ASAL USUL LAKSA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH TAHU

12/14/2016 05:30:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

ASAL USUL LAKSA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH TAHU. Kat Malaysia ni memang ramai penggemar laksa lebih2 lagi orang utara macam aku. Bukan saja orang utara pandai masak laksa (statement yang minta kena pijak ramai ramai).. malah orang utara antara pemakan laksa yang tegar terutama di kalangan orang orang melayu la.. Hari ni aku pun masak laksa. Sebab nak buat entri resepi laksa dah pernah tulis dulu. Resepi tak ada berubah apa - apa so takkan nak tulis resepi yang sama ye dak..

Maaf kalau menggugat keimanan penggemar laksa sekalian. Ni air tangan lekatlekit katanya. hahaha

Jadi aku google la nak tahu laksa ni sebenarnya berasal dari mana. Bukan apa.. benda ni pun sekarang boleh jadi perebutan. Dulu pasal makanan pun negara seberang tu nak jugak di iktiraf makanan tu adalah hak milik depa.. Beriya sungguh tu. hehehehehe. Jadi penting jugak untuk kita tahu asal usul sesuatu makanan tu..

Dari apa yang aku baca.. Laksa ni bukan la makanan orang melayu. So orang melayu jangan nak claim laksa ni berasal dari Tanah melayu ok! Ia sebenarnya berasal dari orang cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Cina Peranakan). Perkataan laksa tu berasal dari bahasa sunskrit, Laksha yang membawa maksud banyak merujuk kepada bahan/rempah yang di gunakan tu banyak.

Ada macam macam jenis laksa & rasanya mengikut negeri.. Antaranya

Laksa Penang (asam Laksa)
Laksa Johor
Laksa Kuala Perlis
Laksa Kedah
Laksa Kelantan
Laksa Sarawak
Laksa Terengganu
Laksa Ipoh
Kari Laksa
Laksam

Laksa kedah & kuala perlis ni tak jauh beza tapi laksa lain lain tu memang berbeza cara masak jugak rasanya. Aku dulu masa baru2 nak cuba laksa johor dok bayangkan macam laksa kedah jugak. Tapi sekali order yang sampai depan mata aku jauh beza dari laksa kedah. dia guna mee terus kena kejutan budaya & tak habis makan. Al maklum la tekak orang utara katakan.. Bukan pasal tak sedap cuma tak kena dengan selera je. hehehehe

Walaupun kat Malaysia ni ramai penggemar laksa tapi bukan semua orang suka makan laksa. Yelah.. tekak dia tak taste sangat dengan local food ni.. Dia punya taste semua western gitu. 

10 comments:

  1. Laksa Johor sebenarnya guna spagetti dan kena makan dengan tangan. Memang lain dari Laksa Utara. haha! Auni kira beruntung sikit la sebab bapak orang Johor & mak orang perak utara. So tak pelik sangat. Tapi kalau dapat Laksa Sarawak jadi pelik gak.

    ReplyDelete
  2. SUKA MAKAN LAKSAN , TERUTAMANYA LAKSAM...

    ReplyDelete
  3. aku dpt komen blog ko dah .. opis aku dah unblock ke ape ni ....

    laksa my fav ..saedap tu wei ..kadang tu tak tertahan tgk ko asek uodate pasal laksa je ... aku dulu ...segala laksa selain laksa utra ni tak leh msk tp skrg sejak hidup merantau dah pandai makan dah

    ReplyDelete
  4. Laksa sarawak guna bihun 😍😍😍😍😍😍 laksa sarawak and penang are my favs

    ReplyDelete
  5. Laksa asalnya makanan org melayu la syg.. Setiap negeri n daerah ada laksa tersendiri, pernah aku tgk satu rancangan masakan cina, dia sendiri ckp laksa ni makanan melayu.. Cuba lah cari laksa di negeri cina. .Tak pun tanya kawan2 yg mmg tinggal di china.. Kalau btl laksa ni asal dr cina peranakan kenapa di setiap negeri lain cara penyediaannya..

    ReplyDelete
  6. Jgn tgk mkanan bermangkuk je trus clim dr china.. Tnya nenek moyang jgn harap google semata2..setiap daerah ada laksanya tersendiri, adakah cina peranakan ni ubah cita rasa di setiap daerah? Kenapa diaorg x ubah cita rasa char koey teow di setiap daerah..cuba tanya kwn2 dr china atau pun kawan2 yg menetap di china, ada ke jual laksa di sana..

    ReplyDelete
  7. Tepung yg disediakan dan dimakan dlm bentuk batang sememangnya makanan Cina yg dibawa masuk Cina Peranakan, dipercayai semasa berhijrah ke Melaka. Ada campuran dgn budaya makanan tempatan barulah wujudnya makanan yg tidak wujud di China. Wujudnya mee barulah wujudnya chopstick

    ReplyDelete
  8. Korang suka laksa ni sebab kenapa?

    ReplyDelete
  9. Pencinta laksa, awak tu kena banyakkan membaca. Laksa atau laksam sememangnya berasal dari cina peranakan. Betul tidak berasal dari China, tapi cina peranakan yang hasilkan di kepulauan Melayu. Itu sebab kenapa setiap daerah hatta kawasan pun lain-lain penyediaannya. Di Indonesia juga terdapat laksa, terhasil dari cina peranakan yang ada di sana. Tengok penghasilan mi laksa pun dah tau dari negara mana asalnya. Begitu juga mi goreng, kue tieow goreng, mi kari. Semua tu terhasil dari campuran budaya cina, india dan juga melayu. Contohnya, mi kari, campuran budaya cina dan india, mi tomyam mustahil campuran budaya melayu dan cina bukan?

    ReplyDelete
  10. Laksa Johor ni hakikat sebenarnya bukan lagi laksa tetapi lebih kpd mee atau spaghetti dgn ramuan laksa. Laksa adalah laksa. Iaitu thick Rice Noodles. Laksa yg Utama ada 3 iaitu laksa Penang(utagha) Laksa kelantan(pantai timur-selatan thai) & laksa sarawak. Lain² adalah varian² edited mixed n mirip kpd salah1 3 diatas.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com