CLEAR DERMAROLLER BANTU SERAP SKINCARE YANG ANDA GUNA DENGAN LEBIH CEPAT
CLEAR DERMAROLLER BANTU SERAP SKINCARE YANG ANDA GUNA DENGAN LEBIH CEPAT. Ada yang tahu kewujudan gadget kecantikan ni & ada yang masih tak pernah dengar benda alah ni. Saya sebelum ni pun tak pernah tahu & ambil tahu sangat pasal dermaroller ni sebab saya tak suka jarum katanya. Hahahaha.. Tapi bila di beri peluang mencuba gadget kecantikan ni baru saya tau akan kehadirannya dalam dunia kecantikan manusia.Mula mula di tawarkan dermaroller ni.. Bila saya google info dia serius saya cuak nak cuba. Gila kau nak cucuk cucuk muka dengan jarum. Ada saya tengok sampai berdarah. So saya bagitahu la saya takut nak cuba benda benda macam ni. Saya tak berani nak roll muka dengan jarum jarum halus sampai berdarah tu. Tapi bila di terangkan baru saya faham. So saya minta
Sebenarnya Dermaroller ni ada beberapa size jarum mengikut fungsi dia. Ada 3 size jarum iatu (rujuk pada gambar)
Saya kalau berurusan dengan jarum ni memang seriau sikit so saya pilih yang paling kecik la size 0.22mm. Lebih kepada untuk menyerap skincare tapi membantu juga untuk masalah ringan kat kulit macam parut parut hitam bekas jerawat tu. Maybe sebab dia membantu penyerapan skincare lebih cepat ke dalam kulit.. Sekaligus benda tu membantu juga skincare tu untuk merawat masalah kulit kita.
Add caption |
Pengalaman pertama kali nak roll jejarum halus (dermaroller) tu kat muka.. Allahu.. Mengucap dua kalimah syahadah juga la. Sebab macam den kata.. den ni seriau dengan objek bernama jarum. Selepas buat step bersihkan muka tu.. Roll pelan pelan. Jangan tekan kuat sangat dermaroller kat muka.. just roll ringan ringan ke seluruh muka. Lepas dah gelek muka dengan dermaroller tu korang akan rasa pedih sikit sikit la tapi tak la sakit macam kena injection tu. Alah rasa macam main cubit cubit manja dengan kekasih hati je. Lepas Roll tu muka akan jadi merah merah umairah sikit. Rekemen pakai serum dulu sebelum roll.
Untuk redakan rasa pedih & kemerah merahan Umairah katanya... Saya sapu Aloe Vera Gel. Sebab Aloe Vera Gel tu sejuk.. Benda sejuk ni dapat la kurangkan rasa pedih & kemerahan pada kulit. Alah guna cap guardian punya aloe vera gel je.
Tapi kalau ada jerawat tengah aktif tak di galakkan untuk guna dermaroller ni. Nak nak lagi jerawat yang banyak. Setakat sebiji dua.. Boleh la. Tu pun kat tempat jerawat tu kena elak dari kena roller takut bakteria jerawat tu merebak kat bahagian kulit lain. Dari sebiji jadi sepohon kayu daunya rimbun.. lebat bunganya serta buahnya pulak.
Nak nampak hasil positif try guna sekurang kurangnya 3 - 4 kali. Tapi jangan la dok gelek muka hangpa tiap tiap hari. Memadai seminggu sekali sudah. Saya rasa lebih elok buat kalau anda tidak merancang untuk keluar sebab takut sunburn pulak. Kalau lepas roll muka tetiba ada emergency yang memerlukan anda keluar.. Make sure pakai sunblock atau sunscreen ok!
Selepas tu hangpa akan dapat rasa.. skincare yang hangpa guna cepat sikit memberi kesan positif pada kulit hangpa berbanding tak guna dermaroller ni. Saya sendiri lepas roll muka dengan dermaroller ni esok tu.. akan rasa kulit lebih halus & cerah (bukan putih yer) sedikit. Make sure skincare yang hangpa guna memang menepati & bersesuaian dengan keperluan kulit hangpa la. Saya tak rekemen sangat produk yang baru hangpa nak try & error guna bersaman dermaroller ni. Sebab tak tau produk tu samada serasi atau tak. Guna dulu kalau nampak serasi & tak bagi kesan buruk.. Baru buat dengan dermaroller ok!
Cuma yang rajin je di rekemen untuk beli & guna clear dermaroller ni. Yang rasa rasa diri tu pemalas.. Nak sapu moisturizer kat muka sebulan sekali pun payah. Cuci muka pun kadang kadang dengan sabun mandi masa mandi jer.. Tak payah la. Takut membazir je bila kau beli. Sebab nak guna dermaroller ni agak rumit penjagaan dia sebab dia kena betul betul hygine dari alat yang nak guna sampai la kulit kita yang kita nak golek golek dermaroller nanti. Kalau tak hygine takut bakteria atau kotoran yang melekat pada gadget & muka kita tu bagi kesan tak baik pulak kan.. yelah.. bila roll muka dengan dermaroller dia mempercepatkan sesuatu yang kita sapu kat muka kita meresap ke dalam kulit. Ni bahaya juga bagi yang guna kosmetik beracun tapi orang yang guna kosmetik beracun dia percaya produk dia guna selamat. Jadi nasihat saya.. Nak selamat guna produk farmasi @ drugstore la. Yang jual jual kat online berhati hati..
Cara penjagaan & cara penggunaan Clear dermaroller |
Size dermaroller pilih mengikut masalah kulit & ikut keberanian hangpa juga. Macam saya.. sebab baru nak try haritu saya memang agak cuak so saya minta yang paling tak sakit jarum dia. Tapi benda tu korang boleh dapat consultant dari pihak pengedar yang sah. Dia boleh advise yang mana korang perlu guna.
Clear dermaroller ni bukan macam sudu yer boleh share share dengan orang lain. 1 dermaroller ni memang boleh di gunakan untuk seorang sahaja & tidak boleh di kongsikan. Dia macam jarum suntikan jugak la kan.. Cuma jarum suntikan lepas suntik terus buang tak boleh cuci & recycle semula. Macam Clear dermaroller ni.. Kita lepas guna boleh cuci & simpan. Lepas tu boleh di gunakan semula. Takde la lepas pakai kena buang. Bankrup tokei balak kalau macam tu. Ye dak??
Masa saya dok menayang clear dermaroller kat Facebook ramai dok tanya.. mana nak beli. Berapa harga bagai. Kalau korang berminat nak cuba boleh hubungi melalui platform media sosial dia bawah yer. Segala detail berkaitan produk boleh refer kepada pengedarnya terus.. Saya cuma blogger yang berkongsi pengalaman guna & sedikit info berkaitan produk sahaja.. Selebihnya serah pada mereka yang lebih arif untuk memberi penerangan terperinci berkaitan produk ni.
☻Instagram: @clear.dermaroller
✎Facebook: Clear Dermaroller
❧Twitter: DermarollerMY