Showing posts with label jerung. Show all posts

GADIS BERENANG BERSAMA JERUNG DI MALAYSIA

GADIS BERENANG BERSAMA JERUNG DI MALAYSIA. Kau berani?? Berenang dengan ikan kembung pun kau geli.. Ada hati nak berenang dengan ikan jerung katanya. Ikan berenang2 kat kaki pun kau rasa macam nak mati tak payah cuba2 la nak berenang dengan jerung. Tapi kalau yang berani nak berenang bersama jerung... Meh baca kat sini.

Sumber Google

Aku kalau aktiviti extreme macam ni maaf la belum cukup kental. Setakat layan filem seram tengah malam aku no hal la.. Tapi nak face by face dengan jerung dalam air memang aku tak confident jerung tu ada perikejerungan dengan aku. Selalu aku makan ikan.. tak sanggup bayangkan ikan makan aku pulak. Ngeri Oo... hahahaha.

malaysia memang takde jerung.. So, laut2 kat Malaysia ni kategori selamat dari jerung la. Tapi kalau korang teringin sangat nak buat aktiviti yang extreme berenang dengan jerung boleh jer. Ingat Malaysia takde jerung ke? Ada... Nak baca cerita seorang gadis yang berenang bersama jerung maybe korang pun boleh try aktiviti ni kat Malaysia meh baca kat sini >> Gadis cerita pengalaman Berdepan dengan Jerung Di Malaysia <<

Ni la masanya bagi mereka yang suka mencabar diri nak buat aktiviti yang betul2 mencabar keberanian. kadang2 tak bahaya cuma ketakutan buat kita tak boleh atasinya. sangat penting mindset.. Ajal maut ketentuan Allah. tapi aku cakap je la... Suruh aku try memang aku termenung 100 hari 99 malam dulu baru aku boleh buat keputusan. Tu pun keputusan belum tentu aku nak buat. hahahaha

Moral of the story...  kalau rasa pengkid sangat try la hahahaha

PARUT JERAWAT PUDAR & HILANG DALAM MASA SEMINGGU

Last week telah berlangsung lagi acara merembat barang lepas bayar di guardian.. tak habis2 dengan dengan guardian kan aku. Gamaknya kalau muka lawa ni boleh apply jadi duta guardian. Nasib baik muka aku menyeramkan... layak jadi hantu kat rumah hantu di funfair jer katanya...

Aku hanya layak jadi model hantu funfair jer.. sumber google sekadar hiasan

Dalam acara merembat lepas bayar minggu lepas ada 2 barang aku beli tapi satu barang je aku nak share dengan korang. Yang silky make up remover gel tu.. Ok ja. Fungsi nak nyah kan make up2 kat muka. Tapi yang aku nak cerita ni produk Palmers. Aku beli yang trial pack skin therapy oil. Dalam trial pack tu ada cocoa butter formula with vitamin E.. untuk merawat parut, stretch marks, kulit kering,kulit rosak, tona kulit tak sekata, penuaan kulit.  Dan percuma satu scar serum yang fungsi dia jugak untuk menghilangkan parut. Bestnya produk ni boleh guna seluruh badan.. tapi aku guna untuk muka & tangan jer..

Set Trial pack

Selepas seminggu.. Yup hasilnya sangat memuaskan.. banyak parut2 hitam bekas jerawat kat muka pudar & ada yang dah hilang. Dalam masa seminggu bagi aku memang best rasa nak jadi pom pom girl bersorak riang riang di aidilfitri jugak la. Scar serum ni dia ada bau ikan sikit sebab salah satu formula dia guna minyak hati ikan jerung. Tapi takde la kuat sangat.. Tapi lepas blend dengan cocoa butter formula oil.. bau dia totaly hilang. Yelah.. ikan kena goreng dalam minyak kelapa kan.. hilang terus bau ikan katanya.

scar serum ni memang dalam trial pack dia separuh botol je tapi ni aku dah guna. Dah kurang sikit

Cara pemakaian dia senang.. cara aku pakai. Memula sapu scar serum kat parut2 lepas tu baru sapu cocoa butter oil tu. Kalau kat muka aku sapu jer seluruh muka. Kalau kat tangan pun aku sapu seluruh tangan. Selepas tu kalau hangpa ada pakai cream apa2 baru sapu. Di rekemen pakai masa kat rumah jer.. Bagi yang bekerja pakai waktu malam. Bagi Queen macam aku dok kat rumah.. di rekemen pakai 3 kali sehari. Kalau pakai daycream & night cream macam aku.. pakai dulu scar serum & oil tu baru pakai cream. Memang nampak berminyak la sebab pakai minyak kan. Tapi waktu malam aku pakai.. esok pagi bangun memang minyak tu kering.. tak berminyak muka rasa fresh jer.

cocoa oil ni banyak, Seminggu guna pun tak luak. guna untuk muka & tangan. Almaklum la Oil kan.. tak boleh sapu banyak2 kang jadi orang minyak katanya.. hahaha

Harga trial pack ni cuma RM26++.. Berbanding dengan produk scar sebelum ni aku beli Garden of eden. Bukan tak bagus tapi tak sampai sebulan dah abis serum dia. Yelah botol kecik jer. Tapi memang bagus. Jerawat cepat kecut. Harga Garden of eden untuk acne & scar tu masa aku beli tengah offer dalam RM30.. sekarang harga dia dah normal dalam RM35. Elok jugak buat stock kat rumah.. sebab kekadang jerawat gatal ni sekali sekali dia muncul jugak.

Sekarang aku pilih produk yang jual kat farmasi jer.. atau produk2 yang senang aku nak beli kat luar macam kat guardian. Sapa kata tak bagus. Ok jer... Lagipun terjamin keselematan & kehalalannya. So yang ada masalah parut tak kira parut jerawat atau parut kena rotan dengan mak sebab degil mahupun parut kudis sebab suka main dalam hutan.. boleh try produk ni. Ini bukan review berbayar yer.. tapi ini review produk aku rembat lepas bayar. Beli sendiri ok!

P/S : aku masih setia dengan cream bio essence ok (tanaka white double whitening night cream & snail smooth & repair cream yang aku guna siang) cuma produk scar ni nak mempercepatkan proses menyahkan scar2.. almaklum la samseng banyak parut katanya. hehehehe. Yang jerawat tumbuh bagai di baja sebenarnya aku tukar planning pill effect sementara dia nak serasi kot. Bulan pertama jer.. sekarang dah ok.


INILAH PERSAMAAN FARAJ WANITA DENGAN IKAN JERUNG

Amboi tajuk entri hari ni agak 18sx tapi sebab ia salah ilmu & info yang best nak di share dengan semua yang mungkin tak tahu jadi aku konkritkan muka jugak la tulis entri ni. Hahahaha... Keras kejung jadinya muka aku kena konkrit kan agar tak nampak apa2 perasaan tak malu. katanya

Aku memang suka baca portal Ladylista sebab banyak info best.. Kalau yang terbest sangat tahap melampau tu aku boleh share pulak kat blog aku secara berhemah.. Ops jangan fitnah yer.. Aku memang mendapatkan keizinan untuk mengambil artikel dari ladylista dengan syarat2 yang tertentu. Ini adalah perjanjian kerjasama yang pernah di buat dulu.

Ok ok.. berbalik pada tajuk entri.. Mesti ramai nak tahu apakah persamaan faraj wanita & ikan jerung.. Menurut sumber dari ladylista Wanita dan Ikan Jerung, mempunyai jenis minyak pelincir yang sama. Erkk lepas ni mesti orang buat minyak pelincir dari ikan jerung pulak.. ke memang dah ada! Aiyo.. malu tau cakap camni. hahahahaha

Tu salah satu info yang terdapat dalam artikel 10 perkara Anda tidak tahu tentang faraj. Yang mana masih tak tahu boleh la baca. Lelaki perempuan boleh je baca.. Bukan sebab nak meransang nafsu serakah tapi untuk dapat ilmu. Amboi hangpa cakap benda dalam spender jer terus terbayang romen2 bagai kan...Cuba sekat nafsu serakah supaya tak terlebih imaginasi bila sebut pasal kemaluan ni.


Tapi mesti korang tak tahu kan.. maksud perkataan Vagina dalam bahasa latin adalah sarung pedang. Ok bai! hahahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com