GAMBAR REPLIKA HAIWAN PRA SEJARAH DI MIMALAND YANG SERAM
GAMBAR REPLIKA HAIWAN PRA SEJARAH DI MIMALAND YANG SERAM. Mimaland.. aku sendiri tak pernah jejak kaki kesitu semasa pusat rekreasi tu masih beroperasi. Almaklum la aku orang kampung nun jauh di kedah sana.. Dulu dengar tempat nama kl ni rasa macam jauh sangat dah. Orang kampung merasa jenjalan kl pun kalau ada buat rombongan je. Tak macam sekarang Kl & kedah.. dah tak rasa jauh sangat. Setakat Kl dah tak ada apa sangat la bagi orang kedah. Tiap2 bulan depa nak mai shopping pun boleh katanya..Gambar Sumber Google |
Mimaland ni kalau yang tak tahu mula di buka pada tahun 1971 & di tutup pada tahun 1994 setelah berlaku kemalangan maut akibat lemas kat situ. yelah situ kat macam taman tema air.. Atas faktor keselamatan ia tutup selama lamanya. Dan sekarang dah jadi tempat yang menyeramkan. Nak2 lagi ada bekas2 tinggalan dia yang masih tak mereput sampai sekarang kan. bayangkan tempat tu dah jadi hutan tapi Replika haiwan2 pra sejarah macam spesis dinasour masih teguh terpacak kat dalam hutan belantara macam tu. Memang la suasana dia nampak menyeramkan. replika haiwan2 tersebut bukan kecik2 anak dik Ooi.. sebesar2 bapak dinasour dia. Ni kalau geng2 paranormal terserampak tengah malam pun mau tercirit jugak la. Suka tak suka kalau terserempak siang2 pun dalam hutan rasanya tak sempat dah nak buat aksi ni >> 5 cara Untuk Cabut Dari Orang Yang Kita Tak Suka Jumpa << confirm kencing berlari punya. hahahaha
Mana taknya kalau dah suasana dia macam dalam gambar kat bawah ni...
Sumber Siakap Keli |
Bila replika patung berbentuk haiwan ni duduk tengah2 hutan macam tu mula la orang nak kaitkan dengan benda mistik. Nasib baik tak dengar pun kaki2 geng khurafat dok buat ritual mistik kat replika haiwan pra sejarah tu. Kalau tak mesti lagi banyak versi cerita seram kat Bekas tapak Mimaland ni. Gamaknya depa pun takut kot. hahahaha
Apapun semua ni peninggalan sejarah bukti kewujudan tempat tu satu ketika dulu. Tapi aku respect jugak la 44 tahun tak mereput dinasor2 tu. Ni betul2 kebal ni.. hehehehe