Showing posts with label jana. Show all posts

7 CARA ANDA BOLEH DAPAT DUIT SECARA ONLINE

7 CARA ANDA BOLEH DAPAT DUIT SECARA ONLINE. Zaman kos sara hidup semakin tinggi.. dengan GST di mana mana.. harga minyak naik, harga makanan naik.. Memang kena kena cari jalan untuk tambah pendapatan. Dengan merungut.. menghentam kerajaan atau mengeluh dari subuh membawa ke subuh memang takkan mengubah apa - apa. Dok tunggu piliharaya akan datang konon nak mengubah pemerintah sekarang yang belum tentu akan bertukar.. Pun takkan mengubah apa - apa. Kita yang kena mengubah cara hidup. Kalau dulu hanya bergantung dengan gaji setiap bulan.. sekarang kita kena bijak mengambil peluang cari extra income.


Orang kata kalau rajin apapun boleh jadi duit. Kalau malas gunung emas depan mata pun mungkin tak beri manafaat apa2. Harap tunggu orang suap.. Memang sampai bila pun hidup mengais. Merungut, merintih.. sampai akhir hayat hidup dengan simpati & belas ehsan orang sedangkan anda masih ada akal & fizikal yang masih berkemampuan untuk berusaha kearah kehidupan yang lebih baik

Dunia sekarang ni duduk rumah sambil tekan tekan keyboard pun ada orang boleh jadi kaya raya sebab dia rajin,kreatif & bijak mengambil peluang. Macam aku.. Ada la jugak sumber pendapatan sesambil duduk rumah jaga anak & jaga rumahtangga ni. Macam - macam benda boleh buat untuk dapat duit.. Tak semestinya kena jadi blogger.. Tak semestinya kena berniaga online. Tak jadi semua tu pun banyak lagi cara anda boleh dapat pendapatan sampingan secara online ni.

Macam - macam peluang untuk menjana pendapatan secara online sekarang.. Antara yang korang boleh cuba buat adalah >> 7 Cara untuk Dapat Duit Lebih secara online << Dalam 7 cara ni kalau tak dapat buat mungkin salah satu yang korang rasa nak senang & berbaloi.. So cubala. Tak cuba memang sampai bila pun korang tak tahu boleh atau tak buat.

Moral of the story.. Kalau ada kemahuan, disitu ada jalan. Kalau tak ada keinginan yang ada cuma seribu alasan.

CARA NAK DAPAT DUIT SAMBIL UPDATE STATUS KAT FB

CARA NAK DAPAT DUIT SAMBIL UPDATE STATUS KAT FB. Sekarang ni orang yang rajin & kreatif susah untuk ada masalah tak ada jalan nak cari duit sebab peluang & jalan cukup banyak. Nak2 zaman internet..  Macam2 benda boleh buat dengan modal atau tanpa modal selagi korang ada access internet. Sambil dok online bergaduh sindir2 status pun boleh buat duit asalkan kreatif.


Betul.. Aku tak tipu. Sambil korang perang2 status kat FB pun boleh relate dengan benda2 yang boleh buat duit. Cuma selama ni sebab korang tak tahu cara & rahsia tu yang korang tak tau macam mana nak buat duit sambil menyindir orang kat media sosial hahahaa (Amaran!! Tak elok di pratikkan) Sebab benda ni dia banyak berkaitan dengan isu2 semasa & kehidupan seharian kita. Bukan sekadar iklan produk semata mata. Dia ada artikel berkenaan tips, tutorial, info & banyak lagi. Korang share sambil borak2 kosong kat facebook pun boleh.

Bukan je korang boleh dapat duit dengan berkongsi sesuatu yang bermanafaat kepada orang lain malah korang sendiri boleh manafaat info yang korang kongsikan. Nak daftar bukan kena bayar pun. Just sign up kemudian share je apa2 kempen yang di berikan.

Punyalah senang.. Korang yang sehari 48 status update setiap setengah jam sekali elok la sign up benda ni. Tak rugi pun. Nak tahu apa benda senang nak buat duit hanya sambil update status kat FB meh la usya2 kat sini >> Kalau anda ada account media sosial seperti FB & twitter Wajib Tengok <<

rezeki kalau tak di cari tak datang macam hujan turun dari langit. Cuba la.. Benda tak susah pun. Pokok pangkal nak dengan tak nak je. tak guna asyik merungut kos sara hidup semakin tinggi tapi tak ada usaha untuk pastikan keperluan kita sentiasa cukup pun tak mengubah apa apa.

BUDAYA MENIPU CLIK IKLAN DI BLOG MASIH BELUM PUPUS RUPANYA

BUDAYA MENIPU CLIK IKLAN DI BLOG MASIH BELUM PUPUS RUPANYA. Perkara yang pernah popular satu ketika dulu ingatkan blogger dah ada kesedaran tentang cara salah untuk meraih clik pada banner iklan nuffnang & iklan special 8share rupanya masih ada yang berani buat segmen secara terbuka macam tu untuk membuat penipuan clik (clik fraud) pada iklan. Aku ingat dah pupus budaya menipu clik ni.. Rupanya wujud lagi. Hahaha. Kalau takde masakan ada yang bangkitkan isu ni kan?


Dulu masa 8share mula2 nak naik.. memang ramai yang dengan beraninya buat penipuan clik dengan cara exchange clik. Penuh je rewards dia delete semua link yang dia post minta orang buat exchange clik. Bukan kata blogger picisan yang kurang follower je yang buat, yang ramai follower & agak popular pun tak terkecuali. Semua sebab duit.. Bila orang persoalkan betul ke cara dia berkongsi iklan tu.. Dia cuma jawab entah. Sebenarnya dia pun tau cara tu salah sebab menipu. Kalau dia tak tau mustahil lepas penuh rewards dia delete link2 yang dia share kat media sosial kan. Supaya security 8share tak dapat detect la tu penipuan dia buat. Bila delete takde bukti penipuan. Tapi tak kemana.. akhirnya account depa tetap kena banned. Takpe la depa tak dapat nak jana pendapatan dengan 8share sebab depa blogger yang banyak job2 luar kan. Apalah sangat kena  banned dengan 8share tu. hehehe

Kalau nak cari pendapatan tambahan melalui media sosial.. Buat la cara yang betul. Menipu ni serius mungkin sebelum di tangkap korang boleh jana banyak tapi bila tertangkap.. peluang nak jana pendapatan dah tak ada. Menipu ni untung yang bersifat sementara je. Aku pun pernah jugak tersilap share iklan 8share kat blog tapi bukan lah niat aku nak menipu cuma aku tak tau cara tu tak boleh. So, account aku masih selamat sebab dalam code of honour 8share tak jelas sangat. Sekarang aku pilih berkongsi secara selamat. Rezeki tu dari Allah.. So, usaha je la.

Pada adik2 yang masih buat aktiviti clik fraud dengan segmen clik iklan macam tu rentikanlah.. Serius! tak untung banyak mana pun. Banyak cara nak dapat duit contoh macam kat Instagram ni. Tak perlu nak share iklan atau letak banner kat blog bagai cuma cuba buat ni jer >> Inilah Cara Paling Mudah Untuk Dapat RM1000 Melalui Instagram Tanpa Perlu Share Iklan << Cubalah mana tau rezeki korang kan? Dari dok menipu clik jer.. Buat apa.

Moral of the story.. Takde benda senang nak dapat duit.. Menipu jugak bukan benda mudah nak buat jadi pilihlah jalan selamat. Ia soal rezeki yang kita nak guna mungkin beli buku untuk belajar, makanan untuk isi perut atau keperluan harian yang perlu kita guna. Jadi renung renungkan selamat beramal... peace no war! hehehe

CARA MUDAH JANA TRAFFIC & DUIT DI BLOG

Blogger yang selalu blog jadi terabai, bersawang, terbiar bagai elok la baca. Yelah.. kadang2 nak update entri tapi takde cerita, takde idea & tak sumber. Aku ni bukan pakar blog apatah lagi layak menjadi icon kepada sesapa cuma aku berkongsi apa yang aku tahu & dapat dengan orang lain. Tak payah rasa benda tu nanti buat rezeki kita terkurang sebab orang dah tahu cara kita mendapat income dari blog sebab Allah dah tentukan rezeki untuk setiap orang. Even kita buat benda yang sama sekalipun.. rezeki kita tak sama. Yang penting usaha, doa & tawakal. Dok merintih jer.. tak menyelesaikan apa2 masalah.

Sumber Google

Nak kata income aku dari blog ni banyak takde la banyak sangat pun. Tapi dari dok online kosong je at least masuk jugak tiap2 bulan. Cukup la menampung perbelanjaan peribadi sendiri. Tak payah nak beli pad pun nak minta suami walau tu memang tanggungjawab laki. Sekurang kurangnya dalam account kita tu sentiasa berduit la jugak dari hasil kita ber online.

Selain review, sewa banner iklan kat blog.. Income yang paling consistent aku dapat setiap bulan adalah 8share. Bagi yang dah kenal 8share maybe anggap 8share cuma sekadar share link iklan dilaman sosial macam Facebook,twitter, G+.. orang clik dapat duit tapi tak pernah terfikir iklan2 8share tu boleh di buat artikel di blog untuk menjana traffic. Bila fikir hanya satu arah memang tak terfikir semua ni..  Kena kreatif la sikit untuk berkongsi iklan 8share. Iklan 8share ni tak semua produk @ service kadang2 berbentuk artikel, info, berita.. Benda2 macam tu kita boleh olah jadikan satu artikel di blog. 2 dalam satu. Kita boleh berkongsi link iklan untuk menjana pendapatan & kita boleh berkongsi info untuk menarik traffic ke blog.

Itulah cara aku.. Setakat ni aku rasa dengan buat artikel dari iklan 8share di blog lebih senang untuk mendapat clik & menjana earning. Pokok pangkal kalau kau pemalas.. memang takkan ada hasil la. Malas bukan meliputi malas buat kerja jer.. malas fikir pun faktor jugak. Asyik nak tunggu orang suap idea jer.. sampai bila? Asyik nak cedok idea orang jer.. lama2 otak pun boleh berkarat. Menulis ni kerja bukan menaip jer.. Malah kena berfikir jugak.

Jadi yang belum sign up dengan 8share boleh sign up kat sini >> Buat Duit Dengan 8share <<
Yang tak reti macam mana nak berkongsi iklan 8share boleh tengok tutorial kat sini >> Tutorial kongsi iklan 8share <<

Moral of the story... Aku dah bagi jalan untuk korang buat selebihnya pandai pandai hangpa nak buat entri kreatif dengan iklan 8share. Man Jadda Wajadda.. tu pepatah arab bermaksud siapa berusaha pasti berjaya.

8SHARE BUKAN SEKADAR DUIT ADA RAHSIA LAIN TERSEMBUNYI

Bunyi macam serius jer kan? Rahsia apa pulak ni? 8share ada buat apa2 yang tak betul ke? Atau 8share menyimpan satu misteri di sebalik iklan2 yang ada dalam 8share? Apa yang rahsia sangat ni? Mesti ramai tertanya tanya & nak tahu kan??


Sumber google

Aku ni kategori 8sharer tegar jugak la sebab 8share la paling banyak menyumbang rezeki pada aku kat blog & laman sosial. bIla dah lama terjebak dengan 8share maka banyak perkara yang aku tahu yang maybe korang tak tahu. Sebab aku rasa apa yang aku tahu aku harus bagitahu.. demi kebaikkan semua. Tak baik pulak aku rasa kalau menyembunyikan perkara ni dari pengetahuan orang lain.

Selain 8share mampu memberi pendapat sampingan dari clik yang kita dapat dari iklan yang kita share, sebenarnya 8share banyak lagi benda menarik selain duit. Tu ramai yang tak tahu. 8share bukan saja untuk kumpul earning (duit), malah boleh kumpul point (Bonus Point) yang boleh kita redeem dengan banyak barang yang menarik di tawarkan 8share. Aku pernah redeem T-shirt dari BP yang aku kumpul. Selain BP, ada kumpul chances dimana korang berpeluang menang hadiah2 yang memang gempak. Ada iPhone, iPad, Shopping voucher, voucher makanan & banyak lagi. Aku pernah menang RM30 untuk 8share.. #sharelah kat IG. Sekarang aku tengah kumpul chances untuk menang Samsung Galaxy, Macbook Air & Nandos Voucher. (kalau sudi support clik lah yer) Tak kisah dapat atau tak.. Yang penting kena cuba, mana tau ada rezeki.

Ni contoh iklan untuk kumpul chances. Di kira berdasarkan clik jugak

Tak semestinya anda seorang blogger baru boleh join 8share, sapa2 pun boleh join kalau ada account laman sosial macam FB,twitter,G+.. Yang penting korang kena kreatif bila berkongsi iklan 8share. Tips dari aku senang jer.. tengok dulu kandungan iklan sebelum share & cari sesuatu yang menarik dalam iklan tu untuk di jadikan caption yang attractive. Jangan main share jer... tak tengok langsung kandungan iklan tu. Tu punca korang susah nak dapat clik.

Kalau minat nak join 8share boleh refer entri ni sebab aku dah buat tutorial bergambar untuk memudahkan korang faham cara untuk dapat earning dengan iklan 8share >> Tutorial sign up & share iklan 8share <<

Rezeki Allah ni ada kat mana2.. usaha & doa, Insya Allah ada rezeki untuk kita. Jangan putus asa.. kena ingat takde semudah goyang kaki untuk dapat duit. Yang penting 8sharer jangan spam link iklan kat inbox orang, fanpage orang,komen blog orang. Kongsi di account sosial milik kita sahaja sebab kalau 8share detect korang spamming account korang kena suspend & earning korang akan di reset kepada RM0.00. Rugi kan kalau jadi macam tu?


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com