MENJELMA SEBAGAI ANJING BILA SUKA MAKI, CARUT & CAKAP KEJI
Sekarang kita tahu macam jadi satu bahasa rasmi di Malaysia tak kira la sesetengah ahli politik, Orang tua, orang muda, kanak - kanak sekalipun suka sangat menuturkan kata - kata kesat yang berunsurkan caci maki, mencarut & kejian. Nak - nak lagi kalau dekat - dekat pilihanraya semasa ceramah kempen di jalankan. Rasa macam dialog biasa maki hamun tu dalam sesetengah ceramah kempen pilihanraya. Sehingga mereka terlupa seorang pemimpin itu menjadi contoh pada anak buahnya, kan??Petang - petang hari macam terjumpa pula satu artikel yang berkenaan perkara tersebut rasa ada manafaatnya di kongsikan disini walau pada mula rasa cuak takut hati2 tisu yang terasa Sang Lekit sedang mengumpat perangai dorang tapi bila fikir balik apa nak di takutkan kalau kita menyebarkan sesuatu yang baik & tidak mengaibkan sesiapa, kan??
Hasil carian google. Sekadar hiasan
Adapun takrif dan hakikatnya ialah: mengungkapkan perkara yang kotor dengan ungkapan yang terang. Kebanyakkannya berlaku pada perkataan yang menyatakan hubungan kelamin dan perkara yang berkaitan dengannya (seperti alat-alat kelamin). Kerana menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang rosak akhlaknya menggunakan ungkapan yang nyata dan keji pada perkara-perkara tersebut. Tetapi orang-orang yang soleh mengelak daripada menyebut perkara-perkara tersebut secara terang, sebaliknya mereka menyatakannya dalam bentuk kiasan dengan menyebut perkataan yang hampir dan berkaitan dengannya. Terdapat perkataan lucah yang dianggap keji menyebutnya, yang mana kebanyakkannya digunakan untuk memaki dan menghina. Perkataan tersebut berbeza-beza daripada segi kejiny. (Rujukan : CARUT, MAKI DAN KATA-KATA KEJI)
Moga perkongsian dari hasil pembacaan sang lekit ini boleh kita sama - sama jadikan panduan & peringatan untuk melangkah kearah kebaikan. Walaupun sang lekit tahu pasti ada Mak enon & Pak Meon (Anonymous) yang akan datang kemudia komen dengan pertikaian sang lekit yang konon macam baik sangat berkongsi artikel yang berunsurkan keagamaan sedangkan diri sendiri pun tak cukup sempurna tapi sang lekit tak kisah. Yang penting dengan membaca, melihat & mendengar sesuatu yang baik sikit demi sedikit memberi keinsafan & kesedaran selain menambah ilmu untuk berubah kearah kebaikan, Insyaallah.