Showing posts with label artis nasyid. Show all posts

PELIK TAPI BENAR! MASIH TERUNA WALAUPUN DAH BERBULAN MADU

PELIK TAPI BENAR! MASIH TERUNA WALAUPUN DAH BERBULAN MADU. Satgi ada la komen mai dok kata.. Amboi mentang mentang semalam malam jumaat.. pagi ni kemain entri hang na lekatlekit Ooi.. Padia.. hangpa ni. Kami baru 12 tahun, tak tau apa malam Jumaat tu. Yang kami tau Malam jumaat ada hantu ja kena tidoq awai... hahahahahaha (Matilamak kena kecam secara berjemaah)


Sebenarnya cheq tahan jari ja nak cakap isu ni.. Tapi entah kenapa jiwa ini meronta ronta, bagai di suruh suruh jugak menulis dalam blog. Akibat gelodak perasaan yang bergelora bagaikan ombak Tsunami yang menghempas pantai.. Cheq mengulas juga la kan sepatah dua ratus ribu patah perkataan.

Tak mau la point sapa - sapa.. cuma ada terbaca pertikaian dari netizen yang mempertikaikan seseorang lelaki yang sudah di ijabkabul & sudah pergi bercuti bulan madu di awan biru.. tiada yang menganggu... Tapi tup tup mengaku diri masih teruna & belum menyentuh pasangannya. Wow! Salah satu keajaiban dunia yang sukar di temui di mana2 bilik hotel atau penginapan bagi pasangan yang berbulan madu ni..

Ramai yang mempersoalkan.. Habis tu dia pi bulan madu buat apa? Tembak dinding? Kami pun tak tau tembak dinding tu apa sebenarnya.. Kami tulis balik ja apa yang kami baca dari komen komen pengamal media sosial ni. Almaklum la.. kami kan kecik lagi. Hati masih suci... Maafkan kami yer. hehehehehe

Berbaik sangka la.. Maybe depa pi bulan madu sebagai satu langkah untuk duduk berbincang & cari jalan penyelesaian pada masalah mereka kot. Sebab ada keraguan dari pihak suami untuk menyentuh seorang wanita yang pada zahirnya nampak dah jadi isteri dia la kan.. Tapi sebab ada was was kat situ dia risau ijab & kabul tu tidak sah.

Tengok netizen dok pertikai tu ni.. Kesian pun ada. Sebab kita sendiri pun tak nampak apa yang berlaku dalam kelambu depa sepanjang depa duduk sebilik tu. Jadi nak cakap benda yang tak nampak ni agak susah sikit la kan.. Silap cakap jadi fitnah.. Kalau dah tuan badan kata, belum.. belum je la. Belum ke dah bukan ada apa apa masalah pun kat kita. Kita doakan semoga depa ada jalan penyelesaian yang terbaik saja.

Moral of the story.. Semalam berapa juzud hangpa berjaya khatam? kekekeke.. Minta diri dulu lah yer. nak pi sambung kira anak patung RIMAU ni manatau boleh menang kereta sebiji.

BILA RETIS NASYID SUAM SUAM KUKU CERITA PASAL BELI SELUAR DALAM BINI

BILA RETIS NASYID SUAM SUAM KUKU CERITA PASAL BELI SELUAR DALAM BINI. Aku syak dia ni sengaja nak buat kontroversi demi nak menaikkan kembali nama dia dalam industri hiburan. Lepas satu.. satu kontroversi dia cetuskan kat media sosial. Aku tak pasti apa tujuan dia nak bercerita benda yang boleh mengundang perbalahan di kalangan peminat & mengundang salah faham jugak persepsi negatif orang. Bagi aku benda yang boleh mencetuskan kontroversi macam tu tak perlu kot kau nak cerita.


Dah tu gambar pun seolah2 mengejek orang yang bakal mengecam dia. Bermakna dia tahu status dia cerita pasal beli seluar dalam bini dia bakal di kecam nitezen sengaja dia buat untuk cetuskan kontroversi. Dia ni membawa nama seorang artis nasyid yang berpenampilan macam orang alim.. Yang konon sedang berdakwah tapi bila dok baca status2 dia di facebook memang tak berapa Islamik. Macam sengaja nak provok orang supaya mengumpat & bergaduh dengan dia jer. Artis2 macam ni serius menconteng arang kepada artis2 nasyid yang lain.

Caption dia jelas sangat nak provok orang. Nampak sangat dia sengaja nak ajak orang bergaduh dengan dia. hahaha

Macam dia sorang kot beli seluar dalam untuk bini dia.. Aku rasa ramai lagi suami2 lain pun beli seluar dalam untuk bini dia tapi tak ada keperluan nak cerita kat orang. Dah la kau tu di kenali.. Bini kau pun orang kenal. Siap attach gambar seluar dalam yang mungkin dia beli untuk bini dia.. Tak kesian ke kat bini kau. Dah la minah tu jenis lurus bendul.. Bukan bermakna boleh di perlakukan macam dia tak ada rasa malu. Bab benda dalam ni.. Aku sendiri pun tak suka nak bercerita apatah nak tunjuk pakaian dalam aku kat orang walau hakikatnya semua orang pakai tapi tak bermakna kita tak perlu rasa malu. Ia di ciptakan di dalam sebab bukan untuk di tonton semua orang. Di pakai untuk keperluan seorang wanita yang kalau tak pakai mungkin menampakkan bentuk2 yang tak sepatutnya.

Sudah sudah la jadi Attention Seeker kat media sosial. Pergi la hasilkan produk yang boleh buat hang kembali menyerlah dalam bidang seni. hentikan la cari publisiti murahan kat media sosial & berhenti buat orang mengumpat hang. Kalau hang nak ajak orang buat kebaikkan bukan dengan cara buat orang dapat dosa sebab menyampah tengok perangai hang kat media sosial ni. Tak pasal2 aku pun dah berdosa mengumpat hang ni hahahha

Bila kena kecam gini la status dia. Mengata orang sampah.. 

Moral of the story pada retis nasyid tu kalau dah tak ada sangat benda nak buat pi jawapan kuiz ni. Tengok sejauh mana hang tahu fakta2 pasal ni >> Yang Berjaya Jawab Je Betul Betul Mengenali Malaysia << Ntah2 soalan2 ni pun hang failed. Tu yang dok merapu je kat media sosial.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com