Showing posts with label bio essence. Show all posts

BOGELKAN WAJAH DENGAN BIO ESSENCE MAKEUP REMOVER

BOGELKAN WAJAH DENGAN BIO ESSENCE MAKEUP REMOVER. Tu dia.. bogelkan wajah katanya. Confirm tak lepas nak ping entri ni kat babab.net nanti. Almaklum babab yang dulu di kenali sebagai Busuk ni dia punya penapis memang pelik siikit. Kadang2 aku tengok entri ala2 lucah kat popular post babab.net ni lepas pulak. Ni tajuk bogel2 macam ni confirm la.. entri anda mempunyai keywords atau tajuk yang tidak di benarkan.


tajuk macam 18SX sangat padahal nak cerita pasal makeup remover je kau! Over tau lekatlekit ni kalau buat tajuk entri. Tu memang trademark tajuk entri kat blog lekat lekit. So tak payah nak muncung2 & mengumpat sangat la. Ok la.. tanpa membebel bebal sampai orang meluat nak baca mukadimah entri review lekatlekit.com ni meh la kita ke tujuan sebenarnya.

Macam dok kata memang tak lepas ping kat babab.net ni. Asal bogel jer terus reject. Tak boleh guna metafora langsung hahaha

Sebelum ni aku ada guna satu jenama makeup remover sampai licin jugak la. Almaklum la aku kan jenis alah membeli menang memakai katanya. Harus la guna sampai ke titisan yang terakhir. Bila dah ketuk2 pun tak keluar apa2 cecair lagi dah.. Maka meronggeng la ke guardian cari makeup remover lain. Sebenarnya memang dah target nak beli Bio Essence Miracle Bio Water Jelly Makeup remover ni. Pun macam tu tetap ambil masa membelek makeup remover dari jenama lain jugak. Dasar perempuan macam tu la.. So, maafkan kami kaum perempuan yang selalu memanjangkan masa nak beli satu barang sampai dua tiga jam. Membelek tu salah satu terapi kaum wanita nak hilangkan penat & stress jugak

Dipendekkan cerita maka terembat la dengan sengaja lepas bayar Bio Essence Jelly Makeup remover ni. Dia ada juga jenis tau.. Satu untuk sensitive skin & satu lagi yang aku beli ada moisturizer & 2X cooling katanya. Sebabnya aku taknak kulit aku jadi kering so aku malas nak ambil yang sensitive skin sebab tak ada moisturizer.

Memang best guna bio essence makeup remover ni sebabnya tak perlu sental teruk teruk sangat. Aku suka pakai mascara yang waterproof kalau yang brand lama aku guna tu kena cuci dua tiga keping kapas jugak la sebab nak hilangkan kesan mascara yang waterproof tu tapi guna Bio Essence Miracle Bio Water Jelly Makeup remover ni.. senang sangat makeup tanggal. Walaupun kalau ikut direction kat botol dia just guna tangan je untuk gosok pada kesan makeup tapi aku dah biasa guna kapas so aku lebih selesa guna kapas muka tu. Kiranya dengan satu sapuan jer dah terbogel la makeup kat mata aku ni. Selalunya aku guna makeup remover untuk mencuci arang kat bahagian mata sebab kat bahagian mata la paling berwarna warni katanya. Untuk bahagian muka yang lain sental dengan cleanser pun dah bertelanjang semuanya. Tapi Bio essence Miracle bio water Jelly makeup remover ni boleh di gunakan di semua bahagian muka termasuk bibir.

Bio essence miracle bio water jelly makeup remover ni bagus untuk di gunakan pada kulit sebab dia tidak menyebabkan kerengsaan pada kulit. Bermakna tak menyebabkan apa2 kesan sampingan la. Bebas paraben,tiada sebarang pewarna & tidak berminyak tapi lembab & lembut bila di sapu pada kulit. Memang rasa selesa sangat. Yang penting tak perlu nak sental makeup kat muka macam sental bontot kuali.. hanya dengan sapuan penuh kelembutan mampu menanggal makeup. Memang deep clean katanya. Botol dia pun jenis pump. Jadi senang nak guna. Just picit pump tu atas tangan atau kapas je. Tak payan nak ketuk2 atau tuang2.


Jangan ambil mudah tau walau hanya makeup remover. Makeup remover jugak mampu memberi kesan buruk pada kulit wajah kita. Yang jenama bukan bukan tu better jangan guna. Kalau korang nak try Bio Essence Bio water Jelly Makeup remover ni sangat aku rekemen sebab aku dah gunakannya. Puas hati. Harga tak ada mahal sangat hanya RM35.61 include gst untuk 200ml. Ni tahan berbulan bulan jugak ni. Almaklum la makeup remover bukan nak pakai banyak sangat.

Bab jaga Muka dah selesai. jangan hanya jaga muka tapi benda2 ni pun kena ada remover juga kalau tak bertempek la kecelaan di sekitarnya. Kalau benda ni tak jaga muka cantik pun orang nak muntah pandang kita.

Moral of the story.. Makeup selalu di gunakan untuk menutup cela tapi ingat makeup juga salah satu penyebab kulit wajah rosak jadi sangat penting untuk cuci makeup sehingga bersih sebelum tidur. Jangan tidur dengan makeup sebab tu salah satu punca muka kita cepat nampak tua & kulit mudah di jangkiti jerawat, jeragat & pelbagai masalah yang lain.

IBU BERANAK SATU MENGIDAM KULIT BUDAK DARJAH SATU

IBU BERANAK SATU MENGIDAM KULIT BUDAK DARJAH SATU. Tu dia.. tak sedar diri dah kertu katanya ada hati nak nampak muda bukan rumaja dah.. tapi nak macam budak darjah satu. Sedar diri sikit tak beberapa tahun lagi anak pun dah nak naik darjah satu, yang si mak dok mengidam kulit semuda budak darjah satu. Sapalah gamaknya perempuan tu yer...

Sekadar Hiasan. Sumber Google

yelah.. yelah.. walaupun ketinggian aku paras budak sekolah rendah lagi tapi bentuk badan & muka takde la se awet budak darjah satu katanya. Dah masuk zon makcik2 ni.. spare tyre pun mula stanby sana sini. Berbanding zaman belum beranak pinak.. jenuh menelan segala benda nak bagi berat badan naik & maintain ramping menawan. Sebab dulu kurus sangat. dah sekarang lemak berjaya di kumpul dah gila nak muka seawet budak darjah satu. Kalau dah akil baligh segala gunung ganang dah berkembang tu.. Tak payah mengidam pelik2 sangat la kan. Hahahaha

Ok Ok.. kalau tak dapat muka macam budak darjah satu pun dapat muka comel macam Yuyu Zulaikha pun jadi la kan. Maka dengan itu secara tak sengaja tercuba pulak Bio Essence 24 gold skin radiance cleanser yang katanya mampu menghilangkan kesan kesan penuaan di wajah, melembabkan, menegang & mengecilkan pori di wajah. Emas2 belaka sekarang ni produk skincare. Jadi la nak pakai emas berkepuk2 kat lengan & leher takut tak hilang tangan.. kena sembelih pulak dengan penyamun.. Di tambah pulak nak susun koleksi barang kemas ni memang tak mampu jadi kita pakai skincare berasaskan emas sudah la kan. Emas jugak. Kalau depa cerita rantai emas, gelang emas, cincin emas.. Kita pun ada jugak emas boleh cerita katanya. Hahahaha.. tak nak kalah jugak tu.

Hari kedua. Tengok lepas seminggu muka makcik2 bertukar jadi hadik hadik ke tidak. hahahaha.

Apapun baru lagi cuba produk ni. Baru hari kedua tapi setiap kali cuci guna cleanser ni serius terus korang rasa macam pegang kulit baby. Syok pulak membelai kulit sendiri lepas di cuci. hahahaha. tak boleh komen bodek lebih lebih. Kena tunggu seminggu dua dulu nak dapat kesan dari penggunaanya. Ni pun aku sebab dapat dalam pack value beli Bio Essence 24k gold bio gold bio water haritu. Rasanya lebih dari sebulan dah aku simpan baru nak cuba. Tu pun sebab pencuci muka dah habis.. So masa yang sesuai untuk di gunakan. Meh la kita uji keberkesanannya. Untuk pengetahuan korang yang rajin google produk bio essence ni selamat ke tidak.. halal ke tidak.. Bukan je selamat & halal malah bukan dalam kategori produk2 macam ni hokay >> AMARAN: Sesiapa pernah atau bakal beli benda-benda ni, korang wajib tahu perkara bahaya ni! << Jadi dont worry, be happy. hehehe

RAHSIA DISEBALIK BIO ESSENCE 24K BIO GOLD WATER

RAHSIA DISEBALIK BIO ESSENCE 24K BIO GOLD WATER. Lama rasanya tak pot pet pot pet pasal produk bio essence. Bukan semua siri produk bio essence ni sesuai dengan kulit aku. Ada jugak yang tak berapa sesuai macam Tanaka White Cleanser walau tanaka white double whitening cream tu sesuai dengan kulit muka aku. Cuma cleanser dia tak match. Sebab tu aku jarang beli produk bio essence dalam bentuk set. Sebab kalau set ni.. Ada yang tak sesuai. Tu yang kadang2 datang komen kat blog aku katanya kulit dia effected lepas pakai set tu set ni. Sebenarnya dalam satu set kadang2 cleanser tak matching dengan kulit atau cream atau toner.. kita tak tahu yang mana tak ngam dengan kulit kita kalau kita pakai set. So, aku lebih selesa beli single.. apa yang aku rasa nak cuba aku beli. Kalau tak sesuai aku tahu yang mana aku tak boleh pakai. Tapi kebanyakkan produk bio essence memang tak bagi masalah pada kulit wajah aku.

Dah nak masuk botol ke dua aku beli bio essence 24 bio gold water ni. Yang botol pertama 150ml.. dah hujung2 nyawa. Ada la sikit boleh tahan maybe dalam seminggu lagi kot. Yang botol pertama aku beli dalam bulan 4 lepas.. sekarang dah masuk november.. So, secara kasar dia tahan lebih kurang 6 bulan untuk 1 botol Bio essence 24k bio gold water yang harga RM77++. Bagi aku tak mahal la sebab setengah tahun jugak tahan. Yang botol kedua aku beli kecik sikit sebab terpedaya dengan value pack yang dapat percuma Bio essence 24k bio gold skin radiance cleanser. Boleh la try ok ke tidak cleaser dia kan. Harga Value pack tu cuma rm 52++.

Hasil membeli sendiri bukan di sponsor bio essence hokay

Kenapa aku suka pakai bio essence 24k bio gold water ni? Inilah rahsianya aku jatuh cinta dengan Bio essence 24k bio gold water. Pertama senang nak apply. Cuci muka.. keringkan. Tuang bio gold water ni atas tapak tangan.. kemudian tempek2 je kat muka macam tempek bedak sejuk. tak payah pakai banyak2. Dua tiga titik dah cukup. Cara pemakaian dia bukan macam sapu cream tau.. dia kena tepuk2 ke seluruh muka. Boleh pakai pagi & malam. Kesan dia bukan drastik. Seminggu pakai terus muka jadi baby face. Mustahil sangat. Dengan pemakaian yang consistent & berterusan mampu menegangkan kulit,mengurangkan garis2 halus, kesan2 penuaan, muka jadi glowing, mengecilkan pori. Setakat 6 bulan aku consistent dengan bio gold water ni Insya Allah tak menyebabkan apa2 kesan buruk pada muka aku yang sedia buruk ni. Hahaha.. pada pandangan mata aku yang silau ni.. glow tu ada la jugak. Kulit muka pun rasa tegang. Elok la kita2 yang dah masuk zon makcik2 ni guna bio gold water. Nak feelling adik adik katanya. hahaha. Boleh la selfie tanpa was was. Almaklum la blogger & gambar tak dapat di pisahkan tapi muka cantik pun kalau tak reti ambil gambar pun nampak buruk. kena jugak pandai ambil gambar dengan teknik yang betul macam ni >> 11 Tips Mengambil Gambar Yang Perlu Beauty Blogger Tahu <<

Sesuai sangat untuk ibu2 yang terlalu sibuk tak kisah la sebab sibuk dengan anak2 atau urusan kerja guna produk ni. Macam aku cakap senang nak pakai. tempek2 je kat muka lepas tu dia akan kering & meresap dalam kulit dengan sendirinya. Takde kesan melekit atau berminyak. Rasa natural jer kulit kita lepas pakai. Pakai sebelum makeup pun boleh.. tak tau la orang kata nak bagi nampak effect glowing tu. Aku jarang pakai sebelum makeup bio gold water ni. Aku selalu sebelum makeup tenyeh Bio essence  hydra tri-action aqua moisturizing gel & Bio essence sunscreen moisturizing cream SPF 56.

Ni la dua produk bio essence yang aku jadikan selalu aku pakai sebelum makeup. Insya Allah tak pernah lagi menyebabkan kulit aku pecah minyak walau di tengah panas terik. Pelembab dia pun jenis meresap dalam kulit & tidak meninggalkan kesan basah atau melekit.

Setakat ni memang membantu la kulit aku nampak segar & tak kusam walau tak gebu gebas macam emma maembong. Almaklum la kulit melayu kan.. Emma maembong lain la pan asia. Mak dia minah saleh. Aku mak bapak pure melayu tetiba muka pan asian kang orang cakap albino pulak. Ye dak?? At least.. tak sia2 la aku consistent dengan bio essence 24k bio gold water ni. Nak pakai barang kemas berkepok2 tak mampu pakai air emas bio essence ni je la.

Moral of the story.. Semoga entri menghasut ni membantu korang yang teringin nak guna produk bio essence tapi tak berapa terdedah dengan kelebihan produk ni. Selamat mencuba.. moga muka kita semua bersinar bak emas 24k katanya. hehehe

SET PRODUK BIO ESSENCE UNTUK BLOGGER

SET PRODUK BIO ESSENCE UNTUK BLOGGER. Hari ni kita mulakan kisah dengan cerita keterujaan seorang blogger yang pertama kali jadi penaja untuk GA yang di anjurkan sebuah group blogger. Yelah.. tahun ni gamaknya banyak dia dapat hidayah dalam berblog. Dari tukar ke template blog sampai la tukar ke dot com sekarang dah melangkah maju setapak jadi penaja untuk GA. Nak buat GA sendiri tak mampu lagi dari segi komitmen. Kalau setakat hadiah tu rasa macam takde hal sangat nak adakan.


Maka blogger ni yang memula blur jugak nak taja hadiah apa. Kalau pakej percutian ke luar negara memang tak mampu la. Tuan penaja pun tak nak taja untuk diri sendiri pun tak mampu katanya. Maka membawa diri dengan hati yang blur ke guardian mencari apa yang best untuk menjadi tajaan. Kalau masuk guardian, pantang tak membelek produk bio essence katanya. Kalau terbelek rasa macam berdosa tak terbeli. tetiba mentol menyala atas kepala... Maka itulah hadiah untuk di taja nanti.

Jadi mana2 blogger yang nak menang set bio essence hydra tri-action ni bersama hadiah2 dari penaja lain yang tak kurang best jom follow blog Kathy R'Bain. Bila2 masa sahaja Sis Kathy akan lancarkan GA tersebut. tak lama lagi dah.

Yelah zaman sekarang ni senang je nak dapat hadiah. Online & join contest boleh dapat hadiah. isi minyak kat petronas pun boleh dapat hadiah. Jadi tak rugi buat pelaburan kat petronas. Ni bukan contest dari petronas yer tapi hadiah untuk semua pelangan setia petronas yang ada kad mesra.hadiah pun boleh tahan gempak jugak. Tak caya tengok kat sini >> Ada tak dengar pasal hadiah edisi terhad PETRONAS ini?<< Hope tak ada yang mengamuk la kalau kehabisan stok. Jadi pelanggan setia petronas cepat2 la tengok tawaran hebat ni.

Moral of the story.. Orang yang rajin Insya Allah ada tuah tak kira la rajin join contest atau rajin isi minyak kat petronas. Jangan jadi macam aku yang rajin tulis blog jer yang lain2 tak berapa rajin hahahhaa

INI BUKTI PRODUK BIO ESSENCE SEBENARNYA TAK MAHAL

INI BUKTI PRODUK BIO ESSENCE SEBENARNYA TAK MAHAL. Ada orang rasa produk bio essence ni agak mahal. Tapi sampai sekarang aku kata produk ni bukan murah tapi tidak la semahal seperti yang kita nampak. Sebab aku dah guna produk ni dekat setahun kot.. dah macam2 jenis produk bio essence aku guna. Tapi aku nak share dengan korang salah satu produk bio essence yang aku guna untuk membuktikan ia tak mahal.

Aku beli Bio Essence 24K bio gold bio water ni bertarikh 5/4/2015. Sekarang dah hujung2 Aug kan... So mari kita belajar mengira berapa bulan dah aku guna bio gold water ni?? Hampir 5 bulan & baki yang ada aku nampak boleh tahan sampai bulan 10 jugak ni. Yelah.. aku pakai aku tau la budget dia kan?? Pi mai Pi mai 1 botol bio gold ni boleh tahan 6 bulan jugak la. Setengah tahun untuk sebotol bio gold yang masa aku beli berharga RM77.88 (harga termasuk GST). Tu harga tak offer... Bio essence kadang2 ada offer murah lagi boleh dapat. RM60 pun ada jual kalau offer.


Kalau tak elok untuk kulit takkan la aku consistent pakai sampai 5 bulan ni. Bagi yang kulit takde masalah jerawat ke hapa memang elok sangat pakai. Flawless Uolls.. Kalau yang ada masalah jerawat di nasihat jangan guna takut membiakkan lagi jerawat tu. Rawat dulu jerawat lepas jerawat dah takde boleh pakai. Kalau ada parut jerawat je takpe. Bio gold ni fungsi tu mengekakalkan kemudaan wajah,menegangkan kulit & flawless. Yang penting sangat jimat sebab mampu tahan sampai 6 bulan sebotol. Nak pakai pun senang.. tuang atas tapak tangan lepas tu tepuk2 je kat muka. Boleh guna 2 kali sehari pagi & malam.. atau sekali sehari pun boleh.


secara kasar cuba bahagikan RM77.88 dengan 6 bulan.. berapa kos sebulan untuk produk ni?? Lebih kurang RM13 je sebulan. tak mahal pun sebenarnya kalau kita buat calculation macam ni kan??

Moral of the story.. Meh kita sama2 mengekalkan ketegangan, keawetan, keserian wajah kita dengan Bio Essence 24K Bio Gold Bio Water... tagline dia.. tempek2 tegang katanya. hahaha

HYDRA TRI-ACTION AQUA MOISTURIZING GEL PELEMBAB YANG KERING

HYDRA TRI-ACTION AQUA MOISTURIZING GEL PELEMBAB YANG KERING. Panjang sungguh tajuk. Nasib tak letak binti dia sekali kalau tak lagi panjang nama produk ni. Hydra tri-action Aqua Mositurizing gel Binti Bio Essence katanya... Besa la aku dengan anak pinak bio essence ni dah macam sedara sepusat sepusing. Rindu2 je muncul la kat blog. Tak boleh berpisah lama lama katanya..


Ni aku nak kenalkan anak yang berapa bio essence aku tak sure. Depa ni ramai sangat adik beradik katanya.. Tak tau pulak hydra tri-action moisturizing Aqua Gel ni anak nombor berapa. Bukan penting pun nak tau dia anak nombor berapa yang penting apa yang best sangat pasal pelembab muka ni.

Yang best.. Pelembab ni kalau apply kat muka dia terus meresap dalam kulit. Tak meninggalkan kesan melekit atau berminyak jauh sekali belengas pada wajah. Normally produk bio essence jenis krim @ gel memang kalau pakai meresap dalam kulit. Boleh pakai siang malam.. Selain mengekalkan kelembapan kulit ia juga berfungsi melindungi kulit dari rosak. Setakat ni aku pakai dah seminggu lebih kot.. Alhamdulillah takde side effect. Kulit dah tak jadi kering berkuping2 tepi mulut tu. Sebelum jadi macam tu. Mungkin sebab aku guna cleanser jenis sabun kot sebab tu kulit jadi kering so untuk mengimbangi kelembapan kulit aku pakai moisturizing gel ni.

Bau dia pun sedap macam ada mint2 sikit. Rasa fresh je kalau sapu kat muka. Sejuk rasanya. Harga dia RM41.52. So bagi yang rasa nak kekalkan wajah awet muda amalkan pakai pelembab yer.. Kulit kering boleh menyebabkan proses penuaan berlaku. Cepat berkedut. Tak semua pelembab jenis kering bila pakai.. ada yang bila pakai bukan lembab tapi berminyak. Berminyak pun tak elok untuk kulit boleh menyebabkan jerawat. Kulit pun rasa lembut jer bila pakai. Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya yang mengalami kulit kering bak gurun sahara. Sesuai sangat sebab ada formula 3X hydrate katanya.


So, ini cerita pasal anak bio essence yang aku rembat lepas bayar di guardian bulan ogos ni. Jangan lupa kalau berkenan pergi la merembat beramai ramai.. hahhaha.

BUANG SEL KULIT MATI TANPA PENGLUPASAN

BUANG SEL KULIT MATI TANPA PENGLUPASAN. Ada orang memang tak suka skincare yang mengelupas ni termasuk aku walau mengelupas kecil je pun. Memang la mengelupas kecil ni tak nampak kulit tu mengelupas tapi bila sapu bedak rasa berbulu je muka.. I tak suka U... Tak suka jadi makhluk berbulu di muka hokay!! hehehehe...

Sebelum ni aku pernah guna cosmorderm magic exfoliating gel untuk membuang sel2 kulit mati. Yelah.. dah mati tak elok simpan jadi bangkai nanti katanya. Tapi tak luak pun aku guna... sekali dua pakai memang lepas tu kulit mengelupas. Yang mengelupas tu katanya untuk buang sel sel kulit mati la.. So, aku stop gunakannya. Bukan sebab tak bagus tapi aku rasa bila mengelupas kulit macam kering.

Setelah sekian lama aku tak beli exfoliating gel ni... Ahad aritu terbeli jenama Bio Essence. Deep exfoliating Gel Royal Jelly + ATP... Kalau ikut promoter tu suggest guna 2 kali seminggu jer tapi kalau baca kat kotak dia katanya boleh guna hari2 sebab menggunakan formula yang sangat ringan & lembut. Katanya setiap hari kita mempunya banyak sel sel kulit mati untuk di buang bagi mengantikan sel sel kulit baru. Tapi dalam minggu ni aku baru je guna 2 kali.. Alhamdulillah takde sebarang penglupasan & tak buat kulit jadi kering kontong macam gurun sahara. Yang penting dia tak bagi kesan buruk pada kulit aku yang penuh misteri ni hehehe. Akak suka dik!!

macam ni la rupa Bio Essence Deep Exfoliating Gel Royal Jelly + ATP

Yang best lepas tenyeh2 kat muka kita akan rasa licin & bersih.. Menurut promoter tu deep exfoliating gel boleh membantu menghilangkan bintik2 hitam & memudarkan parut jerawat. Selain membuang sel sel kulit mati & menggalakkan pertumbuhan sel sel kulit baru produk ni jugak membantu menganjalkan kulit & melambatkan proses penuaan wajah. Consistent guna boleh menganjalkan kulit & nampak awet muda.

Cara pakai kena jugak bagi kat penuh kat keywords blog dok google.. Nak pakai benda ni kena pastikan ada berada dalam keadaan kering. Tangan & muka. Sapa Deep exfoliating gel ni ke seluruh muka kemudian usap2 perlahan lahan sampai keluar daki2 kat muka tu. Alah.. macam pakai scrub la. Lepas dah puas menyental sel sel kulit mati tu.. bebawak la pergi cuci. Tak susah nak guna kan??

Harga tak mahal pun... RM19.88. Pergi la cari kat guardian, watson, tesco.. ada je jual. Tapi maybe harga berbeza mengikut tempat. Tesco mahal sikit produk bio essence. Ni aku beli kat guardian je.

Moral of the story.. aku bukan perempuan cantik berdahi licin.. sebab muka aku berpuaka la aku gigih cari produk nak cantik. Jadi jangan membayangkan aku macam cinderella yer. hehehehe

BIO ESSENCE KEMBALI MENGHANTUI BLOG

BIO ESSENCE KEMBALI MENGHANTUI BLOG. Dah lama rasanya tak cerita pasal produk bio essence kat blog puaka melekat lekit ni kan.. Ada yang ingat aku dah tak guna produk bio essence lagi sekarang.. Iskkk... Tak baik tuduh2. Ada lagi dok guna. Cuma tak semua la aku guna.. cleanser sekarang aku guna ephyra. dah masuk sabun kedua ephyra skin bar, toner aku guna nour ain selebihnya baru aku guna produk2 bio essence macam 24k bio gold bio water, bio essence sunscreen moisturizing cream spf 56, bio essence birnest nutri-collagen & whitening cream & bio essence miracle bio water. Kan?? banyak lagi produk bio essence still aku guna..

Inilah reta karun aku berjenama Bio Essence

Yang tu dah pernah menyinggah kat entri blog lekat lekit.. Ni yang edisi terbaru rembat lepas bayar di guardian.. even aku survey jer produk lain tapi masuk guardian tetap kat bio essence jugak aku cari.  Sebab memang aku tengah cari pelembab muka.. Maka semalam dapat la semangkuk Bio essence hydra tri-action aqua moisturizing gel. Apa yang aku tahu produk ni sesuai untuk yang kulit kering @ berminyak. Biasa la produk bio essence ni jenis tak berminyak & tak jugak mengeringkan kulit. Bila sapu terus meresap dalam kulit & tak meninggalkan kesan melekat lekit atau belengas. Belengas ni orang utara suka guna maksudnya melekit la jugak. Aku paham jenis kulit berminyak kadang2 takut nak apply pelembab sebab takut bertambah berminyak sebab aku kulit tak consistent kadang kering kadang minyak jadi aku rasa nak try la pelembab dua alam ni hahaha. Macam biasa la aku jenis cempeqa sikit.. lepas beli balik tu cuci muka terus guna. Pelembab ni boleh pakai siang atau malam. Lepas sapu kita akan rasa lembut je kulit muka. Kesan penggunaan tak boleh nampak lagi la kalau baru sekali tenyeh kat kat muka.. Tunggu la seminggu dua yer...

Bio Essence hydra Tri-Action Aqua Moisturizing Gel RM RM40.51

Tengah dok cari pelembab promoter guardian dok mai beramah mesra ala2 ahli mensyuarat tingkap. Secara tak sengaja terembat lagi satu produk bio essence deep exfoliating gel (Royal Jelly +ATP).. alah macam scrub muka untuk buang sel sel kulit mati tu. Kata si promoter tu boleh hilangkan bintik2 hitam & parut jerawat. Tak payah pakai hari2 seminggu dua kali jer. Kang pakai hari2 jangankan sel2 kulit mati, abis sel kulit mati pulak hahahaha. Jangan risau dah try pagi tadi.. Alhamdulillah untuk kali pertama pakai memang rasa muka licin & bersih. Rasa nak cubit2 pipi sendiri. geram sangat katanya. hahahaha

Bio Essence Deep Exfoliating Gel RM19.88

harga kedua dua produk ni tidak mahal seperti siri2 produk bio essence yang lain.. untuk Bio Essence hydra tri-action aqua moisturizing ni cuma RM40.51 & Bio Essence Deep Exfiliating Gel (Royal Jelly _ ATP) hanya RM19.88. Harga termasuk GST.

Biasa la pompuan katanya... Terembat jugak la eyeshadow & eyeliner pearl IN2IT ni. harga Eye color Palate ni murah jer RM 22.77. alah mini jer ada 5 color. Yang Pearl Highlight Eyeliner ni RM18.81. Semua murah2 je aku beli

Sebab pembelian RM50 keatas dapat la free gift dari guardian.. Produk baru guardian katanya. Mana aci scrub muka je kan... Meh la kita scrub & polish badan pulak dengan free gift dari guardian ni.


Nanti kita tengok hasilnya yer.. Berkilat macam bontot kuali baru kena sental ke tidak dari hujung rambut sampai hujung kaki... hahahaha.


RAHSIA BEDAK AGNESIA YANG MUNGKIN KORANG TAK TAHU

Punya la banyak produk dok beli alih2 bedak agnesia jugak paling membantu di musim panas ni. Yelah.. masuk je bulan puasa, cuaca dari agak panas dari kebiasaan. Kebetulan aku pulak baru jer nak cuba pencuci muka baru yang tak pernah aku cuba sebelum ni. Maka tetiba kulit aku jadi masalah balik even masalah lama pun bukan settle lagi. Mood terus dari beauty rasa jadi beast. Hahahaha

Panas menyebabkan kulit aku jadi berminyak lepas pakai pencuci muka bio essence Tanaka white. Lepas tu aku tambah pulak dengan koleksi skin care baru Evesoft skinz youth recall hydrating toning lotion.. konon nak bagi pori mengecil. rekemen akak kerja kat guardian kat kulim. Dah la kulit jadi berminyak.. pakai pulak tonner eversoft tu.. masalah jadi double. Minyak tambah muka aku tepi2 hidung jadi macam ruam & naik jerawat pasir pulak. Faktor cuaca panas jugak. Gelabah punya pasal aku order ephyra skin bar dengan dkna abza.

Produk yang kena kuarantin dulu.. hahaha

Sementara tunggu sabun pencuci epyhra tu sampai.. aku stop dulu semua skincare yang aku guna.. aku pakai bio essence miracle bio water foamy cleaser  yang ada fungsi oil control kemudian.. aku tempek je bedak agnesia. Pakai macam bedak sejuk tu. Alhamdulillah 3 kali jer pakai bedak agnesia.. minyak, ruam & jerawat pasir dah takde. Sebab bedak agnesia memang membantu menyembuhkan ruam pada kulit. Musim panas memang sesuai sapu kat anak anak bedak agnesia ni. Dia macam menyejukkan kulit jugak la. tapi sebelum ni mungkin ada antara korang yang tak tahu bedak agnesia boleh jugak di gunakan untuk masalah kulit wajah seperti jerawat, gatal,ruam,kulit berminyak bagai..Sebenarnya untuk kulit berjerawat pun boleh rawat dengan bedak agnesia sebab dia ada antiseptic yang membunuh kuman. Yang penting bedak ni murah jer berbanding skincare yang lain. Di percayai turun temurun & di gunakan kat kedai gunting rambut india sejak dulu kala hahahaha.


Semalam aku nak keluar pun aku skip pakai foundation. Aku cuma pakai bio essence sunscreen moisturizing cream yang ada spf 56, Maybeline pure concealer Mineral (aku pakai macam foundation. Tempek satu muka hahahaa) & bedak ronasutra. Alhamdulillah.. even cuaca panas muka tak jadi kuali goreng ikan sangat.


Skincare pulak aku pakai yang biasa aku pakai sebelum ni lepas minyak kat muka terkawal, ruam dah takde & jerawat pasir dah hilang .. Pakai balik la Bio essence bio gold water, Bio essence bird nest double whitening cream & cleanser aku pakai bio essence miracle bio water foamy cleaser. Yang aku reject buat sementara waktu.. Tanaka white cleanser & Eversoft tonner. Rasanya aku berani dah pakai kot hahaha..

Moral of the story.. petua yang aku boleh share bila korang cuba sesatu produk tu macam bagi effect tak baik kat kulit korang jangan terus pakai dulu. Stop & rawat. Macam aku stop semua termasuk skincare yang aku pakai sebelum ni.. aku rawat dulu dengan bedak agnesia... lepas dah ok baru pakai skincare yang aku pakai sebelum ni. Jangan ambil risiko.. nanti takut korang sendiri tak sudi tengok muka sendiri. hehehe

KULIT JADI JERAWAT LEPAS PAKAI SET BIO ESSENCE BIO GOLD

Tetiba jer kau ni lekatlekit.. dulu kemain kau canang canang produk bio essence ni bagus2 belaka. Dari muka kau yang seram dah jadi macam puteri gunung gondol cantiknya. Hari2 tak habis kau selfie katanya sebab rasa bangga tengok muka makin cantik. Tup.. tup sekarang kau kata produk ni menyebabkan jerawat pulak. Kau dah kenapa? Kau dah tak mampu nak beli produk bio essence mula kau fitnah2 dia yer...

Sumber Google

Sabar na.. Kalau muka aku ni.. tempek produk Bio essence takde la tumbuh sekebun jerawat nan berbunga katanya tapi ni ha.. seorang Anonymous katanya terpengaruh dengan promoter jual produk bio essence. Beli la satu set bio essence bio gold. Sebelum pakai set bio gold ni dia kata memang kulit dia dah sedia subur dengan jerawat lepas pakai katanya bagai di baja pulak jerawat. Menjadi jadi jerawatnya. Dia tanya pendapat aku nak teruskan atau tak sebab promoter yang jual tu suruh teruskan katanya tu tindakbalas dia nak merawat jerawat. Kalau aku la.. aku stop.. Yer betul bukan murah beli. Nak2 lagi beli set macam tu. Tapi fikir kalau jerawat semakin di ternak & membiak kau tahan ke? Kalau aku tak berapa nak tahan sangat la.


Pada pendapat aku la kan.. Masa aku mula2 bercinta dengan bio essence memang kulit aku ada masalah jerawat. Jadi memula aku pakai Tanaka whitening night cream & snail cleanser dulu, lepas tu aku beli snail cream untuk merawat jerawat. Dah jerawat mula malu nak keluar tinggal kesan cinta terhalang antara aku dan jerawat jer (parut jerawat).. baru aku start pakai bio gold water. Pun macam tu aku tak pernah beli secara set produk bio essence. Aku beli yang aku nak pakai jer. Campur2 mengikut keperluan muka aku. Sebab Bio gold water ni.. dia lebih kepada merawat kulit kusam, pori2, anti penuaan & memberi kesan flawless pada kulit muka kita bukan fungsi dia merawat jerawat sangat la. Kalau jerawat ni better pakai siri snail.

Ni yang aku pakai masa kulit aku di selubungi jerawat

Pentingnya rawat jerawat dulu. Masa nak merawat jerawat selain snail cream & cleanser.. aku beli serum anti jerawat Garden Of Eden jugak. Takde la aku pakai 1 set.. memang campur la aku pakai. Janji aku beli yang aku perlu. Dah settle masalah jerawat baru la aku pakai produk yang boleh memudarkan & menghilang parut jerawat pulak di samping memberi kesan cantik & flawless pada kulit. Takde aku nak terus pakai bio gold masa jerawat tengah membiak dengan jayanya. Dan sekarang bagi merawat aku pakai bio gold water (pagi & malam), Bird nest nutri collagen cream untuk siang & malam aku pakai Nour Ain night cream. Cleanser sebab aku tahu kulit mudah berjerawat aku pakai Bio Essence Miracle bio water yang anti acne & free soap tu. Alhamdulillah.. tak memudaratkan kulit aku tapi merawat secara berperingkat & Insya Allah aku puas hati.

 Ni yang aku pakai sekarang. Cuma cream malam jer Nour Ain yang lain produk dari bio essence. Kalau tak sebab anak aku sabotaj aritu rasanya nour ain takde dalam senarai tapi terpaksa habiskan jugak. Takpe Nour ain antara produk yang sesuai dengan kulit aku. hahaha

Kesimpulannya.. aku tak rasa set bio gold tu penyebab jerawat cuma masa tak sesuai lagi dia guna set bio gold. Aku rasa better dia rawat jerawat dengan set snail bio essence kalau dia rasa nak guna produk bio essence la. Kalau rasa mahal sangat boleh survey produk lain untuk atasi masalah jerawat tu. Set bio gold tu nanti lepas jerawat dah takde boleh pakai.

Moral of the story.. Kalau kau sakit takkan terus pergi gym nak sihat kan? kau kena rawat sakit, makan ubat yang boleh sembuhkan sakit lepas dah tak sakit baru kau boleh pergi gym untuk kekalkan gaya hidup sihat supaya tak jatuh sakit lagi. Macam tu jugak produk skincare ni. Kau kena rawat masalahh kulit dengan skincare yang khusus untuk masalah kulit kau dulu sebelum kau guna produk yang nak mencantikkan lagi kulit wajah kau.

P/S : Biasa produk skincare bukan sesuai dengan semua orang


INI YANG BERLAKU LEPAS SEBULAN GUNA BIO ESSENCE BIO GOLD WATER

Setiap produk yang baru kita cuba pasti ada risiko. Risiko samada dia jadi baik atau sebaliknya. Tak kira produk tu selamat atau tak tapi penerimaan kulit kita tak sama. Ada baik & berkesan untuk kulit orang lain tapi tidak kita. Macam tu jugak produk bio essence yang aku guna ni.. Nak confident sangat cakap memang confirm baik untuk semua orang tak berani la tapi Insya Allah setakat ni belum dengar produk bio essence memberi kesan memudaratkan pada sesiapa. Ada la cakap.. cleanser ni macam tak effective.. tapi tak pernah lagi dengar kata ada mana2 siri produk bio essence yang menyebabkan kulit jadi semakin teruk.

Macam tu jugak Bio essence Bio Gold water yang aku dah guna sejak sebulan lepas. memula guna cuak.. aku rasa macam kulit jadi kering.. Arghh... sudah. Mahal kot RM77 tu. Tapi selepas dua tiga kali sapu dia mula serasi dengan kulit & memberi hasil yang memuaskan selepas sebulan. Katanya mampu buat kulit nampak flawless. Yer betul.. Tapi almaklum la muka bekas kawah bulan ni tapi tetap nampak la jugak flawless tu even tak la glowing macam sapu minyak rambut code 10 kat muka. Yelah aku tengok banyak sangat pengedar yang jual produk glowing2 ni share gambar dengan muka nampak berminyak macam sapu minyak rambur code 10 jer. Apapun selepas guna produk bio essence ni Kiranya tengok muka sendiri pun sekarang tak rasa nak histeria sangat la berbanding dulu. hahahaha.

 Bukti aku dah sebulan guna bio gold. tengok tarikh aku beli tu 5/4/2015 8.12PM

Selain menaikkan seri wajah, muka nampak bersih, kulit rasa tegang & ada la sikit2 shinning gitu.. tak menyebabkan jerawat atau apa2 keradangan kulit. Kesan2 penuaan pun mampu di basmi. Dengan penggunaan berterusan Insya Allah awet muda katanya. hahahaha

Nampak tak parut jerawat kat pipi tu dulu lagi terang tp dah banyak hilang & pudar.. tapi bukan tu yang aku nak tunjuk. Cuma nak tunjuk kulit nampak ada sedikit cahaya kat situ lepas sebulan guna bio gold water. Dulu kusam & sedih. Maaf la aku ambil Ju-on sebagai model kali ni. almaklum guna model hantu tak payah bayar hahahaha

Sebenarnya Bio gold water ni memang jimat. Sebulan aku pakai, satu hari 2 kali aku tenyeh. pagi & malam... Tapi yang luak. tak sampai separuh botol pun. Sebotol Bio Gold water ni, aku yakin tahan 4 bulan. RM77 bahagi 4 bulan.. sebulan cuma RM19++ je pun. Tak mahal sebenarnya sebab kuantiti dia banyak. So, nak beli produk yang harga macam ni mindset kita kena fikir kuantiti dia banyak & tahan lama. Baru la kita redha membelinya... hahhahaa

Sebulan guna baru abis takat yang dalam gambar ni. Jimat tak?

Ada yang google cara nak pakai bio essence bio gold water ni.. Dia confuse la tu. Nak tenyeh ke, nak sapu ke camna. Cara pemakaian dia adalah tuang bio gold water atas tapak tangan lepas tu gesel dengan kedua belah tangan & cepat2 tepuk2 ke seluruh muka. Sebab gel dia cepat kering & meresap dalam kulit. Jangan nak ber ulit mayang sangat la masa nak pakai bio gold water ni.  Untuk kesan yang lebih cepat sila guna 2 kali sehari pagi & malam. Cara aku guna lepas cuci muka, keringkan aku akan tempek dulu bio gold water sebelum tenyeh cream2 lain.

Moral of the story kalau korang terpengaruh dengan hasutan aku nak beli produk bio essence ni jangan ragu2.. Insya Allah sesuai dengan semua jenis kulit & tahan sehingga 3 bulan.


MIRACLE BIO WATER MURAH TAPI SERBAGUNA

Hari ni aku nak cerita pasal sebotol toyol putih kepala biru ni. Memula nak letak tajuk toyol kepala biru serbaguna tapi nampak macam kejam sangat gimik tajuk macam tu maka cancel la. Maka terhasil tajuk tanpa selindung lagi.


Hari ni aku nak review pasal produk Bio Essence jugak Miracle bio water. Produk ni sangat sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif macam aku ni. Bukan boleh tempek produk sebarangan... Silap bedak pun boleh menyuburkan jerawat yang mekar semekarnya di muka apatah lagi silap skincare. Tak bermakna yang memiliki kulit normal tak boleh pakai. Lagi la boleh, ye dak.

Hari tu aku beli yang mini jer.. harga dalam RM5++. Yang best produk ni kalau apply sebelum makeup.. kau keluar rumah muka penuh bedak balik rumah bedak still maintain macam tu jugak. Aku dah try. Even panas pun make up tak cair. Boleh di gunakan dari hujung rambut sampai hujung kepala. Fungsi dia, melembutkan, melembabkan,melegakan & anti keradangan. Yang mana kulit kering boleh guna sebagai moisturizer/pelembab. Tak kisah la nak sembur kat muka ke, kat rambut ke atau kat badan. Kalau anak kena ruam lampin pun boleh di gunakan bagi meredakan ruam tu. Jangan risau selamat untuk bayi katanya.

Produk ni jugak mengawal minyak. Untuk masalah kulit berminyak elok la guna, mengecilkan liang roma,mencerahkan kulit, menganjalkan kulit,menegangkan kulit, mengurangkan lingkaran hitam & eye bags, meredakan kulit sensitif,meredkan jerawat & kemerahan di wajah, menghilangkan kelesuan di wajah, melegakan kulit yang terkesan akibat rawatan kesihatan. Untuk yang ada masalah rambut kering boleh la guna mendapatkan rambut yang lembut.

Nak guna senang sebab spray jer. lepas tu dia akan kering & meresap dalam kulit. Takde kesan melekit atau berminyak.

Kalau nak try beli la yang la yang mini sudah. Kalau rasa sesuai nanti baru beli yang botol besar harga dalam RM24++ je. Yang paling penting produk ni banyak kegunaan & boleh di gunakan seisi keluarga. Dari mak bapak sehingga sekecik2 baby.

Moral of the story produk yang bagus tak semestinya mahal.. Yang mahal pun tak semestinya bagus. Bergantung pada kesesuaian kulit kita jugak. Yang penting mahal atau murah pilihlah produk yang di sahkan selamat. Bukan apa.. takut masa muda cantik gebu gebas.. tak sempat betul2 tua.. muka mengelebeh macam cair kena simbah asid. Jadi berhati hati pilih produk yer.


DEMI NAK CANTIK, BERSARANG BURUNG DI MUKA

Tu dia.. nak cantik punya pasal sanggup tenyeh apa saja. Yelah.. keinginan nak cantik tu semua orang ada cuma belum capai tahap kecantikkan yang di ingini je lagi. Perempuan mana tak nak nampak cantik tak kira la untuk siapa atau apa tujuannya. Tak semestinya untuk orang lain,kadang2 untuk kepuasan diri. Bila kita tengok cermin muka licin, gebu,berseri.. Rasa nak tidur depan cermin je. Tapi bila asal tengok cermin je mesti meremang bulu roma macam tengok pontianak dah tentu la sedih.

Tengok muka sendiri dalam cermin pun rasa seram apatah lagi kalau orang lain tengok. Jadi jangan biarkan wajah anda di selubungi misteri... kekeke

Ok produk kita kali ni kembali kepangkuan Bio essence selepas tercurang dalam episod review lepas cerita terbeli night cream Nour Ain tu. Kalau dah jodoh tak kemana. Bercerai pun rujuk balik apatah lagi terpisah seminggu dia ni. Lepas beberapa halangan berlaku nak beli Bird nest collagen & whitening cream Bio Essence.. pada petang selasa minggu lepas, habis speech terapi anak aku jodoh kami bersatu di guardian seri damansara katanya.


Kadang2 tak tau nak cerita apa.. sebab setiap siri produk bio essence ni setakat ni satu pun tak mengecewakan, Tukar la yang jenis mana sekalipun. Tetap memberi kepuasan tahap maksima kat aku. Jadi aku bagitau kelebihan produk ni je lah yer..

Bio essence bird nest Nutri collagen & Whitening cream ni macam tajuk dia.. berasaskan pati sarang burung. Tujuan dia untuk melindungi, memperbaiki & mencerahkan kulit. diperkaya dengan pati sarang burung, Asid Amino Kulit Complex, ekstrak Ginseng, ekstrak Angelica, asid amino, unsur-unsur mineral dan bahan-bahan herba semula jadi. cream dia tak melekit, berminyak & bila sapu terus meresap dalam kulit.  Fungsi selain melindungi, memperbaiki & mencerahkan kulit ia juga menghalang kesan2 penuaan & garis2 halus di wajah. Remaja lanjut usia macam aku ni kira sedang elok la pakai dari sekarang kan agar muka kekal sweet seventeen katanya. hehehehe

Seminggu korang boleh rasa kesan dia. Kulit jadi anjal, cerah, bersih, licin & yang mana kulit kering tu dia melembabkan kulit tapi tak sampai berminyak la. Setakat ni aku belum jumpa feedback negatif pasal produk bio essence. So, yang mempunyai kulit sensitif macam aku boleh la survey2 produk bio essence Insya Allah tak memberi kesan buruk.


NAK MILIKI MUKA BOLEH GADAI KAT KEDAI PAJAK BACA NI

Muka boleh gadai kat kedai pajak katanya... Amboi laku sangat ke muka kau tu sampai boleh gadai kat kedai pajak? Manalah tau laku kan kalau dah muka bersinar bak emas katanya. Gamaknya macam mana muka bersinar bagai emas tu? Nak sadur emas kat muka ke? Tu emas sadur tak laku kalau gadai hahahahaha

Sumber google. Sekadar hiasan. Takde kena mengena dalam cerita ni

Tajuk tak hengat kan? Padahal nak cerita pasal hasil rembatan terbaru aku kat guardian jer. seperti yang aku pernah canang canangkan aku nak rembat lepas bayar benda alah ni tapi hari minggu 2 minggu lepas tak singgah ke guardian. So last weekend singgah maka tanpa bertapi tapi lagi.. Tapi berkira kira jugak dua tiga kali nak beli ke tidak.. Almaklum rega dia kan kategori kena korek tabung jugak. Almaklum la surirumah.. tapi selepas buat calculation macam entri ni>>TIPS UNTUK NAMPAK MURAH BILA BELI PRODUK BIO ESSENCE<< maka tanpa was was aku terus ragut bawak gi cashier katanya.

Bukti aku memang beli. hahahaha

 Maka dapat la aku sebotol Bio essence 24k bio-gold bio water katanya. Boleh tahan besar botol dia. Kandungan 150ml.. tapi tak perlu banyak sangat bila nak pakai so aku rasa boleh tahan 4 - 5 bulan jugak la kalau pakai 2 kali sehari pagi & malam. Dengan harga selepas gst RM77++ ok la berbaloi la jugak.

Siap resit pembelian. Sebenarnya aku nak tunjuk tang GST tu hahahaha

5 hari meneyeh bio-gold water ni.. Ok aku puas hati. Even takde la se glowing muka testimoni2 produk kecantikkan yang jual kat online sampai berkilat2 basah. Kalau tengah panas pecah telur sebiji rasanya masak. Takde la sampai macam tu hasilnya selepas 5 hari pakai tapi tetap nampak best jugak. Nampak la jugak sinar kebahagian di wajah lopak bulan aku ni. Kulit rasa semakin halus, muda tu aku tak sure la sebab aku kadang2 kalau tengok dari belakang orang ingat budak sebab aku awet muda tang ketinggian. Tapi aku puas hati la pakai.. takde effect buruk & dia membantu memperbaiki masalah kulit aku ni. Ada la nampak seri2 pengantin basi tu katanya hahahahaha.  Fungsi dia untuk hilangkan kedutan, menghaluskan pori2, memberi glowing pada kulit & ada yang pakai katanya boleh memudarkan parut jerawat kat muka. Tapi bukan kau pakai seminggu kau budget muka kau terus segebu neelofa.

Yang best produk ni senang pakai... kau tuang kat tapak tangan lepas tu tepuk2 je kat muka sekejab jer dia meresap dalam kulit takde kesan berminyak atau melekit. Lepas sapu tu boleh rasa lembut & fresh kulit muka korang. Even nama dia bio-gold water tapi dia bukan air tapi gel yer..

Sesapa yang nak kulit menghalang kesan penuaan & kedutan,menaikkan seri wajah,menghaluskan pori & glowing bersinar bak emas 24k boleh la try bio gold 24k bio water ni. Manalah tau time sesak2 muka boleh gadai kat kedai pajak katanya. Almaklum la dah bersinar bagaikan emas katanya. hahahaha

Moral of the story.. nak beli sila beli kat guardian yer.. jangan beli kat tesco @ farmasi sebab harga dia lebih mahal.


TIPS UNTUK NAMPAK MURAH BILA BELI PRODUK BIO ESSENCE

Ramai yang kata agak mahal & segelintir yang rasa harga dia biasa - biasa jer bagi golongan yang bekerjaya tapi aku pulak rasa sebenarnya bio essence ni nampak mahal tapi sebenarnya murah. Kalau nak beli tengok harga tiga empat kali jugak letak & ambil kan. Sebab harga seunit dia boleh tahan jugak bila nak bayar. Sebenarnya ada cara untuk kita buat harga dia nampak murah bila nak beli produk bio essence ni.

saka2 yang aku bela sekarang. hahahaha

Itu kalau kita tengok harga memang nampak mahal tapi try buat kira2.. sebab produk bio essence ni memang tahan lama. Paling sekejab pun 3 bulan. antara cream2 dia yang aku guna, tanaka white double whitening night cream & Snail repair & smooth cream, Bio essence gold water & Sunscreen moisturizing cream SPF 56 (aku guna time nak keluar jer).. sampai sekarang tanaka white memang dah 3 bulan still ada lagi tapi hujung2 nyawa. Tahan la seminggu lagi kot.. Snail repair yang rasanya tahan 2 minggu lagi. Semua dah melepasi umur tiga bulan. Yang snail repair tu sehari 2 kali aku guna, tanaka white aku guna sekali je sebab night cream kan. Cleanser dia yang pernah aku guna snail cleanser, bio water foamy cleanser & sekarang tengah guna bio water miracle cleanser.. yang dah totally habis snail cleanser memang 3 bulan. Yang bio water foamy tu dah lama aku beli tapi aku guna tak consistent tak habis2 lagi.. yang bio water miracle aku guna baru masuk minggu kedua. Yang bio gold water tu baru je beli hari ahad aritu, tapi rasa boleh tahan 4 5 bulan kot. Botol besar & guna bukan banyak pun tiap kali pakai.

Meh kita buat kerja sekolah matematik sikit..  Aku beli Tanaka white dengan harga RM48++ tapi tu harga offer kalau tak offer rasanya harga dalam RM70++ Bahagi dengan 3 bulan harga untuk sebulan tak lebih dari RM25 pun cream tu. Yang snail repair & smooth cream aku beli masa offer jugak RM70 tapi masa offer kalau tak offer harga dia dalam RM99. Kalau bahagi dengan 3 bulan harga dia dalam RM33 macam tu la. Snail Cleanser harga dalam 24 (aku guna 3 kali sehari). Sebulan lebih kurang RM8 jer.. Bio water miracle cleanser pun lebih kurang je harga dia dengan snail cleaser. Yang bio gold water harga aku beli RM77++ (harga dah campur GST), kalau tahan 5 bulan bermakna sebulan dalam RM15 je. Kalau 3 bulan.. sebulan budget dalam RM25 camtu je. Sebenarnya tak perlu nak guna semua yang produk bio essence. Guna 1 cream & cleanser pun rasa ok dah. Bagi aku kalau takde budget aku akan guna snail cream @ bird nest cream & bio water miracle cleanser tu je cukup. Kiranya sebulan untuk skincare paling budget RM50 sahaja. Tapi produk bio essence kita tak perlu beli tiap2 bulan sebab produk dia tahan 3 bulan.

Sebagai surirumah tingkat 9 ni.. kita takde income tetap sendiri. Macam aku income dari blog ni nak kata banyak sangat pun tak.. nak kata takde langsung tiap2 bulan tu ada la jugak masuk buat menabung kat guardian katanya.Even surirumah kita pun nak merasa cantik macam orang lain jugak kan. Cuma tu kekadang kemampuan terbatas.. Kadang2 nak beli sesatu benda tu pegang letak dekat 10 kali sampai salesgirl pandang pun dengan pandangan miskin giler.. padahal bukan tak mampu bayar tapi rasa alahai mahal jugak. Berbaloi ke beli.. So tu la cara aku pysko diri aku bila nak beli produk bio essence. Aku selalu fikir.. bukan untuk sebulan tapi untuk 3 bulan.. sebulan baru berapa hengget jer. Baru la aku tabah ambil & bawak gi kaunter cashier. Aku tak beli semua dalam satu masa.. aku beli satu2 dulu. Kalau nak beli semua mau patah debit card aku. hahahaha. Sebulan satu pun ok. Lama2 boleh la buat koleksi katanya. Pun macam tu kemampuan setiap orang berbeza. Murah bagi kita mungkin ada yang rasa mahal.. Tetap kena berbelanja ikut kemampuan.

Moral of the story.. Nak beli sesuatu produk jangan hanya nilai dari harga seunit tu tapi kena fikir berapa lama boleh tahan & berapa gram isinya, Kadang harga RM20-RM30 tapi cuma tahan sebulan. Kalau 3 bulan budget dah RM60-RM90 sama je harga dengan produk bio essence. Tang mana murahnya? Jadilah pengguna & pembeli yang bijak jangan tertipu dengan harga yang murah. Peace!

p/s : Produk bio essence beli di guardian @ watson lebih murah berbanding tesco. Aku terkena beli bio water cleanser miracle. kat tesco RM29.90 tengok kat guardian baru RM24++

UNTUK KULIT YANG MESRA JERAWAT & CEPAT SENTAP

Baik sungguh kulit jenis macam ni kan? Dia tak pilih kawan.. jerawat pun dia still berkawan. Mulia sungguh kulit jenis ni katanya... Tapi kulit jenis ni dia jaga hati jerawat tapi tak jaga hati empunya muka tu. Sebab suka beramas mesra dengan jerawat tuan punya muka pulak rasa merana. Walaupun kulit jenis camni mesra jerawat tapi sangat kuat sentap katanya. Tak boleh silap produk sikit atau tak boleh nak tenyeh sebarangan produk mesti dia punya tacing tu melampau2. Habis janaham kulit bila dia merajuk katanya.Kita boleh ubah perangai kulit jenis ni dengan produk yang aku nak share ni.

Produk ni hasil rembat lepas bayar kat tesco. Last weekend aku tak terjah guardian.. tapi tersesat dalam tesco sebab nak cari puting botol susu Avent kat anak aku. Bila sesat dalam tesco ni keghairahan pada skincare kurang sikit tapi dia lebih bernafsu kat benda lain tapi sebab cleanser dah habis di tenyeh ke muka.. Aku cari jugak la cleanser. Tesco tak banyak produk bio essence. Niat mula2 nak cari bio essence 24k bio-gold. Konon nak kulit bersinar2 macam emas la. Tapi sebab takde aku rembat je la cleanser ni selepas aku rasa ia mungkin membantu masalah kulit mesra jerawat aku ni. Almaklum remaja baru akil baligh katanya.. Asal bulan mengambang jer.. jerawat pun dengan riang ria singgah. Dah tu tak boleh silap produk jugak even orang lain pakai elok jer tetiba aku yang pakai jadi bebukan even harga beratus.

Selain anti jerawat & ia jugak mempunyai formula anti keradangan kulit. Masalah biasa yang berlaku pada orang yang mempunyai kulit yang sensitif

Aku jenis beli balik tu terus guna la. Kali pertama muka aku di cabul oleh Miracle bio water soothing cleanser bio essence ni.. Memang rasa bersih & licin muka selepas cuci even dia tak banyak buih macam pencuci muka lain sebab pencuci muka ni soap free. Masa gosok tu rasa sangat lembut. Sampai terasa di belai belai... hehehehe. Masa guna tu memang ada 2 ketul jerawat sederhana size. Lepas cuci tenyeh aloevera gel evaros skincare lepas tu tenyeh tanaka white double whitening night cream.. keesokkan pagi nya rasa 2 ketoi jerawat tu mengecut. Kulit muka bangun pun nampak fresh. Sukanya hati den..

Sepanjang 5 hari menyemai cinta dengan Bio essence Miracle Bio water  soothing cleanser ni memang takde jerawat singgah. tak kira yang sekecil2 anak hingga sebesar besar penumpuk.Takde penglupasan atau apa2 keradangan kulit yang berlaku.

Sememangnya produk bio essence ni sangat2 mesra dengan kulit aku. Semua produk bio essence yang aku pernah cuba takde yang mengecewakan even bukan drastik pemulihan kulit tu berlaku tapi kita boleh nampak keberkesanan kalau kita consistent guna. Normally kesan dia boleh nampak dalam seminggu tapi takde la terus jelita macam rozita che wan kalau baru seminggu guna, kan. So, untuk yang ada masalah kulit sangat2 sensitif & mudah berjerawat.. Boleh try cleanser ni. Insya Allah membantu menghalang jerawat berumahtangga di muka kita. harga tak mahal sangat la RM29.90


AKU NAK BONGKAR RAHSIA TENTANG BIO ESSENCE SUNSCREEN MOISTURIZING CREAM

Aku ni memang jenis transparent kata Sis Kathy.. Kalau nak cakap apa tu direct to the point jer. Takde simpan2 dah. Tu yang sampai kena ugut saman dengan blogger popular tu.. Ops! Ni tak tau Bio essence saman aku ke atau dia nak sponsor produk depa seumur hidup kat aku.. Apapun tindakkan bio essence selepas ni aku tak peduli.. aku tetap nak bongkar rahsia ni untuk kebaikkan semua katanya


Dah sebulan rasanya aku guna Bio essence sunscreen moisturizing cream. Dalam sebulan aku guna akhirnya aku temui sesuatu dalam produk tu. Sesuatu yang aku nak cakap "Wow!"
Bila first time aku tenyeh Bio essence sunscreen moisturizing cream ni.. bila panas atau berpeluh tak buatkan kulit kita jadi berminyak atau berkilat. selain tak buat kulit muka kita kena sunburn. Kalau peluh just muka kita rasa basah dengan peluh jer.. Pegang pun tak rasa berminyak. Kalau dulu kulit muka aku kalau kena panas atau berpeluh.. Rasanya boleh buat minyak dagu. Mengalahkan minyak masak seri murni berminyaknya.

Sejak aku guna bio essence sunscreen moisturizing cream ni.. memang aku tak guna lagi foundation. Just sapu cream ni sebelum make up.. lepas tu aku guna concealer untuk tutup parut jerawat yang dalam proses nak ghaib ni sapu bedak ronasutra lepas tu baru conteng2 muka dengan pelbagai warna katanya..

cream ni bila kita sapu akan buat kulit kita jadi cerah sikit even dia takde warna sebenarnya. Cream dia warna putih susu jer.. Bila sapu dia meresap terus ke dalam kulit takde melekat lekit macam blog aku ni. Bila pakai sebelum pakai bedak.. terutama bedak jenis serbuk (powder) yang macam aku guna.. memang elok sangat. Jadi sekata takde bertompok2 taik unta. Dan bedak pun tak mudah cair & tahan lama. tak payah topup2 bedak dah. Selagi tak cuci selagi tu berbedak la muka katanya.

So, mana2 yang jenis kulit berminyak tu elok jugak pakai. Yang kulit normal pun boleh pakai. Di samping tu dia ada perlindungan uv spf 56. Kulit pun terpelihara dari tumbuhan jerawat liar. Harga tak mahal sangat aku beli dalam RM20++ jer. Kandungan dia 40gm tapi jenis aku pakai seminggu dua tiga kali bila keluar ni rasanya 3 bulan kot baru abis. Bukan tempek banyak2 macam bedak sejuk tu.. sekadar bagi perlindungan kat muka kita & sapu rata je kat muka. Tak susah nak beli kat supermarket, guardian,watson banyak jual.


PENGAKUAN BERANI DEDAH DARI PENGGUNA BIO ESSENCE

Jeng... Jeng.. Jeng.. Inilah pengakuan berani dedah bukan berani mati yer.. dari mereka yang pernah guna produk Bio Essence. Antara salah seorang pengguna dia.. adalah diri aku sendiri. Pengakuan ni mungkin buat korang rasa tak senang duduk.. Tapi aku rasa perlu jugak aku dedahkan semua pengakuan ni demi kebaikkan semua, katanya.

Sumber google

Sabtu lepas aku menambah lagi koleksi produk Bio Essence.. Yang sempat aku rembat lepas bayar ada Bio Essence Bio Energy Snail Repair & smooth cream. Menjadikan jumlahnya sebanyak 5 produk dari bio essence aku ada sekarang. Pencuci muka jer dah dua aku ada. Selebihnya Tanaka White double whitening cream bio essence & Moisturizing + sunblock sekali.

Semua ni hasil rembat lepas bayar kat guardian.

Macam biasa la.. lepas tambah koleksi harus upload untuk share dengan orang lain. Sebab ada pengaruh produk ni. Tak dinafikan bio essence memang bagus.. Jarang dengar bagi kesan buruk pada kulit. Apa jenis produk dia setakat ni memang serasi dengan kulit sensitif aku ni. Diakui kebaikkannya oleh mereka2 yang menggunakannya.


Yang ada masalah jerawat & parut tu boleh la try produk SNAIL dari bio essence ni sebab aku baca testimoni dari seorang blogger.. memang membantu menyelesaikan masalah jerawat & parut dia. Aku baru je try Snail cream ni sabtu lepas.. Hari ni baru masuk hari ke 3 aku guna.. So far so good & testimoni nantilah tunggu seminggu dua lagi yer.

Untuk baca testimoni sila clik kat sini Selepas Sebulan Guna

Produk dia mungkin ada yang kata mahal sebab aku akui harga cream2 dia pun kalau tak offer semua harga dalam RM50++ tapi aku beli semua masa offer... Tanaka White Double whitening harga asal tak silap dekat RM70 tapi sebab offer aku beli dalam RM48+++, Snail Repair & smooth cream harga asal RM99++ tapi aku beli offer RM69++, snail cleanser RM24++ & miracle Bio water Cleanser aku beli masa offer RM19++. Moisturizing dia dalam RM20++ kot. Tapi aku tak beli sekaligus semua.. aku beli satu dua dalam satu masa. Aku tak beli set.. aku beli yang mana aku rasa nak pakai jer.

Tapi cream dia aku rasa tahan lebih dari sebulan & packaging dia pun cantik. Nampak kelas jer botol2 dia tu. Harus la.. appearance tu penting jugak tau selain kualiti & kuantiti.. ye dak. Lagipun produk bio essence ni senang di beli kat luar.. supermarket pun ada jual. Atau selalu aku beli kat guardian.. nak kumpul setem guardian katanya. hahahaha. Kalau korang beli cream2 yang harga dalam RM40++ kat online pun campur kos pos dah lebih kurang je kan beli salah satu cream Bio essence. Kadang2 mentaliti pembeli ni even RM40 tahan sebulan jer dia anggap murah dari RM70 tahan 3 bulan. Tanaka White Night Cream tu pun dok banyak lagi even dah sebulan aku guna. So, bagi aku tak mahal melampau la bio essence sebab tahan lebih dari sebulan.

Setakat hari ni aku pakai produk bio essence.. Yup kulit makin cerah, jerawat semua dah kecut & parut jerawat makin pudar even masih perlu treatment lagi. Sebenarnya aku ambil planning pills, baru tukar yang jenama lain so maybe ganggu sikit hormon menyebabkan jerawat tumbuh bagai di baja. Luar biasa banyak pulak tumbuhnya.. Tapi Alhamdulillah.. sekarang makin ok dah sikit. kekekeke

Selepas sebulan guna Tanaka White double Whitening Night Cream Bio Essence. Yang hadapi masalah kulit gelap & kusam boleh try Tanaka White Bio Essence. Tak mampu beli set pakai night cream pun dah ok. Tanpa penglupasan bio essence mampu memberi hasil memuaskan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com