JIMAT ELEKTRIK DENGAN TAMPAL PANTY LINER
JIMAT ELEKTRIK DENGAN TAMPAL PANTY LINER. Tak tau nak percaya ke nak gelak ke nak menangis. Confuse sungguh. Selama ni yang aku tahu fungsi panty liner ni untuk kaum perempuan je nak mengelak dari spender kotor. Yelah.. kadang2 ada orang ada masalah keputihan so penggunaan panty liner memang di perlukan. Kalau kaum lelaki yang tak tahu.. panty liner ni macam pad @ tuala wanita jugak tapi lebih kecil & nipis. Tak di gunakan semasa haid tapi guna hari2 biasa.Tu fungsi yang biasa orang guna panty liner tapi tak sangka katanya ada satu brand panty liner ni boleh jimatkan elektrik. wah.. punya tinggi teknologi panty liner ni kan? Dia menyerap tenaga elektrik berlebihan ke macam mana tak tau la sampai boleh jimat elektrik hanya dengan menampal panty liner pada kotak suis utama kat rumah tu.
Gamaknya apa bahan dia guna dalam panty liner tu yer?? Canggih sungguh.. Jimat bil elektrik boleh la guna beli panty liner banyak banyak. yelah.. dia dah ada 2 fungsi. Selain tampal kat spender dia jugak boleh tampal kat kotak suis tu. Mungkin tenaga elektrik ni tiap2 bulan ada seminggu dia macam perempuan juga kot. Period.. masa dia period tu aliran elektrik keluar secara berlebihan. hahahaha... Tak tau la aku. Susah nak cakap pasal elektrik kena rujuk TNB la gamaknya.
Apapun aku kagum dengan testimoni orang ni share. Confident tu. Macam macam la orang nak melariskan jualan sekarang ni. Tapi sapa la pencetus idea yang tampal panty liner kat kotak suis tu yer?? Macam mana dia boleh terfikir nak buat macam tu? hahahhaa Semua nak multifuction kan produk yang depa jual. Kot2 la kata panty liner boleh di gunakan untuk balut luka berdarah.. menghentikan pendarahan ka.. Ada jugak kena mengena. Ni.. Jimat elektrik lepas tampal kat kotak suis tu. Watdalawakoftheday la. hahahaha
Moral of the story.. apapun bagus ada niat nak berjimat cuma yang tak bagus jangan la bagi testimoni jimat yang tak masuk akal sangat. Pelik beno tampal pad kat kotak suis tu