Showing posts with label tersebar. Show all posts

PERLU KE TAYANG KEPADA UMUM VIDEO SEMASA NAK BERSALIN

PERLU KE TAYANG KEPADA UMUM VIDEO SEMASA NAK BERSALIN. Kalau zaman dulu.. Zaman beranak dengan bidan kampung. Masa nak beranak tu habis semua mak bidan halau kecuali mungkin sorang yang membantu dia untuk uruskan orang nak bersalin tu. Habis tutup ni.. Supaya orang lain tak nampak. Betapa orang dulu - dulu sangat menjaga 'malu' tu.


Tapi zaman sekarang kalau hospital tu izinkan aci boleh sekampung dia nak bawa masuk dalam LR. Nasib baik la hospital kalau kerajaan ni hanya suami je la boleh temankan isteri selebihnya petugas2 perubatan macam Nurse & doktor je la. Kalau hospital private ni tak tau la boleh masuk beramai ramai ke tidak... Almaklum la aku cuma ada pengalaman sekali je beranak kat hospital kerajaan. Tu pun aku rasa service dah cukup baik.. Tak payah nak spent duit banyak2 nak bayar kos bersalin kat private hospital. Mungkin nasib aku juga.. Allah permudahkan & masa tu di bantu oleh orang2 yang baik.

Baru2 ni viral sebuah video menantu tiri kepada seorang artis terkenal nak bersalin. Memang la video tu tak tunjuk semua.. Tunjuk part2 yang masih lulus untuk tayangan umum jer. Part muka dok teran nak beranak.. Muka dok tahan sakit.. muka menangis lepas anak lahir.. siap nampak ok kemaluan anak dia. Mungkin depa urban kot.. Tapi kalau aku memang tak la kan nak tunjuk muka aku nak meneran.. muka dok tahan sakit bagai.. Mau aku tutup habis account media sosial kot malu. Yelah.. tak sama. Aku gambar muka sendiri pun jarang sangat nak upload kan.. Apatah nak upload video masa nak beranak.

Record moment tu bagi aku sweet la. Kalau yang ada kemudahan tak salah nak buat benda yang sama. Buat & simpan la moment tu baik baik sebab ia sangat berharga ok! Zaman dulu tak ada kemudahan macam sekarang, Tak salah kita nak guna teknologi menyimpan kenangan macam tu. Benda tu nanti boleh tunjuk kat anak anak.. Macam mana struggle seorang ibu nak lahirkan mereka. Tapi video2 macam tu aku rasa patut jadi benda yang privacy kot.. Tak perlu nak sebarkan pada orang lain. Sekarang ni depa masih mengamalkan hidup ala2 western kan.. Mana tau satu hari dah dapat hidayah, berhijrah kearah yang lebih baik. Benda2 tu aku rasa mungkin jadi benda yang mereka menyesal buat. Dalam keadaan yang sepatutnya orang tengok kan.. Aku pun bukan baik. Bukan jenis bertutup litup sangat tapi fikir jangka masa depan. Bila benda ni dah ada dalam google search sampai bila bila pun orang boleh cari.

Apapun tengok ramai yang touching tengok video tu.. Yelah.. orang kita memang macam tu suka touching dengan macam macam perkara yang jadi viral kat media sosial tapi setakat tu la touching dia pun. Lepas tu dia tak ingat pun yang dulu mak dia nak beranak kan dia pun susah macam tu jugak. Mak baru cakap sepatah.. Dia dah high pitching kat mak dia katanya. Jadi.. kadang2 video2 macam tu memang tak bagi apa2 impak kepada manusia yang jenis acah acah termotivasi.. terinspirasi bagai tu. Jenis acah acah ni.. sampai bila2 pun dia sekadar acah acah je kan... hikhikhikhik.

P/S : ramai akan judge entri ni sebagai dengki. Biasa la tipikal orang kita katanya.. hehehehe

LEPAS ROTI MUNCUL PULAK LIPSTIK BENTUK KEMALUAN LELAKI

LEPAS ROTI MUNCUL PULAK LIPSTIK BENTUK KEMALUAN LELAKI. Teruk sangat ka ekonomi dunia sekarang masing2 terpaksa guna idea tak senonoh nak meraih keuntungan. Dah habis bentuk yang cantik2 ka depa nak jadikan design selain bentuk kemaluan? Adoi parah sungguh bila manusia masing2 hilang ke'malu'an.


Lepas kecoh roti/bahulu bentuk kemaluan lelaki tersebar di media sosial.. Tadi ternampak kat group whatsapp.. Lipstik berbentuk kemaluan lelaki. Kenapa mesti kemaluan lelaki? Banyak lagi bentuk yang boleh di gunakan. Bentuk jari ke.. bentuk choki choki ke.. kenapa mesti kemaluan lelaki. Apa ingat semua perempuan jenis tak malu nak beli lipstik bentuk macam tu. Gila kau! Sorok muka dalam spender aku nak pakai lipstik bentuk macam tu.

Lepas ni aku tak tau apa pulak benda depa nak buat dalam bentuk kemaluan. jangan tetiba buat span bedak bentuk kemaluan wanita pulak sudah la. Dah nama pun kemaluan.. memang benda tu memalukan sangat. Lipstik ni tak sure la ada di jual kat Malaysia ke tidak tapi menurut sumber lipstik ni di promosikan oleh gadis dari kelantan. Tak tau la pengeluar lipstik ni dari mana.. Kalau ada tak lama bakal di haramkan la penjualan dia.


Dari dok beli benda2 berbentuk kemaluan ni ada lagi baik korang beli benda2 ni. Dah tau memang tak perlu malu nak pakai atau gunakan. Yang best lagi semuanya bawah RM20 beb! Tapi kena cepat cepat la sebab tawaran ni ada expired date dia. Kalau korang tak nak lepaskan peluang shopping barang bawah RM20 meh tengok sini laju laju >> Fashion items, gadgets and more all for less than RM20! << Lagi berbaloi shopping benda2 ni dari dok beli benda merepek dengan bentuk tak senonoh macam tu.

Moral of the story.. Bila manusia hilang rasa malu maka kemaluan bukan lagi sesuatu yang memalukan.

PENGASUH TASKA SERAH DIRI SELEPAS VIDEO PUKUL & PAKSA BAYI MAKAN UBAT TERSEBAR

Rasanya semua pun ingat lagi video penderaaan bayi kat salah satu taska.. di mana seorang pengasuh senior katanya melakukan kekasaran semasa memberi seorang bayi makan ubat. Di tampar & di marahnya budak yang tak tahu apa2 tu. Didedahkan sendiri oleh bekas pekerja kat taska tu. Dia tak tahan tengok akak ni asyik berkasar dengan budak2.. nak tegur katanya tak berani sebab dia senior kat situ. Apa boleh buat just record je la perbuatan akak tu.

Sumber google

Akibat dari video yang tersebar tu.. Si pelaku (pengasuh taska) tu tertekan & maybe dia takut kot menyebabkan dia sendiri pergi serah diri. Dah pun di reman sejak 1 november lalu untuk siasatan. Moga jadi pengajaran la buat semua yang ambil tugasan atau bekerja sebagai pengasuh bayi & kanak kanak ni. Ingat.. Ni bukan zaman publick phone ni zaman smartphone. Smartphone cap ayam pun ada camera boleh rakam so, siapa2 saja boleh dedahkan perbuatan salah hangpa.

Sumber harian metro. Kedekut sungguh blur berita. hahaha

Hope berita ni bukan troll dari harian metro pulak. Manalah tau Harian Metro nak buat lawak macam Amran Fans semalam. Takkan kot.. Tak logik harian metro sesaja nak buat gempak camtu.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com