Showing posts with label menakutkan. Show all posts

PENGALAMAN SERAM BERJIRAN DENGAN KELUARGA MISTERI KAWASAN RUMAH TERES DI PERAK

PENGALAMAN SERAM BERJIRAN DENGAN KELUARGA MISTERI KAWASAN RUMAH TERES DI PERAK. Dimana ada cerita seram, misteri & mistik di situ juga ada blogger puaka lekatlekit. Aku pun mistik & misteri jugak. Boleh menjelma macam2.. kejab macam wartawan, kejab jadi chef kejab macam ahli paranormal katanya.. Di sebab tu blog lekat lekit ni banyak segmen.. Sekarang kita di segmen seram serik lekatlekit yer.. Dimana hari ni aku nak share satu kisah seram. Yang berlaku pada seorang surirumah yang tinggal di kawasan rumah teres dekat perak.


Alkisahnya seorang perempuan ni.. Merangkap seorang isteri & ibu yang tidak bekerja. Macam aku juga la surirumah cuma beza aku  bekerja juga melalui blog ni.. dia tak tau ada tak buat kerja2 sampingan tambah pendapatan di rumah.. Tak kenal pulak aku nak interview lebih2 pasal dia kan. Semua tu tak penting.. Yang penting dia ada kisah seram yang boleh di isi dalam segmen seram serik lekatlekit ni..

Dia ni takde masalah apa apa cuma masalah dia dengan jiran misteri yang menyeramkan je. Dia tinggal di kawasan rumah teres kat perak. Taman perumahan apa jangan tanya ok! Cheq tak tau.. Laki dia ni kerja pagi balik malam. Almaklum la zaman Ah Nang Jib kena kerja kuat kalau tak memang tak cukup nak menampung apa2 yang bocor.

Tapi yang buat dia rasa seram, takut, gigil & kawasan sewaktu dengan dia adalah jiran sebelah rumah dia. Jiran dia ni laki bini tak kerja secara apa yang dia nampak dengan mata kasar la. Kot2 depa kerja secara online & beroperasi dalam rumah je pun tak tau la kan. Wallahualam. Tapi yang misterinya depa ni jarang keluar rumah. Memasing bertapa dalam rumah 24 jam sehari. Erk... aku pun sama suka terperap dalam rumah. gamaknya jiran2 aku rasa aku pun misteri & menakutkan tak? hahahaha.. Jangan judge sesuatu yang kita tak tahu.. Boleh jadi yang berlaku tak sama apa yang kita fikirkan. Macam aku.. orang memang rasa aku terperap dalam rumah tapi sebenarnya aku bekerja dari rumah. Opis dalam rumah katanya.. Jadi waktu Office hour takkan nak merayap kot. hehehehe. Tapi jiran dia ni memang lain macam...

Pernah sekali perempuan ni tegur isteri jiran dia tapi bukan di balas teguran tu malah dia memberi reaksi yang menakutkan pulak. Dia cuma beliakkan mata & jalan terus masuk rumah. Sampai dah masuk dalam rumah.. depan pintu still mata dia tak lepas pandang perempuan yang tegur dia tu. Berdiri habis bulu2 yang ada bila di pandang macam tu. Memang kalau aku pun rasa pelik, seram,misteri & mistik jugak

Lepas dari kejadian tu dia memang tak berani lagi tegur jiran dia.. Tapi nak di jadikan kisah seram pada satu petang yang dah dekat nak masuk maghrib. Dia nak angkat kain kat jemuran tetiba dia nampak jiran dia (suami isteri) macam sedang bercakap dengan seseorang dekat buaian rumah depa. Bila dia tengok atas buaian tu tak ada sesapa dia jadi pelik. Tapi dia cuba juga berbaik sangka.. Maybe cakap guna hand free yang letak kat telinga tu.. Dalam berbaik sangka tetap ada rasa buruk sangka. Sebab jiran dia tu pun perangai pelik. So cepat2 dia masuk rumah

Lepas dah siap uruskan anak dia pun ambil wuduk & solat maghrib. Lepas solat tu tetiba rasa nak jenguk keluar dari tingkap. Dia selak la langsir tengok rumah jiran sebelah. Alangkah terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh.. bila secara tak sengaja dia ternampak ada satu lembaga berdiri tegak tanpa gerak walau seinci. Fizikal & rupa dia katanya sama macam pontinak yang selalu dia tengok dalam filem seram. Dengan Pakaian dia putih lusuh, rambut panjang smpai lutut. Lembaga tu memerhatikan dia macam tau tau je orang tengok tengok dia. Habis longgar semua skru kepala,bahu,lutut kaki.. lutut kaki. Ops.. sorry ternyanyi lagu didi & friends pulak. Gigil baqhang! Gila kau tak seram kalau dah nampak dengan mata kasar macam tu... Boleh kena strok ok! hehehehe

Dalam keadaam menggigil & terketar dia cari phone nak call suami dia suruh balik cepat. Apa lagi malam tu meracau tak ingat la perempuan tu jadinya. Semenjak kejadian tu rumah dia selalu sangat terbau bangkai yang terlalu busuk selepas suami dia pergi kerja. Tiap kali tidur dia akan terkejut. Anak dia pun kerap menangis. Suami dia jadi panas baran. Katanya sebelum dia nampak lembaga tu.. pagi sebelum tu dia nampak jiran dia macam sedang berzikir dengan kepala tersengguk sengguk belakang rumah. Dia sempat rakam guna phone bila dia tunjuk kat suami dia.. lepas tengok muka suami dia jadi pucat & suruh dia padam video tu. Suami dia taknak jadi bukan2 kalau dia simpan video tu. Apa yang suami dia nampak dalam video tu? jeng jeng jeng.. aku pun tak tau. Mungkin something yang menyeramkan...

Tiap2 malam katanya dia dengar bunyi ketawa yang bukan ketawa manusia dekat dengan tingkap bilik tidur dia. Suara dia sayup sayup jer... tapi bila dia kejutkan suami dia minta tolong tengok tengokkan siapa yang ketawa.. bunyi ketawa tu hilang. Bila suami dia tidur, bunyi ketawa tu kembali. lepas puas ketawa dia ketuk tingkap guna kuku pulak. Serius seram katanya..

Yang paling tak boleh blah.. Lepas semua kejadian tu tetiba isteri jiran dia datang rumah bagi bubur kacang sambil melemparkan sebuah senyuman yang sangat menakutkan. Mengucap panjang la cik akak tu. Nak jamah bubur kacang tu? Kirim salam la.. kalau aku pun tak makan. Entah apa yang di hembus & letak dalam tu.. Bab ni kalau aku pun susah nak berbaik sangka dah.

Gila beb kalau dapat jiran penuh misteri & mistik macam ni.. Nak tuduh membela saka ke hapa tak boleh sebab kita tak ada bukti. Boleh jadi dia pun terkena gangguan & sedang berusaha menghalau gangguan tersebut.. tu dia punya baik sangka kan aku. hahahaha. Kalau duduk rumah sewa boleh la cari rumah lain kalau rumah sendiri takkan nak jual rumah tu beli rumah lain. Nak2 rumah yang ada pun belum habis bayar. Rumah sekarang mahal nak mampus katanya. Nak2 lagi area lembah klang ni..

Apapun.. semua yang berlaku dengan izin Allah.. Maka kepada Allah juga kita perlu memohon pertolongan. Tiada apa yang lebih berkuasa di dunia ini melainkan Allah yang maha besar.

Sumber asal cerita

KENALI SIAPA SELVA KUMAR YANG SEDANG MENGHANTUI RAKYAT MALAYSIA

KENALI SIAPA SELVA KUMAR YANG SEDANG MENGHANTUI RAKYAT MALAYSIA. Dua tiga hari ni kecoh dengan kisah sekembalinya seorang bekas banduan & perogol bersiri yang kejam & menakutkan ramai wanita. Selva kumar di tahan atas kesalahan melakukan banyak jenayah rogol & serangan seksual kepada lebih 1000 orang wanita termasuk kanak kanak. Dia di jatuhkan hukuman 24 tahun penjara di kanada

Wajah Selva Kumar Ketika di tahan melakukan jenayah seksual

S.Selva Kumar mungkin ada yang masih tak kenal.. Aku pun baru kenal dia. Sebab masa dia di tangkap & di jatuhi hukuman time tu aku kecik sangat. Bukan ambil tahu pun isu2 semasa ni. Bila dah tempoh hukuman dia habis & di hantar balik ke Malaysia baru la aku tau siapa Selva Kumar ni. Agak menakutkan la bila baca sejarah jenayah dia buat. Gila beb! Sasaran dia bukan je wanita malah kanak kanak jugak. Kat Malaysia ni pun dah ramai Pedophilia.. Balik pulak sorang lagi.. Mana tak cuak orang Malaysia, kan? Nak2 lagi katanya dia akan tinggal di selangor.. Apa ingat selangor takde orang perempuan ke nak cakap tak perlu risau bagai. Ingat selangor ni secure sangat & bebas jenayah ke?

Memang la.. Manusia boleh berubah & tak mustahil penjenayah kejam macam Selva kumar juga boleh berubah.. cuma dari fakta yang aku baca tentang dia.. Masa dia dalam tahanan.. Dia tidak menunjukkan sikap insaf & ingin berubah.. Bermakna dia berisiko mengulangi perbuatan tu bila dia ada peluang. Hope hukuman penjara buat dia serik la.. Tu cuma harapan ok bukan jaminan.

Bagi yang tak pernah tahu tentang S. Selva Kumar ni.. meh aku share sedikit info berkenaan dia

1. Dari sumber aku baca.. Dia merupakan penganut agama Yahudi berasal dari perak & di jangka akan menetap di pulau pinang kerana dia mempunyai ahli keluarga di sana.

2. Menurut sumber yang aku baca dia berasal dari keluarga yang berpendidikan tinggi & mendiang bapa dia salah seorang pegawai kanan kerajaan. Sebab tu la muda2 lagi dah boleh merantau & belajar di luar negara. Masa dia di tangkap pun baru umur 31 tahun tahun.

3. Mempunyai 4 orang adik beradik & dia anak ketiga. Dia ada 2 orang abang & seorang adik perempuan.

4. Dia ke kanada pada tahun 1980 sebagai pelajar.

5. Dia di hadapkan ke mahkamah & di dapati bersalah pada tahun 1992 terhadap 19 pertuduhan serangan seksual, 28 kes memberi dadah kepada mangsanya, 10 kes pelbagai jenis serangan & 12 pertuduhan lain termasuk peras ugut.

6. Polis Toronto mendakwa dia melakukan serangan seksual kepada kira kira 1000 wanita di seluruh kanada pada akhir tahun 1980an sebelum di jatuhi hukuman penjara 24 tahun

7. Pihak penjara mendakwa dia tidak pernah menyesal dengan hukuman yang di terima & berkemungkinan akan mengulangi perbuatan yang sama iatu jenayah rogol & cabul tapi menurut keluarga dia.. selva telah bertaubat & berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terkutuknya itu. Hope.. macam tu la kan..

8. Bekas salah seorang mangsa rogolnya yang di rogol pada tahun 1991 semasa berusia 26 tahun tidak memaafkan dia.

9. Dia pernah merogol gadis berusia 13 tahun.

10. Cara dia mendapatkan mangsa adalah dengan menyamar sebagai ejen mencari model, pengeluar filem & pencarian penari profesional untuk mengumpan mangsa dekat dengan dia. Maka jadikan pengajaran.. Jangan terpedaya dengan agent2 yang offer korang jadi model, pelakon bagai. Siasat dulu agensi mereka samada wujud atau tidak. Jangan tak pepasal korang jadi mangsa rogol atau mangsa perdagangan manusia.

Ramai yang berpendapat selva sepatutnya di penjara seumur hidup kerana dia sangat merbahaya jika di lepas bebas. Walaupun bukan jaminan tapi masih berharap dia menggunakan peluang kebebasan ni untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik. Semua manusia di berikan peluang. Cuma kadang2 manusia tak reti menghargai peluang yang di berikan.

Selva kumar yang terkini

Moral of the story.. Even selva kumar tak balik Malaysia pun sebenarnya kita tiada jaminan selamat dari mana2 perogol pun. Tanpa selva kumar kat Malaysia pun dah banyak perogol kejam yang masih bebas kat luar sana. Apa yang boleh kita buat sentiasa berwaspada.. ambil langkah keselamatan awal & mohonlah perlindungan dari Allah.

KAIN BURUK BERGERAK MEMBENTUK SATU LEMBAGA MENYERAMKAN DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI GELANG PATAH

KAIN BURUK BERGERAK MEMBENTUK SATU LEMBAGA MENYERAMKAN DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI GELANG PATAH. Setelah sekian lama segmen seram serik lekatlekit bercuti.. Malam ni kembali bersiaran setelah hati ini terasa rindu nak menghantui semua pembaca setia blog lekatlekit. Tak tertahan rasa rindu ni untuk menyeramkan anda semua. Jika tak di lempiaskan nafsu seram ni, mungkin aku akan bertukar jadi pontianak. Maka terpaksa la menunaikan perjanjian saka di blog ni.

Gambar sekadar hiasan

Malam ni kita singgah ke johor sekejab memburu kisah kisah seram yang pernah berlaku kat sana. Kisah ni di ambil kat Facebook Kisah Kisah Seram By Egai. Kisahnya pasal seorang wanita yang mengalami satu pengalaman yang menyeramkan sampai longgar kepala lutut menggigil katanya. Ianya berlaku di sebuah sekolah menengah di gelang patah. Waktu tu dia diajak menemani tunang dia yang nak siapkan kerja sikit kat opis sekolah tu. Waktu tu dalam pukul 9.30 malam. Perjalanan nak sampai ke sekolah tu dari rumah lebih kurang setengah jam. Katanya jalan area gelang patah time malam2 ni memang gelap gelita dengan hutan kiri kanan katanya. So pemanduan pun tak boleh la pecut macam kat litar lumba.

Sampai je kat kawasan sekolah, depa pun parking la kereta dalam kawasan sekolah. Cuma tunang dia je naik ke opis.. Yang perempuan ni tunggu dalam kereta. Kang berdua duan muncul orang ketiga pulak kan.. Sementara tunggu tunang dia siap kerja, apa lagi layan facebook la. Boleh update status check in kat mana2 kan.. hehehe.. Lepas lebih kurang 10 minit macam tu tetiba tunang dia sms suruh tutup enjin kereta & naik ke opis. Walaupun bukan kali pertama dia teman tunang dia ke opis tapi selalunya dia tunggu dalam kereta. Malam ni pelik tunang dia suruh naik ke pejabat pulak. Tak nak jadi tunang derhaka maka dia pun ikut la apa yang tunang dia suruh. Sementara tunggu tunang dia siapkan kerja dia duduk baca surat khabar. Tapi masa dok tunggu tu katanya dia dah rasa lain macam. Rasa meremang bulu tengkuk.. jantung rasa berdebar debar tapi dia tak layan sangat la perasaan lain macam tu.

Dah siap kerja tunang dia, maka mereka pun bergerak la nak keluar dari opis tapi belum sempat dia melangkah keluar tunang dia suruh tunggu sampai dia siap tutup semua lampu supaya mereka boleh jalan bersama ke tempat letak kereta. Dia ingat tunang dia tetiba jadi penakut malam tu.. Tapi disitulah bermula sebuah kisah seram yang tak mungkin di lupakan

Masa tunang dia nak mangga grill pintu opis tu, dia sedang bersandar kat tembok tepi koridor panjang. Tetiba mangga jatuh, so dia pandang kearah mangga tu di atas lantai. Masa dia nak angkat kepala tu secara tak sengaja dia terpandang di hujung koridor & ternampak satu lembaga yang dia sendiri tak boleh nak gambarkan macam mana. Macam beruk ada, macam burung pun ada.. sedang bergayut kat jerigi besi. Katanya nampak macam warna coklat, hitam macam kain yang dah carik atau macam bulu panjang meleret2 atas lain sambil bergerak gerak. Ketinggian katanya paras pinggang. Pinggang dia la kot.. Kalau pinggang aku memang pendek. Dia pun aku tak tau tinggi berapa cm. Bayangkan paras pinggang sudah la kan.. Bila dia cuba alih pandangan & pandang balik tetiba hilang. Apa lagi cepat2 dia cuit tunang dia ajak balik.

Masa dalam perjalanan nak ke tempat parking tu masing2 diam. Selalunya tunang dia suka mengusik tapi malam tu masing2 diam. Masa nak dekat sampai ke kereta, si tunang ni jalan depan & yang perempuan tu pulak jalan belakang. Berlaku lagi kejadian yang buat kering gel2 lutut dia katanya. Masa tunang dia sampai ke pintu kereta.. tengah nak buka pintu... Dekat dengan kereta dia ternampak macam selonggok kain buruk, comot bergerak2.. makin lama makin tinggi kain2 tu bergerak sampai membentuk satu kelibat yang seakan akan manusia. Time tu macam kena sumpah dengan sang gedempai jadinya minah tu.. Kaku, membisu, kelu bagai dah..  Lembaga tu mula menunjukkan dirinya yang seperti manusia berambut panjang duduk betul2 mengadap perempuan tu. Tetiba dia terasa tangan dia kena tarik. Tunang dia yang tarik tangan tu bukan lembaga tu. Tunang dia pun tanya,.. kenapa & apa yang dia nampak sambil suruh dia masuk kereta. Masa tu baru dia rasa macam tersedar dari mimpi ngeri. Lepas masuk kereta mereka pun beredar

Masa dalam kereta ketakutan tu belum habis.. dia terasa macam semua sendi menggigil, gigi terketap ketap. Dia jadi blank sekejab. Masa tunang dia berhenti di pondok pengawal, dari cermin sisi dia dapat lihat lembaga tu berdiri dekat pintu belakang kereta. Time tu rasa jantung nak macam meletup. Tunang dia nampak dia semakin pelik.. tanya lagi kenapa. Dia cuma cakap nak balik jer. Masa dalam perjalanan balik tu kereta pulak jadi berat tak boleh tekan minyak lebih dari 70km. Si tunang dia pulak asyik urut leher jer & mengeluh kereta macam berat semacam.

Lepas 10 minit sampai rumah tunang dia sms & cerita apa yang berlaku masa kat opis sekolah tadi. Dia kata dia nampak dari luar tingkap ada bayang2 asyik lalu lalang sebab tu dia suruh perempuan tu naik ke opis. Tunang dia tahu yang dia nampak something. Lagipun sekolah tu memang banyak berlaku kejadian mistik & ada orang pernah nampak benda benda pelik & seram & pernah berlaku pelajar di serang histeria.

Begitu la pengalaman seram yang di kongsikan.. Kita membaca mungkin tak mampu rasa takut seperti orang yang mengalaminya.. sebab tu kita boleh cakap. Aku ni setakat baca cerita2 seram.. memang tak ada feel. Macam aku la tengok filem seram.. kadang2 rasa nak marah sebab tak rasa seram langsung. Tapi aku tak harap la melalui pengalaman seram terserempak dengan apa2 makhluk tu hehehe...

Moral of the story.. jangan buang kain buruk merata rata. Tak pasal2 jadi saka ganggu orang lain. hehehe

GAMBAR MISTERI DALAM SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM

GAMBAR MISTERI DALAM SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM. Tu dia kat sini sapa yang guna samsung galaxy s4 zoom? Mesti baca je tajuk entri ni korang tak sabar sabar kan nak tahu gambar misteri apa yang ada dalam samsung galaxy s4 zoom tu. Almaklum la manusia malas membaca memang suka baca tajuk jer lepas tu mengelabah tak tentu pasal.

Sumber Google

Alkisahnya lepas hantar budak shahila ke sekolah.. Dah sampai rumah baru ada ada masa nak membelek koleksi gambar yang aku ambil guna S4 Zoom aku ni. Ada lagi banyak gambar2 kat kampung yang aku rasa best nak share kat Instagram so macam biasa buka la folder galery untuk cari gambar. Belum sempat scroll gambar gambar lain ternampak satu gambar yang macam di ambil semasa camera bergoyang.

Tengok dari ciri2 baju & seluar rasanya baju & seluar budak shahila (anak aku) pakai semalam jer.. Kalau kata dia yang ambil gambar tu sendiri macam mana gambar tu boleh nampak full dari kepala sampai hujung kaki. Nak kata aku yang ambil rasanya tak jugak.. sebab sebelum tidur semalam aku rasa aku belek2 jugak galeri gambar sebelum Off galaxy S4 Zoom aku sebelum tidur tapi tak nampak pun gambar tu. Tak tau la aku tak perasan kewujudan gambar tu sebab kalau ikutkan gambar tu gambar terakhir yang di snap semalam. Bila aku check detail gambar tu di ambil 22/09/2016 pada pukul 8.20pm. Kebetulan malam jumaat pulak tu sedang elok sangat la nak buat cerita seram katanya. Hehehe. Time tu memang aku belum tidur & budak shahila pun dok aktif main. Seingat aku memang semalam aku tak bagi dia guna S4 Zoom aku main game. Pening pulak aku fikir siapa yang snap gambar yang seakan akan shahila tapi sebab blur.. gambar tu tak berapa jelas.

Ni la gambar di maksudkan.

Sedaya upaya aku cuba ingat.. Kot2 tersnap gambar tu secara tak sengaja ke tapi aku rasa memang semalam aku ada check galeri album dalam galaxy S4 zoom ni memang tak nampak gambar ni. Gambar ni pun duduk list paling depan.. kalau buka folder album tu memang nampak gambar tu dulu. Sampai sekarang aku cuba ingat betul2.. tetap aku tak dapat ingat apa2 tentang gambar ni.

Tapi di sebabkan taknak fikir bukan bukan.. Aku rasa aku kot tersnap tak sengaja & maybe aku terlepas pandang lepas tu aku lupa. Taknak la fikir ada hantu dok tolong snap pic anak aku bagai.. Kalau betul pun berlaku maybe dia pun minat photography tengah belajar ambil gambar tu. Almaklum dia tak smartphone so dia pinjam kejab smartphone aku. hahahaha... Yelah nak beli smartphone sekarang pun mahal nak2 lagi yang ada fungsi camer canggih ala2 DSLR tu.. Mau kena menabung jugak. Lagipun aku kategori Iron women.. So benda2 macam ni takkan melemahkan semangat aku pun.

Moral of the story.. Kadang2 benda tu berlaku dari perbuatan yang tak sengaja tapi sebab kita ni pelupa jadi kita rasa macam ada kejadian mistik berlaku. Gambar2 macam tu selalunya berlaku bila camera dalam keadaan bergoyang maka menghasilkan gambar yang seakan akan nampak kelibat. Yer.. betul makhluk tu wujud tapi kita tak payah taksub. Kalaupun dia buat.. Kita buat rilex sudah. Bila kita rilex dia pun chill jer takde la mood dia nak momokkan kita lagi sebab tak bagi kesan katanya. hahahaha

HEADER BLOG NI SANGAT MENYERAMKAN PENGUNJUNG BLOG

HEADER BLOG NI SANGAT MENYERAMKAN PENGUNJUNG BLOG. Kalau dah header blog menakutkan sangat sampai orang tengok pun rasa seram boleh mengundang mimpi ngeri gamaknya ada tak orang nak clik blog tu kalau dah tau penangan header dia yang mengerikan tu. Confirm la tidak kan... Kecuali la ter clik tanpa sengaja atau orang yang betul2 berani jer. Setakat ni aku tak jumpa lagi la blog yang header dia sampai boleh buat aku rasa seram sejuk & terkejut bila terclik blog dia. hehehee

Header pernah di gunakan di blog lekatlekit.com dulu

Tapi bila aku anjurkan Giveaway kat Blog lekatlekit.com ni & minta peserta mengutuk atau lebih berhemah mengkritik apa2 saja yang mereka rasa tak suka dengan blog lekatlekit.com atau dengan admin blog. Setakat ni yang komplen pasal header yang menyeramkan tu lebih ramai dari yang kritik pasal benda lain kat blog ni. Amboi effect sungguh header tu kepada pembaca blog lekatlekit.com yer.. Ada yang kata kadang2 bila clik blog aku malam2 terkejut di buatnya bila muncul header tu.. hehehehe.. maafkan kami penunggu gua!

Blog ni walau niche dia sangat la rojak.. Tapi memang di kenali dengan blog kisah seram sebab banyak aku share entri2 cerita seram atau review filem seram yang aku tengok. Tapi bukan la hari2 ada entri kisah seram ni. Ikut mood aku la nak tulis. Kalau tetiba mood macam hantu maka aku menghantui la orang lain dengan entri kisah seram. Sebab tu header tu macam menyeramkan sikit walhal guna model paling comel dalam hati aku tu.. Iatu anak aku sendiri. hehehehe

Header yang sedang di gunakan sekarang

Apapun aku sangat hargai komen & kritikan semua.. Kalau ramai yang rasa header tu perlu di tukar Insya Allah aku akan tukar demi kesejahteraan pembaca blog lekatlekit.com. Korang kalau rasa ada tak puas hati & meluat sangat dengan blog lekatlekit.com ni meh la join Giveaway ni.. Dari dok mengata belakang je hapa pun tak dapat selain dosa mengumpat aku.. Ada lebih bagus join Giveaway ni. Untung2 dapat hadiah. Baik tak aku. Orang mengutuk aku pun aku nak bagi hadiah. Kenapa tak suruh orang puji? Pujian kebanyakkan palsu tu malas nak suruh orang puji. hahahhaa. Nak join  clik je banner kat bawah ni..

 Giveaway Mengutuk Blog Lekatlekit.com

Apapun den menanti penuh debaran lebih banyak kutukan yang berapi dari semua peserta di Giveaway ni. Tak payah risau den kecik hati ke hapa.. Kutuk je ikut sedap rasa tapi kutukkan tak boleh berunsur mengherdik tapi kena berunsur mendidik. Jangan tetiba kutuk muka den macam kawah bulan.. apa kena mengena ye dak. hahahaha

Moral of the story.. header blog den ni bagi pandangan mata den tak ada lah menakutkan sangat berbanding benda ni.. Rasanya ramai yang mula takut dengan kehadiran dia di Malaysia sekarang >> 9 Things You Can Do To Keep Yourself Safe From The Deadly Zika Virus << Kan? Seriau beb kalau terkena.

20 PENIPUAN YANG BIASA IBU BAPA SELALU CAKAP PADA ANAK

20 PENIPUAN YANG BIASA IBU BAPA SELALU CAKAP PADA ANAK. Zaman kita kecik kecik dulu senang mak bapak nak control bila kita buat perangai. Sebab budak2 dulu mudah percaya dengan  momokkan atau ugutan. Kalau tak makan saman dengan ugutan atau momokkan kau makan rotan atau cubit pulak la lepas tu. Jadi kau di beri cuma 2 pilihan yang menakutkan samada percaya dengan ugutan atau momokkan seram mak bapak kau atau kau kena hadap kesakitan pada fizikal kau bila sesi memujuk dah habis.


Tapi Budak2 sekarang memang banyak tak makan saman.. kau momokkan dia dengan kisah seram dia persoalan dengan berpuluh2 soalan untuk minta kepastian yang kau sendiri tak ada idea nak jawab. Bila kau ugut dia.. lagi dia mencabar. Bila kau guna hukuman fizikal macam merotan atau denda dia memberontak bagai nak rak. Berbanding budak budak zaman dulu. Orang kata lebih senang nak control.

Sebab tu dalam kita membesar kita sangat biasa dengan ugutan & momokkan benda benda macam ni. Kesian kan.. kadang2 ada yang betul2 percaya apa yang mak bapak dia cakap tu sampai besar baru dia tahu perkara sebenar. Punya la budak2 zaman dulu menjadikan mak bapak sumber rujukan paling sahih sampai apa mak bapak dia cakap semua dia anggap betul. Antara penipuan yang selalu mak bapak buat bagi meredakan amukkan anak anak depa adalah 20 perkara ni >> 20 Penipuan Yang Ibu Bapa Sering Guna Untuk Tenangkan Anak Anak <<

Masa kecik kita cukup naif jadi kita akan rasa takut di perlakukan macam yang mak bapak kita cakap nak buat kalau kita terus buat perangai maka kita akan percaya benda tu mak bapak kita akan benar2 buat kalau kita terus mengamuk atau menangis padahal mak bapak mana nak dedahkan anak pada risiko macam tu. Nak2 lagi zaman sekarang ni. hehehe. Walalupun zaman dah berubah tradisi menipu anak dengan 20 penipuan ni rasanya masih ada yang pratikkan tapi kalau anak aku rasanya tak berapa berkesan. hahaha

KISAH BENAR DALAM THE CONJURING 2 LEBIH MENYERAMKAN

KISAH BENAR DALAM THE CONJURING 2 LEBIH MENYERAMKAN. The Conjuring dulu aku memang ada tengok filem ni. Memang tak mengecewakan jalan cerita dia. Katanya filem ni di buat berdasarkan kisah benar aktiviti paranormal yang berlaku di sebuah rumah. Tapi kalau dah jadi filem memang la tak 100% benar dah.. almaklum yang jadi hantu tu pun manusia & nak cantikkan perjalanan dalam kisah tu mesti ada tokok tambah sikit. Tapi cerita tu memang base on kisah benar la.


Dalam the conjuring elemen2 & babak2 seram dia bagi aku menjadi jugak la. Di tambah jalan cerita dia yang akan buat kita tak kelip mata menonton sambil suspend menunggu babak babak seterunya memang la mudah sangat feel seram tu menikam jiwa katanya. Tu penting kena concentrate kalau nak tengok filem2 seram ni. Kalau sesambil buat benda lain memang feel tu ke laut china selatan la. Alih2.. cerita habis macam tu je.

Ni dah nak keluar sekuel kedua 10 june nanti. erkk.. bulan puasa kan. Macam tak best je nak pergi tengok wayang time bulan bulan puasa ni kan. Tapi aku confirm la tak tengok kat wayang. Tunggu sampai keluar dalam bentuk dvd je baru aku tengok. Biarlah cerita dah basi, aku tetap tak kisah. Aku seorang yang penyabar katanya. Tak kisah jadi orang terakhir tonton sebab aku menonton bukan nak jadi orang pertama review cerita tu tapi untuk minat & kepuasan sendiri je. Sapa2 yang tak aral melintang pukang nak pergi tengok wayang tu boleh la jadi orang pertama menonton filem tu.

Katanya sekuel kedua ni lebih menyeramkan, menakutkan & mampu buat anda terbayang bayang selepas menonton. Wah.. cerita macam seram sangat je kan. Terbayang aku masa zaman kanak kanak tengok filem sundelbolong. Memang terbayang2 keseraman tu tapi sekarang kalau tengok filem tu balik aku rasa kelakar. Feel dia dah tak sama macam dulu lagi. Almaklum la dah matang katanya... hehehehe

Tapi sebaiknya sebelum pergi beli tiket wayang tengok la trailer dia dulu. Manatau jalan cerita dia tak menepati citarasa korang. Kalau macam aku memang trailer dia pun dah mampu mengugat nafsu seram aku. Cuma tak rekemen bagi mereka yang penakut. Yang berani sikit meh la tengok trailer dia kat sini >> Official Trailer The Conjuring 2 Yang Bakal Buat Anda demam <<

Jadi peminat peminat filem seram nak nak lagi katanya dari kisah benar yang berlaku jangan lepaskan peluang menonton filem ni nanti. Tengok demam ke tidak lepas tengok. Menurut blog OhBulan katanya boleh demam panas sebulan... ye ye je kan. Padahal kita peminat2 filem seram ni rilex je tengok filem seram di tengah malam yang gelita.

FILEM SERAM YANG BOLEH BUAT ORANG DEMAM PANAS LEPAS MENONTON

FILEM SERAM YANG BOLEH BUAT ORANG DEMAM PANAS LEPAS MENONTON. Aku kalau dengar ada filem seram yang boleh buat aku rasa seram sampai terbayang bayang memang aku nak tengok sangat. Sebab sekarang susah sangat nak jumpa filem seram yang betul - betul seram. Kebanyakkan yang seram seram manjakani jer. aku dok anggap selama ni deria seram aku dah hilang rasa sebab nak bersangka baik dengan filem filem seram sekarang. yelah.. kang kritik je orang cakap aku ni asyik negatif je kan.


Semalam pun sempat singgah wangsa walk tapi malangnya filem2 seram yang keluar dua tiga bulan lepas belum lagi di jual dalam bentuk dvd kat situ. Situ memang lambat tapi sebab murah aku rela menunggu. Kat tesco pun ada jual jugak dvd filem2 seram tapi rega dia tak semurah kat classic world entertainment tu. RM10 je untuk original dvd. Sebab takde filem lain.. aku ambil jugak la satu filem melayu. Nanti la aku review filem apa.

Yang pasti tahap keseraman dvd seram yang aku beli semalam mustahil mampu sampai ke level seram yang aku harapkan. Tapi katanya sekuel kedua satu filem English ni bakal keluar di pawagam. Depa kata mampu buat orang demam panas lepas tengok filem ni. Bunyi macam seram sangat je. Tapi tak mustahil filem tu memang seram sebab yang pertama dulu pun agak seram & tidak mengecewakan peminat filem seram macam aku. Yang kedua ni.. Hope lebih seram berbanding yang pertama dulu. Baru la merasa tengok celah celah jari katanya. hehehe

tak sabar aku nak tengok filem yang di canang canang seram tu. Kalau korang nak tahu filem apa yang di katakan sangat seram & ada babak babak yang mampu buat korang demam terkejut atau kena histeria meh tengok kat sini >> 5 babak Dalam Filem Seram Ni Bakal Buat Anda Demam Panas << Sebab filem yang pertama dulu katanya dari kisah benar. Yang kedua ni tak tau la kesinambungan kisah benar tu masih di ambil dari kisah benar atau sekuel kedua ni tak berapa benar dah.

Yang penting kalau korang peminat filem seram macam aku memang korang akan rasa excited nak tengok filem ni. Sabar.. sebulan je lagi bakal di tayangkan di pawagam2 seluruh Malaysia.

SERAM! KENALI SIAPA SEM CABECA HANTU WANITA TANPA KEPALA

SERAM! KENALI SIAPA SEM CABECA HANTU WANITA TANPA KEPALA. Berderet deret pulak entri pasal kisah seram hari ni kan? Nak buat macam mana kalau datang mood nak momokkan orang dengan entri seram.. Idea puaka macam mencurah curah pulak. Takpe la.. Sementara aku masih ber mood nak tulis cerita seram korang baca je la. Sampai satu ketika mood tu akan berlalu bagaikan hantu di usir pawang. Masa tu korang akan rasa betapa rindunya nak baca cerita hantu di blog lekat lekit.


Malam ni maaf la hantu2 tempatan.. Korang rehat dulu yer. Bagi laluan kat hantu brazil pulak nak take over segmen seram serik lekat lekit. Korang selalu dah dapat publisiti kan.. So, bagi la change hantu lain nak merasa di sebut sebut dalam blog lekatlekit ni. Jangan gila glemer sangat yer hantu hantu Malaysia. Kang terlebih gila glemer habis semua kena paksa hashtag kelabhantuMalaysia pulak. mana tak hashtag akan di buang dari kelabhantuMalaysia.. op's terlebih sudah. hahaha

Kat mana2 negara pun dalam dunia ni mesti ada kisah lagenda seram yang depa ceritakan dari satu generasi ke genarasi termasuk la Brazil. Kalau kat Brazil ada satu hantu paling legend yang di gelar Sem Cabeca. Sem Cabeca ni di gambarkan seorang hantu wanita yang sering muncul tanpa kepala. Gamaknya apa kisah di sebalik kepala dia yang hilang tu yer...

Menurut cerita dari mulut ke mulut katanya hantu wanita tanpa kepala paling legend kat Brazil ni boleh mengeluarkan api melalui leher dia. Kisahnya bermula dari seorang wanita yang juga berstatus isteri pada seorang petani di sebuah kampung yang tiba2 hilang tanpa jejak kemudian bertukar menjadi hantu sem cabeca. Katanya sem cabeca boleh menjelma sebagai manusia selepas minum darah manusia. Ni hantu kurang darah ke hapa? hahahhaa.. Puan hantu kalau kurang darah pergi spital la. Apa kes bunuh bunuh orang lepas minum darah orang pulak.

Alahai tak best langsung kan kisah lagenda seram brazil ni. Tipikal sangat. Hantu takde kepala kemudian minum darah manusia. Zaman aku berhingus tak kering kering dulu boleh la kau momok cerita2 hantu hisap darah orang bagai. Zaman sekarang hantu minum air sirap 3 layer beb!

Kalau setakat hantu macam tu.. tak bergetar langsung tulang rusuk aku ni. Jadi kalau korang ada impian nak ke brazil cuba siasat betul ke ada kisah legend pasal hantu sem cabeca ni? Amboi ke brazil katanya.. nak langkawi pun ada yang masih tak mampu inikan nak ke brazil. Sapa kata orang kaya je boleh pergi brazil. Kita orang kebanyakkan ni pun boleh pergi brazil tanpa perlu keluar budget ok! Bukan kita je dapat pergi malah 9 lagi ahli keluarga kita pun di sponsor sekali. Nak tau macam mana nak ke brazil tanpa pening pasal budget meh tengok kat sini >> Siapa Yang Akan Korang Bawa Jika Dapat Free Holiday Ke Brazil Untuk 9 Orang? << Macam tak percaya tapi percayalahhhh... Ini bukan dugaan.. ini betul betul punya!

Moral of the story.. Kalau takut di sakat hantu sam cabeca jangan brazil kau nak duga. Ingat mat saleh yang urban tu tak percaya ke benda2 mistik. hahahaha

SERAM! NAMPAK 3 KEPALA BERGOLEK ATAS KATIL HOTEL DI SUNGAI PETANI

SERAM! NAMPAK 3 KEPALA BERGOLEK ATAS KATIL HOTEL DI SUNGAI PETANI. Semalam dah ada cerita seram.. Malam ni ada lagi. Amboi semangat menyeramkan orang kembali berkobar kobar di ruangan seram serik lekatlekit. Almaklum la sebelum ni asyik cuti je manjang. Bukan apa sekarang ni kekangan masa tu buat masa nak menggodek kisah kisah seram macam tak berapa sempat. So, jika ada kesempatan macam ni boleh la melangut lama sikit cari kisah seram yang boleh di share kan.


Malam ni aku nak share satu kisah seram yang berlaku pada seorang hamba Allah yang menginap kat salah sebuah hotel di sungai petani, kedah. Tu dia.. sapa2 yang pi sungai petani mesti cuak nak cari hotel. Mana tau ter check in kat hotel yang di maksudkan.. mesti tak lena tidur. 

Alkisahnya bermula bila seorang hamba Allah ni ke sungai petani. Kali pertama dia menjejakkan kaki kat pekan tu adalah pada tahun 1998. Di akui suka dengan suasana hijau & damai kat situ tapi bukan hotel yang di check in. Katanya Kali pertama menjejakkan kaki di perkarangan hotel tersebut dah macam macam perasaan dia rasa. perasaan sayu, cemas, gerun, takut dan sedih dah mula menguasi hati dia. Waktu dia sampai ke hotel tu pun dah pukul 6.30 petang katanya.

Dia dapat bilik di block baru. Bila masuk dalam bilik dia dapati bilik itu seperti sudah lama tak didiami, dipenuhi habuk dan terdapat sawang di siling. Di dalam bilik itu, dia rasa macam sedang diperhatikan. Tingkap bilik dia mengadap pokok sukun yang sederhana besarnya. Mengikut kata orang-orang tua, pokok sukun nie ada hantu yang suka menumpang. Atas sebab tu dia pun segera meminta pihak hotel menukar bilik dan alhamdulillah, mereka memenuhi permintaan dia. Dia tinggal di hotel itu selama lebih kurang dua minggu tanpa ada sebarang gangguan pada permulaanya.

Kali kedua dia ke pekan sungai petani, dia tempatkan di hotel yang sama. Tapi kali kedua  dalam Tempoh lebih panjang sikit, lebih kurang dua bulan setengah. Bilik dia kali ni tak jauh dari bilik lama masa kali pertama dia datang dulu. Minggu pertama, semuanya berjalan lancar. Keadaan menjadi sebaliknya apabila masuk minggu ke dua. Setiap malam dia  terjaga pada pukul 2 pagi dan tidak boleh melelapkan mata sehinggalah pukul 6 pagi. Memang seksa juga la dia rasa. Malam tak boleh tidur.. pagi2 dah kena masuk opis. Tak payah tanya pasal eyebag bagai la.. Panda pun tak mampu lawan kecomelan dia masa tu. hahaha

Entah mana macam dia terfikir, mungkinkah mereka tahu keadaan sebenar hotel diorang tapi tak nak takutkan pelanggan, almaklumlah, nanti tak ada bisnes. Tambahan pula, menurut kata pihak hotel, bilik baru ni terletak tidak jauh dari meja receptionist. Diorang dah siap angkut barang² dia dan letakkan kat bilik baru. Lega la sikit hati dia masa tu padahal dia tak tahu di situlah akan bermula sebuah kisah seram untuk tatapan masa depan katanya..

Mula-mula tu aku rasa selesa dalam bilik tapi setelah dua tiga malam tidur di situ, aku mula rasa perasaan yang sama seperti dibilik-bilik sebelumnya. Tiap-tiap malam aku terdengar bunyi orang berkawad di luar dan dalam bilik. Bila aku cuba memeriksanya, tidak ada seorang pun yang kelihatan. Dia masih lagi terjaga pada pukul 1:00 pagi dan tak boleh melelapkan mata hingga ke pagi. Dia cuma berasa selesa apabila azan Subuh berkumandang, seolah-olah dapat melihat "benda-benda" tu semuanya bertempiaran lari dari bilik dia.

Di pendekkan cerita setelah mengalami gangguan bau busuk macam bangkai, ternampak bayang bayang terbang bila terjaga dari tidur jam 2 pagi & lepas membuat bacaan yassin dalam bilik tu terbau pulak limau nipis. Ada jugak dia dengar orang berbisik bagai.. di ringkaskan memang macam2 kejadian yang buat dia rasa tak selesa. Tapi tak boleh lawan kejadian pada satu malam yang mungkin dia takkan lupa sampai bila2...

Pada satu malam, seperti biasa dalam pukul 1 pagi dia akan terjaga, tapi kali ini dia sedikit terkejut sebab terhidu bau shampoo yang masih segar, seolah-olah ada orang baru sahaja selesai mandi. Dia yakin bau syampoo tu bau syampoo yang baru dia beli siang tadi. Apa lagi dia masuk la ke bilik air nak siasat dan dia amat terkejut kerana bilik air tersebut masih basah, seolah-olah ada orang baru sahaja selesai mandi. Dia sangat pasti bahawa sebelum dia tidur tadi, bilik air tersebut kering. Masih terdapat kesan wap panas di cermin bilik air. Perasaan dia yang pada mulanya cuak mula menjadi huru-hara. Dia tak tau nak buat apa, sama ada keluar dari bilik air atau keluar dari bilik dia. Dalam keadaan takut, keliru & seram dia keluar dari bilik tersebut &  duduk kat luar sekejab sementara nak cari jalan apa patut dia buat

Tapi tak sangka pulak keputusan dia keluar dari bilik tu mengundang satu kejadian yang menyeramkan lepas dia masuk semula ke bilik. Terkejut dia bila ternampak benda yang sepatutnya tidak berada di dalam bilik tu berada di atas katil dia. Tak dapat nak gambarkan perasaan dia waktu tu. Katanya kalau toreh muka dengan pisau pun darah tak keluar sebab semua darah dah turun kekaki. dia nampak 3 kepala manusia sedang bergolek-golek di atas katil! Apabila menyedari dia sedang tergamam perhatikan 3 aksi kepala yang kemain syok bergolek atas katil, mereka segera berhenti dan menyeringai ke arah dia. Dia sendiri tak sedar & bila & bagaimana dia lari, sedar sedar je dia dah ada di lobi hotel. Kali ini dia pilih untuk duduk di kerusi sebelum meja reception(menuju ke arah bilik lama dia) sebab tak nak di serbu dengan pertanyaan pihak pengurusan hotel.

Dia ambil mengambil keputusan nekad, check out dari hotel tersebut petang itu jugak. Nasib baik ada kawan offer untuk tinggal dengan dia.. Pihak pengurusan hotel terbabit cuba untuk memujuk dia tinggal di situ memandangkan mengikut tempahan awal, dia sepatutnya tinggal di situ selama 2 bulan setengah. Salah seorang dari pengarah mereka telah menelefon dia di pejabat setelah seminggu dia keluar dari hotel mereka dan dia menceritakan semuanya tanpa selindung. Yang peliknya, depa tidak pula menafikan kisah seram dia, cuma diam sahaja seolah-olah tahu yang sebenarnya memang ada masalah dengan hotel mereka.

Menurut cerita dari salah seorang kawan dia yang bapanya kerja kat hotel tersebut, hotel tersebut memang seram. Bapa kawan dia turut mengatakan semua bilik yang dia pernah duduk tu sememangnya tak pernah lama dihuni orang kerana keesokan harinya penghuni bilik-bilik terbabit pasti akan bertanya kepada pihak kaunter sama ada bilik mereka itu ada hantu. Cuma kes dia sahaja yang terlalu ekstrem sehingga pihak pengarah mereka pun tahu mengenainya.

Menurut bapa kepada kawan dia tu, beberapa pekerja part time bahagian dapur pun mengalami masalah yang sama. Ada sorang student ITM yang buat part time kat situ tu sampai demam panas kerana terlalu terkejut melihat 3 lembaga hitam sedang makan di dalam dapur hotel terbabit. Depa hairan mendengar bunyi bising di dalam dapur dan seperti dia, cuba untuk menyiasat.

Kalau setakat panggilan telefon ditengah malam ke meja front office tu perkara biasa (mengikut kata pakcik tu lah). Bila mereka jawab panggilan tersebut, yang kedengaran hanyalah hembusan nafas dan kemudian diikuti oleh hilaian ketawa yang panjang. Daripada switchboard tu, mereka tahu bilik mana yang membuat panggilan dan menyuruh guard pergi check bilik-bilik terbabit (walaupun mereka tahu dalam register tak ada orang di bilik terbabit) dan guard tersebut selalunya mendapati bilik itu tidak dihuni oleh sesiapa pun.

Hotel mana jangan tanya sebab dari sumber asal pun tak nyatakan. Mungkin tak nak mengaibkan hotel tu. Yelah.. ramai yang cari makan kat situ. Hantu pun hantu.. kau book la bilik sendiri.. bilik orang book jugak kau nak tumpang bergolek. Takde duit duduk dalam hutan sudah.. erkkk.. hutan pun banyak kena tebas dah mana la depa tak curi2 menginap kat hotel kan? hehehee

INI BUKTINYA TANDAS AWAM DI MALAYSIA PALING SERAM

INI BUKTINYA TANDAS AWAM DI MALAYSIA PALING SERAM. Tu dia.. Orang malaysia ni memang terkenal dengan kisah seram sana sini. Tapi kalau buat filem seram manjang failed. Mungkin deria seram pembikin filem2 seram ni dah hilang sebab banyak sangat hadap benda2 yang menyeramkan kat Malaysia ni sampai dah tak tahu apa yang seram & tidak untuk di garap dalam filem. Atau mungkin deria seram penonton macam aku yang dah cacat sebab banyak sangat tengok filem seram. hahahaha


Tapi ada satu benda yang rakyat Malaysia cuak & rasa seram setiap kali nak masuk. Iatu tandas awam kat Malaysia. Survey la mana2 pelancong asing.. Majoriti akan undi tandas awam kat malaysia la paling menyeramkan berbanding negara negara maju yang lain. Aku sendiri pun kalau masih ada pilihan kencing berak kat rumah sendiri aku takut nak masuk tandas awam. Kecuali la dalam perjalanan jauh.. Nak tak nak takkan nak patah balik rumah kot. So, bila tak ada pilihan maka aku terpaksa kuatkan semangat jugak la masuk tandas awam.

Sebab ramai rakyat malaysia yang guna tandas awam pernah melalui pengalaman yang menyeramkan macam ni >> Sesiapa Sahaja Guna Tandas Awam Kat Malaysia Mesti Pernah Melalui Pengalaman Yang Menyeramkan Macam Ni << Memang kalau terserempak benda2 macam ni dalam tandas awam confirm 7 hari 7 malam terbayang. Silap2 kena ambil air penawar pulihkan semangat. hahahaha

Aku setiap kali kalau terpaksa guna tandas awam selalu berdoa jangan la terserempak dengan entiti2 yang tak di ingini dalam tandas awam tu. Memang aku tak boleh nak hadap. Hope fenomena seram macam ni kat tandas awam di Malaysia akan pupus.

VIRAL KISAH SERAM TEMAN SEBILIK YANG MISTERI & MENAKUTKAN

VIRAL KISAH SERAM TEMAN SEBILIK YANG MISTERI & MENAKUTKAN. Sejak dua hari ni kisah seram yang di ceritakan seorang pelajar tentang kawan sebilik dia yang berperangai pelik,misteri & menakutkan sedang jadi viral. Aku.. of course la baca sebab mesti ada orang tag aku punya kalau ada cerita2 seram. Sungguh sinonim aku dengan benda2 seram ni kan. Dah jadi identiti pulak.. Asal seram semua aku la tu. Ok la.. At least orang dah mula kenal & tahu minat aku pada cerita2 seram ni kan. So, depa jugak penyumbang pada koleksi entri2 seram kat blog aku. Terima kasih.. Sesungguhnya.. aku sangat2 terharu sampai rasa malas nak sikat rambut. erkk.. apa kena mengena pulak. Hahahaha

Post ni mula menjadi Viral

Bagi yang tak tau pasal viral kisah seram ni.. Aku cerita la sikit sinopsis dia yer.. Katanya seorang minah ni dapat kawan sebilik yang perangai memang buat sapa2 jer rasa meremang bulu roma. tengah korang dok lepak2 atas katil tetiba dia keluar dari bawah katil tersengih dengan raut wajah memang tak menyenangkan hati langsung la. Suka buat benda2 pelik & menakutkan.. macam bunuh tikus dengan cara cucuk seluruh badan tikus tu dengan jarum kemudian simpan bangkai sampai busuk. Bila tanya kenapa buat macam tu.. alasan  tikus tu bising sangat tu dia seksa tikus tu sampai mati. Atau cucuk cicak2 atas tilam dengan jarum sampai melekat. Susun kasut kawan2 dia secara bersilang & terbalik. Kalau sapa2 buat dia marah.. Siap la dia akan menakutkan mereka dengan macam2 aksi seram. Dah la katanya dia berus gigi tengah2 malam cara terbalik. bahagian orang pegang berus tu dia gosok gigi. Yang makin misteri bila kawan dia share cerita dia kat media sosial.. tahu pulak dia. Pelik ke.. Ntah2 dia stalk aktiviti kawan dia kat media sosial jadi tak pelik la dia tahu & boleh respond cerita kawan dia tu. Korang boleh baca kat bawah ni cerita dia...


Clik Untuk Views yang lebih jelas

Tak tau la samada budak tu ada gangguan mistik atau mental.. Tapi kalau aku duduk serumah apatah lagi sebilik dengan dia pun cuak jugak. Orang macam ni kita tak boleh ramal tindakkan dia.. Mungkin dia tak pernah cederakan kawan2 serumah tapi tak mustahil jugak dia boleh buat macam tu. Sebab ciri2 perangai pelik yang dia tunjuk memang mencurigakan. Dia seronok bila menyakiti sesuatu yang menyakitkan hati dia.. tak mustahil kalau ada kawan2 yang dia rasa macam tak selesa pun dia boleh buat benda yang sama. kalau aku maybe aku tak tunggu habis sem.. Aku ambil langkah selamat la. Samada remove dia.. atau aku yang keluar. Boleh juga cuba laporkan pada mereka yang boleh membantu. jangan biar je dia terus macam tu.. Kadang2 tekanan pun boleh buat manusia berperangai pelik.

Clik Untuk paparan yang lebih jelas

tapi sejauh mana kebenaran kisah tu memang aku tak tau. Siap depa boleh berbalas statement kat media sosial. Boleh jadi depa saja create story sebab nak perhatian orang lain.. Sebab zaman sekarang ni banyak attention seeker sanggup buat apa saja nak meraih perhatian. Cuma nasihat aku.. Kalau betul berlaku apa yang di ceritakan.. roomate tu ambil langkah keselamatan dari awal la sebelum berlaku sesuatu yang tak dapat di selamatkan lagi.

Kita baca mungkin tak seram tapi aku percaya kalau aku ada dalam situasi tu pun maybe aku sendiri pun takut. Apa ingat aku berani tengok filem seram tengah tengah malam aku berani sangat ke hadap kawan macam tu.. Hahahaha. tapi tu la.. kita tak tahu sejauh mana seramnya kisah tu tapi kalau cerita ni bukan saja seram malah suspend, menakutkan & mendebarkan yang korang boleh saksikan dengan biji mata korang sendiri >> Bayangkan Anda tertanam bawah tanah & terperangkap selama 69 hari ni macam ni. Serius Menakutkan << So, ada berani tengok? hehehe

Moral of the story.. Kadang2 boleh berlaku perkara macam tu kalau orang menuntut ilmu sesat atau di ganggu saka dari keturunan dia sendiri tapi nak pastikan gangguan tu dari mana kena la merujuk kepada mereka yang lebih arif.

KISAH SERAM ANAK PATUNG MISTERI DI LCCT

KISAH SERAM ANAK PATUNG MISTERI DI LCCT. Sebab dah lama sangat tak berseram serik di blog lekatlekit.com ni maka malam ni anda akan di hiburkan dengan sebuah kisah seram yang mungkin menghantui anda tiap kali nak flight dengan air asia. erkk.. apa salah air asia pulak kan? Takde la kisah ni dia guna khidmat penerbangan tambang murah Air Asia untuk ke sarawak. Elok la sapa2 nak ke sarawak time ni la korang flight dengan Air Asia di jamin tak di hantui dengan kejadian mistik tapi anda akan tersenyum riang kerana.. tengok sendiri kat sini >> Ini Sebab Anda Perlu Ke Sarawak Sekarang <<


Berbalik pada kisah seram pasal anak patung ni.. Katanya sipolan ni nak flight ke sarawak naik air asia punya kapal terbang. So naik kat LCCT la masa tu.. sebab cerita ni tahun 2008 punya version. Kira ni kisah nostalgia seram semusim yang lalu la bukan cerita fresh from oven sangat. Flight dalam pukul 7 macam tu.. Masa dia jalan nak naik fligt dia terperasan ada satu anak patung.. Tapi dia takde la fikir anak patung tu bakal menghantui hidup dia. Dia anggap mungkin anak sapa2 tercicir menda alah tu. So, takde la dia beriya sangat nak fikir pasal anak patung tu.

Sesampai dia sarawak.. masa kat terminal tengah tunggu orang pick up dia. Dia tunggu kat tempat pick up passenger tu. Sekali lagi dia ternampak anak patung yang sama dia nampak kat LCCT sebelum flight tadi kat tepi jalan. Time tu baru dia mula rasa pelik.. Amboi sampai sarawak tercicir patung yang sama. Kau jangan buat lawak seram sangat la kan.. Tadi masa dia mula2 duduk memang tak ada sesiapa atau apa2 spesis anak patung. Tup.. tup mana muncul anak patung yang dia nampak kat LCCT kat situ. Bohong la kata berani tahap uncle seekers.. Sesapa pun akan mula cuak. Bila kawan dia sampai, naik kereta dia tengok anak patung tu dah tak ada... Ahh.. sudah. Dia main aucak macam iklan chipsmore pulak. Sekejab ada sekejab takde. Tapi dia cuba fikir positif.. Mungkin ada orang dah ambil anak patung tu. So, kemisterian yang berlaku dia anggap dah berakhir sampai disitu je.

Tapi.. Misteri anak patung tu macam tak puas hati je nak momokkan dia. Malam pulak.. masa dia nak flight balik ke KL. Dalam pukul 11 macam tu.Sebab flight delay..maka pukul 12 lebih baru berlepas. Dah la delay masa nak berlepas.. Nak landing pun ada masalah pulak. tak boleh landing sebab cuaca buruk & terpaksa la bersiar siar di atas awan sampai pukul 2 baru dapat landing. Lepas dah landing.. dia biar la orang lain turun dulu. Berebut pun buat apa ye dak? takde.. lambat pintu tutup tak boleh keluar. Kira dia orang paling last turun. Masa lepas turun dari kapal terbang tetiba je dia teringat kat anak patung tu so dia nak cerita la dengan adik dia.. tetiba dia nampak seorang budak depan dia bawa beg yang terbuka & anak patung yang dia nampak sebelum ni terjatuh. Dia pun jerit kat budak tu nak bagitau anak patung dia terjatuh sambil dia tunduk nak tolong kutip anak patung tu.. Disitulah terbongkar segala misteri tentang anak patung tersebut bila dia nampak kaki budak tu tak jejak di tanah.. Kau fikir, siapakah budak tu? maaf bukan anak David Copperfield hokay yang boleh buat magic terapung di udara.. Pepaham sajalah.. siapa gerangan budak tersebut.

Dia terkaku dalam keadaan tangan dia ke depan seolah2 nak menghulurkan sesuatu.. agak lama dia terkaku sampai adik dia tegur baru dia sedar. Lepas sedar dia tanya adik dia ada nampak apa2 tak.. Adik dia cuma cakap.. masa tengah sembang2 dengan abang dia tetiba abang dia berhenti & terbongkok macam nak ambil something so dia biar & jalan dulu. tapi tak sangka abang dia stuck kat situ..

tak habis kat situ jer.. Masa tunggu nak ambil beg sekali lagi anak patung tu munculkan diri. Sebab dia dah tahu anak patung tu ada sesuatu seram di sebaliknya dia mula cuak. Cepat2 dia capai beg & berlari keluar dari situ. Esok tu biasa la.. Demam. -sumber akustressgiler -

amboi kemain hantu anak patung tu menyakat kan.. Dari LCCT sampai ke sarawak lepas tu sampai balik ke LCCT semula. tak bagi peluang langsung tu. Sampai ke episod terakhir dia kacau. Gamaknya ada lagi tak anak patung berhantu tu.. Kalau nak tau try la ambil flight ke Sarawak. Elok la sekarang korang flight ke sarawak sebabnya.. sama macam link kat atas >> Ini Sebab Anda Perlu Ke Sarawak Sekarang <<

PENGALAMAN SERAM DI SAKAT HANTU STESEN MINYAK MERSING

PENGALAMAN SERAM DI SAKAT HANTU STESEN MINYAK MERSING. Awai sungguh segmen lekatlekit seram serik bersiaran hari ni. Almaklum la hari minggu penuh jerebu katanya. Mereput lagi la minggu ni dalam rumah kalau bacaan jerebu masih di level tidak sihat. Takut sangat jatuh sakit katanya... Takpe la, at least tak terusik duit dalam account sebab aku bukan jenis online shopper. Duduk rumah memang tak luak la duit dalam account.

Sumber Google. Sekadar Hiasan

Sebab takde isu best nak di kupas kupis & kopek dengan rakusnya setakat ni maka meh la kita baca cerita seram santai di siang hari. Alkisah seorang mamat ni 2 kali kena sakat dengan makhluk tu. Dua2 kat stesen minyak di mersing pulak tu. Cuma dua stesen minyak yang berbeza la.

Kejadian pertama katanya berlaku masa bujang waktu tu dia dalam perjalanan dari terengganu ke Johor Baharu. Sebab mengantuk sangat dia singgah la nak tidur sekejab di sebuah stesen minyak area mersing. Katanya stesen minyak tu bersebelahan tokong (Rumah Ibadat Budhha). Dia cari port yang gelap sikit nak tidur. tengah sedap2 tidur dia terbangun tengok ada seorang perempuan elok je lepak sebelah dia. Maybe sebab dia rasa semacam sempat dia azan & awek tu tetiba hilang. Sah2 la tak berapa awek sangat la kan kalau dengar azan terus blah.

Kejadian kedua katanya dia dah kawen. Masa tu dia dengan bini dia. Stesen minyak kat mersing jugak tapi bukan stesen minyak yang sama dia pernah kena sakat masa bujang la. Tengah sedap2 tidur katanya.. dia terbangun sebab ada orang ketuk cermin tingkap kereta. Bila terbangun dia.. dia nampak satu susuk tubuh tak berbaju dengan muka pucat. Takde nak soal siasat dah hapa.. terus dia menjerit sambil start enjin terus pecut sampai terkejut bini dia dengar jeritan jantan macam tu. Sampai macam tu punya penakut. hahaha

Sumber : kelab Kisah Seram

Moral of the story yang suka sangat singgah stesen minyak terutama time malam2 hati hati la yer. Jangan kena sakat pulak macam mamat dalam cerita ni. Almaklum la stesen minyak sekarang dah berfungsi macam RnR dah sekarang. Bukan takat manusia hantu pun suka singgah.

ANAK PATUNG PALING BERHANTU & MENYERAMKAN

ANAK PATUNG PALING BERHANTU & MENYERAMKAN. Walaupun aku tak tukar blog jadi puakalekatlekit.com tapi cerita2 seram terus akan menghantui blog yang dah berdomain www.lekatlekit.com ni. Jadi segmen seram serik lekat lekit terus bersiaran dengan kisah malam tentang anak patung yang di katakan hidup & mempunyai roh yang menyeramkan.

Kita biasa tengok cerita berkaitan anak patung yang di rasuk & jadi benda yang seram & kejam macam filem chucky tu tapi kita tak pernah terfikir sebenarnya ada kejadian seram berkaitan anak patung berlaku. Setan ni nak uji keimanan manusia macam2 cara dia buat nak2 lagi manusia memang suka jadikan objek2 macam patung sebagai perantaraan untuk melakukan ritual2 mistik ni. Tu pasal la anak patung pun jadi berhantu.

Antara anak patung paling berhantu di dunia adalah..

1. Anak patung Harold

Anak patung ni di buat pada tahun 1930. Walaupun keadaan dia dah rosak & kotor katanya patung ni boleh bergerak sendiri & mengeluarkan suara

2. Mandy The Doll

Anak patung sekarang katanya di letakkan di Muzium quesnel, Old Cariboo Gold Rush Trail,British Colombia. Semasa di temui keadaan anak patung tu dah kotor & bahagian kepala pun dah retak. Semasa di jumpa usia anak patung tu dah 90tahun. Orang yang menyerahkan kepada pihak muzium cerita katanya anak patung tu selalu bangun tengah malam & menangis seperti bayi. Setiap kali benda tu berlaku mestu tingkap yang berdekatan anak patung tu terbuka walau dah di tutup. Tapi selepas di serahkan kepada pihak muzium untuk di jadikan pameran kejadian seram macam tu tidak berlaku lagi.

3. The Devil’s Baby Doll

Anak patung ni bersize sama besar seperti seorang bayi manusia. Anak patung ni berwarna merah & matanya berwarna biru terang. Rupa bentuk dia memang seperti seekor iblis yang biasa kita tengok dalam filem2 mat saleh. Anak patung ni memang tidak di galakkan di jadikan permainan untuk kanak kanak  kerana katanya asalnya ia untuk di berikan kepada seseorang yang telah meninggal dunia. Anak patung ni katanya boleh bergerak dengan sendiri & sering meraung dengan bunyi yang aneh.

4. Anak patung pupa

Menurut cerita pemilik asal anak patung ni memiliki anak patung ni pada tahun 1920an ketika berusia lingkungan 5-6 tahun. Pemilik asal anak patung ni meninggal pada tahun 2005. Anak patung ni katanya rosak teruk ketika perang dunia kedua. Katanya anak patung ni dah hancur lepas mengalami beberapa kemalangan. Anak patung ni memang sentiasa di bawa kemana saja oleh pemiliknya. Selepas pemiliknya meninggal anak patung pupa ni di katakan sering menolak barang2 yang di letakkan berdekatan dengannya di rumah pemiliknya, Dia jadi sangat aktif seperti minta di lepaskan dari tempat dia di simpan. Katanya dia sering menganggu orang yang menjaganya. Dia sering berubah tempat.

5. Anak Patung Alice

Anak patung ni katanya tinggal bersama pemiliknya  di washington. Menurut cerita kalau korang letakkan telinga dekat dengan mulut anak patung ni dia akan berbisik dengan korang & riak wajah dia akan berubah kalau dia tak suka seseorang. Dia akan mengikut pergerakkan orang dengan matanya. Cerita seram di sebalik anak patung ni katanya dia di rasuk roh teman pemiliknya yang dah meninggal dunia. Ayat yang selalu anak patung ni cakap adalag  "i want to be left alone to suffer".

Cukup la 5 anak patung dengan kisah berhantunya. Yang pasti depa masih belum tau ada sejenis anak patung kat Malaysia yang berhantu. Cerita ni masa aku kecik2 dulu la.. Walaupun aku jenis main semua permainan tak kira permainan budak lelaki atau budak perempuan, anak patung pun tersenarai sebagai permainan aku masa kecik. Almaklum budak kampung memang main segala mak nenek. Kalau yang membesar tahun 90an ni tahu la anak patung kertas. Ada musim dia jugak nak main anak patung kertas ni. Bila tiba musim gila main anak patung kertas maka hari2 la anak patung kertas tu jadi objek permainan dengan geng2 yang lain. Akibat terlalu banyak main anak patung kertas.. pada satu malam tak tau la mamai ke mimpi ke hapa.. aku nampak anak patung kertas dengan koleksi baju2 dia sekali dok terapung sambil menari nari. Masa tu aku tinggal dengan makcik. Aku bagitau makcik aku la.. Tapi biasa orang tua ni suka momokkan budak2. Dia kata sebab simpan anak patung dalam rumah.

Seram tak?? Tak seram kan?? memang tu la motif aku tulis cerita hantu dengan penulisan yang tak menyeramkan. Hahahaha

KEJADIAN SERAM DI SEBALIK PENGAMBARAN FILEM PILOT CAFE

Asal ada seram je tak kira la kisah pasal apapun tetap aku nak share dalam blog puaka lekat lekit ni. Semua orang tahu & sedang jadi kontroversi satu babak intim antara Izara Aisyah & Remy Ishak (boipren kepada blogger Cik Bambam ) celah batu dalam laut. Katanya ada berlaku satu kejadian yang agak menakutkan la semasa depa melakokan babak tu.


Menurut cerita hero filem tu Remy Ishak.. semasa babak tu di lakokan, keadaan ombak sangat menakutkan. Setiap ombak yang datang seolah olah nak telan semua yang terlibat dalam pengambaran masa tu. Seolah olah menunjukkan kemarahan pada perlakuan maksiat even berlakon sekalipun. Kata remy sampai sekarang tapak kaki dia masih ada kesan berlubang yang dia dapat masa melakokan babak tu. tepijak batu karang kot sebab katanya kat dasar laut banyak batu karang.

Tu la kan.. Alam pun tak bersetuju dengan perlakuan maksiat. Hope perkara ni jadi iktibar kepada penggiat2 seni tanahair. Kalau filem tu best tak payah jadikan adegan romen2 tu pelaris pun orang pergi tengok jugak. So,adegan intim macam tu belum tentu box office sesebuah filem. Tapi aku harap cerita ni bukan sekadar nak lariskan tiket wayang jer. Hope ada keikhlasan untuk di jadikan iktibar pada orang lain. Jangan sekadar untuk mensensasikan cerita untuk meraih publisiti.

Walau dia share pengalaman seram & menakutkan macam tu pun aku tetap tak terdetik nak tengok filem ni. Nak buat macam mana taste aku masih filem seram. Filem cinta romen2 kat laut ni tak berjaya menaikkan nafsu serakah aku untuk menonton.hahahaha

Moral of the story jangan beromen dalam laut.. Ombak pun jijik nak tengok. Peace!

Sumber : Beautifulnara


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com