Showing posts with label produk. Show all posts
Showing posts with label produk. Show all posts
20 May 2025 0 Komen Melekat

MESTI KENA JELING KALAU BAWA KELUAR KOTAK NI NAK PAKAI LIPSTIK

MESTI KENA JELING KALAU BAWA KELUAR KOTAK NI NAK PAKAI LIPSTIK. Semenjak memperlahankan aktiviti di blog aku terjebak dengan Shopee Affiliate. Almaklum la kita dah biasa duduk rumah ada side income walau income tu geli geli je tapi rasa seronok juga la kan tiap tiap bulan ada juga hasil dari tak ada apa langsung. Yelah sesambil menjadi surirumah, apa salahnya mencuba menjadi Affiliator kan? Sebenarnya ikutkan Affiliate ni bukan shopee je, tiktok,lazada pun ada ada Affiliate. Tapi kurang sikit menyerlah yang lain. Shopee je setakat ni memberi hasil setiap bulan. Almaklum la kita ni bukan Influencer kan? Nak bersaing dengan Influencer susah sikit tapi aku ok je. Selagi aku rasa enjoy aku teruskan je la.

Mana mana Affiliator pun sekarang berpeluang untuk dapat free sample product dari platform yang mereka daftar sebagai Affiliator la. Termasuk shopee. Banyak juga la aku dapat barang free sample dari shopee ni. Best juga la sebab dari barang free sample tu kita boleh review & buat konten video untuk di kongsikan dengan orang lain sesambil tu boleh dapat komisyen dari pembelian orang lain melalui link Affiliate kita. Kan aku ni suka review jadi aku manafaat perkara aku suka buat tu kepada perkara yang boleh juga mendatangkan hasil.

Antara produk yang aku dapat dari program shopee Affiliate ni salah satu colorful cigarette lipstick ni. Kotak dia pun boleh mengundang salah faham & persepsi negatif terhadap golongan wanita. Serius sekali imbas memang orang ingat rokok sampai suami aku pun terpedaya. Pernah aku keluarkan nak pakai kat tandas awam di Mall ada orang pandang pandang. Maybe dia ingat aku nak merokok ke apa dalam tandas Mall tu padahal aku nak topup balik lipstik.

Lipstik  ni ada 4 code warna. Bean read, vibrant orange, pumpkin red & maple leaf red. Kalau yang red red ni semuanya jenis warna merahnya makngah tapi lawa lawa juga. 

Cuma aku lebih suka orange sebab nampak natural gitu. Selain orange aku suka maple leaf red. Merah dia memang cantik tau. Testur lipstick ni dia tak matte sangat atau terlalu moist. Bila kita pakai tak berkilat tapi nampak lembab bibir. Lembut je bila kita sapu kat bibir. Bukan jenis transferproof la tapi sesuai la untuk yang muslim senang nak cuci bila nak solat. Lap je dia dah boleh tanggal. Tak payah guna remover. 

Yang penting harga sangat mesra poket. Size dia pun mobile senang nak campak dalam handbag. Muat kalau sling bag size phone pun. Setakat ni aku guna tidak la ada apa apa kesan sampingan terhadap bibir aku berbanding ada satu lipmate dari brand yang di kenali juga aku pernah dapat free sample tapi lepas guna tu aku perasan bibir aku jadi lingkaran gelap sampai hari ni masih tak hilang cuma aku berhenti guna & jadikan blusher je. Pakai kat pipi tak pulak jadi bukan bukan. Mungkin tidak sesuai dengan bibir tapi boleh gunakan pada tempat lain. Almaklum la kulit kita ni setiap bahagian di tubuh kita bukan semua sama. Kulit pada tangan tak sama macam kulit pada muka. Begitu juga kulit pada kelopak mata tak sama macam bibir jadi mungkin ada tindakbalas berbeza la bila kita gunakan di bahagian tertentu.

Yang ni aku guna code orange

Apapun kalau hangpa berminat nak cuba Colourful Cigarette lipstick ni boleh dapatkan di sini Shopee

25 May 2022 0 Komen Melekat

DILARANG MENGIKLANKAN PRODUK RUKYAH,SUNNAH ATAU APA APA BERUNSURKAN KEAGAMAAN.

DILARANG MENGIKLANKAN PRODUK RUKYAH, SUNNAH ATAU APA APA BERUNSURKAN KEAGAMAAN. Walaupun kita dah hampir ke pertengahan tahun 2022 namun masih ramai yang tertipu dengan produk produk overclaim walau yang dah ramai pihak tampil memberi kesedaran pada masyarakat. Tapi tu la..majoriti masih percaya pada penjual produk dari individu yang berautoriti. Itulah keistimewaan penjual produk sebenarnya. Tak payah belajar tinggi tinggi, tak payah jadi orang berilmu cuma mantapkan skill untuk memanipulasi atau menipu je memang boleh hidup senang di dunia. Sebab manusia ni banyak yang lebih suka dengar harapan indah yang kosong dari kebenaran yang pahit. Sebab tu ramai pilih telan produk overclaim yang tinggi kandungan gula dari ikut saranan pakar kesihatan dan mengambil ubat yang di bekalkan hospital sebab kebanyakan pahit.

Isu produk yang menggunakan tuntutan keagamaan ni bukan baru malah dah lama cuma saja la nak tulis balik kat blog ni untuk bagi kesedaran pada pembaca blog lekatlekit.com yang nak terima la. Yang tak nak terima mampuih pi kat hang la bak kata orang kedah. Itu pilihan masing masing. Kita sendiri pilih untuk jadi bijak atau di perbodohkan. 

Semalam tertengok la satu konten tiktok dari seorang founder produk yang di kenali dengan kontroversi promot produk garam konon boleh merawat gangguan makhluk halus ni. Urut dada & mengucap je la. Dengan harga garam dia jual tu rasa Ya Allah.. sesungguhnya orang jahat ni memang di dunia syurga buat mereka. Padahal kalau beli garam kasar lepas tu pergi darussyifa tak sampai suku pun harga produk garam tu. Kenapalah menipu sesama bangsa & agama demi memenuhi tembolok sendiri?

Sebenarnya produk macam tu dah ada kat pasaran dengan tuntutan macam macam la. Rukyah la.. sunnah la.. untuk memanipulasi. Yelah.. kalau jual garam je sapa nak beli kalau harga macam tu. Kena la overclaim konon dah di rukyah.. di bacakan 30 juzuk bagai. Lepas tu claim la merawat gangguan makhluk halus, sihir apa apa je la penyakit mistik atau penyakit lain. Tuntutan kena 1001 penyelesaian baru boleh jual dengan harga maha nirrojim.

Ramai yang tak tahu sebenarnya majlis Agama Islam melarang penjualan produk yang membuat tuntutan keagamaan seperti rukyah, sunnah dan sebagainya.

Perbuatan menjual produk-produk ruqyah atau jampi meskipun menggunakan ayat suci al-Quran dan doa-doa yang baik maksudnya, boleh membuka kepada pintu fitnah. Justeru, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Malaysia Kali Ke-108 yang bersidang pada 2-3 November 2015 telah membincangkan mengenai Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial.

Muzakarah berkenaan telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam tidak menafikan penggunaan ruqyah dan Rasulullah S.A.W. menyebutkan bahawa sebaik-baik ubat ialah ayat-ayat Al-Quran dan Baginda membolehkan untuk meruqyah selama mana tidak berlaku syirik.

Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa isu produk yang dilabelkan sebagai ‘makanan sunnah’ dan makanan/minuman yang diruqyahkan dengan ayat Al- Quran serta zikir semakin berleluasa dan menjadi pelan pemasaran pengusaha produk-produk makanan dan barangan di Negara ini. Ia telah menjadi kaedah untuk melariskan produk bersandarkan perkataan ‘makanan sunnah’ dan ruqyah.

Sehubungan itu, sebagai Sadd az-Zarai’ kepada unsur-unsur penipuan dan penyalahgunaan ayat-ayat Al-Quran untuk tujuan komersial, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan ruqyah dan istilah ‘makanan sunnah’ secara tidak bertanggungjawab untuk tujuan mengaut keuntungan dan melariskan produk perlu dihentikan kerana dibimbangi ia termasuk dalam perbuatan memperdagangkan ayat-ayat Al-Quran yang ditegah oleh ajaran Islam.

Oleh hal yang demikian, Muzakarah menggesa supaya perbuatan tersebut ditangani segera supaya istilah ‘makanan sunnah’ ini tidak difahami oleh masyarakat dalam konteks yang tidak tepat, dan penggunaan ruqyah tidak disalahgunakan sehingga menggugat akidah sekiranya masyarakat meyakini keberkesanan ruqyah pada sesuatu produk tersebut mengatasi usaha dan ikhtiar serta kekuasaan Allah S.W.T.

Muzakarah juga bersetuju memutuskan supaya penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersial tidak dibenarkan sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi.

Sumber : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1351-al-kafi-397-hukum-menjual-produk-yang-diruqyah-dengan-alatan-elektronik

Produk macam ni juga di kategori sebagai produk overclaim. Overclaim juga salah di sisi undang undang. Boleh di saman dan di dakwa di mahkamah.

Di bawah Peraturan 18(6), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa label makanan tidak boleh mengandungi akuan kesihatan seperti mencegah, mengurang, merawat dan menyembuhkan sesuatu penyakit dan kegagalan mematuhinya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 dan penjara tidak lebih dua tahun.

Jadi pada pengeluar, pengasas dan penjual produk jadilah manusia bertanggungjawab dan jujur dalam perniagaan anda kerana ia berkaitan dengan sumber rezeki yang anda perolehi. Risau berlaku Istidraj.
17 December 2020 1 Komen Melekat

AKHIRNYA BILLBOARD YANG MENJADI VIRAL DI TURUNKAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

AKHIRNYA BILLBOARD YANG MENJADI VIRAL DI TURUNKAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG. Dalam minggu ni antara isu hangat yang menjadi viral adalah isu produk produk kesihatan dengan papan tanda iklan yang berunsur double meaning. Macam mana nak cakap.. yang ada unsur seksualiti lah senang.

Ada beberapa aktivis di media sosial bangkit menuntut tindakan terhadap billboard yang membuat iklan macam tu. 

Ramai menyokong supaya iklan iklan sebegitu tak di benarkan untuk di paparkan secara umum pada billboard besar di tepi jalan. Selain memberi moral yang tidak baik ia boleh memberi pengaruh kepada remaja & kanak kanak. 

Tidak mahu perkara begini menjadi normal dalam masyarakat mereka bangkit bersuara melawan sebarang normalisasi kelucahan dan meminta pihak sepatutnya untuk campur tangan & mengambil tindakan sewajarnya.

Erkk..kenapa tetiba den tulis macam laporan berita ni. Kekekeke. Sekali sekala apa salahnya.

So hari ni ternampak satu perkongsian di laman facebook page Akhi Fairuz Al-Jengkawi salah satu billboard besar di tepi jalan telah di turunkan oleh pihak majlis perbandaran selayang.

Alhamdulillah.. at least ada juga tindakan dari tak ada. Biarpun produk & iklan iklan macam ni masih berleluasa di media sosial & di anggap tidak salah bagi mereka tapi dengan tindakan macam ni hope pihak yang terlibat dapat memperbetulkan apa yang di lihat tidak baik untuk masyarakat.

Memang tak sedap juga bila kita lalu tepi highway penuh billboard besar besar dengan iklan double meaning kemudian anak anak baca & tanya apa maksudnya. Serba salah kita nak jawab. 

Moral of the story.. Apa usaha yang baik kita support even kita pun tak baik mana. Kalaupun bukan untuk kita tapi untuk generasi anak anak kita. 
05 September 2020 3 Komen Melekat

INI SEBAB KENAPA WAJIB BACA REVIEW SEBELUM MEMBELI BELAH SECARA ONLINE

INI SEBAB KENAPA WAJIB BACA REVIEW SEBELUM MEMBELI BELAH SECARA ONLINE. Tu dia mentang mentang la blog dia ada buat servis penulisan review kan.. tetiba suruh orang baca review sebelum membeli. kata Nur Netizenia Farisya Marissa Athalia begum kepada blogger.

Amboi.. Sabaq sat na sebelum nak serbu tak pakai helmet. tak semestinya review di blog. Review di blog ni ada dua jenis review..  Satu review yang di sponsor/ review berbayar atau review dari pengalaman menggunakan. Tapi kebanyakan blogger tak mention kalau buat sponsor review atas kehendak client yang nak nampak review tu macam natural. Dak aih.. tak salah pun. Review di blog lebih kepada memperkenalkan sesuatu pada pengguna. Pilihan tetap di tangan pengguna untuk beli atau guna sesuatu barang/perkhidmatan tersebut.

Yang den nak cerita ceriti ni pasal membeli belah secara online di website seperti Lazada, shopee, ezbuy etc.. Saya antara yang menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli belah. Di Tambah sekarang kita masih berperang untuk memutuskan rantaian jangkitan covid-19 & aktiviti luar tu terpaksa di kurangkan. Tapi bukan la tak keluar langsung kan? PKPP ni dah boleh keluar even masih kena follow SOP cuma dengan buat pembelian secara online kita kurangkan kesesakkan tempat tempat shopping. So, antara sebab kenapa saya sekarang pun memilih buat pembelian secara online selain.. payah lahai dengan anak kecik ni nak pilih barang kalau kat luar. Tu pun salah satu faktor juga hehehehe


Selalu kita nampak viral orang tersalah beli barang yang sebenarnya mainan cuma sebab dorang tak alert dengan description yang di tulis seller hanya tengok gambar & harga murah terus buat pembelian. Bila sampai.. tak seperti yang di jangka. Mula la nak viral padahal salah sendiri. Sebab tu penting ok baca description, semak semua ukuran yang di beri bagi memastikan kita tak salah faham dengan gambar. Memang la gambar tu nampak besar, nampak cantik semua. Dah nama pun gambar kan.. Tapi size sebenar kena la refer dari ukuran yang di beri.

Kadang kadang ada juga yang keterangan produk tu di beri tak sama macam apa yang di jual. Contoh size la.. kadang kadang ada size tu tak ikut standard size. Kita refer base on standard size kan.. bila sampai ada yang terlebih besar atau terlebih kecil. Tapi nak salahkan seller pun memang size dia macam tu. Ada yang seller alert sikit dia akan mention siap siap.. yang ni jenis cutting kecil ke besar ke. Tapi kadang kadang benda tu pun tak membantu bagi saya. Sebab tu saya lebih suka refer pada review. kalau membeli di shopee atau lazada saya skip seller yang tak ada review. Sebab review bagi saya sangat penting bagi memastikan saya dapat barang seperti yang saya harapkan selain tak kena tipu dengan scammer.

Contoh kasut.. Saya memang ada masalah dengan kasut sebab kaki saya size 3 1/2. Untuk adult size memang susah nak cari. Normally size tu size kaki kanak kanak tapi di sebabkan dari pengalaman saya membeli belah barangan china ni.. Size dari china lebih kecil. tak sama macam standard size. Pun macam tu saya tak la ambil pendapat tu bulat bulat. Saya tetap refer dari review. Normally buyer sebelum ni akan mention size tu lebih kecil atau lebih besar dari size biasa. Ada juga akan bagi ukuran macam.. berat & tinggi dia berapa & barang yang dia beli size apa. So dari situ kita boleh buat keputusan untuk dapatkan size yang tepat. kalau jenis cutting kecil.. so adult size (untuk kasut) yang paling kecil (size 4) normally saya boleh pakai. Kalau standard size, memang size 4 pun masih besar untuk kaki saya. Sebab tu saya suka refer review. Buyer sebelum ni akan ada mention samada size tu lebih besar atau lebih kecil. Tu antara kebaikan review.


Contoh kasut yang saya beli di lazada ni. Kalau ikut size chart dia.. size 35 ukuran cm dia 22.5. tapi kaki saya cuma 21.5cm. Base on review dari buyer yang bagitau kasut ni lebih kecil 1cm dari size biasa so saya boleh la pakai. Alhamdulillah dengan berpandukan review kasut ni sampai memang ngam dengan size kaki saya 21.5cm ni. tak kecil & tak besar. Tu antara kelebihan review bagi saya. (Ni birthday gift dari someone. Dia sponsor hikhikhik)

Selain tu review juga main peranan untuk kita tahu samada servis dia bagus atau tak. Seller tu jenis hantar cepat atau tak. Cepat respond chat atau tak. Senang di bawa berbincang atau tak. Semua tu penting sebelum kita memilih nak beli sesuatu dari seller yang ada. Kita tak tahu semasa proses pembelian akan berlaku masalah atau tak.. Jadi benda tu antara faktor penting kena di ambil kira.

Review juga main peranan. kalau banyak orang bagi review yang baik, Insya Allah barang yang kita beli tu akan dapat dalam keadaan yang baik & seperti yang di harapkan.

Sebab tu selain membaca penerangan tentang sesuatu produk/barang yang di jual secara online seperti di lazada, shopee & sebagainya.. review ni bagi saya sangat penting untuk kita buat rujukan. Hanya review dari pembeli sebelum ni je kadang kadang kita boleh mendapat gambaran tepat tentang material, ukuran & customer service dari seller tersebut.

Setakat ni saya buat semua tu jarang la dapat barang yang saya beli dalam keadaan kecewa berbanding sebelum ni mungkin saya tak mengamalkan budaya membaca review. So ada yang sampai tak seperti kita harapkan. Pada korang yang nak membeli belah secara online boleh la follow tips ni.
24 September 2019 3 Komen Melekat

INSTAGRAM BLOCKED IKLAN PRODUK KURUS & PEMBEDAHAN KOSMETIK

INSTAGRAM BLOCKED IKLAN PRODUK KURUS & PEMBEDAHAN KOSMETIK. Tu dia maybe para founder, seller, agent, dropship & Instafamous sikit gelebah bewak dengan berita ni kan? Mana tidaknya bagi yang terlibat menjual atau mempromosikan produk produk macam ni pasti benda ni akan menjejaskan sedikit la kuantiti rice dalam cooker depa. Nak nak benda benda ni memang mendapat permintaan tinggi. Almaklum la semua orang obses nak cantik.. nak langsing.. bagai kan? Sapa la nak nampak buruk ye dak.


Disebabkan iklan iklan atau promosi benda benda tu memberi pengaruh & mungkin banyak yang merisikokan pengguna terutama mereka yang bawah umur ni, Minggu lepas katanya Instagram mengubah polisi& menghalang (Blocked) iklan yang berunsur produk kuruskan badan & Pembedahan kosmetik untuk pengguna berusia bawah 18 tahun dari di paparkan di platform media sosial tersebut. Benda ni katanya selepas di desak oleh persatuan pengguna (Bukan PPIM ok! PPIM maybe tak berminat nak membenteras benda benda macam ni kot. Jarang nampak PPIM involve untuk isu isu produk supplement pelangsingan & kosmetik ni). yang berpendapat iklan iklan sebegitu tak sepatutnya di lihat oleh mereka yang bawah umur.

Memang bagus sangat Instagram buat macam tu.. even masih ada Facebook & twitter yang tak kurang hebat juga menjadi tapak mengiklan & menjual produk produk macam ni at least bila Instagram remove & blocked iklan iklan macam ni effect juga la kepada facebook. Kebanyakan link ke facebook kan account instagram. Nak nak lagi sekarang trend bayar Instafamous untuk review/promosi produk produk macam ni so lepas ni dah tak boleh la hangpa nak dapat income dari produk produk macam ni.. ngeh ngeh ngeh..

Bukan apa.. Produk kurus ni sangat bahaya ok! Pakar pun tak suggest ambil sebarang produk kalau nak kurangkan berat badan. Cara paling selamat adalah mengamalkan pemakan yang seimbang & sihat, bersenam. Tak ada jalan pintas nak kurus ok! Kalau ambil produk tanpa bersenam & diet seimbang boleh kurus.. Hangpa patut rasa curiga dengan kandungan bahan yang di gunakan dalam produk tu ok! Banyak dah yang KKM kesan mengandungi bahan terlarang yang boleh membahayakan kesihatan & organ dalaman seperti buah pinggang. Jangan nak kurus tetiba tinggal tulang menanti Izrail datang memanggil je.

Hope Plaform media sosial lain juga turut mengambil peranan untuk menghalang promosi promosi produk produk macam ni di social media untuk membantu orang awam dari consume perkara yang memudaratkan. Even Instagram cuma blocked paparan untuk pengguna 18 tahun kebawah je.. At least ada juga usaha untuk menyekat benda ni dari mempengaruhi golongan bawah umur. Walaupun kita sedia maklum yang dah bangka pun ramai yang bangang dok percaya produk produk macam tu kan..

Moral of the story.. Kalau nak kurus & nak cantik tapi malas terima je la diri seadanya dari kau buang duit tapi akhirnya dapat sakit lagi la tak berguna. kekekekeke


Sumber : https://www.buzzfeednews.com/article/ryanhatesthis/cosmetic-survery-weight-loss-18-plus-instagram?fbclid=IwAR2nIjZvWItHjZ8WMNUyZKqHVBgET61eC9GyZirsCBblNJzQnDgFXb4DURg
10 July 2019 1 Komen Melekat

SERUM LOVEURS MACAM AIR DA..

SERUM LOVEURS MACAM AIR DA.. Bila dah meningkat usia ni.. Rata rata mula nak sental muka yang mula timbul jeragat, garis garis halus, kesan penuaan bagai. Almaklum dulu masa moda rumaja.. kulit licin tegang dia rasa malas nak jaga padahala penjagaan kulit ni harus di buat dari seawal usia. Tapi nak buat macam mana bagi yang dah terlajak perahu tu. Tak bermakna dah terlajak perahu tak boleh nak perbetulkan segalanya. Masih boleh cuma perlu ambil masa panjang sikit la nak rawat balik bila kulit dah jadi masalah.

Saya pernah baca 1 info kecantikan yang mengatakan bila usia dah meningkat.. Pemakaian serum tu lebih baik & effective berbanding krim pelembab sebab katanya memiliki konsentrasi bahan aktif asid amino, antioksidan, vitamin, pencerah kulit, peptida,hidrasi atau eksfoliasi. Contoh antioksidan ni fungsinya menyerap lebih jauh ke dalam kulit lebih cepat berbanding krim pelembab biasa. Kuasa serapan tu lah memberi kesan 10 kali ganda berbanding krim biasa. Almaklum kulit dah 'matang' ni kan.. pepaham la kan kalau nak pulihkan apa yang mula nampak dah di makan usia tu.

Den ni bukanlah tua.. tapi dah besar je ahahaha. Jadi memang perlu jugak la pakai serum. takde la tetengah malam laki terbangun terkejut ingat nenek kebayan pulak kan? Asal nak cantik je mesti guna nama 'laki' kan? tipikal iklan produk zaman sekarang sangat kau! Takde la.. tak semestinya kita nak cantik & nak jaga kesihatan kulit ni untuk orang lain. Macam saya kalau kecantikan ni saya lebih kepada kepuasan sendiri dalam usia usia dah 'besar' macam ni. hahaha.. Bila kita tengok muka sendiri dalam cermin tak la rasa nak bunuh diri sangat kan? Tu pun terapi bahagia jugak.

Baru baru ni saya cuba satu jenama serum. Local product yer bukan international product tapi Insya Allah bukan 'Timbang Kilo' punya. Kalau la hangpa ternampak atau pernah dengar LOVEURS Luxe Skin Serum maybe tahu tapi produk ni baru sangat so tak pelik kalau ada yang masih tak tahu akan kewujudanya dalam dunia kecantikan. Takpe.. Meh sini Ahkak nak perkenalkan kat hangpa. Dont worry be happy wokey!


LOVEURS Luxe Skin Serum diformulasikan khas oleh Penyelidik Ubatan Semula Jadi dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) oleh Dr.Razip Asaruddin. Serum ni di hasilkan dari kombinasi Emulsi Kelapa Dara (EKD) & Madu Kelulut. Antara bahan semulajadi yang di gunakan dalam produk serum ni adalah seperti kelapa dara, madu kelulut, ekstrak lemon, aloe vera, vitamin C dan kolagen. Minyak kelapa dara yang di gunakan juga telah di patternkan di US & Japan. Hangpa boleh rujuk pada link ni (https://patents.google.com/patent/US20170304452A1/en)


Produk ni memang bernotifikasi KKM (NOT KKM : NOT 190107288K) so takde masalah untuk di jual kat malaysia secara sah juga telah melalui analisa di lab untuk memastikan ia bebas bahan kimia beracun & terlarang. Result labtest boleh tengok pada gambar di bawah yer




Serum ni dapat membantu untuk masalah kulit seperti ;

1)Jerawat & jeragat
2)Liang pori besar
3)Tona muka tidak sekata
4)Kulit berminyak / kering
5)Mengurangkan kesan penuaan

Luxe Skin Serum sesuai untuk semua jenis kulit muka termasuk yang mempunyai kulit sensitif. Cuma mungkin penerimaan sesuatu produk pada kulit manusia ni berbeza walau produk tu dia tak spesifik untuk jenis kulit macam mana & di kategori sesuai untuk semua jenis kulit maybe sesetengah orang tak sesuai jugak. Yang kata sesuai untuk semua jenis kulit ni bermakna kalau kulit tu kering ke, berminyak atau kombinasi boleh je pakai bergantung pada penerima kulit masing masing juga la.

Pengalaman seminggu dok men 'tenyeh' LOVEURS Skin Serum ni kat muka saya.. Apa saya boleh cerita testur serum ni memang sangat cair macam air. Tak macam sesetengah serum yang pekat kadang kadang agak susah kita nak blend & sekatakan kat kulit. Tapi LOVEURS serum ni sebab dia macam air.. memang senang sangat la nak blend kat muka & sekatakan di kulit. Kat situ dah jimat sebab tak payah titis banyak banyak nak blend satu muka.

Dalam gambar Animated ni boleh nampak testur serum ni memang cair ok

Bila kita apply kat kulit memang tak ada sebarang warna & bau dia agak sedap di hidu tapi sangat mild. Tak ada bau kuat macam perfume. Sangat cepat meresap kat kulit. Bermakna kita sapu je dalam 10 - 20 saat terus dia kering kat muka & rasa macam kita tak letak apa apa pun kat muka. Memang sangat sangat ringan serum ni & sangat selesa bila kita pakai. tak ada kesan melekit ke, berminyak ke. Tak ada effect muka jadi glow atau shinning bagai. Lepas apply memang nampak macam tak ada apa apa berlaku kat muka kita.

Selepas seminggu tu tak ada la dari muka hauk (buruk) terus jadi jelita. Tapi dapat rasa juga perbezaan tu. Bila kita sentuh kulit rasa licin, lembut & halus. Kulit pun nampak fresh. Bila selfie nampak la perbezaannya. Tak la putih tapi sedikit cerah la. 

Macam biasa apapun produk kena guna secara berterusan untuk mendapatkan hasil yang positif. Kalau setakat seminggu dua harap dari muka penuh jerawat/jeragat terus licin macam telur rebus yang tu hangpa pi la tadah muka kat krim krim merkuri tinggi. Maybe boleh la dapat hasil secepat tu. Lepas tu menangis la tepi cermin bila muka breakouts tahap nirrojim. Setan tengok pun tak mengaku followers dia. hahahaha


Bagi saya keistimewaan LOVEURS Luxe Skin Serum ni adalah testur & bau dia. Dia cair macam air, cepat meresap & bau dia sangat mild. Kalau kita nak apply sebelum bermakeup pun kita tak rasa tebal sangat kat muka. Memang tak rasa apa apa pun bila apply serum ni. Bau dia  certain orang tak suka bau natural so bau dia tak la natural & tak la terlalu perfume. Bau dia fresh & sedap. tak menganggu hidung sangat.

Cara penggunaan serum ni.

1. Cuci muka & lap kering

2. Titiskan LOVEURS serum ke atas kulit (better titik terus sapu/sekatakan sebab dia sangat cair takut meleleh jatuh ke bawah)

3. Selepas tu kalau korang nak apply skincare lain atau makeup boleh la. Tapi kalau korang pakai toner, kena apply toner dulu kemudian baru LOVEURS serum ni. Selepas tu baru yang lain lain.

Normally jenis jenis serum ni kalau nak dapat kesan positif lebih cepat gunalah 2 kali sehari. Pagi & malam. Kalau malas sangat sekali sehari pun ok. Jangan seminggu sekali baik kau tak payah pakai je. Tu dah tahap malas sangat dah tu.

Kalau berminat nak cuba boleh hubungi :

 FB & IG : LOVEURS.MY
 Whatsapp : +6011 1177 0098


Akhir kata dari makcik lawa (kekeke) Tak kisah la korang nak guna local product atau product luar tapi make sure produk yang hangpa nak guna tu cukup kriteria keselamatan yang di perlukan. Selain perlu ada NOT KKM, R&D/labtest, check juga pada packaging produk ada tak semua label label seperti nama produk, kandungan produk, bahan bahan yang di gunakan dalam produk, cara penggunaan, tarikh pengeluaran/tarikh luput, Alamat pengilangan & sebagainya macam produk LOVEURS Luxe Skin Serum ni. Jangan hanya ada nama produk, kandungan (ml) produk lepas tu nama profile media social produk je. Tak cukup kriteria ok!

Moral of the story.. Jadilah pengguna bijak, Anda mampu mengubahnya.
12 May 2019 2 Komen Melekat

ASAM JAWA DAPAT BANTU MASALAH KULIT WAJAH

ASAM JAWA DAPAT BANTU MASALAH KULIT WAJAH. Asam jawa biasanya kita guna dalam masakan sebab penambah perisa atau ada juga masakan yang guna asam jawa sebagai bahan utama rasa masakan tersebut contoh macam masak asam. Of course la rasa asam tu sebagai rasa utama & bahan utama untuk menjadikan rasa asam tu adalah asam jawa.

Tapi tak ramai yang tahu Asam jawa ni bukan saja boleh di gunakan dalam masakan malah boleh di jadikan bahan untuk kecantikan kulit. memang tak sia sia barang barang kat dapur tu kan? Ada je kegunaan dia selain memasak.


Antara kebaikan Asam jawa untuk kecantikan kulit ni adalah

1. Mencerahkan kulit.
2. Memudarkan selulit.
3. Mengangkat sel sel kulit mati.
4. Memudarkan flek hitam pada kulit wajah.
5. Mengurangkan tanda penuaan.
6. Memudarkan kesan hitam pada leher.
7. Melembabkan kulit.
8. Mengurangkan jerawat dan jeragat.

Ni masalah biasa kulit manusia. Jadi hangpa boleh la try guna asam jawa sebagai skincare untuk masalah kulit yang anda hadapi. Tapi kalau malas sangat nak pakai asam jawa kat muka sekarang dah ada produk berasaskan asam jawa.

Nak tau produk apa yang berasaskan asam jawa @ Tamarind ni.. Meh baca.

Kandungan 1 tube produk ni adalah 100g

Pernah dengar produk Magic Tamarind Mask. Atau pernah guna produk ni? Bagi yang tak pernah dengar atau guna meh sini ahkak nak perkenalkan kat korang produk Magic tamarind Mask ni. Manalah tau ada yang teringin nak try kan? Jarang dengar produk kosmetik @ skincare ni berasaskan asam jawa kan?

Magic Tamarind Mask ni berfungsi untuk mengatasi atau membantu masalah kulit seperti berikut : 

✓Membantu mengecutkan jerawat
✓Membantu memudarkan parut jerawat
✓Membantu menghilangkan blackhead dan Whitehead
✓Membantu masalah Tona Kulit tak sekata
✓Membantu mengecilkan liang pori
✓Menegangkan kulit wajah


Jadi bagi anda yang ada masalah di atas boleh la try Magic Tamarind Mask ni. Jangan risau Tamarind mask ni cukup kriteria produk yang selamat di gunakan. Ye ye.. saya tahu ramai sekarang agak berhati hati nak beli produk yang di jual secara online atau di toko toko jamu sebab banyak produk timbang kilo & ada di antaranya di kesan mengandungi bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan.


Magic Tamarind Mask tiada paraben. Sebab sesetengah orang kulit dia memang tak boleh guna produk yang ada paraben ni. Bagi yang tak tahu apa itu paraben boleh baca kat bawah ni

❝ Ianya komponen kimia yang digunakan dalam kebanyakan produk kosmetik. Fungsi paraben ialah bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-kulat iaitu untuk melindungi produk dan pelanggan. Jenis paraben yang biasa digunakan dalam kosmetik ialah methylparaben, propylparaben, butylparaben dan ethylparaben.
Selain kosmetik, paraben juga digunakan untuk mengawet makanan dan produk kesihatan.❞
Sesetengah orang sensitif dengan produk yang ada paraben ni. Mungkin menyebabkan kulit dia jadi ruam ke, jerawat atau sebagainya. Jadi sebelum beli produk penting tau baca ingredient & kena kulit kita ni jenis boleh terima produk yang macam mana sebab produk yang selamat pun tak semua ingredient dia sesuai dengan semua jenis kulit ok!

Tapi paraben dalam produk ni tak bahaya kalau di gunakan dalam dos yang di benarkan. Kuantiti paraben yang rendah dalam suatu produk tidak akan membahayakan pada sesiapapun. Apa yang perlu anda faham ialah jumlah dos paraben itu sendiri dalam sesuatu produk, jika tinggi kandungannya boleh mendatangkan risiko pada kesihatan. Cuma tu la.. Kena tahu juga kulit kita ni boleh terima tak produk yang ada paraben.

Jadi bagi mereka yang sensitif dengan produk yang mengandungi paraben tengah dok cari masker untuk kegunaan harian boleh la try Magic Tamarind Mask ni.

Cara pakai Magic Tamarind Mask ni adalah seperti langkah berikut :

1. Cuci muka sehingga bersih terlebih dahulu Kemudian lap sehingga kering
2. Sapu Magic Tamarind mask keseluruh muka
3. Biarkan selama 20 - 30 minit di muka
4. Bilas atau cuci dengan air

Magic tamarind Mask ni dah melalui ujian makmal yang menyatakan tiada bahan terlarang yang memudaratkkan. Result boleh tengok pada attachment di bawah yer..


Selain tu Magic Tamarind Mask juga bernotifikasi KKM (NOT KKM). No Notifikasi NOT180301984K. Jadi kalau ada apa - apa berlaku selepas guna produk tu.. Korang boleh report pada KKM senang KKM nak take action sebab bernotifikasi. Berbanding yang tidak berdaftar dengan KKM..

Produk ni juga di proses & packaging di kilang bertaraf di GMP. So kualiti & kebersihan dia terjamin. Takde la picit picit keluar cicak ke, lipas ke kan? Sebab GMP ni membawa maksud Good manufacturing practices atau dalam bahasa melayunya amalan pengilangan baik.


06 April 2019 5 Komen Melekat

PENJELASAN TENTANG PRODUK CETAPHIL YANG DI KATAKAN MENGANDUNGI BAHAN TIDAK SELAMAT

PENJELASAN TENTANG PRODUK CETAPHIL YANG DI KATAKAN MENGANDUNGI BAHAN TIDAK SELAMAT. Khairul Yoi satu entiti yang dalam kategori anonymous tapi sebenarnya tak berapa anonymous juga. Cuma ramai yang tak tahu siapa dia termasuklah saya. Saya cuma banyak follow posting posting berkaitan info info produk di page beliau Khairul Yoi. Dah banyak kali account facebook Khairul Yoi ni kena report & kena benam.. Tapi tu la manusia berpengaruh macam tu.. Dia macam zombie. Susah nak mati katanya hehehe.


Baru baru ni kecoh ada seorang individu konon membuat pendedahan tentang 1 produk drugstore yang agak terkenal. Sebab produk ni ramai yang akan rekemen termasuk specialist bagi mereka yang mengalami breakout teruk tak kira la sebab terguna produk kosmetik beracun atau apa apa sebab lain. Kalau sebut cetaphil tu.. Rata rata orang kenal brand ni. Saya pun pernah guna gentel cleanser cetaphil masa mengalami alergik teruk kat muka. So far membantu masalah tu. Sebab kulit saya memang agak sensitif dengan cleanser yang berbuih mewah.. Even tak mengalami alergik pun hasil try & error bermacam macam jenis cleanser ni.. yang jenis gel & tak berbuih paling serasi dengan kulit saya even body wash pun saya guna jenis gel tapi tak la sampai tak ada buih. Body wash kalau tak ada buih.. Rasa tak puas pulak bersabun kan? kekekeke

Berbalik pada isu cetaphil.. Salah faham yang di viralkan di perbetulkan semua oleh Khairul Yoi. So untuk panduan & info korang semua saya copy paste balik posting khairul Yoi. Bukan apa.. Page Khairul Yoi ni.. satgi hilang at least ada la info berguna yang di sampaikan di simpan di blog ni untuk rujukan anda semua..



Since beberapa hari lepas, ramai yang tanya pasal kandungan Cetaphil dan jugak about this post.

Pertama skali, aku dah terangkan pasal selamat vs serasi. Cari yang selamat dulu. Kemudian baru cari yang serasi. Macam mana nak tau selamat? Dah ajar banyak kali, beli dari drugstores atau cari produk local yang berkualiti. Ada labtest, dikilangkan di kilang bertaraf gmp, berdaftar dengan kkm, yada yada yada. Atau boleh tengok senarai produk berkualiti yang aku pernah mention sebelum ni.

Kedua, Cetaphil. Aku nak ajar korang macam mana nak baca ingredients analysis dalam cosdna. Nanti korang tekan pic kat bawah. Aku sediakan cara2 nak baca dan tengok ingredients safety level.

Cetaphil ni, ada 8 saja ingredients. Yang jadi kecoh sebab ada sodium lauryl sulfate dan hydroxybenzoate (paraben). Kita cerita pasal sls dulu. Fungsi dia adalah sebagai surfactant, atau bahasa mudahnya mengurangkan geseran antara kulit dan cleanser. Dan jugak dia adalah agen pembuih. Tapi klau korang prasan, cetaphil ni tak berbuih pun kan. Maknanya kandungan sls dalam cetaphil adalah sangat sangat sedikit. Dan sls ni jugak fungsi dia untuk stabilkan the whole product. Klau tak stabil nanti cepat naik kulat, cepat rosak dan sebagainya. Sls ni bersifat mengeringkan kulit. Tapi biasanya irritation jarang jadi pada rinse off product. Kecuali produk yang korang letak kat muka lama2. Tapi still korang kena berhati2 lah kan memilih produk.


Jadi keypoint dia, depends kepada skin tolerance korang. Korang yang ada DRY SKIN atau SENSITIVE SKIN, sebaiknya elakkan guna sebarang produk yang ada SLS, SLES, PARABEN (HYDROXYBENZOATE), SILICONE, ALCOHOL, FRAGRANCE. Sekiranya korang pakai cetaphil dan kulit jadi kering, gatal2, atau tak selesa, itu berkemungkinan korang ada alahan pada paraben atau sls walaupun cetaphil adalah untuk sensitive skin.

Kemudian dakwaan bahawa alcohol adalah pembunuh senyap. Yes that is right. Kalau kau teguk alcohol and drive, kemungkinan alcohol tersebut boleh membunuh. Alcohol dalam minuman tak sama macam alcohol dalam skincare ok. But the thing is kebanyakan alcohol dalam skincare adalah untuk control kepekatan produk dan membantu ingredients lain supaya mudah diserap ke dalam kulit. Tapi, ada tapi. Alcohol pun sama, korang yang ada sensitive skin kena elakkan pakai produk yang ada alcohol sebab alcohol jugak boleh mengeringkan kulit.

Untuk kulit normal, takde masalah pun sebenarnya. Ada sebab kenapa moisturiser diwujudkan. Sebab tu lepas cleansing, korang pakai moisturiser untuk hydrate kan kulit korang supaya tak kering. Ni lah sebabnya ni. Supaya korang tak menggelabah bila nampak produk yang ada sls, sles dan alcohol. Jadi yang ada kulit sensitif dan kering tu, carilah produk yang bebas bahan2 yang aku sebutkan tadi.


Semoga info & penjelasan ni membantu korang lebih memahami ingredient dalam produk. Bak kata Khairul Yoi perkara pertama dalam memilih produk.. Yang pertama pilih produk yang selamat dulu kemudian cari produk yang serasi dengan anda. Sebab kita sedia maklum.. Produk yang selamat pun bukan sesuai dengan semua orang jadi penting kalau nak guna apa apa produk 2 kriteria ni perlu ada. Produk yang selamat & memenuhi keperluan & masalah kulit korang. Produk yang beracun ni even luar kulit nampak macam bagi kesan positif tapi tetap bahaya pada kesihatan. Sebab kadang kadang effect dia tak nampak luar kulit tapi perlahan lahan merosakkan kesihatan dalam korang. Yang tu baru boleh panggil 'Silent Killer' ok!

Mora of the story.. Jadilah pengguna bijak bukan pengguna senang kena pijak. Anda mampu mengubahnya. 
05 April 2019 2 Komen Melekat

DAH TAK PERLU SEDUT HINGUS ANAK GUNA MULUT

DAH TAK PERLU SEDUT HINGUS ANAK GUNA MULUT. Pernah dengar tak orang sedut hingus bayi atau kanak kanak kecil yang masih tak reti nak hembus keluar hingus guna mulut. Masa saya bujang muda remaja katanya.. Tak silap masa lepas SPM tengah tunggu result kerja kat kilang. Geng geng ahkak yang dah berkahwin & ada anak ni selalu share kisah rumahtangga & anak anak depa. Pernah satu hari Kak Mah (Nama panggilan kakak tu) cerita pasal dia sedut hingus anak dia guna mulut.

Almaklum la bujang lagi.. Anak tekak je ada kan. Kawen pun belum. Memang tak pernah tahu la orang guna cara tu untuk sedut hingus bayi atau kanak kanak kecil. Masa tu serius dengar tu rasa macam geli.. Yelah, jiwa mak mak pun lahir katanya. Padahal kaedah tu sebenarnya di gunakan ramai mak bapak zaman dulu dulu. 

Tapi zaman dah berubah.. Banyak gadget yang di cipta untuk memudahkan proses sedut hingus ni malah kat hospital atau klinik pun nak buang hingus bayi atau kanak kanak doktor atau petugas perubatan tak ada la sedut guna mulut macam buat CPR tu.. Ada peralatan dia untuk sedut hingus.

Kalau rasa nak simpan gadget gadget macam ni ada jer di jual di pasaran. yelah la kan.. Bila hidung anak tersumbat dengan hingus akan ganggu pernafasan dia & akan buat bayi atau kanak kanak kecil meragam. Nak tidur susah.. So masa tidur & rehat kita sebagai mak bapak juga terganggu. Sedang elok juga simpan satu Nasa Aspirator iatu salah satu gadget untuk sedut hingus bayi & kanak kanak.


Kat pasaran ni memang ada pelbagai jenama salah satu dari produk MommyHana. Yang bestnya Nasal Aspirator MommyHana ni dia tak perlu kita picit macam pump hingus tu untuk keluar atau tak perlu sedut sebab dia ada fungsi penyedut automatik.


Satu lagi Nasal Aspirator MommyHana ni ada muzik tau. Yelah budak budak kan.. Kadang kadang tengok alat alat macam ni nak guna pada anggota badan dia dorang tak nak. Jadi takut benda tu menyakitkan dengan muzik ni boleh menarik minat kanak kanak untuk dekatkan diri dengan alatan macam ni. So, mereka lebih enjoy kerja kita sebagai mak pun senang sikit. Ada 3 lagu boleh di set pada gadget ni untuk menenangkan anak anda semasa proses membuang hingus atau lendir yang menganggu pernafasan mereka.

Ni soalan yang akan di tanya oleh para ibu bapa sebelum membeli & guna alat alat macam ni.. Tak sakit ke buang hingus @ lendir dalam hidung anak nanti guna menda alah ni? Tak bagi kesan sampingan ke? Tak memudaratkan.. Boleh tonton video di bawah untuk melihat reaksi anak kecil ni bila menggunakan Nasal Aspirator by Mommyhana ni..


Gadget ni menggunakan kuasa bateri AA (2 bateri). So tak susah kalau power dia habis boleh tambah dengan menukar bateri je. Bukan susah pun nak cari bateri AA ni kat luar. Bersepah jual. Boleh tukar sendiri tak perlu guna khidmat specialist pun nak tukar bateri kan?

Kuasa sedutan Nasal Aspirator ni adalah diluluskan. Jika sedutan terlalu kuat, ia mungkin boleh melukakan hidung bayi dan menyebabkan pendarahan. Jadi kuasa sedutan untuk produk ni Insya Allah selamat di gunakan.

Ada 3 level kelajuan yang anda boleh set kan ketika menggunakan produk ni. Bergantung kepada keperluan untuk membuang hingus atau lendir.

Cara guna Nasal Aspirator MommyHana

1. Pastikan muncung penyedut sesuai dengan umur

2. Pastikan muncung penyedut betul-betul selesa dengan lubang hidung supaya mudah untuk sedut hingus

3. Pastikan Press dalam beberapa saat (dalam 10 saat)

4. Cuba tutup sebelah hidung

Boleh rujuk video ni tutorial menggunakan Nasal Aspirator Mommyhana

Cara penjagaan Nasal Aspirator Mommyhana ni pula..

1. Cuci dengan air garam. Atau boleh juga guna sterilize tapi sebelum di masukkan sterilize pastikan cuci dengan air biasa dulu.

2. Atau boleh juga cuci guna pencuci botol susu tu. Pun tak ada masalah

Cara penyimpanan dia senang je.. basuh bersih bersih lepas tu keringkan. Simpan balik dalam kotak.

Nasal Aspirator ni boleh di gunakan untuk bayi yang baru lahir sehinggan berumur 6 tahun. Dah lepas 6 tahun tu normally kanak kanak dah pandai buang hingus sendiri. Tapi kalau ada anak special kids yang masih tak reti nak buang hingus sendiri.. boleh je guna tak ada masalah even umur dah melepasi 6 tahun pun.



Yang penting Nasal Aspirator ni mudah nak bawa travel jauh sebab tak berat atau besar. Berat dalam 500g jer. 

Sekarang ni kalau korang beli Nasal Aspirator ni akan dapat 'FreeGift".. bukan satu.. bukan dua tapi 4 Free Gift untuk anda iatu

FREE Battery
FREE 3 Silicon probes untuk bayi (0-3m, 3-1y and 1y above) bernilai RM50
FREE 25 Hygiene disposable caps bernilai RM20
FREE 2 Spared sealing bernilai RM30


Produk Nasal Aspirator by Mommyhana ni ada setahun warranty tau! So jangan risau kalau baru guna sebulan dua tetiba rosak atau ada mana mana bahagian yang tak berfungsi boleh merujuk kepada orang yang anda beli untuk claim warranty tu. Tapi pastikan sticker warranty tu dalam keadaan baik senang nak claim warranty nanti.

Jenis kerosakkan yang boleh tuntut warranty adalah :

1. Kerosakan pada produk contohnya bila tiada suction, atau tiada bunyi (untuk jenis NC01)

2. Kerosakan fizikal contohnya apabila barang sampai, produk retak atau pecah.

Tapi kalau kerosakkan di sebabkan kecuaian sendiri memang tidak boleh claim warranty ok! Mana mana produk pun memang macam tu. Biasanya warranty untuk kerosakkan yang pihak pengeluar sahaja boleh di tuntut.

Bagi yang ada anak kecil tu sememangnya produk macam ni sedang elok juga ada di rumah. yelah.. kalau tengah tengah malam hidung anak tersumbat tak la mengelabah sangat. Boleh try settle kan sendiri menggunakan Nasal Aspirator ni.


Macam mana nak dapatkan produk ni?? Boleh hubungi :


☒Facebook Page : MommyHana Damansara 
☻Instagram : @mommyhana_damansara 
☏Telephone : 017 210 3148 
04 March 2019 1 Komen Melekat

AWAS! JANGAN TERTIPU DENGAN KOSMETIK ORGANIK

AWAS! JANGAN TERTIPU DENGAN KOSMETIK ORGANIK. Sebab lambakkan produk kosmetik terutama skincare ni di kesan mengandungi bahan terlarang seperti merkuri, hidrokinon & tretinion sekarang ni segelintir pengeluar/ponder beralih arah dengan menggunakan taktik claim produk depa organik pulak. Yang paling tak tahan tu.. 100% organik kau! Yelah.. hang klepet (tipu) pi la macam mana confirm masih ada golongan yang akan percaya & terpedaya.


Bukan kata tak ada produk organik.. Ada je cuma yang claim 100% organik tu nak percaya dengan tak percaya sama banyak je. Produk yang buat tuntutan organik ni kena di ada sijil organik. Kalau tak ada tak boleh nak claim produk depa organik. Tak ada bukti sokongan yang menyatakan produk mereka organik so kita kena ragui la. Zaman masing masing berlumba nak kaya raya ni dia bukan kisah dah rezeki dia halal ke, berkat ke tidak. Yang dia fikir.. apa saya marketing yang boleh menaikkan jualan produk dia.. kita belasah je. Dalam hal ni yang konon sifu sifu dok buat kelas marketing terutama yang beragama Islam mohon highlight isu halal, haram & keberkatan rezeki sikit. Ni asyik ajar teknik nak naikkan sale.. buat copywritting overclaim je kan. Ajar la sikit depa jujur dalam berniaga ni.

Seperti biasa atas keprihatinan & sama sama nak belajar dengan hangpa semua.. den kongsikan sedikit info berkaitan produk kosmetik organik & apa itu produk kosmetik organik yang patut kita semua tahu. Even info ni sangat basic.. At least membantu kita dari kena tipu.

Produk kosmetik organik tidak dikawal oleh mana-mana perundangan ataupun badan kawalselia. Ini bermaksud sesiapapun boleh mengunakan terma 'Kosmetik Organik' tanpa larangan. 
Label Organik pada produk kosmetik pula tidak semestinya bermaksud bebas bahan kimia, tetapi bermaksud menggunakan bahan organik dalam
penghasilannya. 

Bahan organik dalam kosmetik ini boleh jadi hanya 1% sahaja daripada kandungan kosmetik. Contohnya, produk kosmetik yang hanya mengandungi 0.01% minyak lavender organik juga melabelkan produk mereka sebagai kosmetik organik. Tetapi ramai pengguna yang tidak sedar. 
Kajian yang terbaru mendapati, 1 daripada 3 orang pengguna sanggup untuk membayar harga 25% lebih mahal untuk mendapatkan produk- produk yang dihasilkan secara organik ataupun bebas bahan kimia. 
Jadi hari ini, terma 'ORGANIK' telah dijadikan sebagai alat pemasaran oleh syarikat kosmetik untuk mereka jual dengan harga yang lebih mahal selain untuk yakinkan pengguna bahawa produk mereka selamat dan bebas bahan kimia beracun. 
Anda boleh survey sendiri trend produk-produk kosmetik di kedai kosmetik ataupun farmasi komuniti yang semakin banyak menggunakan label organik. Tak perlu pergi jauh, kita juga boleh lihat trend penjualan kosmetik di Facebook dan Insta oleh penjual-penjual online kebanyakkan claim produk kosmetik mereka adalah organik dan bebas bahan kimia beracun. 
Tambah mengelirukan lagi, pelbagai logo-logo organik dikeluarkan oleh pelbagai badan dan persatuan yang menggunakan standard organik sendiri. Ada yang mengatakan kosmetik organik mesti mengandungi 95% bahan berasaskan tumbuhan dan 10% daripada kandungannya adalah organik. 
4 KATEGORI LABEL ORGANIK 
Menurut USDA, produk kosmetik boleh menggunakan logo USDA Organic mengikut 4 kategori label organik sama seperti produk makanan. 4 jenis label organik ini adalah: 
1. "100% ORGANIC" - Produk mesti mengandungi bahan yang dihasilkan secara organik sahaja tidak termasuk air dan garam.
2. "ORGANIC" - Produk mesti mengandungi sekurang-kurangnya 95% bahan organik. 
3. "Made With Organic Ingredient" - Produk mengandungi sekurang-kurangnya 70% bahan organik dan boleh letakkan 3 bahan organik pada label. 
4. Jika produk mengandngi kurang 70% bahan organik. Produk tidak boleh menggunakan terma "organik' pada label tetapi boleh nyatakan kandungan spesifik yang dihasilkan secara organik. 
Air dan garam tidak termasuk dalam kategori 'bahan organik'. Di US, mana-mana produk yang tidak menepati 4 kategori label organik di atas tidak boleh menggunakan label USDA Organic pada produk kosmetik mereka. 
Jadi, apa yang pengguna boleh lakukan jika mahukan produk kosmetik organik? 

Jawapannya. Luangkan lebih banyak masa untuk membaca dan fahami label produk kosmetik tersebut. Semak siapa pengilangnya dan siapa yang berikan logo atau persijilan organik kepadanya. Periksa kandungan bahan-bahan yang digunakan. Jika masih tidak jelas, hubungi syarikat tersebut dan tanya. 
"Memilih untuk menggunakan produk kosmetik yang organik dan bebas bahan kimia adalah hak pengguna". Jadi, jika kita buat pilihan untuk gunakan produk Kosmetik Organik pastikan kita betul-betul dapat apa yang kita bayar. 
"JIKA KITA BAYAR HARGA UNTUK PRODUK KOSMETIK ORGANIK, PASTIKAN APA YG KITA DAPAT BETUL-BETUL PRODUK ORGANIK. BUKAN CLAIM SEMATA-MATA"
Sumber : FB Rahman Baco, Pharmacist

Semoga tips & info berkaitan produk kosmetik organik membantu hangpa supaya dapat mengenalpasti samada produk tu betul betul organik atau sekadar claim organik je bagi memanipulasikan iklan bagi melariskan jualan.

Moral of the story.. ada berhak bertanya bukti sesuatu produk itu samada betul organik atau tidak kepada pengedar/pengeluar/penjual. Kalau banyak dolak dalih & alasan.. Anda wajib meragui kejujuran mereka. Jadilah pengguna bijak anda mampu mengubahnya.
28 February 2019 1 Komen Melekat

MASALAH JERAWAT TAK SUDAH, MEH TRY ELEXA SERUM

MASALAH JERAWAT TAK SUDAH, MEH TRY ELEXA SERUM. jerawat ni bukan setakat remaja baru akil baligh je hadapi.. Mak mak dara yang umur senja nan merah macam saya ni pun tak pernah settle masalah jerawat. Dari anak dara sampai dah ada anak dara sendiri.. Jerawat setia mendampingi katanya. Dah macam saka pulak kan spesis jerawat ni. Tak boleh nak berjauhan langsung. Untunglah orang yang jenis kulit susah nak berjerawat even tak jaga sangat pun tetap kulit licin. Nyamuk hinggap pun boleh mengelungsur jatuh kebawah sebab tak ada tempat berbonggol nak berpaut katanya..


Lambakkan produk jerawat di pasaran ni kadang kadang tak tau nak pilih yang mana satu. Silap pilih terguna produk beracun pun susah juga kan? Walaupun produk yang selamat pun kadang kadang tak sesuai jadi semakin membiak pulak jerawat. Kat situ penting kita kenali jenis kulit, masalah kulit & keperluan kulit sebelum membeli apa2 produk skincare ni. Yang selalu jadi tak serasi sebab kita tak tahu apa keperluan kulit kita.

Memang banyak produk produk yang membantu masalah jerawat ni.. Tak kira di jual secara online atau di drugstore salah satunya produk Elexa serum.


Sedikit pengenalan berkenaan produk Elexa serum ni. Dia memang di formulasi kan untuk membunuh bakteria jerawat & menghalang pertumbuhan jerawat yang baru. Antara kandungan bahan yang terdapat dalam Elexa Serum ni adalah Azelaic Acid di mana fungsi dia memang untuk settle kan masalah jerawat ni la. Paling penting tidak merengsakan kulit & sangat lembut pada kulit.

Sedikit info berkaitan Azelaic Acid 
Asid Azelaic Termasuk dalam kandungan asid yang digunakan untuk pengelupasan yang sememangnya ada fungsi untuk membantu masalah jerawat. 
Azelaic Acid adalah asid di hasilkan secara semulajadi dari biji barli dan gandum. Mempunyai sifat anti-bakteria, anti-radang, dan sifat-sifat dan sifat-sifat lain menjadikan Azelaic Acid berfungsi sebagai bahan utama dalam produk penjagaan kulit untuk merawat jerawat. 
Azelaic Acid mempunyai sifat-sifat yang bergantung kepada pH, yang bermaksud kandungan ini harus berada di tahap keasaman yang tepat untuk berfungsi, iaitu pada pH 4.9 yang lebih kurang sama dengan pH kulit manusia. Di samping itu, Azelaic Acid berfungsi sebagai exfoliator yang lembut atau exfoliator lembut (penglupasan nipis & lembut) yang akan membantu membersihkan liang-liang tersumbat dan mengangkat lapisan atas kulit supaya permukaan kulit licin lagi. Kandungan ini juga dikatakan untuk mengurangkan masalah masalah kulit yang menyebabkan kemerahan dan faedah anti-oksidan. 
Apabila digunakan pada kulit, Azelaic Acid boleh diserap ke dalam liang-liang, dan melawan bakteria jerawat dari dalam kerana sifat anti-bakterinya. Apabila bakteria yang menyebabkan jerawat telah diselesaikan, jangkitan yang berlaku di liang-liang akan pulih lebih cepat, bersama dengan pengurangan jerawat. Oleh itu Azelaic Acid juga merupakan alternatif kepada benzoyl peroksida untuk merawat jerawat dengan risiko yang lebih sedikit atau kesan sampingan berkat sifat anti-radang Azelaic Acid yang boleh melegakan kemerahan dan keradangan di kawasan jerawat. 
Azelaic ACid, yang membantu mencerahkan kulit. Ini boleh berlaku kerana Azelaic Acid menghalang proses menghasilkan melanin yang memberikan pigmen warna kepada kulit. Sekiranya terdapat lebihan pengeluaran melanin, maka kulit akan kelihatan lebih gelap atau hiperpigmentasi. Dengan kandungan Azelaic Acid, pengeluaran melanin dalam beberapa kawasan kulit dapat dikurangkan, sehingga kandungan ini dapat digunakan untuk merawat hiperpigmentasi, bintik hitam, dan kulit kusam. 
Pada tahun 2002, FDA (Pentadbiran Makanan dan Dadah) meluluskan Azelaic Acid untuk digunakan sebagai rawatan untuk jerawat

Tu serba sedikit berkaitan dengan  Azelaic Acid & macam mana dia boleh membantu masalah kulit jerawat yang terdapat dalam produk Elexa Serum ni. Penting kita tahu juga fungsi bahan yang terdapat dalam sesuatu produk untuk tahu apa manafaatnya bila kita guna.


Ni nak bagitau Elexa Serum bukan penyelesaian semua masalah kulit yang biasa kita baca pada claim produk yang kategori overclaim. Segala jeragat, sopak, panau bagai dia claim boleh sembuh hanya dengan tenyeh tenyeh produk dia katanya. Elexa serum memang dia cuma fokus pada masalah jerawat sahaja. Kesan dia tak ada la pakai seawal 3 - 7 hari dah nampak kesan kebabom.. mak kau gebu bagai. Sekurang kurangnya 4 minggu keatas penggunaan secara consistent baru boleh nampak kesan positif tu. Jangan expect macam produk kilo bermekuri.. seminggu dah gebu gebas tapi akhirnya muka korang macam semak belum di tebas.


Satu lagi ia bukan produk pemutihan kulit juga. So jangan expect juga guna produk ni kulit hangpa yang lahir lahir memang sawo matang lepas guna terus bertukar jadi kulit emma maembong putih melepak tu yer. Sematkan di hati kulit yang cantik bukan di nilai dari warnanya tapi kulit yang cantik adalah kulit yang bersih & sihat.

Elexa Serum jenama tempatan yang bahan bahanya import dari Switzerland. Tapi jangan risau produk ni selamat kerana dah menjalani RnD, ada labtest, di kilangkan di kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Proces), berdaftar dengan KKM & ada certificated halal JAKIM.


NOTIFIKASI KKM (NOT KKM) BOLEH SEMAK DI WEBSITE NPRA


Produk Elexa Serum juga ada semua kriteria produk selamat seperti

✓ Ada lab test
✓ bernotifikasi KKM (NOT KKM)
✓ Formulasi dari Switzerland
✓ Bebas Paraben
✓ Bebas SLS
✓ Tiada bahan berbahaya
✓ 100% Halal
✓ Setaraf Jenama Antarabangsa
✓ Telah diuji secara klinikal dan melalui proses RND selama setahun 
✓ Diproses di Kilang ISO, Islam dan Bertaraf GMP .

Kalau di lihat pada packaging pun cukup kriteria termasuk ada alamat pengilang. Normally produk yang selamat ni berani dedahkan alamat kilang berbanding produk yang krik.. krik.. krik. Depa takkan letak alamat kilang.


Antara bahan yang terkandung dalam Elexa Serum ni

❖ Azelaic Acid
❖ Lemon
❖ Sakura
❖ Aloe Vera
❖ Jojoba Oil

Bagi yang tercari cari produk yang selamat & cukup kriteria yang di perlukan untuk membantu masalah jerawat tu boleh try Elexa Serum ni. Kena di ingat produk yang selamat pun belum tentu sesuai dengan semua orang jadi kena try & error juga. Tak ada produk yang 1 produk sesuai dengan semua orang yer.. So jangan tertipu dengan claim produk produk macam tu. Tu semua konspirasi membongak untuk melariskan jualan.


Untuk info lanjut berkaitan produk Elexa Serum korang boleh la jenjalan di FB page 
 Facebook : Elexa Beauty Malaysia 

Atau hubungi :
 Whatsapp : www.wasap.my/60182087077  

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;