Showing posts with label rakyat malaysia. Show all posts

ASAL USUL LAKSA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH TAHU

ASAL USUL LAKSA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH TAHU. Kat Malaysia ni memang ramai penggemar laksa lebih2 lagi orang utara macam aku. Bukan saja orang utara pandai masak laksa (statement yang minta kena pijak ramai ramai).. malah orang utara antara pemakan laksa yang tegar terutama di kalangan orang orang melayu la.. Hari ni aku pun masak laksa. Sebab nak buat entri resepi laksa dah pernah tulis dulu. Resepi tak ada berubah apa - apa so takkan nak tulis resepi yang sama ye dak..

Maaf kalau menggugat keimanan penggemar laksa sekalian. Ni air tangan lekatlekit katanya. hahaha

Jadi aku google la nak tahu laksa ni sebenarnya berasal dari mana. Bukan apa.. benda ni pun sekarang boleh jadi perebutan. Dulu pasal makanan pun negara seberang tu nak jugak di iktiraf makanan tu adalah hak milik depa.. Beriya sungguh tu. hehehehehe. Jadi penting jugak untuk kita tahu asal usul sesuatu makanan tu..

Dari apa yang aku baca.. Laksa ni bukan la makanan orang melayu. So orang melayu jangan nak claim laksa ni berasal dari Tanah melayu ok! Ia sebenarnya berasal dari orang cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Cina Peranakan). Perkataan laksa tu berasal dari bahasa sunskrit, Laksha yang membawa maksud banyak merujuk kepada bahan/rempah yang di gunakan tu banyak.

Ada macam macam jenis laksa & rasanya mengikut negeri.. Antaranya

Laksa Penang (asam Laksa)
Laksa Johor
Laksa Kuala Perlis
Laksa Kedah
Laksa Kelantan
Laksa Sarawak
Laksa Terengganu
Laksa Ipoh
Kari Laksa
Laksam

Laksa kedah & kuala perlis ni tak jauh beza tapi laksa lain lain tu memang berbeza cara masak jugak rasanya. Aku dulu masa baru2 nak cuba laksa johor dok bayangkan macam laksa kedah jugak. Tapi sekali order yang sampai depan mata aku jauh beza dari laksa kedah. dia guna mee terus kena kejutan budaya & tak habis makan. Al maklum la tekak orang utara katakan.. Bukan pasal tak sedap cuma tak kena dengan selera je. hehehehe

Walaupun kat Malaysia ni ramai penggemar laksa tapi bukan semua orang suka makan laksa. Yelah.. tekak dia tak taste sangat dengan local food ni.. Dia punya taste semua western gitu. 

PENTING! YANG RAKYAT MALAYSIA KENA BUAT SEPANJANG 2016

PENTING! YANG RAKYAT MALAYSIA KENA BUAT SEPANJANG 2016. Ramai yang update dah dapat BR1M.. ada juga yang update status permohonan tak berjaya. Takpe yang mana dapat ucapkanlah Alhamdulillah. Yang tak dapat mungkin bukan rezeki korang tahun ni. Sila kemaskini borang BR1M yer.. Tahun ni maybe anda tak cukup syarat lagi nak jadi penerima BR1M manatau tahun depan tanggungan bertambah mencukupkan syarat jadi penerima BR1M.


Zaman serba mahal & gaji ciput ni masing2 mengeluh.. Dulu mungkin seminggu sekali je masak kat rumah sekarang seminggu sekali pun belum tentu dapat makan kat luar. Sebab nak cut budget punya pasal. sekarang ni pun kita boleh nampak ramai mak mak sediakn bento untuk anak ke sekolah sebab harga makanan kat kantin sekolah dah tahap tak masuk akal punya mahal. Budak sekolah kot.. Berapa ringgit sangat sehari dia bawak. Jadi untuk save budget maka terpaksa mak mak bangun lebih awal dari biasa untuk sediakan bekal.

Bukan je anak2 kena bawak bekal.. Malah mak bapak yang bekerja pun kena bawa bekal jugak. Memang kos sara hidup kat malaysia ni meningkat dengan jayanya. Dapat PM pun duit derma berbillion dah bagi balik kat penderma.. Kalau dah tak tau nak buat apa sangat gunakan la untuk mengurangkan bebanan rakyat ni. Dah elok2 orang derma.. Memang drama sungguh.

Di sebab kan Pemerintah sekarang ni degil tak mau lepaskan jawatan dia walaupun rasanya tak payah tunggu next PRU sekarang pun nampaknya dia makin kalah dari segi sokongan maka kita rakyat la kena bersabar sikit sampai PRU akan datang. Jadi untuk menjamin kita tak menjadi gelendangan atau terpaksa berkhemah tengah padang maka ini yang perlu kita buat mulai sekarang >> Penting! Rakyat Malaysia Kena Buat Sepanjang 2016 ni <<

Nak buat macam mana sekarang kita memang tak ada pilihan selain menerima jugak perdana menteri yang akan terus menerus membebankan kita sebagai Rakyat Malaysia. Merungut memang tak akan selesaikan masalah maka kita kena bermula dengan tindakkan untuk backup diri sendiri & keluarga.

YANG MENJADI TREND PERCUTIAN RAKYAT MALAYSIA SEPANJANG 2015

YANG MENJADI TREND PERCUTIAN RAKYAT MALAYSIA SEPANJANG 2015. Nak bercuti pun ada trend ke? Ada.. sapa kata tak ada. Sebab zaman mengubah cara percutian seseorang. Kalau dulu nak pergi bercuti kemana mana mungkin kita tak buat semua benda ni yang orang sekarang buat maka ia di namakan trend.. Sebab berubah ikut peredaran zaman. ye dak?


Contoh orang dulu mana ada buat live update bila pergi bercuti zaman sekarang dengan kecanggihan teknologi walau masih di tempat percutian dia dah boleh share semua tempat dia pergi sepanjang percutian dia. Dulu kalau nak share gambar pun kena tunggu balik rumah.. bawa pergi kedai gambar & cuci dulu. Lepas tu letak dalam album. Kalau orang datang rumah baru dapat tengok gambar tu.. Zaman sekarang takde snap & share jer kat media sosial. Semua orang boleh tau on the spot.

Tu termasuk dalam trend percutian zaman sekarang la jugak. Tapi masih ada orang yang dia rasa macam dia dah cukup trendy & ikut arus perederan zaman bila pergi bercuti tapi sebenarnya dia tak cukup up to date lagi. Kalau nak tahu tempat & trend rakyat malaysia bercuti sepanjang 2015 meh tengok kat sini >> Inilah Trend Percutian Rakyat Malaysia Sepanjang 2015 <<

Zaman sekarang kalau terlampau ikut trend & budaya bercuti orang2 zaman Internet ni kadang2 tak enjoy jugak sebab nikmat percutian tu macam kurang feel sebab masing2 sibuk dengan gadget berbanding dulu.. Paling2 kalau pergi bercuti pun 1 gadget jer bawak iatu camera. Zaman sekarang masing2 ada smartphone bercamera. Masing2 sibuk nak berselfie.. kalau dalam satu family ada 10 orang.. masa ambil gambar jer dah berapa minit so masa melawat tempat2 menarik pun jadi pendek.

Moral of the story.. Kadang2 trend boleh merosakkan suasana jugak. Bukan semua benda ikut trend tu stylo milo sangat kadang2 terlampau ikut trend sangat pun nampak jahiliah balik.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com