TIPS UNTUK NAMPAK MURAH BILA BELI PRODUK BIO ESSENCE
Meh kita buat kerja sekolah matematik sikit.. Aku beli Tanaka white dengan harga RM48++ tapi tu harga offer kalau tak offer rasanya harga dalam RM70++ Bahagi dengan 3 bulan harga untuk sebulan tak lebih dari RM25 pun cream tu. Yang snail repair & smooth cream aku beli masa offer jugak RM70 tapi masa offer kalau tak offer harga dia dalam RM99. Kalau bahagi dengan 3 bulan harga dia dalam RM33 macam tu la. Snail Cleanser harga dalam 24 (aku guna 3 kali sehari). Sebulan lebih kurang RM8 jer.. Bio water miracle cleanser pun lebih kurang je harga dia dengan snail cleaser. Yang bio gold water harga aku beli RM77++ (harga dah campur GST), kalau tahan 5 bulan bermakna sebulan dalam RM15 je. Kalau 3 bulan.. sebulan budget dalam RM25 camtu je. Sebenarnya tak perlu nak guna semua yang produk bio essence. Guna 1 cream & cleanser pun rasa ok dah. Bagi aku kalau takde budget aku akan guna snail cream @ bird nest cream & bio water miracle cleanser tu je cukup. Kiranya sebulan untuk skincare paling budget RM50 sahaja. Tapi produk bio essence kita tak perlu beli tiap2 bulan sebab produk dia tahan 3 bulan.
Sebagai surirumah tingkat 9 ni.. kita takde income tetap sendiri. Macam aku income dari blog ni nak kata banyak sangat pun tak.. nak kata takde langsung tiap2 bulan tu ada la jugak masuk buat menabung kat guardian katanya.Even surirumah kita pun nak merasa cantik macam orang lain jugak kan. Cuma tu kekadang kemampuan terbatas.. Kadang2 nak beli sesatu benda tu pegang letak dekat 10 kali sampai salesgirl pandang pun dengan pandangan miskin giler.. padahal bukan tak mampu bayar tapi rasa alahai mahal jugak. Berbaloi ke beli.. So tu la cara aku pysko diri aku bila nak beli produk bio essence. Aku selalu fikir.. bukan untuk sebulan tapi untuk 3 bulan.. sebulan baru berapa hengget jer. Baru la aku tabah ambil & bawak gi kaunter cashier. Aku tak beli semua dalam satu masa.. aku beli satu2 dulu. Kalau nak beli semua mau patah debit card aku. hahahaha. Sebulan satu pun ok. Lama2 boleh la buat koleksi katanya. Pun macam tu kemampuan setiap orang berbeza. Murah bagi kita mungkin ada yang rasa mahal.. Tetap kena berbelanja ikut kemampuan.
Moral of the story.. Nak beli sesuatu produk jangan hanya nilai dari harga seunit tu tapi kena fikir berapa lama boleh tahan & berapa gram isinya, Kadang harga RM20-RM30 tapi cuma tahan sebulan. Kalau 3 bulan budget dah RM60-RM90 sama je harga dengan produk bio essence. Tang mana murahnya? Jadilah pengguna & pembeli yang bijak jangan tertipu dengan harga yang murah. Peace!
p/s : Produk bio essence beli di guardian @ watson lebih murah berbanding tesco. Aku terkena beli bio water cleanser miracle. kat tesco RM29.90 tengok kat guardian baru RM24++
Hehehehe.. Bertambah tergoda dgn bio essence kalau macam ni. Lebih kurang mcm shaklee jugak la sis. Beli mcm mahal tapi tahan sampai 2-3 bulan dan ada yg lebih lama. Kathy pun nak beli produk yg bajet besar macam ni akan buat kira² mcm sis. Bandingkan harga dan jangkamasa penggunaannya. Tapi kalau ikut mcm sis cakap,berbaloi beli ni.
ReplyDeletebetulll... dulu pakai produk loreal.. nk melabur tu mula nya rasa agak mahal.. tapi sebenarnya murah je.. kuantiti dia boleh tahan 6 bulan... dah tau mahal..pakai pon ciput2 je..wakakaa
ReplyDeletegood tips.. thanks dear :)
ReplyDeletewww.haneeza.com
wow banyaknya mengira!
ReplyDeletesemakin menarik tertarik-tarik nak guna bio-essence
ReplyDeleteMath calculation Suria ni akak nak tunjuk kat HD untuk membuktikan yang 'it's worth buying' *_* Buat kata isteri mithali nak pakai SKII, tak merana hati HD nanti kena top up duit perbelanjaan kecantikan& keanjalan muka isterinya? Ahah, sure tak nak. Makanya, calculation ni nanti akak tunjuklah kat HD yerk :)
ReplyDeleteSuria, masa akak 'terbeli' set Birdnest hari tu (bagak-bagak isinya-cleanser+serum+lotionawetmuda) baru RM170. Ni Suria beli satu 24K gold berkarat dah RM77 ni, mahal tu ~_^
Salam sis...blh share x mcm mne nk buat duit atau nk dptkn income melalui blog atau guna blog?
ReplyDelete