama dah akak perhatikan. Memang anak kecil tu banyaklah juga terpengaruh sebab mereka suka tengokkan Upin Ipin ni.
ReplyDeletekomen yang jujur dan patut diberi pengajaran kepada pembuat filem tempatan untuk belajar lagi. ambillah contoh filem who frame roger rabbit (padahal keluarannya awal 90an-dan tolak tepi dlu sisi moral citer). mcmana mereka tarik perhatian penonton yang ditarget.
ReplyDeleteSetuju, buat formula mcm Boboiboy aritu. Budak2 nak tgk watak2 yg depa dah biasa. Lawak boboiboy pun lebih punchline dan selamba.
ReplyDeleteBoleh kalau nak buat gabungan animasi dan live, tp improve lagi la. Fokus pada Upin Ipin tu kena lebih. Filem Geng dulu pun sbnarnya kurang juga, sbb fokus tidak pada Upin Ipin dan terlalu 'over' jalan cerita hingga masuk alam fantasi. Sometimes, less, simple and straight to the point is better.
Harap Les Copaque sedia terima teguran penonton la
kecewa dengan cerita upi ipin jeng jeng jeng ni, hrmmm sangat bosannn...
ReplyDeleteBoleh tak mi tak bakik duit tiket.. cerita macam hampehhh..
ReplyDeleteAnak aku kalau ngadap cerita ipin upin ni pagi sampai malam.. ituhari bawak masuk wayang sibuk nak balik... dah la iklan dekat nak 15 minit... budak pun bosan.. kata cerita upin ipin tapi watak penting sebenarnya macam artis jemputan je...
Untuk yg punya hak upin ipin, kaji dulu jalan cerita.. jgn sebab nak duit merosakan nama baik upin ipin keseluruhannya..
Lagi satu, jln cerita yg sangat la hampeh. Seolah2 OK utk menggunakan anak yatim buat bayar hutang along kan?!
ReplyDeleteAbang Jahat tiba2 terus jadi Abang baik, siap dapat lagi heroine (yg mulanya bukan main lagi gaduh) dan siap mengaku tolong ikhlas, sedangkan masalah dlm cerita tu berpunca dari dia jugak yg nak amik tanah tu. Bezanya dia dah taknak amik tanah tu tp cuma nak duit, ADA BEZA KE? Sama la jugak woi - 2 alasan tu nk pergunakan anak2 yatim utk kepentingan sendiri!
Adoi Erma Fatimah dan semua yg terlibat - Korang x terpikir ke pasal ni?
Kenapa Abang Jahat tu tak JUAL JE FERRARI dia kan?
Maknanya till the end, watak Jahat yg jadi Baik tu x betul2 baiknya, mana pengorbanan dia? Sekadar tolong jayakan konsert amal tu (yg akhirnya tujuan utk lepaskan diri dari Along - kat sini pun dah SALAH! )
Baik ditiadakan langsung watak Abang Jahat tu, cukup sekadar Awie dan Nor je jadi Hero dan Heroine, pastu buatlah masalah timbul akibat ada pemaju nak develope tanah tu, then Upin Ipin datang bagi idea buat konsert amal (barulah nampak penglibatan Upin Ipin selain hanya jd watak tempelan kat tepi dan belakang) dan Awie guna pengaruh dia sbg artis utk buat konsert tu, kan lebih logik dan murni?!
Dah bertahun2 buat filem masih gagal berkarya.
Nampak macam ambil kesempatan dari siri upin ipin. Filem taraf telemovie.
ReplyDeleteSetuju sangat filem nie tak payah lah nak pg tengok, rasa buang duit ajer bawa family ramai2 masuk panggung, ini semua cerita poyoo..haa memang betul la apa awie cakap, filem poyo. Perdayakan penonton dengan populariti upin ipin..anak aku 5 org semua tak happy pun lepas keluar panggung..mak bapak lagi la ..
ReplyDeleteDah tengok Dan saya rasa boiboiboy lagi best daripada upon ipin .jalan cerita Ni hampeh dan xde character macam jarjit fizi mail DLL
ReplyDeleteBudak2 tgk poster upin ipon, semngat nak g tgk wayang, kite pun bawak la, tak penah tgk trailer apa pun.
ReplyDeleteIntro nampak lambang kru, dah kenape kru? Sekali mcm cerekarama daa, rasa tertipu tgk poster upin ipin tu. Budak2 dok tanya mana upin ipin. Dah start berdiri la, tgk keliling la.
Jalan cite bodo. Bil x bayar tp ada duit buat bday siap maskot upin ipin mana dtg da naik sampan
Ada plak cintan cintun gambit dgn sara ali. Cite ni level karipap2 cinta je.
Watak upin ipin tu xde pon xpe kot. Pelakon balkis ke apa nama tu plak over acting tercebik2.
Lps tu cek kat
http://lescopaque.com/ xdak pun jengjengjeng ni under product dia, depa tak promote pon kt web dia. Tp ada kt web kru. Pandai depa amek kesempatan
Upin & Ipin dari filem yang pertama dan kedua same je. Apa yang sama....? Upin & Ipin bukan watak utama dalam filem....mereka tak buat filem macam buat siri tv. Kenapa tak buat budak2 kecik tu jadi hero?...tu yg budak2 nak tgk...tp biarlah isunya sesuai dgn isu kanak2. Tak macam boboiboy... heronya tetap boboiboy...setuju?
ReplyDelete