Showing posts with label siasatan. Show all posts

BILA JAWI NAK SIASAT ORANG PELUK CIUM KAT TV HARI HARI?

Aku bukan menyokong tindakkan gadis2 bertudung yang merelakan diri mereka di peluk cium artis KPOP yang menjadi viral sejak semalam. Yang salah aku sendiri tak berani nak cipta alasan untuk membetulkannya tapi yang aku nak kupas kupis dalam entri adalah sikap yang aku rasa berat sebelah dari pihak JAWI ni.

Sumber Harian Metro

Sebab kes bebudak bertudung tu jadi Viral maka JAWI pun mula nak buka kertas siasatan berhubung perkara tersebut walhal sejak dari zaman TV hitam putih kita boleh nampak hari hari ada orang peluk cium even dengan alasan sekadar berlakon tapi adalah lakonan menghalalkan perbuatan mereka?

Atas alasan obses je ke mereka di kenakan tindakkan? Macam mana atas alasan kerja macam pelakon? Kalau jadi halal kenapa GRO kena tangkap? Depa pun bermesra dengan pelanggan atas alasan kerja? jadi.. sangat berat sebelah tindakkan JAWI ni -sumber harian metro-

Adakah menjadi kesalahan undang2 kalau artis peluk cium peminat tapi tak menjadi satu kesalahan bila artis peluk cium artis dalam drama atau filem? Yang terbaru kes ifa raziah di kecam dalam persembahannya dalam satu rancangan hiburan bersama seorang pelakon lelaki.. JAWI tak rasa nak buka kertas siasatan jugak ke kes tu?

Tak salah memberi teguran atau mengenakan hukuman atas kesalahan mereka tu tapi jangan hanya undang2 di ambil untuk sebelah pihak jer.. Nanti orang pun jadi confuse. Undang2 Islam hanya Valid kat orang awam je ke?.. kalau retis buat atas dasar kerja jadi tak salah? gitu ke??

P/S : ahkak2 jumpa nuar zain pun berpeluk cium sakan inikan ahdik2 jumpa retis kpop.. Apapun jadikan pengajaran itulah padah bila terlalu fanatik & obses.

PENYEBAR GAMBAR 8 BUDAK SUSPEK ROGOL BAKAL DI SAMAN

Mesti korang ingat lagi kan kes sorang budak perempuan 12 tahun yang mula2 keluar paper kononnya dia sanggup tipu family dia untuk keluar layan nafsu 8 budak lelaki kat surau padahal cerita sebenarnya budak tu di paksa layan 8 budak lelaki kat sebuah rumah kosong.. selepas selesai di rogol dia singgah kat surau berdekatan untuk cuci pakaian dia. Kesian kan.. dah la kena rogol kena tuduh pulak bukan2. Sepatutnya keluarga budak perempuan ni boleh saman malu pihak akhbar yang sebarkan cerita fitnah macam tu.


Tapi tak dengar pun pihak budak perempuan tu nak saman.. Alih2 yang dengar nak saman keluarga 8 budak lelaki suspek rogol budak perempuan tu sebab gambar anak mereka dah tersebar kat internet & akhbar katanya sedangkan kesemua suspek masih dalam siasatan & perbicaraan belum pun di jalankan. Nak saman malu kononnya mengaibkan maruah keluarga mereka.

Sumber Sinar Harian

Betul la tu.. baru suspek kan.. Belum terbukti bersalah. Tindakkan menyebarkan gambar2 mereka memang la bagi kesan pada keluarga2 suspek. Tapi kalau betul suspek2 tu buat.. lambat laung orang akan tahu jugak. Sama je dapat malu. Beza malu sekarang & malu akan datang. Den tak pertikaikan pasal saman malu tu.. Tapi bagi den perbuatan budak2 tu dah pun memalukan keluarga masing2. Tapi salah mereka2 yang menyebar gambar budak2 tu sebelum di buktikan bersalah oleh mahkamah pun tetap jugak salah. Jadi masing2 ada kesalahan masing2 jadi masing2 tanggunglah yer... Samada suspek rogol mahupun yang sebar muka suspek2 rogol tu.

Nak buat apa pun kalau fikir guna akal.. fikir banyak kali sikit sebelum clik publish @ post Insya Allah.. tindakkan kita tak memudaratkan diri sangat. Jadi sama2 la kita beringat termasuk diri sendiri. Jangan rating di kejar.. sakit yang dapat sudah.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com