Showing posts with label menu. Show all posts

RESEPI GULAI KUNING IKAN TONGKOL BERSAMA BUNCIS PALING SENANG

RESEPI GULAI KUNING IKAN TONGKOL BERSAMA BUNCIS PALING SENANG. Dah masuk hari ke tujuh umat Islam berpuasa bagi tahun 2018 ni... Amacam? Ok ke? Berapa beg plastik hitam dah berjaya terkumpul.. kekekeke.. Alolo.. gurau je pun. Tahu pembaca blog lekatlekit ni semua rajin berpuasa. tak join geng beg plastik hitam kan..


Masuk bulan puasa jer.. Maka entri resepi mula la mendapat perhatian. masing2 nak test skill memasak bulan puasa ni. Yelah.. Setahun sekali berpuasa kan. Nak jugak sediakan masakan Istimewa tak kira la untuk diri sendiri & family sebagai rewards untuk seharian berpuasa. tak salah lah.. Bagi semangat kat anak anak terutama yang baru belajar puasa tu. So bila ada juadah sedap sedap masa berbuka dorang excited sikit kan nak berpuasa

Semalam den ada menayang dengan bangganya.. (tu dia riak) menu den masak Gulai Kuning Ikan Tongkol bersama buncis. Ada yang tanya resepi.. Den ni bukan boleh orang buat permintaan mula nak jadi peri peri nabila katanya.. Mesti nak tunaikan. Baik kan Suria Lekatlekit ni.. Perempuan lindungan kaabah katanya...

Korang pun sure tak mau kan baca mukadimah panjang panjang moh le kita ke dapur sekangkang kera lekatlekit untuk mencedok resepi paling senang di alam maya & nyata ni

Bahan Bahan Untuk Memasak Gulai Kuning Ikan Tongkol Bersama Buncis adalah

1. 1 ekor Ikan Tongkol size sederhana (Kalau engkorang family satu team bola maka kuantiti ikan tu ikut keperluan mulut mulut nak makan lah yer)

2. Kacang Buncis (normally orang guna kacang panjang tapi sebab den suka buncis dia rangup den tukar ler)

3. Bawang besar

4. lengkuas

5. Cili Kering (Guna 2 tangkai jer)

6. Kunyit hidup

7. serai

8. Santan

9. Asam keping

10. garam

11. Minyak masak

 Cara memasak 

1. Macam biasa siang ikan.. Potong la. Macam saya guna seekor ikan tongkol size sederhana saya potong 4 bahagian. Cuci & rebus dulu dengan garam & asam keping.

2. Cuci & potong la kacang buncis tu.. Kau ingat kambing ke makan sayur tak potong dulu. kekekeke

3. Kisar bawang besar, cili kering, Kunyit hidup & lengkuas sehingga halus. Kalau takde blender nak kisar kau tumbuk je la pakai lesung batu sampai lumat'zah katanya.

4. Panaskan minyak masak bukan minyak petrol yer.. Kalau minyak petrol dengan engkorang sekali masak kat situ.. kemudian tumiskan bahan kisar sehingga naik bau yang harum bagaikan pontianak harum sundal malam.

5. ketuk serai bukan ketuk kepala anak atau suami nanti jadi kes penderaan pulak & campak je dalam kuali tadi. Biarkan dia masak sekejab.

6. Masukkan santan.. Kalau pekat sangat boleh tambah air. Agak kuah tu dah masak baru engkorang campak pulak ikan tongkol yang dah di rebus tadi bersama kacang buncis.

7. Masukkan garam secukup rasa. Agak2 tak kena high blood kuantiti garam tu kira dah cukup la tu.

8. Sebab ikan tongkol dah rebus so tak payah masak lama lama sangat. Agak nampak sebati & kuah dia tak cair sangat.. tutup le api tu jangan membazir gas.

9. Tunggu azan maghrib.. Maka makan la nak bersama sama keluarga.


Senang kan nak masak gulai kuning ikan tongkol versi lekatlekit ni? Alah.. Tu pun tak boleh buat ke? Sambil membawang kat pesbuk pun boleh tau memasak. Simple sangat resepinya tapi rasa Na'uzubillah kalau orang on diet confirm dia takut nak makan. Takut diet dia hilang dari radar. Sedap dia tak boleh tahan nafsu serakah ok! #DoneAngkatBakul

Bagi yang masih tak ada idea nak masak untuk berbuka puasa nanti boleh la mencuba resepi gulai kuning ikan tongkol ni.

RESEPI SARDIN MASAK KICAP MENU SAHUR RINGKAS DAN SEDAP

RESEPI SARDIN MASAK KICAP MENU SAHUR RINGKAS DAN SEDAP. Tu dia tak berapa hari lagi ja kita bakal melangkah ke bulan yang penuh keberkataan. Bulan yang paling mudah nak rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda. Bulan yang ramai manusia akan rajin menunaikan ibadah wajib & sunat. Bulan tu juga akan di hantui dengan geng plastik hitam yang bakal di angkut dengan van jenazah untuk melawat kawasan sekitar bandar & pekan. Bulan yang manusia akan jadi lebih bernafsu dengan makanan. Macam macam lagi la kalau nak di senaraikan perbezaan bulan ramadhan dengan bulan biasa ni.


Bila masuk bulan ramadhan.. Dah tentu la sinonim dengan sahur. Hari pertama sahur biasa la mesti meriah meja makan. Almaklum la semangat hari pertama tu memang takkan sama dengan hari ke 10,11,12 dan seterusnya. Hari pertama masing2 tak sabar nak bangun bersahur tapi hari hari seterusnya boleh menggugat kesabaran nak kejutkan sesekor bangun bersahur katanya.

Bila dah pertengahan ramadhan ni selalunya sahur memang ala kadar je. Takde sapa rajin pepagi buta nak buat mandy chicken bagai kan. Paling2 sayur & satu menu lauk je. Almaklum la pagi - pagi nak masak berat berat kadang selera makan bukan nak ada sangat. Di tambah masa nak masak tu memang terhad nak2 lagi kalau terbabas tidur bangun cukup2 masa goreng telur je memang tidak la merasa makanan sedap. Jadi jangan mimpi la kau nak makan ayam masak merah pepagi buta macam tu.

Jadi atas keprihatinan kami, So kami nak share kat hangpa satu menu sangat sangat simple, senang & sedap. Sangat2 sesuai di jadikan menu masa sahur. Selain nak sediakan lauk ni tak payah ambil masa yang lama, bahan bahan dia pun sangat mudah di dapati. Iatu menu Sardin masak kicap. Dah jemu makan sambal sardin bagai.. Meh sini den nak bagi menu sardin masak kicap pulak.

Bahan Bahan di perlukan

1. 1 tin ikan sardin (size ikut berapa orang nak makan)
2. Bawang besar
3. Bawang putih
4. Jintan manis
5. Jintan putih
6. Halia
7. Kicap manis
8. Kicap pekat
9. Garam sebagai serbuk perasa
10. Minyak masak

Cara memasak

1. Bukan tin sardin asingkan ikan dari sos & letak tepi
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis & jintan putih. Letak tepi
3. Panaskan minyak goreng sekejab ikan sardin
4. Minyak yang sama tumiskan bahan kisar tadi sampai naik bau.
5. Masukkan kicap pekat & kicap manis
6. Masukkan sos sardin tadi. Kalau rasa tak nak masuk pun tak apa.
7. Masukkan ikan sardin yang dah siap di goreng
8. Masukkan hirisan bawang besar & kalau suka pedas masukkan cili padi.
9. Masak sekejab & perasakan dengan garam kalau belum cukup masin.
10. Tutup api & hidangkan.

* Bagi memudahkan hangpa masak pepagi buta, bahan kisar boleh buat siap2 malam hari sebelum tidur & simpan dalam peti sejuk. Pagi nak masak boleh terus keluarkan & guna.


Jadi sila print siap siap resepi ni & simpan sebagai salah satu menu untuk sahur hangpa sepanjang bulan puasa. Nak2 lagi yang bujang tu. Tak payah satgi orang posa hangpa dok buat cerita sedih sahur dengan biskut kering & teh o panas ja. Tunjukkan orang bujang pun bersahur dengan nasi berlauk hehehehe.

Selamat mencuba resepi ringkas, mudah & sedap ni. Simpan stok ikan sardin siap siap sebelum masuk bulan puasa ok! Manatau emergency sardin pun berguna jugak. hehehehe

13 MENU SEDAP YANG ANDA BOLEH MASAK MENGGUNAKAN TELUR AYAM

13 MENU SEDAP YANG ANDA BOLEH MASAK MENGGUNAKAN TELUR AYAM. Telur ayam adalah bahan mentah yang kita boleh simpan buat stok lauk masa sesak. Setiap rumah kebanyakkan paling2 mesti ada telur ayam kan? Sebab telur ayam ni senang nak masak.. Kalau malas sangat boleh je goreng makan dengan nasi panas & kicap. Tu pun dah cukup memusnahkan diet bagi wanita2 yang sedang nak kuruskan badan katanya. Anzalna pun katanya dia selalu masak telur goreng & nasi je untuk laki dia.. See.. retis pun jadikan menu santapan suami tercinta telur goreng je. hehehehe


Tapi jangan tak tau sebenarnya telur ayam ni boleh di pelbagaikan menu nya. Tak semestinya goreng atau rebus jer. Dia boleh di jadikan menu istimewa kalau tahu cara nak memasaknya. Kadang2 kita ni hari2 masak pun boleh jadi blur nak cari idea memasak apatah lagi yang jarang2 masuk dapur. Lagilah tumpul idea dia nak memasak. Jadi sebagai rujukan bagi mereka yang selalu buntu nak masak apa menggunakan telur ayam ni.. Korang boleh rujuk 13 menu dia bawah. Di sertakan dengan link sekali kalau korang nak cari resepi..


Ada juga yang suggest simpan je telur tu sampai menetas anak ayam.. bela bagi besar kemudian buat ayam goreng. Pun aku hargai cadangan yang macam minta kena kecam tu hahaha... Almaklum lelaki kalau minta cadangan menu gitu la depa. kekekeke


Jadi yang buntu tak tau nak masak apa dengan telur ayam.. Boleh cuba cadangan 13 menu tu. Telur ni kalau di variasikan rasa dia memang akan jadi menu high class jugak kan? Apa ingat telur lauk murahan ke? hehehehe

RESEPI MASAK ASAM TELUR GORENG

RESEPI MASAK ASAM TELUR GORENG. Tu dia.. dia mai lagi dok feeling chef kampung kat blog katanya. Resepi masak asam pun hang nak share ka lekatlekit. Mesti la share.. I kan pembekal resepi resepi mudah & sedap. Tak lama lagi kita dah nak masuk bulan ramadhan. Bila tiba bulan Ramadhan ni mesti la bulan di mana Umat islam wajib berpuasa bagi yang berkemampuan menunaikan ibadah puasa ni. Bulan ramadan bukan jer terkenal dengan bazar makanan tapi terkenal juga dengan gastrik. Bulan tu la paling ramai kena gastrik berbanding bulan bulan lain kan... hehehehe

Resepi Masak Asam Telur Goreng

Bila dah kata bulan puasa ni.. Kena la bangun sahur supaya bila makan sahur tu dapat la memberi tenaga kepada kita untuk berpuasa sehingga matahari terbenam. Takde la perut berkeroncongan minta nasi kandar la hapa kan. Yelah.. waktu sahur ni normally waktu ramai yang masih di buai mimpi ke awan biru.. Kadang2 terlajak perahu jugak. Bangun cuma ada 15 minit je untuk bersahur. Juadah sahur pun tak ada apa2.. Hanya nasi kosong je katanya. Ok ok.. takpe meh sini i nak bagi resepi mudah yang boleh jugak di jadikan menu untuk bersahur last minute. Menu nya.. Masak Asam Telur goreng.. ada la berkuah sikit kan.

Bahan bahan dia

1. Telur Ayam (Berapa biji ikut la berapa orang nak makan)
2. Bawang Besar
3. Bawang putih
4. Halia
5. Cili Padi (Ni kalau yang suka pedas)
6. Lada hitam (ketuk je bagi pecah sikit)
7. Air Asam Jawa
8. Minyak Masak
9. Garam sebagai serbuk perasa

Cara nak memasak

1. Goreng telur dulu. Alah buat macam telur mata pun ok
2. Potong bawang besar, bawang putih,halia
3. Panaskan minyak tumis bahan kat atas tadi
4. Agak naik bau masukkan air asam jawa
5. Masukkan cili padi & lada hitam
6. Perasakan kuah dengan garam
7. Bila dah mendidih masukkan telur goreng atau tutup api curah je kuah asam tadi atas telur goreng.
8. Makan la apa tunggu lagi. hehehehe

Masak Asam Telur Goreng

Dah siap satu menu yang paling ringkas & sedap juga makan dengan nasi panas atau makan masa time tengah2 lapar gila tu. Tak perlu masa yang lama nak masak ni. Alah menu2 biasa orang tak berapa kaya raya katanya. Cukup la.. mampu rasa nikmat kenyang tu pun dah syukur sangat. Tak payah nak semak otak nak fikir makan mewah yang di luar kemampuan.. Makan je ikut kemampuan. Menu2 macam ni bukan je budget kecik tapi sedap jugak ok!

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT SENANG LENANG

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT SENANG LENANG. Tu dia.. Nama resepi kau. Ayam Goreng kunyit senang lenang katanya.. Amboi hang lekatlekit.. Ayam goreng kunyit pun nak share resepi ka? Setakat goreng & campak - campak tu budak sekolah rendah pun tau masak.. Aippp.... Jangan tak tau kadang2 resepi yang budak sekolah rendah reti masak tapi yang tua bangka umur di pinggir kubur pun tak reti nak masak ok! Nak bagi contoh.. Orang2 sekeliling aku pun ada sampai tua bangka pun tak reti masak. Asyik lauk tunjuk - tunjuk je hari hari.. Manalah tau tetiba seminggu sebelum mati tetiba dapat hidayah nak belajar masak Ayam goreng kunyit at least ada jugak resepi kat carian google tu katanya...


Aku ni nak kata pandai masak tu tidak la.. setakat menu2 kampung & menu2 simple tu reti la. Yang penting menu2 yang aku suka la. Lidah belacan ni bukan reti sangat nak makan western, korean food bagai.. Almaklum la selera kampung kampung katanya. Jadi sebab bukan la handal masak so aku share resepi resepi simple je la.. Kenapa Ayam goreng kunyit senang lenang.. Sebab senang je nak memasaknyer tijah Ooi.. Ni kategori masakan campak2 jadi jer...

Bahan bahan dia pun simple sahaja

1. Isi Ayam di potong dadu
2. Kunyit serbuk
3. Garam halus
4. Kobis bunga
5. Lobak merah di potong memanjang
6. Bawang besar
7. Cili padi
8. Minyak masak

Cara memasak

1. gaulkan isi ayam yang di potong dadu dengan garam & kunyit serbuk
2. Panaskan minyak & Goreng isi ayam sehingga garing
3. Masukkan lobak merah & goreng sekejab dengan ayam
4. Masukkan bunga kobis
5. Masukkan bawang besar yang di potong bersama cili padi
6. Gaul semua & goreng sekejab sehingga masak
7. Tutup api & hidangkan

Dah siap satu menu ringkas tapi kalau makan dengan nasi panas & sup kosong macam kat restoran tomyam tu pun dah cukup sedap ok! Kalau kat restoran tomyam untuk sorang makan ayam goreng kunyit ni pun dah RM3 - RM4 ok! Masak sendiri jimat belanja. Nak2 lagi untuk makan satu family

Ayam Goreng Kunyit Senang lenang by Lekatlekit

Jadi pada yang selama ni tak pernah cuba masak sendiri Ayam Goreng kunyit ni lepas ni boleh la cuba. Nak2 lagi yang bujang2 trang tang tang tu. Dok makan nasi bujang kat kedai pun muak jugak ye dak. hehehehehe

RESEPI PAJERI TERUNG PALING MUDAH DI MUKA BUMI

RESEPI PAJERI TERUNG PALING MUDAH DI MUKA BUMI. Tu dia.. paling mudah di muka bumi katanya. Kalau ada yang rasa susah jugak mohon kau pergi makan kat restoran mamak line clear sudah. Memang kau spesis tak berbakat nak pegang senduk & kuali.. Kau cuma berbakat sendukkan nasik & lauk dalam pinggan sendiri je.. hehehehe


Tapi bagi yang nak mencabar & belajar memasak boleh la mencuba resepi mudah lekat lekit ni... Bukan apa bila merantau kat tempat orang teringin nak makan boleh masak sendiri macam aku ni. Sekarang ni tak susah google je resepi apa kau nak semua ada.. Sampai resepi nasi kangkang pun ada orang google ok! tak tau la sapa la yang dok mencari resepi nasi kangkang tu yer..

Yang pelik2 tu tak payah la nak belajar.. Belajar je resepi yang tak payah nak kangkang macam resepi Pajeri terung ni.. Bahan2 yang di gunakan jugak terjamin bersih halal.. Berbanding nasi kangkang yang ramuan dia guna benda2 kotor. Jadi tanpa membuang masa hangpa yang memang sentiasa busy body tu meh la kita ke dapur lekat lekit.. Tengok apa bahan yang di gunakan untuk masak Pajeri terung ni...

Bahan bahan

1. Terung Panjang
2. Bawang besar
3. Bawang Putih
4. Halia
5. Kerisik
6. Rempah kari daging
7. Santan
8. Garam
9. Gula

Cara memasak

1. Kisar bawang besar,bawang putih,halia
2. Panaskan minyak tumis bahan kisar sehingga naik bau
3. Masukkan serbuk rempah kari daging. Tak payah bancuh masuk serbuk macam tu je & kacau
4. Masak sekejab.. kalau kering tu tambah air sikit. Masak sampai pecah minyak
5.Masukkan santan, kerisik & masak sekejab
6. Masukkan garam & gula secukup rasa
7. Masukkan terung yang di belah dua. Tambah air sikit & masak sekejab sehingga teruk lembut
8. Kalau dah masak tutup api & hidangkan.

Dah siap pajeri terung. Kalau ada bahan yang korang rasa aku tak masukkan tu.. Sebenarnya aku guna bahan2 yang ada dalam rumah je. Aku ni ada sejenis penyakit malas.. Kalau kat rumah tu aku memang malas nak keluar & pergi kedai. Punca utama adalah sebab rumah aku atas kayangan. Even ada lift nak turun ke bawah.. Tapi kalau dah Malas tu tetap malas hahaha. Apapun still bahan bahan basic tu cukup & rasa dia still sedap hehehehe


Apapun selamat mencuba resepi mudah & sedap ni. Jadilah wanita yang tahu memasak even tidak pakar sebab bila kita melangkah ke alam rumahtangga.. ketahuilah air tangan seorang isteri & ibu itu pengikat kasih sayang. Tak kisah la kau dapat laki chef sekalipun.. Air tangan isteri & ibu tu tetap istimewa. Sebab ada magic. hehehehe

LEPAS BACA ENTRI NI CONFIRM ANDA TAK BELI LAGI KENTANG PUTAR DI KFC

LEPAS BACA ENTRI NI CONFIRM ANDA TAK BELI LAGI KENTANG PUTAR DI KFC. Serius aku memang suka makan kentang putar kFC.. nak2 black pepper sauce dia tu.. Alahai nikmatnya makan nak2 lagi makan time masih panas panas. Hingga menjilat sudu ok. Kadang2 berebut jugak dengan asben menatang tu..


Aku yakin ramai yang baca entri ni pun peminat kentang putar @ Mashed Potatoes ni kan? Selalu tengok kalau yang ada anak kecik tu depa suka suapkan kentang putar ni kat anak depa sebab dia berasaskan kentang & lembut kan.. Cuma tu la sebenarnya tak berapa bagus untuk baby2 ni.. Sebab kita sedia maklum fastfood macam tu banyak serbuk perasa. Sikit2 bagi rasa tu ok la kan.. Jangan bagi makan sampai kenyang & jadi makanan rutin pulak. Tak baik untuk kesihatan anak anak tu bagi jangkamasa panjang.

Tapi kalau anak korang suka juga nak memastikan bahan yang di gunakan lebih sihat better buat sendiri la. Kita boleh control semua bahan perasa & kita boleh tahu tahap kebersihan semasa menyediakan.. ye dak? Lagipun air tangan ibu ni ada magic... So inilah peluang anda mengeratkan ikatan kasih sayang dengan anak melalui masakan.

Bukan susah pun nak buat kentang putar @ Mashed Potatoes ni. 15 minit je pun dah siap.. Tak caya 15 minit boleh siap? Tak caya korang tengok sendiri Video & resepinya kat sini >> [VIDEO] Resipi Mashed Potatoes << Confirm lepas tengok korang takkan beli lagi Mashed Potatoes yang sedap kat KFC tu. Sebab senang sangat nak membuatnya.. Rasa tak berbaloi nak berbaris panjang tunggu giliran nak order kentang putar kat KFC. Nak2 lagi hari minggu macam ni.


Kalau tak kemana mana hari ni elok la try buat kentang putar ni kat rumah. Sambil2 tengok TV boleh makan ramai ramai. Makan berebut rebut tu yang sedap.. Kalau makan sorang2 tak enjoy sangat katanya. hehehehehe

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT PALING MUDAH

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT PALING MUDAH. Kembali lagi dalam segmen Dapur sekangkang kera lekatlekit. Hari ni kita jadi chef tak bertauliah sekejab yer.. Almaklumlah housewife macam aku ni memang tak boleh lari dari buat kerja kerja kat dapur.. Tak tau la housewife lain memang tak pernah jejak dapur kecuali makan jer.. Tapi memang ada spesis macam tu tau.. Kena ingat bila jadi isteri lepas jadi ibu.. pengerat kasih sayang adalah air tangan dari seorang wanita bergelar isteri & ibu.. Tak payah la nak berkira sangat konon bukan kerja perempuan masak memasak ni.. Memasak la.. Insya Allah perkara tu mungkin menjadi asbab kebahagian rumahtangga kita.


Tak reti masak bukan alasan.. Kalau kau pandai scroll news feed FB kau boleh dapat macam - macam resepi. Siap ada tutorial dengan video lagi. Pokok pangkal kau nak buat ke tidak je. Tak cukup kat Facebook.. Kat blog melambak orang share macam2 resepi.. Ni pun aku nak share juga resepi masakan kampung.. Sambal terung pipit.. Bagi pengemar makanan jenis sambal.. Cuba la masak. Insya Allah.. berjaya menambah kilo pada berat badan anda hahahaha

Kalau tak reti masak jangan risau meh chef lekat lekit nak bagi resepi. Kita mulakan dengan bahan bahannya dulu yer tuan tuan & puan puan..

Bahan bahan

1. Terung Pipit
2. Cili kering
3. Bawang Besar
4. Bawang Putih
5. Sedikit belacan
6. Air asam jawa
7. Minyak masak
8. Garam sebagai perasa

Cara memasak

1. Buang tangkai terung pipit lepas tu cuci & toskan. Letak tepi dulu
2. Rendam cili kering dalam air panas lebih kurang sepuluh minit
3. Blend (kisar) Cili kering, Bawang Besar, Bawang putih & sedikit belacan.
4. Panaskan minyak
5. Tumiskan bahan kisar. Masak sehingga cili pecah minyak.
6. Masukkan terung pipit
7. Masukkan air asam jawa
8. Masak sekejab tambah garam.
9. Kalau dah rasa masak tutup api & hidangkan.

Boleh jugak kalau nak letak ikan bilis, ikan goreng, sotong, udang.. Tapi yang aku masak sambal kosong dengan terung pipit sebabnya takde stok bahan lauk time masak sambal terung pipit ni hahahaha. Tapi tetap sedap ok makan dengan nasi panas & ikan goreng.

Sambal terung Pipit

Jadi yang tak ada idea nak masak apa hari ni boleh cuba sambal terung pipit ni. Takpe.. diet tu postpone esok je katanya... hahahaha

RESEPI KARI TELUR SAMBIL MEMBEBEL

RESEPI KARI TELUR SAMBIL MEMBEBEL. Almaklum la bila masuk zon mak mak ni kan.. Salah satu perangai tipikal adalah membebel. Normally aku sorang2 kat rumah memang tak berbunyi la suara.. Tetiba hari ni ada tetamu nun dari kedah sana mai sini.. Alah, adik aku ja. Mai sini atas urusan kerja dia.. So, awal sikit la hari ni dapur berasap. Sebab ada tetamu kan.. Jadi bila ada regu nak berbual tu tak berhenti pulak mulut aku ni bercerita tu ni...  Sambil membebel tu sambil la memasak. Tetiba siap jer kari telur katanya... Tu yang di namakan kari telur sambil membebel. hahahaha. Memang tajuk menu tu drama sangat. Tu memang style aku.. Orang yang tiru tu.. dia klon hahaha.


Mesti ada muncung2 mulut.. jejauh tetamu datang kau jamu telur je jah. Pepagi tadi dah turun kekedai.. Bahan mentah belum sampai kekedai.. Tu yang cuma mampu masak kari telur je. Takpe.. adik aku bab makan tak demand. Asalkan ada makan sudah.. Makan sekadar alasan perut sebab dia nak keluar shopping. Jadi terlanjur memasak awal pagi hari ni boleh la share resepi kat blog...

Antara bahan bahan untuk memasak kari telur ni

1. Telur Ayam (aku guna 5 biji)
2. Rempah kari ikan & daging. (aku mix sebab rasa lebih sedap di tekak aku)
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. Halia
6. ubi kentang
7. daun kari
8. bunga lawang
9. Kulit kayu manis
10. Buah pelaga
11. Santan
12. garam
13. Minyak masak

Cara memasak

Langkah pertama

1. Rebus telur sehingga masak. Angkat & kupas kulit
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia
3. bancuh rempah kari (ikan&daging) sampai jadi macam pes
4. Kupas ubi kentang, cuci & potong 4.

Langkah kedua

1. Hiris bawang.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang, bunga lawang, kulit kayu manis, daun kari & buah pelaga sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah yang telah di bancuh & masak sehingga pecah minyak
4. Masukkan bahah kisar & masak sehingga naik bau.
5. Masukkan ubi kentang, telur yang dah di rebus tadi & masak sekejab.
6. Masukkan santan mengikut berapa lemak yang korang rasa nak. Kalau rasa pekat sangat boleh tambah air
7. Masak sehingga ubi kentang empuk, masukkan garam secukup rasa & tutup api.

Dah masak jemput la tetamu makan. Sebab tetamu aku ni tetamu yang buat macam rumah sendiri.. So tak payah susah nak layan sangat. Dia pandai cedok sendiri. hahahaha. Senang kerja ahkak hang ni katanya. hahahaha

Siap letak dalam "Tapauware" (bukan Tupperware) katanya sebab nak di terbangkan sikit untuk mak mertua

Moral of the story.. Kalau tak tau nak masak apa hari Jumaat ni.. Boleh la cuba masak kari telur. Sekali sekala makan pun sodap katanya hahahaha

RAMAI ORANG ISLAM TERMAKAN SOSEJ BABI DI SEBUAH KAFE DALAM PASARAYA HOCK CHOON AMPANG

RAMAI ORANG ISLAM TERMAKAN SOSEJ BABI DI SEBUAH KAFE DALAM PASARAYA HOCK CHOON AMPANG. Terbaca satu perkongsian di blog beautifulnara pasal someone ni katanya terkejut cafe tu menghidangkan sosej daging babi kepada pelanggan muslim.. even yang bertudung pun dia bantai bagi makan babi jugak.. Sebelum tu nak bagitau ni bukan entri copy idea ni entri mengulas semula isu yang di bangkitkan.. Memang dah hobi aku suka mengulas isu2 semasa.. hope takde guna point ni nak kecam aku balik. hehehehe


Berbalik kisah pelanggan Melayu Islam yang di hidangkan menu sosej daging babi tu.. katanya pada suatu pagi someone pergi nak breakfast kat sebuah kedai bakeri dalam pasaraya Hock Choon di Ampang ni. Dia pun order la sejenis roti sosej.. Tapi kebetulan sosej habis..

Nak di jadikan cerita salah seorang pekerja kat situ warga Philippine terus pergi beli stok sosej yang habis. Terkejut la sipolan ni tengok sosej tu sosej daging babi.. Bila dia perasan ramai pelanggan beragama Islam yang banyak pesan menu yang sama tu even yang bertudung pun ada.. maka terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh. la Rupanya selama ni depa makan sosej daging babi..

So dia pergi la tanya tokei kedai tu seorang lelaki cina, lelaki tu dengan kerek jawab dia tak pernah suruh pun orang Islam datang makan tempat dia.. hangin la dia dengan jawapan tokei cina tu.. Aku rasa dia berani cakap macam tu sebab dia tak ada letak sebarang tanda halal atau sijil halal. Kalau ada mungkin boleh di dakwa.. sebab tak ada dia rasa rilex jer sebab dia rasa dia tak bersalah dalam hal orang melayu termakan sosej babi.

Yelah.. kalau tak ada sijil halal tu, restoran pulak pemilik dia bukan Islam.. pekerja pun terdiri di kalangan orang Islam.. pepaham sendiri la. Tak payah gigih jugak nak makan kat situ. Standard sangat ke makan kat cafe macam tu? Even dia tak mention ada babi pun.. Rasanya perlu was was sebab haram bukan hanya babi malah cara penyediaan & bahan2 lain yang di gunakan pun boleh jadi haram buat umat Islam.

Dalam hal ni aku rasa bukan pemilik cafe tu menipu pelanggan cuma dia tak peduli sapa nak makan kat tempat dia.. Bila orang order dia serve je menu yang pelanggan order. Yang ni pun agak kurang ajar jugak.. At Least mention la non-halal cafe macam kebanyakkan cafe yang buka dalam pasaraya buat. Dah kau tahu tempat kau ada serve benda2 tak halal untuk orang Islam. sebab dalam artikel kat beautifulnara tu aku baca ramai pelancong Arab & orang melayu yang makan kat situ.

Moral of the story.. banyak tempat yang ada sijil perakuan Halal JAKIM.. yang takde jugak kau gigih nak makan.. dah termakan babi sila muntah secara berjemaah yer. Nak makan steamboat pun kena jugak berhati hati.. Ni antara senarai restoran steamboat yang tidak halal walau pork free >> Senarai restoran steamboat di Lembah klang yang tidak halal <<

RESEPI SINGGANG IKAN UNTUK IBU MERTUA

RESEPI SINGGANG IKAN UNTUK IBU MERTUA. Tajuk tu tetap la nak berdrama katanya.. Kalau hang letak tajuk resepi singgang pun dah ok kot awat nak habaq habis singgang untuk mertua bagai. Tu la style lekatlekit katanya. Kalau tak gempak tajuk entri bukan lekatlekit.. trademark dari dulu lagi nak buat macam mana. Rasa macam tak puas tulis tajuk entri pendek pendek ni.. Dasar semua nak panjangkan cerita katanya. hahahaha

Gambar singgang ikan ku tengah mendidih atas dapur

Hari tu masa Mother in law kena ward.. Ada la masak singgang ikan untuk dia. Memandang dengan ada high blood & time tu memang blood pressure dia sangat tinggi so aku google masakan paling elok untuk orang sakit ni singgang la cuma jangan letak garam atau nak letak pun secubit jer camtu. Bergantung pada condition si pesakit la kan.. kalau tekanan darah memang tengah ke langit biru tingginya better jangan makan langsung garam.. Kalau dah mula stabil cuma nak control boleh makan untuk rasa sikit2..

Untuk singgang ibu mertua ku ni.. Sebab dia tak boleh makan masin lagi so terpaksa lebihkan rasa lain untuk sedapkan sikit la lauk untuk dia.. Takkan nak rasa air kosong je kan.. Bahan bahan yang aku guna untuk masak singgah ibu mertua ku ni adalah..

Ikan (ikut suka nak guna ikan kembong ke, senangin ker.. mabong ke.. ikan tongkol ke)
Kunyit hidup (kalau tak ada boleh guna kunyit serbuk)
Bawang besar
Bawang putih
serai
asam keping
Susu cair/santan (tak banyak untuk susu cair 1 sudu dah cukup kalau santan 1 -2 sudu bergantung pada kepekatan santan)
Bendi

Cara nak masak dia..

Tumbuk kasar kunyit hidup,bawang besar & bawang putih. Tak payah halus sangat agak2 hancur sikit tu dah ok.

Masukkan bahan tumbuk tadi & tambah air, masukkan serai yang dah di ketuk & asam keping buka api & rebus sampai mendidih.

Kemudian masukkan santan/susu cair & bendi.. Biar rebus sekejab

Masukkan ikan. Tunggu sehingga ikan masak & boleh tutup api.

* Bagi yang sihat nak pedas boleh letak cili padi yang di ketuk. Ni resepi untuk orang sakit kena bebas pedas *

Siap sudah singgang ikan untuk ibu mertua ku. Ni gambar sebelum di pos kerumah beliau

Sekiranya yang tak ada masalah kesihatan boleh la masukkan garam secukup rasa kalau yang sakit macam mak mertua aku ni sekarang condition dia tak la di tahap kritikal sebab dah balik rumah boleh la masuk secubit garam tu pun bukan secukup rasa. Sekadar ada rasa hujung2 lidah je tau. Tapi lagi bagus tak masuk garam langsung.

Senang kan masak singgang.. Ada orang tak masuk santan atau susu cair sebab mak mertua aku ni yelah tak boleh makan garam untuk pastikan darah dia tak naik balik. Tu salah satu cara nak bagi lauk tu ada sedikit rasa. Takde la pekat macam nak masak lemak tu yer.. just sekadar ada rasa lemak hujung2 lidah jugak. Sebab mak mertua request untuk kali kedua masak macam tu bermakna sedap la kot hahahaha. Korang nak tau sedap ke tidak cuba la.

Moral of the story.. menantu yang baik adalah menantu yang masak untuk ibu mertua hahahaha

Jom subscribe di channel youtube Surialekatlekitgurl

18 PERKARA YANG ADA KAITAN DENGAN ORANG SUKA MAKAN AYAM

18 PERKARA YANG ADA KAITAN DENGAN ORANG SUKA MAKAN AYAM.  Suami aku salah seorang penggemar ayam tegar. Dia memang tak makan sebarang daging lain selain ayam.. lembu ke kambing ke unta ke burung ke hapa jenis daging memang dia tak makan. Dia makan ayam hanya bahagian Rib (dada) sahaja atau kalau ayam dah dah siap potong2.. yang bahagian isi je la. Tak payah la nak goda dia dengan kambing golek bagai.. Dia tetap tak makan. Selama 6 tahun hidup bersama aku pun dah lama tak makan apa2 jenis menu daging. Selain seafood.. Ayam je la menu dalam rumah ni.


Dia memang mudah terliur bila nampak apa2 menu ayam.. Even tiap2 minggu makan kfc atau makan kat mana2 restoran fastfood yang ada menu ayam pun dia takkan jemu. Yang jemunya aku la.. Almaklum la aku ni jenis tekak kekampungan sikit. Tapi takpe..Aku masih menikmati makan kesukaan aku walau laki aku penggemar ayam tegar..

Dalam hidup memang aku tak pernah jumpa orang yang macam laki aku sebelum ni tapi bukan la laki aku satu satunya manusia yang obses dengan menu ayam. Aku tau ada lagi cuma aku tak pernah jumpa selain laki aku jer.. Orang yang suka makan ayam ni.. Kau cakap la apapun. Kau saiko la macam mana pun.. Dia tetap pilih menu ayam jugak. Sebab dari pengalaman aku bersuamikan seseorang macam tu.. Memang kat mana2 saja dia akan cari 'Ayam'. Dia tak ada erti kata jemu makan ayam walau hari hari ok!

Orang yang gila makan ayam selalu ada kaitan dengan perkara perkara ni >> 18 Perkara Yang Ada Kaitan Dengan Orang Yang Suka Makan Ayam << Pun macam tu depa tetap akan makan ayam sampai bila bila. Ni kategori Ayam Forever & ever la hehehe.

Moral of the story.. tak kisah la korang penggemar ayam tahap kritikal tapi pengambilan makanan yang seimbang tu penting supaya badan kita mendapat khasiat yang secukupnya supaya tak terkena sebarang penyakit.

ASAL USUL LAKSA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH TAHU

ASAL USUL LAKSA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH TAHU. Kat Malaysia ni memang ramai penggemar laksa lebih2 lagi orang utara macam aku. Bukan saja orang utara pandai masak laksa (statement yang minta kena pijak ramai ramai).. malah orang utara antara pemakan laksa yang tegar terutama di kalangan orang orang melayu la.. Hari ni aku pun masak laksa. Sebab nak buat entri resepi laksa dah pernah tulis dulu. Resepi tak ada berubah apa - apa so takkan nak tulis resepi yang sama ye dak..

Maaf kalau menggugat keimanan penggemar laksa sekalian. Ni air tangan lekatlekit katanya. hahaha

Jadi aku google la nak tahu laksa ni sebenarnya berasal dari mana. Bukan apa.. benda ni pun sekarang boleh jadi perebutan. Dulu pasal makanan pun negara seberang tu nak jugak di iktiraf makanan tu adalah hak milik depa.. Beriya sungguh tu. hehehehehe. Jadi penting jugak untuk kita tahu asal usul sesuatu makanan tu..

Dari apa yang aku baca.. Laksa ni bukan la makanan orang melayu. So orang melayu jangan nak claim laksa ni berasal dari Tanah melayu ok! Ia sebenarnya berasal dari orang cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Cina Peranakan). Perkataan laksa tu berasal dari bahasa sunskrit, Laksha yang membawa maksud banyak merujuk kepada bahan/rempah yang di gunakan tu banyak.

Ada macam macam jenis laksa & rasanya mengikut negeri.. Antaranya

Laksa Penang (asam Laksa)
Laksa Johor
Laksa Kuala Perlis
Laksa Kedah
Laksa Kelantan
Laksa Sarawak
Laksa Terengganu
Laksa Ipoh
Kari Laksa
Laksam

Laksa kedah & kuala perlis ni tak jauh beza tapi laksa lain lain tu memang berbeza cara masak jugak rasanya. Aku dulu masa baru2 nak cuba laksa johor dok bayangkan macam laksa kedah jugak. Tapi sekali order yang sampai depan mata aku jauh beza dari laksa kedah. dia guna mee terus kena kejutan budaya & tak habis makan. Al maklum la tekak orang utara katakan.. Bukan pasal tak sedap cuma tak kena dengan selera je. hehehehe

Walaupun kat Malaysia ni ramai penggemar laksa tapi bukan semua orang suka makan laksa. Yelah.. tekak dia tak taste sangat dengan local food ni.. Dia punya taste semua western gitu. 

DISEBALIK KUIH CAKOI YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU

DISEBALIK KUIH CAKOI YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU. Aku nak kata penggemar cakoi ni tak jugak. Rasanya dah lama tak makan. Tapi pernah la makan.. Bersama kuah dia yang rasa manis manis tu. Enjoy jugak la cuma nak kata favorite tu tidak la. Tapi setakat nak mengalas perut dari kelaparan layan jugak la kuih cakoi ni.


Kalau yang tak tahu cakoi ni satu jenis makanan orang cina di Indo - China. Cara masak dia adalah menggoreng menggunakan minyak yang banyak maka kolestrol pun tinggi la yer.. erkk.. Mengikut cerita orang orang di China, cakoi mengambarkan dua bentuk manusia di goreng kemudian ia bercantum ketika di masak. Erkk... kenapa di kaitkan dengan orang pulak kan.

Cakoi biasanya menjadi hidangan waktu sarapan tapi ada jugak menjadikan ia sebagai minum petang. Tapi yang selalu jadikan menu minum petang ni orang melayu je kalau cina tetap la cakoi kebiasaan di makan waktu pagi.

Kita biasa makan cakoi dengan kuah dia yang manis manis tu kan.. Tapi ramai yang tak tahu cakoi selain di makan bersama bubur, ia juga boleh di makan dengan kaya, sambal belacan, cheese sauce,durian,peanut sauce & macam - macam lagi. Cicah sambal tumis ikan bilis pun sedap jugak ni. Jenis kuih berasaskan tepung macam cakoi ni memang boleh di pelbagai cara makan dia. Nak makan dengan kuah kari pun sedap jugak. Ikut selera masing masing la kan...

Tu serba serbuk cerita pasal cakoi.. sebenarnya banyak lagi cerita di sebalik cakoi ni. Kalau nak sumbat dalam satu entri ni mau 2 hari 1 malam hangpa kena melukut kat blog lekatlekit.com ni. Jadi di pendekkan kisah cakoi ni korang baca sendiri la kat sini >> Nak Tahu Serba Sedikit Kisah Tentang Cakoi? Ohhh.. Baru Tahu Weyh! << So, lepas ni takde la korang susah hati nak makan cakoi lagi kan? 

Moral of the story.. Tu bestnya hidup di bumi Malaysia ni. Kepelbagaian makanan yang boleh di nikmati oleh semua kaum.

RESEPI AYAM GORENG KICAP YANG MUDAH & SEDAP

RESEPI AYAM GORENG KICAP YANG MUDAH & SEDAP. Hari raya korban makan ayam goreng kicap je ke cik Akak Ooi.. Orang lain meriah dok up menu2 dari daging korban. Sup gear box la, sup turpedo, gulai kawah bagai.. Kau dok makan ayam goreng kicap je. Kesian...


Yer I makan Ayam goreng kicap je katanya. Suami I bukan jenis manusia pemakan daging tak kira daging lembu ke kambing ke harimau ke gajah ke hapa.. Dia cuma makan daging ayam tu pun bahagian dada jer. Jadi I takde la menu dari daging korban melainkan ada orang buat korban guna ayam. Tapi mustahil la kan.. Mana ada ibadah korban guna ayam.

Walaupun masih raya tapi kami makan biasa biasa je. Nak merendang rendang ayam suami ku pantang pedas. Kang aku masak aku sengsorang je hadap sampai muntah pulak. Sebab kat sini memang tak ada istilah raya. Raya bagi aku kalau aku balik kampung aku nun di kedah jer.. Jadi tak perlu beriya sangat nak memasak. Sebab tu la terhasilah menu ayam goreng kicap ni.

Ayam goreng kicap ni pun antara menu simple & senang nak membuatnya.. Tapi kalau makan confirm la bertambah tambah nasi tu. Jadi tak payah membebel sampai jadi bebal maka meh kita tengok apa bahan bahan nak membuat Ayam goreng kicap ni..

Ayam (di potong ikut size korang suka)
Garam
Kunyit
Bawang besar
Bawang Putih
Jintan manis
Kicap (suka hati nak guna kicap manis ke masin tapi aku guna kicap masin)
halia.
Serbuk rempah masak kicap mak siti (Kalau takde pun takpe tapi better ada lagi sedap)

Cara nak memasak
Mula2 gaulkan ayam yang dah siap di potong & di basuh dengan garam & kunyit kemudian goreng sampai garing atau masak ikut selera korang la.
Bila ayam dah siap goreng letak tepi dulu.
Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar, bawang putih, halia & jintan manis sampai naik bau.
Lepas tu masukkan serbuk rempah masak kicap mak siti. Goreng biar naik bau sekejab.
Lepas semua bahan2 berbau harum semerbak baru masukkan kicap & ayam yang dah goreng tadi.
Gaul sebati ayam dengan bahan2 tadi kemudian masukkan bawang besar yang di potong bulat.
Dah siap di hidang...

Senang & sedap ayam goreng kicap

Susah ke? Kalau rasa ayam masak kicap ni susah sangat nak masak better kau makan kat kedai mamak je la. Tu bukan soal tak reti tapi kau memang pemalas. hahaha. Jadi selamat mencuba buat semua manusia2 yang baru nak belajar memasak.

BIHUN GORENG KUAH LAKSA MENU RARE DARI UTARA

BIHUN GORENG KUAH LAKSA MENU RARE DARI UTARA. Kalau orang kedah dah familiar dengan menu bihun goreng kuah laksa. Atau certain2 negeri di bahagian utara tanah air pun ada yang dah biasa dengan menu tu. Tapi bagi yang mungkin dari luar utara mungkin tak pernah tahu apatah lagi rasa bihun goreng kuah laksa ni. So kalau kita cerita pasal bihun kuah laksa mula la depa berkerut dahi cuba membayangkan kombinasi rasa bihun goreng yang di kahwinkan dengan kuah laksa dalam satu mangkuk katanya.


Sebenarnya menu ni dari aku kecik lagi dah wujud tapi tak tahu sapa pencetusnya. Tapi cuma tak ramai orang buat sebagai jualan. Pendek kata belum di komersialkan sehingga kini.  Kat kedah pun menu ni tak banyak boleh jumpa orang jual. Ni macam menu2 rare jugak la. Tapi takpe kalau tak ada orang jual pun bukan susah nak sediakan malah menu bihun goreng yang sebelum ni cuma menu ringan kalau di gabungkan dengan kuah laksa boleh jadi menu istimewa jugak dalam jamuan makan makan. Sebabnya bukan semua orang pernah rasa menu ni.

Cara nak buat dia pun tak susah.. Bihun goreng tu buat macam bihun goreng biasa jer. Kuah laksa pun buat macam kuah laksa yang biasa jugak. Kalau tak reti nak buat kuah laksa boleh rujuk kat entri ni >> Resepi kuah laksa << Kalau tak reti nak buat bihun goreng tak apa akak boleh tolong bagi resepi

Bahan2 dia..

Bihun (rebus sekejab bagi lembut tapi jangan lembik ok)
Sos tomato
sos cili
kicap masin
kicap manis (kalau ada. Kalau tak ada tak perlu)
cili serbuk
kiub pati ayam
taugeh
kucai
daging ayam
fishball (kalau tak ada tak perlu)
bawang merah & putih (untuk menumis)

Antara bahan2 nak memasak bihun goreng. Tapi tak semua ada dalam gambar. hahaha

Mula2 bancuhkan bahan2 pes dia seperti sos tomato,cili,kicap manis,kicap masin,cili serbuk. Campur semua dalam satu mangkuk tambah air sikit kemudian kacau sampai sebati. Panaskan minyak tumiskan bawang, kemudian masukkan isi ayam & goreng sekejab. Masukkan pes yang di bancuh tadi, masukkan kiub pati ayam  & masukkan fishball kalau ada. Masak sekejab kemudian masukkan kucai & bihun yang di rebus. gaul hingga semua bahan2 sebati. Akhir sekali masukkan taugeh. Masukkan garam kalau rasa tak cukup masin. Gaul rata kemudian padamkan api & boleh di hidang.

Bahan2 lauk dia macam ayam, fishball tu bergantung pada korang. Kalau nak tukar guna udang, sotong atau2 apa2 seafood yang korang rasa sedap. suka hati la.

Maka Hasil dari meronggeng kat dapur lekat lekit katanya.. Inilah rupanya bihun goreng kuah laksa.

Macam ni gambar rupa paras bihun Goreng Kuah Laksa. sedap jugak kalau di makan bersama sambal sotong.  

Jadi yang tak pernah dengar pasal bihun goreng kuah laksa tu sila la cuba yer. Insya Allah sekali cuba nak lagi & tak menyesal punya. Makanan orang kedah ni normally memang sedap sedap. hehehehe

MENU YANG ANDA TAK TERFIKIR UNTUK MASAK GUNA LEBIHAN LAUK IKAN SARDIN

MENU YANG ANDA TAK TERFIKIR UNTUK MASAK GUNA LEBIHAN LAUK IKAN SARDIN. Bagi adik adik yang baru belajar memasak tu mungkin ingat ikan sardin dalam tin selain masak dengan sos yang ada dengan ikan sardin, buat sambal sardin atau guna sardin untuk buat sandwich dah tak boleh di pelbagaikan dengan menu lain dah. Tak payah tipikal sangat la menu ikan sardin tu. Sebenarnya ikan sardin ni tak kira apa brand sekalipun boleh di masak dengan pelbagai cara & menu cuma mungkin sebab tak pernah tahu jadi korang masak sardin macam biasa je.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Ikan sardin ni sebenarnya boleh buat masak kari, masak lemak, asam pedas. Tu antara menu lauk menggunakan ikan sardin kalau hangpa nak tau! Selain menu lauk ikan sardin tin ni boleh di buat menu untuk minum petang. Menu makanan berkuah macam laksa sardin. Nak buat laksa sardin ni lebih senang berbanding buat kuah laksa guna ikan mentah. Kalau ikan mentah ni kita kena rebus.. asingkan isi & tulang lepas tu nak blender lagi. Tapi kalau guna ikan sardin tin ni just ambil ikan tu lenyekkan dengan sudu & masak kuah laksa tu macam biasa je. Kalau malas tu la cara paling senang buat kuah laksa.

Tadi kebetulan nak kemas peti ais.. ada la semangkuk ikan sardin yang dah masa tak habis makan. Rasanya dua hari lepas kot. Kalau dah nak panaskan makan dengan nasi mustahil la.. Dah takde selera nak telan. Nak buang sayang. Sebab benda tu masih elok. Tak basi atau rosak kat mana mana pun. Nak buat sandwich nampak banyak sangat ikan tu maka.. Terhasilah menu recycle laksa sardin. Walaupun kejadian laksa ni ala kadar je. Bahan pun apa yang ada dalam rumah jer sebab malas nak pergi kedai.. Ok la. Rasa kuah laksa tu still ada & boleh lagi hadap bermangkuk mangkuk katanya. Kalau boleh hadap lebih dari semangkuk tak azab sangat la rasanya walau guna ikan sardin recycle. hehehe

Ni laksa sardin ala kadar je. Timun pun takde. Guna apa yang ada dalam rumah jer. Ok la dari terbuang isi ikan sardin tu kan..
Cara nak masak kuah laksa sardin ni pun senang
Bahan bahan dia
Ikan sardin. Ambil ikan je sos dia tak payah. Kemudian lenyekkan sampai hancur
kisar Bawang besar, bawang putih, cili kering & belacan.
Panaskan minyak & tumis bahan kisar tadi. Agak cili dah masak masukkan ikan sardin
Tambah air. Kalau ada daun kesom masukkan. Kalau tak ada boleh je skip
Masukkan asam keping.
Masak sampai naik bau & masukkan garam secukup rasa. dah siap.

Senang kan? Yang lain2 tu rebus laksa kalau korang guna laksa kering. Bahan ulam ulaman dia timun, daun salad, bawang, cili pada (bagi yang suka pedas) & telur rebus. Yang tu ikut citarasa korang. Setengah rang suka makan laksa kosong je. Ulam ulaman dia skip.

Dari di buang makanan yang elok katanya.. Transformasi kan je la jadi menu yang kita jadi berselera nak makan. Aku minggu ni memang tak selera nak makan nasi jadi sedang elok sangat la masak benda benda macam ni. Esok hari minggu maka bercuti la dapur lekatlekit ku itu. Makan kat luar je... Nak makan kat luar kena jugak tahu kat mana tempat2 makan yang best.

Mungkin sebelum ni korang tak terfikir nak jadikan ikan sardin yang dah korang masak sebagai kuah laksa jadi dengan entri ni moga menjadi inspirasi kepada korang di samping menjadikan kita seorang yang tidak membazir. Rakyat Malaysia antara manusia yang paling banyak buang makanan. So, sila jangan jadi sebahagian dari spesis tu,ok! Kurang populasi spesis suka membazir & tingkatkan kreativiti untuk menghasilkan menu recycle yang sedap.

Moral of the story.. membazir amalam syaiton. Jadi jangan geng dengan syaiton.

VIDEO & RESEPI CARA MEMASAK RENDANG AYAM

VIDEO & RESEPI CARA MEMASAK RENDANG AYAM. Tinggal lebih kurang 2 hari lagi je kita nak berpuasa. Hari ni pun dah 28 Ramadan. Ramai yang sampai kampung halaman masing masing kecuali aku jer.. masih setia menghadap kota metropolitan ni. Biasa la.. setiap tahun pun memang kami balik kampung last minute. Tak kisah la janji balik kampung ye dak.


Bila dah nak dekat raya ni mesti anak anak dara yang tahun ni mungkin bakal suami & bakal mertua nak datang rumah baru kelam kabut nak belajar masak katanya. Hari raya kat Malaysia antara menu wajib yang mesti ada adalah rendang. Sebab rendang ni di makan bersama ketupat, lemang atau nasi himpit. Rumah aku pun wajib ada rendang ayam jugak. Tahun lepas aku tolong masak tahun ni kalau sempat aku masak la. Almaklum la sejak jadi bini & mak orang ni bertapa kat dapur je kerja aku so reti la masak makanan berat tu sikit sikit.

Tapi bagi yang tak reti & baru nak belajar masak ni mungkin rasa susah sikit kalau hanya berpandukan resepi. Lagi bagus & mudah kalau ada tutorial dengan video sekali. Jangan risau sekarang ni memang ada tutorial memasak dengan video. Kalau korang nak tengok boleh tengok kat sini >> Video & resepi cara masak Rendang Ayam Paling Sedap <<

Sebenarnya masak rendang ni bukan susah sangat pun. Semua main kisar kemudian masak jer sebenarnya. Cuma kalau tak tahu memang rasa macam susah. Tapi kalau dah tahu sambil pejam mata pun boleh masak. 

Apapun di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin buat semua pembaca blog lekatlekit.com

CERITA DI SEBALIK AYAM TANDOORI

CERITA DI SEBALIK AYAM TANDOORI. Petang petang ramadan dok cerita pasal ayam tandoori ni kang ada pulak yang puasa separuh hari katanya. Tak tahan terbayang keenakkan ayam tandoori yang cukup seksi dengan dagingnya kemerah merahan. Dimakan pula bersama roti nan...erkk.. matching ke gabungan tu. Hahaha.. aku pun tak tau sebab dah lama tak menyinggah restoran mamak ni.


Aku nak kata suka sangat makan ayam tandoori entah la aku rasa aku dah lupa rasa dia macam mana cuma yang aku ingat dia kemerah merahan. Last makan pun aku dah tak ingat. Almaklum la memori aku ni tak berapa cukup gigabyte sikit so tak boleh simpan banyak sangat kenangan. Refresh macam mana pun kadang2 tak dapat jugak nak ingat. hahahaha. Tapi setahu aku la aku tak pernah rasa ayam tandoori tu peberet aku kot. hehehehe

Ayam tandoori antara menu yang memang menjadi kegemaran rakyat malaysia pelbagai kaum. Macam - macam persepsi masyarakat terhadap ayam tandoori. Tapi yang paling best cerita couple ni. Ada kena mengena jugak dengan ayam tandoori masa dorang pergi honeymoon kat greece. Nak tau cerita di sebalik ayam tandoori ni meh la baca kat sini >> Cerita di sebalik ayam tandoori. Baca artikel no 7 <<

Setiap orang ada cerita & pendapat yang berbeza tentang ayam tandoori ni. Biasa la citarasa masing masing tak sama. Mungkin ayam tandoori ramai peminat maka subway pun dah adakan menu ayam tandoori sekarang. Kalau kat subway tu teringin jugak nak cuba tapi kalau restoran mamak ni susah sikit la. Hahahaha

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT. Kalau tak simple aku malas nak share sebab kesian bebudak baru belajar masak. Kang berpintal pintal pulak otak depa nak matching bahan bahan masakan. Sebab masak lemak ikan masin versi lekatlekit ni memang kategori campak2 jer maka boleh la aku share dengan hadik hadik yang baru akil baligh nak belajar masak bagi persediaan nak jadi menantu orang nanti. hehehe


Lain orang lain cara masaknya. Jadi dalam versi lekat lekit ni meh kita tengok apa bahan yang di gunakan.. Jangan risau bahan bahan asas buat masak lemak jugak. Antara bahan yang di gunakan bagi merealisasikan masak lemak dalam periuk adalah..

Ikan masin (boleh guna ikan talang tapi aku guna ikan duri sebab tu je yang ada)
Serai
Bawang besar
halia
cili padi
asam keping
santan kotak
Kunyit hidup/serbuk kunyit
Ubi kentang

Bahan kisar
Bawang
serai (ada orang suka ketuk jer tapi aku suka blend halus)
halia
kunyit hidup (kalau guna serbuk kunyit tak payah kisar)
cili padi (yang ni ikut selera. Nak pedas letak lebih. Nak sederhana letak sikit)

Potong ikan masin kemudian rendam lebih kurang setengah jam nak bagi kurang masin. Potong ubi kentang. Lepas tu panaskan minyak.. Tumis bahan kisar & masukkan serbuk kunyit kalau guna serbuk kunyit. kalau guna kunyit hidup dah tak payah tambah serbuk kunyit kang over pulak kuningnya. Biar mendidih sekejab masukkan kentang, kemudian masukkan ikan masin. Masukkan asam keping & serai (kalau serai tu serai ketuk). Biar masak sekejab baru masukkan santan. Lepas tu masukkan santan, masak dalam 10 minit macam tu tutup la api. Pastikan ubi kentang tu dah empuk dulu. Lepas tu letak dalam mangkuk hidangkan je la.

Ni la rupa masak lemak ikan masin lekatlekit. Kuning menawan kelambu katanya hahaha

Dah siap Masak lemak ikan masin atau sesetengah orang panggil gulai lemak. Normally orang guna nenas tapi di sebabkan aku cukup fobia nak makan nenas aku tukar guna kentang. Versi aku ni memang kuah dia pekat sikit. Ada orang suka kuah cair. Apapun tetap sedap di tekak tukang masak katanya. hehehehe

Masak sendiri kat rumah ni memang jimat berbanding membeli belah kat bazar ramadan. Ahad lepas aku tak sempat masak jadi membeli je kat sri damansara. Ada satu pakcik ni jual nasi kandar tapi dia orang melayu la. Aku teliti la lauk2 dia.. Nampak macam best bau pun masih menarik lagi so aku order la satu lauk sotong. Lauk sotong 2 ekor,telur rebus sebiji & 3 biji kacang bendi rebus sekali nak bayar RM13. Nasi kandar memang mahal rupanya. Almaklum la aku memang tak makan restoran mamak sangat so aku tak tau la harga nasi kandar tapi sebungkus nasi RM13 tu memang aku rasa mahal la. Hahaha..

Jadi pada hadik hadik yang dah mula terfikir nak kawen tu.. cuba cuba la belajar masak lemak ikan masin ni yer. Antara hidangan pembuka selera ramai orang. Almaklum la kalau orang melayu ni memang taste depa masakan macam tu la.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com