Showing posts with label Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Show all posts

RAMAI BLOGGER TERKESAN DENGAN KRITIKAN ALIA HAYATI

RAMAI BLOGGER TERKESAN DENGAN KRITIKAN ALIA HAYATI. Kat wall aku tengok ada antara blogger yang mendapat jemputan menonton premier screening filem upin ipin jeng jeng jeng mula panas hati,panas jari,panas bontot bagai dengan kritikan salah seorang ibu yang mempunyai seorang anak berusia 2 tahun. Rasanya ramai tahu isu tu. Alah pasal dia kritik filem upin ipin jeng jeng jeng yang katanya tidak menepati citarasa kanak2 & menyifatkan filem tu macam sampah.


Dari awal aku dok baca respond dari news feed fb aku,kadang - kadang aku sampai tergelak. marah sangat depa bila orang kata filem yang depa war war kan best tu tak best & sampah. sampai mempertikai hak orang tu bagi komen sebab katanya dia dah 2 tahun tak tengok wayang jadi dia tak layak nak komen. 10 tahun sekali orang pergi tengok wayang pun,dia berhak memberi pendapat dari apa yang dia bayar untuk menonton. dia nak cakap best ke tak best ke itu hak dia. kenapa perlu pertikai hak dia hanya kerana dia tak tengok wayang selama 2 tahun.

Status yang menjadi viral tapi tadi aku check dia dah delete atau private status tu. Mungkin ramai yang serang dia kot. Kesian kan sapa yang tak boleh terima perbezaan pendapat ni. Lepas ni tengok filem tempatan wajib puji walau filem tahap jamban pun

lagi satu kenapa cuak sangat dengan kritikan Alia Hayati tu? kalau filem tu memang terbaik & mampu buat penonton terutama kanak kanak terhibur setakat kritikan Alia Hayati tu tak jejas pun penjualan tiket.malah sebab status dia tulis mungkin menjadi satu publisiti untuk filem tu. Tapi bila ramai tunjuk macam cuak, aku pun syak maybe betul la filem tu tak best. Aku pun ada niat nak bawa anak aku pergi tengok tapi biasa la minggu pertama di tayangkan mesti ramai orang tengok. Pengalaman sebelum ni nak tengok Boboiboy the movie 3 kali ke pawagam tiket habis. Sebab kami jenis mengamalkan 'walk in' malas nak book online. Sebab bagi kami.. lambat atau cepat tengok filem tu takde apa terjejas pun. Dah hujung2 tayangan nanti confirm dah tak ramai menonton. Lagi senang nak beli tiket. hehehe

Berbalik pada isu kritikan Alia haryati yang bukan sesiapa.. hanya seorang isteri & ibu kepada anak berusia 2 tahun.. Pun macam tu ramai yang cuak dengan kritikan dia terhadap filem upin ipin jeng jeng jeng terutama blogger yang dapat tiket free tengok premier screening tu la. Komen pada post dia pun ada yang bersetuju & tidak dengan pendapat dia.. Biasa la tu. Citarasa manusia berbeza.. ada yang rasa anak2 mereka enjoy & ada yang nampak reaksi anak mereka kurang terhibur dengan filem tu. Masing - masing memberi persepsi & pendapat sendiri.. Bagi aku normal la tu. Yang rasa best tak salah.. Yang rasa tak best pun tak salah. Tak perlu kot nak rasa marah bila filem yang kau dapat tiket free pergi menonton orang yang kena beli tiket cakap tak best.

Bukan soal support atau tak sesama blogger.. cuma aku rasa mentaliti blogger yang cepat melatah macam ni mengambarkan blogger tu jenis pemikiran bawah tempurung. Cuba positif sikit.. Sebab zaman sekarang kritikan juga boleh jadi satu publisiti pada sesuatu perkara tu sebab tu ada yang sanggup buat video konon kutuk produk dia jual semata mata nak viral untuk memperkenalkan produk tu. See.. kritikan tak semua membunuh ok!

Tak perlu risau karya atau produk yang bagus tak terkesan hanya dengan komen negatif seorang dua. Yang terbaik akan kekal terbaik & Insya Allah akan di iktiraf kehebatannya. Terima je perbezaan pendapat tu... Tak semestinya kau tonton best orang lain pun rasa best. Terima hakikat kau tak boleh paksa orang lain suka apa yang kau suka. Please la.. Aku faham blogger yang di jemput menonton tayangan perdana upin ipin jeng jeng jeng tu kerja depa menyampaikan informasi & mempromosikan filem tu. Tapi tak perlu terlalu taksub kot.. Biarlah orang yang rasa tak best nak bagi pendapat. Kau boleh bagi pendapat kau sendiri kenapa nak sekat orang lain bagi pendapat hanya kerana berbeza pendapat dengan kau, kan?

Moral of the story.. aku tau aku bakal di benci oleh segelintir blogger sebab entri ni tapi macam biasa la.. Aku akan menulis apa yang aku rasa betul. Takut rezeki berblog tak ada sebab kena boikot dengan blogger.. Ingatlah rezeki tu Allah yang bagi tak perlu takut sangat sesama manusia sampai kau takut untuk menyampaikan kebenaran. Peace Yo!

FILEM UPIN IPIN JENG JENG JENG TIDAK MENEPATI CITARASA KANAK KANAK

FILEM UPIN IPIN JENG JENG JENG TIDAK MENEPATI CITARASA KANAK KANAK. Upin Ipin satu watak animasi yang menjadi kegilaan kanak kanak zaman sekarang termasuk anak aku. Budak2 yang selalu mengikuti setiap episod upin ipin ni bukan setakat boleh menghafal watak watak dalam kartun tersebut malah dialog2 pun dorang boleh hafal macam anak aku. Kadang2 aku pun di panggil dengan nama watak yang ada dalam upin ipin. Normally dia panggil aku kak Ros la & bapak dia kadang2 dia panggil abang salleh.. Kelakar jugak kalau dia jadi 'tergagai' macam tu.


Memang upin ipin memberi pengaruh besar pada kanak kanak.. Almaklum la keluar perut terus di dedahkan dengan upin ipin kan. Mana tak terpengaruh.. Apapun masih membawa banyak moral yang baik. Cuma kadang2 bahasa santai contoh ganti nama diri yang di gunakan bila berinteraksi dengan kawan kawan tu aku pernah dengar rungutan dari parents yang kata.. Penggunaan 'Aku' & 'Kau' tu kurang sesuai bila menjadi ikutan anak anak mereka. Yang tu je la setakat ni aku dengar 'ketidakbaikkan' tentang kartun animasi Upin Ipin ni. Tapi bukan statement tu aku reka reka tau!! memang ada parents lain yang cakap.

Semalam Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni di tayangkan di pawagam seluruh malaysia. Seperti kita sedia maklum.. Filem ni berkonsepkan gabungan animasi & dunia realiti. Maksudnya ada watak kartun (Upin & Ipin) & Watak manusia biasa. Rasanya ramai dah tengok iklan promo filem ni faham kot apa yang aku sampaikan.

Ramai dah bawa anak anak pergi menonton. Yang dapat tiket Free atas dasar kerja tu, aku tak nak la ambil kira sangat komen depa pada filem Upin Ipin. Depa bekerja.. Tapi aku ada terbaca jugak komen dari penonton yang beli tiket & bawa anak menonton filem ni.. Katanya kurang menarik. Anak2 dia asyik tanya mana watak2 lain macam mail, jarjit, ehsan,fizi, mei mei.. yang selalu mereka tonton dalam episod upin ipin. Jadi mungkin ada segelintir kanak kanak tak enjoy tengok filem ni sebab tak ada watak watak yang mereka harap ada. Sebab selama ni watak kawan2 upin ipin juga main peranan untuk menghiburkan kanak kanak yang menonton. Sebenarnya selain watak utama Upin Ipin dalam kartun ni, Mail antara watak paling di gemari kanak - kanak selain jarjit yang terkenal dengan pantun dua kerat dia tu. Jadi bila watak2 yang mereka rasa selama ni menghiburkan mereka tak ada, mungkin mereka jadi bosan dalam pawagam mula la nak buat hal sendiri.

watak watak yang ada dalam setiap episod upin ipin

Gabungan watak manusia dengan animasi mungkin bukan citarasa kanak kanak sangat sebab kita sedia maklum kanak kanak bukan minat sangat nak tengok drama atau filem2 cereka menggunakan watak manusia real ni. Nak2 lagi cerita dalam filem ni kisah seorang kanak kanak (anak yatim) yang cuba menyelamatkan rumah anak yatim yang dia tinggal dari di rampas. Kisah2 macam ni di tambah lebih banyak watak manusia real dari kartun animasi memang tak mustahil tak menepati citarasa kanak kanak. Watak animasi @ kartun jugak lebih menarik perhatian mereka. Percubaan Les Copaque membuat filem ni.. tak berani nak cakap gagal, kita tengok je la sambutan & feedback nya nanti. Aku pun memang ada jugak niat nak bawa anak aku tengok filem ni sebab nampak dia macam excited jugak tengok iklan filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni. so tengok je la macam reaksi budak shahila terhadap filem ni. Adakah dia enjoy macam tengok filem Boboiboy the movie dulu atau tak. Lepas tengok nanti kita review balik. hehehe

Mesti yang ada cakap.. Alah, orang melayu asal orang melayu nak hasilkan kelainan sikit mula nak kondem.. alahai, tak boleh komen sikit dah cakap nak kondem. Sila fikir dari sudut positif la beb!! Aku pun setuju jugak... biasanya budak2 tengok episod upin ipin ada watak kawan kawan dia.. Depa mengharapkan dalam filem pun ada watak watak kawan2 dia juga bila watak tu tak ada & kartun animasi yang depa tengok selama ni tetiba jadi filem yang lebih banyak watak manusia real ni memang la budak2 rasa tak enjoy sangat. Ingat Budak2 tu minat ke dengan Balqis.. majoriti tak kisah pun dengan pelakon kanak kanak.. Yang minat golongan dewasa je. Kanak kanak.. tetap la kanak kanak.. Mereka memang sukakan kartun. Kalau nak buat filem untuk kanak kanak.. Maka kena la buat mengikut macam mana yang mereka suka supaya mereka enjoy menonton. Sebab majoriti parents yang bawa anak - anak pergi menonton filem2 macam ni bukan sebab mereka suka tapi sebab anak anak mereka suka. So, citarasa kanak kanak perlu di dahulukan.

Moral of the story.. Apapun tahniah jugak la pada les copaque atas penghasilan Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni. Semoga filem ni berjaya mendapat kutipan yang memberangsangkan. Peace Yo!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com