Showing posts with label kepala. Show all posts

TANDA TANDA AWAL SERANGAN STROKE

TANDA TANDA AWAL SERANGAN STROKE. Di sebab Mak mertua aku baru je terkena serangan stroke dua hari lepas jadi terfikir juga aku nak tahu punca & apa tanda tanda awal sebelum berlaku serangan stroke ni. Yang dah kena mungkin mencari kaedah merawat tapi bagi kita yang belum terkena of course kena alert dengan tanda tanda awal sebelum berlakunya serangan stroke. 


Sebagai pengenalan.. serangan stroke ni berlaku adalah serangan yang berlaku pada otak yang terjadi secara mendadak akibat tersumbat atau pecahnya pembuluh darah otak. Dengan kata lain penyakit stroke ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan pembuluh darah otak (serebrovaskuler) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral). Keadaan ini disebabkan berlakunya penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak sehingga darah dan oksigen ke otak berkurang justeru menyebabkan berlakunya reaksi biokimia yang akan merosakkan atau mematikan sel-sel saraf otak.

Tu lah yang berlaku kepada ibu mertua ku.. semasa scan di jalankan doktor mendapati ada pendarahan dalam kepala di sebabkan oleh ada salur darah yang pecah & menyebabkan dia terkena serangan stroke ringan (mild stroke). 

Penyakit stroke banyak di hidapi mereka yang dah lanjut usia tapi jangan rasa hangpa muda lagi takkan terkena stroke sebab ada juga orang muda kena serangan stroke ni. Semuanya berpunca dari kerana tidak menjaga kesihatan diri dengan baik.

Penting untuk kita tahu tanda awal serangan stroke ni.. mungkin dengan tahu tanda tanda awal mampu mengurangkan risiko..

Antara tanda tanda awal serangan stroke adalah..

• Rasa kebas atau kehilangan rasa pada muka, tangan atau kaki, terutama pada satu bahagian tubuh saja.
• Rasa bingung yang mendadak, sukar bertutur dan susah difahami pertuturannya.
• Sebelah mata atau kedua mata kabur secara mendadak.
• Sukar berjalan secara tiba-tiba, terhuyung-hayang serta hilang keseimbangan badan
• Pening kepala dengan teruk secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.

Selain itu juga harus dijelaskan juga, kemungkinan adanya tanda-tanda lain yang boleh terjadi yang perlu kita berwaspada:

• Rasa mual, panas dan sering muntah-muntah
• Pengsan secara tiba-tiba ataupun tak sedarkan

Penting selalu menjalani pemeriksaan kesihatan terutama tekanan darah.. Jangan ingat selama ni kita tak pernah ada penyakit kita mustahil menghidapi sebarang penyakit. Macam mak mertua aku ni.. Bila dia mengadu sakit kepala atau pening aku selalu tanya dia.. ada pergi buat check tekanan darah. Sampai sudah dia asyik cakap dia tak ada penyakit darah tinggi atau apa2.. Orang tua bila nak suruh pergi klinik atau hospital memang la susah nak2 lagi yang confident dia tak ada sebarang penyakit ni. lebih2 lagi kalau yang masih boleh bekerja.. berjalan.. & buat apa2 aktiviti ni. Bila sampai terjelopok jatuh macam tu.. Barulah tahu apa yang berlaku di sebalik yang dia rasa dia tak ada penyakit tu. Tekanan darah dia masa kat emergency haritu sangat tinggi sehingga menyebabkan ada salur darah yang pecah dalam kepala. Sampai semalam pun tekanan darah dia masih belum stabil. Cuma hari ni tak sempat nak pergi jenguk lagi.. 

Jadi yang mana masih ada mak ayah tak kira mertua ke mak bapak sendiri.. Sila la bawa mereka buat pemeriksaan kesihatan setiap bulan kerana yang lanjut usia ni memang berisiko terkena serangan stroke. Aku tadi pun siap call mak aku kat kampung & pesan selalu pergi buat pemeriksaan tekanan darah. Nasib baik mak aku kalau ada apa2 dia rasa lain dia senang pergi buat check up. Tak payah nak paksa dia sendiri minta tolong bawakan dia ke klinik.

Selain pemeriksaan kesihatan.. Ni sebenarnya paling penting adalah mengambil makanan yang seimbang. Kebanyakkan penyakit berpunca dari faktor pemakanan yang tidak sihat seperti makanan macam ni >> Penggemar Burger ni Adalah Mereka yang mengamalkan cara pemakan tidak sihat. 2.Am pun masih nak ambil makanan berkolestrol tinggi. << hahahaha << Ingat! Yang sedap memang kebanyakkan adalah makan tidak tidak & tidak boleh di ambil selalu. 

Moral of the story.. Memang ajal maut Allah yang tentukan tapi sebagai manusia bernyawa kita wajib menjaga kesihatan diri.

VIDEO AHLI SILAP MATA TERPOTONG KEPALA ISTERI SEMASA BUAT PERSEMBAHAN

VIDEO AHLI SILAP MATA TERPOTONG KEPALA ISTERI SEMASA BUAT PERSEMBAHAN. Inilah silap mata paling ngeri aku pernah tengok rasanya. mana tak ngerinya kalau dah sampai ada yang mati terpotong kepala. Dah tak silap mata sangat la tapi silap magician tu bila trick dia tak jadi. Tu la bahayanya sebuah persembahan silap mata kalau melibatkan benda2 tajam & aksi bahaya ni

Sumber Google. Sekadar hiasan

Mungkin ramai dah pernah tengok video ni & tak mustahil ada yang tak tahu kisah seorang ahli silap mata yang terpotong kepala seorang pembantunya merangkap Isteri dia yang baru di kahwini 3 bulan dalam satu persembahan silap mata. memang ngeri giler.. Korang tonton sendiri kat video ni


Silap mata cuma satu trick jer.. Bukan ada kuasa luar biasa apa2 pun. Jadi kalau tersilap langkah memang boleh mengakibatkan kecederaan & kematian. Sebab tu Perancangan kena buat betul2 agar semasa persembahan kesilapan macam ni tak berlaku. Semasa persembahan berlangsung ahli silap mata memang tak sempat nak periksa dah kedudukkan orang2 yang menjadi model silap mata dia dalam keadaan selamat ke tidak. yang di fikir semuanya berjalan seperti yang di rancang. Bila berlaku kesilapan kecil pun tak mustahil akan menyebabkan kemalangan ngeri macam ni.

Bukan mudah nak jadi ahli silap mata profesional ni. Kita yang nak buat magic amatur pun tak lepas lagi jangan cuba2 la nak buat silap mata tahap profesional macam ni. Yang pro pun boleh terbuat silap. Kalau korang nak tengok trick yang selalu ahli silap mata buat meh tengok kat sini >> Juara Silap Mata Dunia Bongkar Trick Magic paling senang & mudah <<

Moral of the story.. Nak buat sesuatu pastikan kita mempunyai kepakaran dalam perkara atau bidang tersebut. Faktor keselamatan adalah paling penting untuk elakkan sebarang kejadian tak di ingini berlaku. Kalau rasa tak pandai nak buat magic tapi nak jugak buat magic.. kau buat magic sorok syiling belakang telinga je la. Paling2 pun syiling tu jatuh & hilang je. Jangan cuba2 nak buat magic potong memotong macam dalam video tu walau model kau guna seekor cicak sekalipun.

PENGALAMAN SERAM DI APARTMENT BERHANTU NOMBOR 13A

Malam Jumaat dah malam ni kan? Sekejab jer.. Rasa baru semalam malam Jumaat. Bagus la mana2 melakukan amalan2 yang menambah pahala tu. tak payah la dok update status2 gersang malam Jumaat, tak berapa lawak sangat dah. Ok untuk malam Jumaat kali ni segmen seram serik lekat lekit nak share satu kisah seram yang berlaku di sebuat apartment bernombor 13A... erkk... apsal nombor rumah sama jer dengan nombor rumah aku ni?

 Sumber Google. Sekadar hiasan

Alkisah seorang graduan yang baru memulakan kerjayanya sebagai penulis di sebuah syarikat akhbar tempatan. Semuanya bermula bila dia menyewa sebuah rumah di apartment yang berdekatan dengan tempat kerja dia. Apartment tu bukan takat dekat dengan tempat kerja, malah sewa pun murah dah tu kategori fully furniture. Bawak diri je katanya masuk rumah tu. Musykil sekali lagi sebab owner umah dia sewa tu pun sama dengan owner rumah aku sewa sekarang. Hahahahah kebetulan pulak. jangan rumah di maksudkan tu rumah aku sudah sebab aku pun duduk apartment murah jugak. hahahaha

Memula tinggal kat situ ok la.. takde apa yang pelik atau seram yang berlaku sehinggalah pada satu malam yang sepi.. pak mat jual topi.. topi mak koyak.. pak jual tempoyak... hehehehe.. saja je nak flashback kalau zaman kanak kanak rebina. Ok.. ok.. berbalik pada cerita pasa satu malam tu.. Masa dia sedang buat kerja kat ruang tamu rumah dia tiba2 terdengar dentuman kuat pintu rumah dia. Time tu dah pukul 2.30 pagi. Patut la pun.. time hantu lepak2 dah tu dia pulak dok guna ruang tamu mana tak hangin kan? kekekkee...  Dia buat tak tau jer lepas bunyi hentakkan kuat pintu tiba2 kipas pula berhenti. Time tu dia mula cuak dah. Apa lagi terkumat kamit la mulut dia baca ayat2 Al quran sebagai pendinding. Alhamdulillah lepas tu keadaan kembali tenang & dia teruskan kerja.

Lepas tu dia pun masuk ke bilik nak tidur tapi malam tu dia rasa macam lain macam sangat. Seolah2 ada benda yang hempap badan dia masa tidur & terasa macam panas sangat. Tiba2 jer kaki dia tersentap buat dia terbangun dari tidur. Selepas terbangun terdengar pulak suara tangisan seorang wanita yang sayup sayup jer... seolah2 meminta tolong. Dalam takut2 tu dia cuba jugak cari suara tangisan tu di ruang tamu rumah.

Kalaulah organ dalaman badan tu macam organ kereta rasa luruh habis atas lantai bila tetiba apa yang dia nampak di ruang tamu rumah adalah sesuatu yang tak pernah di harap untuk dia tengok, Kelu, kaku jadinya bila dia melihat susuk seorang wanita dengan wajah yang menyeramkan. Matanya terjojol keluar bersama titisan darah yang keluar dari lubang biji mata, lidah terjelir panjang & kepalanya bengkon seperti orang patah leher. Dengan kuku tajam, siap ada ulat yang keluardari setiap tubuhnya.. Tiba2 tangisan sayu tadi bertukar jadi ngilaian kuat yang menakutkan. Lembaga tu katanya menerkam & terus mencekik dia. Dia dok fikir mati jer tapi tetap terus membaca ayat2 Kursi. Lembaga tu terkesan dengan bacaan ayat Qursi menjerit kesakitan terus lepaskan leher dia & hilang.

sebab badan dia terlalu lemah dia pengsan kat situ jugak. Sedar2 pagi tu tengok badan dia penuh dengan kesan cakar serta lebam di leher. Sebab tak sihat dia call kawan dia bagitau. Kawan baik yang prihatin mesti la datang melawat. Bila sampai ke kawasan rumahnya, kawan dia jadi lain macam tapi tak cerita kenapa sehingga mereka beredar dari kawasan rumah dia. Lepas dah lepak kat satu restoran ni baru kawan dia cerita yang rumah dia tu rumah berhantu. Katanya pernah jadi kejadian bunuh. Seorang graduan katanya bergaduh dengan boipren dia.. kemudian dia di rogol & di bunuh. Lepas tu di gantung kat tengah2 ruang tamu rumah seolah2 macam mati bunuh diri.

Lepas dengar je cerita kawan dia.. tak tunggu lama la kat rumah tu. Terus dia pindah kerumah kawan dia. Gila kau! Tempat orang mati di bunuh memang tempat yang jin & syaitan suka bukan sebab orang mati tu jadi hantu membalas dendam yer. Jadi betulkan pemahaman. Sebab tu dalam setiap cerita seram yang aku share kat blog ni aku sentiasa ingatkan benda tu. aku tak nak ada sesiapa salah faham yang boleh memesongkan akidah pulak.

Moral of the story... Pentingnya masuk rumah baru tak kiralah baru siap atau kita baru nak duduk buat tahlil atau bacaan yasin. Kita tak tahu siapa yang tinggal sebelum kita masuk. Rumah yang 3 hari kosong tanpa penghuni pun dah datang penumpang tak bayar sewa apatah lagi kalau rumah yang kosong sudah sekian lama.

RAMBUT PECAH MINYAK BILA PANAS

Ni apa kes rambut pecah minyak bagai. Black magic ke hapa ni?? Macam mana rupa rambut pecah minyak tu maybe mungkin ada yang tak berapa paham kan?? Kejadian apakah rambut pecah minyak ni. Ok ok... jangan la konpius teruk2 sangat... Saja jer aku guna istilah pecah minyak tu sebab kalau kita masak.. tumis cili kisar tu nak tau cili tu dah masak ke belum kena tunggu sampai dia pecah minyak. Nak bagi pecah minyak memang kena panaskan, ye dak?? bila panas baru terhasil kejadian pecah minyak. Tu jer... hahahaha

Korang ada pernah tak alami atau sedang alami masalah rambut berminyak? Mesti rimas kan? Baru jer lepas syampoo kering jer rambut terus berminyak. Minyak pulak bukan sikit2.. dah rasa macam pakai minyak rambut code10 tu nak2 lagi kalau cuaca panas amboi kemain berkilat2 berketul2 rambut jadinya. Kalau tengah panas pecah telur atas kepala rasa boleh makan telur dadar jimat minyak & gas dah. Goreng telur atas kepala jer..

Lama jugak aku alami masalah rambut berminyak. Dalam 2 3 bulan jugak la. Cuba macam2 syampoo ni..  Tiap kali aku try satu2 brand syampo aku gagah jugak guna sampai abis sebotol tapi hasilnya hampa & hampeh. Tetap rambut jadi berminyak sampai aku dah tak pakai serum rambut takut semakin berminyak. Dalam minggu lepas aku secara tak sengaja terpandang syampoo sebamed (oily hair syampoo). Macam mengantuk di sorong bantal la kan.. Memang dok cari2 la apa2 lagi syampoo boleh atasi masalah rambut berminyak. So, tak fikir panjang rembat sampai gol la. hahahaha..

Gambar sumber Google

Consistent guna seminggu tanpa skip walau 1 hari. Alhamdulillah rasa sebamed ni la kot yang paling bagi kesan puas hati, jiwa & raga kat aku. Rambut dah tak berminyak lagi. Kulit kepala pun tak gatal.. apatah lagi kelumumur tak memang takde la. So bagi mereka yang ada masalah rambut berminyak tahap kritikal boleh try syampoo sebamed. Boleh beli je kat memana ada jual.. watson ada, guardian ada.. atau supermarket pun banyak jual. Harga dia 200ML RM20.80 aku beli. Mahal sikit jer dari syampo biasa dok beli janji rambut takde macam pakai minyak rambut code10 lagi, kan??

P/S : setiap produk ikut kesesuaian jugak.. Kita boleh mencuba mungkin hasilnya sama.. dan mungkin tak jugak tapi tak cuba tak tau kan??


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com